Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan buku Gaya Bahasa dan Proses Kognisi, kenal pasti empat perkara penting

yang membantu anda dalam meningkatkan profesionalisme perguruan. 

Setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang berkualiti dan cemerlang. Justeru,
inisiatif pembangunan profesion keguruan dalam bentuk pembinaan ilmu dan kemahiran
pengajaran dan pemudah cara (PdPc), pengurusan, kerohanian dan keinsanan, kebajikan,
penyampaian, pengawasan, penyeliaan dan penilaian dalam kalangan warga pendidik perlu
dimantapkan (Ong Sze Chong, Zamri & Mohd Izham 2017). Hal ini dapat membantu proses
PdPc dilaksanakan secara berterusan, rasional, ilmiah, kolaboratif, permuafakatan dan
perkongsian dengan penelitian terhadap segala alternatif berpandukan informasi dan ilmu
pengetahuan. Setelah saya membaca buku “Gaya Bahasa dan Proses Kognisi”, saya telah
memahami konsep gaya bahasa dan unsur psikologi, proses kognisi, pemprosesan informasi
dan penggabungan kedua-dua konsep tersebut dalam meningkatkan kemahiran komunikasi
dan penulisan dalam pembelajaran pengajian saya untuk meningkatkan profesionalisme
perguruan.

Dalam kehidupan seseorang individu, komunikasi merupakan suatu alat yang penting
dalam menyampaikan mesej atau maklumat kepada orang lain. Menurut Asmah Omar
(2010), dari segi linguistik, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang yang abstrak yang
berperanan sebagai alat komunikasi dalam kalangan manusia. Komunikasi yang betul
memerlukan penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks pengucapan di antara satu sama
lain (Suppiah, 2014). Sebagai contoh, guru kerap menjalankan sesi soal jawab dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran. Dalam hal ini, pelajar seharusnya
menjawab soalannya secara spontan. Hal ini menunjukkan komunikasi memerlukan
pemprosesan maklumat yang berkesan dalam penyumbang kepada perkembangan kognisi
yang aktif (Suppiah, 2014). Sebagai guru, melalui jawapan pelajar kita boleh mengukur
kefahaman pelajar terhadap PdPc tersebut lalu guru juga boleh membuat pentaksiran bilik
darjah secara berterusan dan berkesan.

“Kognisi atau pemikiran melibatkan aktiviti mental seperti


pemahaman, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Melalui struktur kognisi, dapat membincangkan idea yang
menjurus kepada ketegori maklumat yang dapat diterjemahkan
kepada perkataan dan perbualan untuk memahami dengan
jelas.”

Menurut pernyataan dari buku gaya Bahasa dan kognisi dalam halaman 5,
menunjukkan kognisi memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah harian
yang dihadapi. Pembacaan ini membantu saya untuk mengangani masalah dalam pengajian
saya serta cabaran yang ditemui dalam kalangan pelajar di sekolah.
Selain itu, penyampaian isi atau maklumat dalam tugasan pelajar merupakan perkara
yang penting. Hal ini demikian kerana penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan juga unik
dapat membantu pelajar dalam proses penulisan teks. Sebagai pelajar master saya
dikehendaki memastikan isi atau maklumat yang disampaikan adalah difahami oleh
pensyarah atau pembaca. Menurut Suppiah (2014), gaya bahasa merupakan penyampaian
kandungan pemikiran dan budaya penutur bahasa tersebut. Justeru, bahasa adalah wahana
yang mendasari tindakan manusia untuk menjalankan kehidupan sosial (Kramsch, 2001).
Disamping itu, saya juga seorang guru, maka ilmu yang diperoleh membantu saya untuk
menyurahkannya kepada anak didikan saya secara langsung dan tidak langsung.
“Penggunaan gaya bahasa dalam pengucapan dan penulisan
bahasa bergantung pada rangsangan dan gerak balas semasa
memikir secara mendalam dan semasa melakukan aktiviti
pengucapan dan penulisan.”
Menurut penyataan dari buku gaya Bahasa dan kognisi dalam halaman 32,
menekankan penggunaan gaya Bahasa dalam pengucapan dan penulisan bergantung pada
rangsangan dan gerak balas. Penguasaan gaya bahasa ini membantu saya untuk menyediakan
teks ucapan bagi memudahkan tugas sebagai pengacara sesuatu majlis di sekolah mahupun di
UPSI.

Kemahiran menulis merupakan suatu keperluan kepada seseorang individu


terutamanya guru. Dalam profesionalisme perguruan guru dikehendaki menyediakan
rancangan pengajaran harian dengan kemahiran menulis. Tambahan pula, guru mendidik
anak buahnya cara menulis karangan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil. Menurut Suppiah (2014), kemahiran menulis memerlukan proses
mengarang yang melibatkan penggunaan beberapa kawasan otak secara langsung atau tidak
langsung. Melalui kepelbagaian aktiviti penulisan, pelajar dapat dilatih untuk menggunakan
minda mereka secara optimum, maka proses pemikiran akan menjadi secara kreatif, kritis dan
praktikal. Lantaran itu, peningkatan kemahiran menulis dalam proses pemikiran seseorang
individu dapat membantu individu seperti pelajar menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Tambahan pula, saya sebagai seorang guru telah menggunakan kaedah pedagogi
Hermeneutik untuk menganalisis maklumat yang didapati dalam buku. Menurut Suppiah
(2014), kaedah tersebut adalah mengutamakan interpretif kualitatif dan menghuraikan makna
iaitu kebenaran yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah teks. Melalui kaedah ini, saya dapat
menghalusi makna sesebuah teks yang terdapat dalam buku, maka saya mengaplikasikan
makna yang dapati dalam tugasan harian saya. Dengan menggunakan kaedah tersebut,
membantu saya mencungkil penemuan baharu daripada teks asal untuk diteliti selanjutnya.
Ilmu tersebut membantu saya untuk mengaplikasikan dalam menganalisis kajian-kajian yang
berkaitan dalam tugasan saya. Cara yang saya pelajari daripada pembacaan ini turut
membantu juga anak didikan saya untuk mencungkil bakat mereka dalam tugasannya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2006) menyatakan bahawa guru perlu kreatif dan
inovatif dalam merancang dan menyampaikan PdPc secara berkesan, menarik dan
menyeronokkan. Sehubungan itu, melalui pembacaan gaya bahasa dalam penulisan karangan
pelajar aliran sastera, membantu penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa
Melayu akan menjadikan pembelajaran lebih seronok dan berkesan. Ia menimbulkan
keyakinan diri pada seorang guru untuk menimpa ilmu kepada anak didikannya.

Bergantung dengan isi-isi yang ternyata di atas, buku “gaya bahasa dan proses
kognisi” ini amat memanfaatkan saya dalam pembelajaran. Tambahan pula, buku tersebut
telah menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam pelbagai aspek terutamanya aspek gaya
bahasa dalam komunikasi, penyampaian maklumat, kemahiran penulisan dan juga
menganalisiskan maklumat dalam teks. Saya akan mengaplikasikan kesemua ilmu
pengetahuan dalam pembelajaran dalam kehidupan harian dan juga dalam kerjaya saya. Hal
ini demikian sebab saya merupakan seorang guru yang harus menyampaikan ilmu
pengetahuan yang sedia ada untuk memanfaatkan pelajar saya.

Anda mungkin juga menyukai