Anda di halaman 1dari 1

Gerakan Menguatkan diri merupakan usaha untuk memodenkan China.

Analisiskan

Sejarah China muncul dalam peradaban dengan membina sebuah empayar besar yang
telah menunjukkan pada dunia bahawa kuasa yang dimilikinya mampu untuk menonjolkannya.
Oleh itu, telah terlaksana rancangan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan
Memperkuatkan Diri (GMD) atau Restorasi Tong Chih. Gerakan ini berlangsung dari 1861
hingga 1895. Gerakan ini juga dipanggil "Polisi Tung Kung iaitu sempena nama Maharaja Tung
Chih yang digabungkan dengan nama "Putera Kung. Gerakan ini juga dipanggil sebagai yang
gerakan Yang Wu atau Gerakan Pembaratan. Secara ringkasnya, gerakan ini bertujuan untuk
mencari kelemahan China dengan memulihkan kekuatan ketenteraan China, menjalin hubungan
baik dengan kuasa barat, usaha-usaha penterjemahan dan membina industri berat dan ringan
serta penyertaan dalam perdagangan antarabangsa.

Gerakan menguatkan diri merupakan usaha untuk memodenkan China dari segi politik
adalah sejak tahun 1861 China telah menamatkan dasar isolasi dan mengamlkan dasar buka pintu
dan mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat. Tsungli Yamen merupakan sebuah
institusi ditubuhkan pada 11 Mac 1861 dan dikatakan terletak di bawah Grand Council yang
diketuai oleh Putera Kang. Bagi menjayakan Gerakan Menguatkan Diri, China telah
menggunakan khidmat pegawai Barat. Selain itu, kerajaan Manchu juga mula memberi peluang
kepada orang-orag cina untuk memegang jawatan-jawatan penting yang selama ini dikuasai oleh
orang Manchu. Seterusnya, wanita juga diberi peluang menduduki peperiksaan dan dilantik
sebagai pegawai sekiranya berkebolehan. Bagi menjayakan Gerakan Menguatkan Diri, Kerajaan
Manchu menggunakan khidmat golongan intelek Cina sedangkan sebelum golongan ini sentiasa
dicurigai oleh Manchu.

Rujukan

Suffian Mansor (2009), Sejarah China Moden, Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai