Anda di halaman 1dari 2

Putreri Santubong dan Puteri Sejinjang

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada pengerusi majlis, para juri yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya sayangi sekalia.

Putreri Santubong Puteri Sejinjang,

Penjaga gunung negeri Sarawak,

Manis sik ada dapat dilawan,

Anak dak dewa turun kayangan

Haaa … kawan-kawn mesti dah tahukan tajuk cerita saya pada hari ini … Kalau dah tahu,
mari saya ceritakan.

Pada zaman dahulu, terdapat dua orang puteri yang sangat cantik. Mereka
merupakan anak kepada dewa kayangan yang bernama Puteri Santubong dan Puteri
Sejinjang. Paras rupa kedua-dua orang puteri ini bagaikan purnama yang menghias alam
dan menyinari istana kayangan. Alis matanya yang lentik dan mata yang cantik dan
mempunyai ketinggian yang sederhana. Sesiapa yang memandang pasti akan terpikat
dengan kencantikan mereka. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan
Puteri Sejinjang.

Setiap hari Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang akan bermain bersama di taman
bunga. Mereka akan duduk dan bergurau senda sambil bergelak ketawa. Bagi mengisi
masa lapang, kedua-dua orang puteri ini melakukan pekerjaan tersendiri. Puteri Sejinjang
menumbuk padi manakala Puteri Santubong pula menenun kain. Begitulah rutin harian
mereka.

Sehinggalah pada suatu petang ketika mereka sedang leka menyiapkan kerja
masing-masing, mereka berbual mengenai kecantikan tersendiri. Mereka memuji-muji
kelebihan diri sendiri. Puteri Santubong memuji dirinya sangat cantik dan mempunyai
pinggang yang ramping. Puteri Santubong juga berangan-angan akan ada anak raja yang
akan melamar dan mengahwininya. Hidupnya akan bahagia di istana dengan dikelilingi
dayang-dayang yang menyikat rambutnya. Saat itu Puteri Santubong membayangkan
bahawa dirinya yang paling cantik di dunian ini.

Mendengar kata-kata kakaknya itu, Puteri Sejinjang mula merasa marah dan cuba
menentang apa yang dikatakan oleh Puteri Santubong. PuterI Sejinjang turut merasakan
bahawa dirinyalah yang paling cantik dan rupawan melebihi kecantikan Puteri Santubong.
Putreri Santubong dan Puteri Sejinjang

Perbalahan di antara mereka berdua berlarutan sehingga menghina antara satu


sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah sehingga tidak dapat mengawal perasaan
mereka lagi. Dengan perasaan penuh dendam dan marah, Puteri Sejinjang menyerang
Puteri Santubong dengan lesong dan terkena pipi Puteri Santubong. “Aduh! Sakitnya … “
kata Puteri Santubong kepada Puteri Sejinjang.

Puteri Santubong tidak berdiam diri, lalu menikam Puteri Sejinjang dengan batang
belidah yang ada dalam genggamannya tepat ke arah kepala Puteri Sejinjang. Melihat akan
kejadian itu, dewa kayangan iaitu ayahanda mereka berdua telah menjatuhkan hukuman
dengan menukar Puteri Santubong menjadi gunung Santubong, manakala Puteri Sejinjang
menjadi gunung Sejinjang dan pulau-pulau kecil. Tanda yang terdapat pada kedua-dua
gunung ini menjadi simbolik kepada luka akibat perbalahan di antara dua puteri ini.

Maka, berakhirlah pertalian persaudaraan yang terjalin selama ini akibat sikap iri hati
dan cemburu.

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah jangan sesekali bersikap iri hati
dan cemburu terhadap kelebihan orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Semoga kawan-kawan dapat mengambil iktibar daripada cerita saya saya tadi. Sekian,
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai