Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Menurut Lieberman (1956), profesion merujuk kepada sesuatu pekerjaan yang
melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap
pengetahuan tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori
yang dipegang oleh seseorang individu sangat diperlukan. Menurut Noriati A.Rashid, Boon
Pong Ying dan Wong Kiet Wah pula di dalam buku mereka yang bertajuk Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional Guru, suatu profesion merupakan suatu bidang yang
mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia. Peranan guru pada masa
dahulu dan kini sangat berbeza. Kalau dahulu, guru hanya berperanan sebagai penyampai
ilmu sahaja, tetapi kini guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan
yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-
situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan
pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa
memikirkan pendekatan baharu yang sesuai dengan kehendak pelajar pada abad ke-21 ini.
Oleh itu, guru haruslah mempunyai beberapa elemen profesionalisme keguruan supaya
berjaya menjadi guru yang berwibawa dan berdedikasi.

2.0 ELEMEN PROFESIONALISME KEGURUAN


Terdapat pelbagai elemen profesionalisme keguruan yang terdapat di dalam filem
Raatchasi ini yang mana ianya boleh dijadikan panduan untuk guru-guru di Malaysia dalam
memartabatkan sistem pendidikan di negara ini.

2.1 Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial


Guru perlulah mempraktikkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal dalam
pengajarannya dengan mempertimbangkan masalah dan keadaan persekitarannya
termasuk sosial, budaya dan komuniti setempat.

1
Contoh yang dapat dilihat daripada filem Raatchasi ini ialah Geetha Rani telah
menyelesaikan masalah sosial yang telah berlaku dalam kalangan pelajar, yang
mana telah berlaku perbezaan kasta antara segolongan murid dengan murid yang
lain. Perbezaan kasta ini telah menyebabkan berlakunya jurang sosial antara
pelajar-pelajar tersebut. Oleh itu, Geetha Rani telah melarang para pelajar untuk
terlalu taksub dengan kasta masing-masing yang mana ianya boleh menyebabkan
kepada perpecahan komuniti.

Guru-guru di Malaysia haruslah mempunyai sikap seperti Geetha Rani, yang mana
beliau sangat cakna akan isu-isu sosial, budaya dan komuniti setempat yang berlaku
di dalam sekolahnya. Sekiranya, sikap ini berjaya diterapkan, tidak mustahil sistem
pendidikan di Malaysia dapat dimartabatkan.

2.2 Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Kemahiran Saintifik


Guru perlulah berkemahiran dalam menyelesaikan masalah yang wujud dengan baik
dan sentiasa mempraktikkan segala kemahiran yang dikuasainya.

Contoh penyelesaian masalah yang terdapat dalam filem Raatchasi ini ialah guru-
guru di sekolah tersebut tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Mereka tidak mengajar murid-murid dengan bersungguh-sungguh, bahkan mereka
mencuri tulang dan sebagainya. Oleh itu, Geetha Rani menyelesaikan masalah
tersebut dengan cara, beliau memantau cara pembelajaran dan pengajaran guru-
guru di sekolah itu. Beliau menyuruh guru-guru itu mengubah cara penyampaian
mereka dalam masa 30 hari dan akhirnya, semua guru-guru di sekolah itu berjaya
mengajar dengan baik dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang
guru dengan bagusnya.

Guru-guru di Malaysia juga perlulah berkemahiran dalam menyelesaikan masalah-


masalah yang timbul supaya masalah tersebut tidak melarat dan bertambah teruk,
yang mana ianya boleh menyebabkan kejatuhan sistem pendidikan di negara ini.

2
2.3 Penyayang
Setiap guru haruslah menanamkan sikap penyayang di dalam diri mereka. Salah
satu daripada ciri-ciri guru penyayang ialah bersedia menjaga kebajikan murid,
dengan cara mengambil tahu masalah murid, membina hubungan mesra antara
guru dengan murid dan berlemah lembut dengan murid. Murid yang merasakan
dirinya disayangi akan dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada
pembelajarannya kerana kasih dan sayang ialah salah satu elemen yang penting
dalam perkembangan sahsiah dan emosi seseorang murid.

Contoh sikap penyayang yang dapat dilihat berdasarkan filem Raatchasi ini ialah
apabila Geetha Rani duduk makan bersama-sama pelajarnya ketika waktu rehat dan
berkongsi makanan dengan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa Geetha Rani
mahu membina hubungan yang mesra bersama pelajar-pelajar tersebut supaya
mereka berasa lebih disayangi dan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk
menimba ilmu.

Guru-guru di Malaysia perlulah mengamalkan sikap penyayang ini terhadap pelajar-


pelajar mereka, seperti apa yang Geetha Rani lakukan, supaya sistem pendidikan di
Malaysia ini dapat dimartabatkan dan dipandang tinggi.

2.4 Bersikap Terbuka


Setiap guru perlu mengamalkan sikap terbuka dan memandang positif terhadap
semua murid. Guru perlulah sentiasa beranggapan bahawa semua murid mampu
berubah bagi mencapai kemajuan jika mereka diberikan peluang dan celik akal yang
sewajarnya.

Contoh sikap terbuka yang dapat dilihat dalam filem Raatchasi ini ialah apabila
Geetha Rani mencabar seorang pelajar lelaki yang mempunyai banyak masalah
disiplin di sekolah tersebut. Geetha Rani mencabarnya untuk mendapat tempat
teratas di dalam kelas dan memenangi pingat dalam mana-mana jenis sukan.
Pelajar tersebut berasa tercabar lalu dia berusaha untuk membuktikan kepada
Geetha Rani bahawa dia bukannya “zero” seperti yang Geetha Rani katakan

3
kepadanya. Akhirnya, dia berjaya mendapat 2A di dalam peperiksaannya dan
memenangi pingat dalam acara lompat jauh, dan dia juga berjaya membuktikan
kepada Geetha Rani bahawa dia tidaklah seteruk yang Geetha Rani fikirkan.
Geetha Rani mencabar pelajar lelaki tersebut kerana beliau yakin dan percaya
bahawa pelajar lelaki tersebut mampu untuk berubah dan lebih berjaya. Oleh sebab
itu, Geetha Rani menggunakan kaedah ini untuk memberi peluang kepada pelajar
lelaki itu untuk berubah.

Guru-guru di Malaysia juga perlulah bersikap terbuka seperti Geetha Rani dan
mempunyai strategi tersendiri untuk mendidik murid-murid supaya terlahirnya
masyarakat yang intelektual sekali gus memartabatkan sistem pendidikan di
Malaysia.

3.0 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Guru perlulah memainkan peranan mereka dengan baik dalam membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mereka perlulah bertindak sebagai penyiasat yang aktif untuk menghidupkan budaya
penyelidik, menjadi pemikir yang kritikal dengan mengamalkan budaya pemikiran reflektif
serta bersikap terarah kendiri dengan mengamalkan budaya membaca.

3.1 Budaya Penyelidik


Setiap guru perlulah mempunyai usaha untuk mengamalkan budaya ilmu melalui
aktiviti penyelidikan dan menjadikan budaya penyelidikan ini sebagai asas dalam
membuat sesuatu keputusan. Pembudayaan budaya penyelidik akan meningkatkan
kemahiran profesional guru serta membantu guru menangani cabaran dan masalah
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian
dan prestasi pendidikan guru tersebut. Secara tidak langsung, pembudayaan
pembelajaran sepanjang hayat berlaku terhadap guru tersebut.

Contoh budaya penyelidik yang dapat dilihat dari filem Raatchasi ini ialah Geetha
Rani telah menyelidik keadaan sekolah, sikap guru-guru dan sikap murid-murid di
sekolah tersebut sebelum dia mendedahkan identitinya bahawa dia merupakan guru
besar baharu di sekolah tersebut.

4
Sesungguhnya, apabila guru-guru di Malaysia mengamalkan budaya penyelidik ini di
dalam kehidupan mereka, sudah pasti sistem pendidikan di Malaysia dapat
dimartabatkan.

3.2 Budaya Pemikiran Reflektif


Budaya pemikiran reflektif memberikan peluang kepada guru untuk membuat
perubahan kepada diri mereka dengan melakukan refleksi serta menganalisis
kekuatan dan kelemahan diri mereka, sama ada dari segi pengajaran dan
pembelajaran ataupun pengetahuan serta kemahiran terkini. Guru perlulah sentiasa
peka dan berperanan sebagai pemikir yang kritikal supaya segala kelemahan-
kelemahan diri mereka dapat dianalisis dan diperbaiki.

Contoh yang dapat dilihat dari filem Raatchasi ini ialah bila mana setiap kali Geetha
Rani pulang dari sekolah, beliau akan membuat refleksi diri untuk mengenal pasti
kekurangan-kekurangan yang perlu diperbaiki dan beliau akan mencari idea-idea
baharu untuk membuat penambahbaikan supaya kekurangan-kekurangan tersebut
dapat diatasi.

Oleh itu, guru-guru di Malaysia perlulah sentiasa merefleksi diri supaya dapat
mengenal pasti kelemahan-kelemahan diri dan mencari jalan untuk menperbaikinya,
yang mana sekali gus, ianya dapat mewujudkan sistem pendidikan yang mantap di
negara kita ini.

3.3 Budaya Membaca


Perkembangan dalam dunia pendidikan pada masa kini telah menuntut setiap guru
meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka sejajar dengan tuntutan semasa. Oleh
itu, guru-guru haruslah mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam
kehidupan mereka. Salah satu perkara yang boleh mereka lakukan ialah dengan
membudayakan budaya membaca. Dengan membaca, ilmu pengetahuan dan
kemahiran seseorang guru itu dapat ditingkatkan.

Contohnya dapat dilihat melalui filem Raatchasi ini yang mana, pada ketika Geetha
Rani dimasukkan ke dalam penjara, beliau masih lagi boleh membaca buku, tanpa

5
menghiraukan suasana sekelilingnya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Geetha
Rani sangat membudayakan budaya membaca dan menerapkan budaya tersebut di
dalam dirinya.

Guru-guru Malaysia perlulah menjadikan watak Gheeta Rani ini sebagai panduan
untuk menjadi guru yang berwawasan dan berdedikasi sekali gus dapat
memantapkan sistem pendidikan di negara Malaysia yang tercinta ini.

4.0 CABARAN-CABARAN DALAM PROFESION KEGURUAN

4.1 Sikap Ibu bapa


Sewajarnya, ibu bapa harus akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran
untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai
murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu
bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah
yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan
kesalahan. Kadang juga, ibu bapa tidak dapat menerima hakikat bahawa anak
mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan yang anak mereka lakukan. Ianya
dapat dilihat di dalam filem Raatchasi yang mana pada ketika itu, seorang bapa dari
salah seorang pelajar di sekolah itu memarahi Geetha Rani kerana beliau menegur
anaknya yang merokok di kawasan sekolah.

4.2 Sikap Pelajar


Segelintir pelajar pada masa kini boleh dikatakan sangat biadab dan tidak
menghormati guru. Hal ini boleh dibuktikan dengan isu-isu pada masa kini, yang
mana seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Skudai, Johor telah menghina
gurunya tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah di dalam dirinya. Di dalam filem
Raatchasi ini juga terdapat beberapa babak yang menunjukkan pelajar tidak
menghormati gurunya. Salah satu daripadanya ialah apabila babak yang mana
Geetha Rani menegur seorang pelajar lelaki yang menghisap rokok di kawasan
sekitar sekolah. Tetapi pelajar lelaki tersebut tidak menghiraukan teguran Geetha
Rani, bahkan dia memarahi pula Geetha Rani kerana melarangnya untuk menghisap
rokok.

6
4.3 Sikap Rakan Sejawat
Sebagai seorang guru, kita perlulah menjaga air muka rakan sejawat kita dan
membantunya ketika dia memerlukan pertolongan. Namun pada masa kini, rakan
sejawat merupakan cabaran yang agak mencabar kerana mereka boleh
menjatuhkan kita pada bila-bila masa sahaja, ibarat “musuh dalam selimut”. Hal ini
kerana, manusia pada masa kini kurang didikan agama dan suka dengki-mendengki
antara satu sama lain. Kita boleh melihat situasi ini di dalam salah satu babak yang
ada di dalam filem Raatchasi, yang mana penolong ketua besar ingin menjatuhkan
Geetha Rani. Lalu, dia berkomplot dengan seorang guru besar dari sekolah swasta
dan mereka menghantar beberapa orang samseng untuk memukul Gheeta Rani.

5.0 MANFAAT DARIPADA PEMUAFAKATAN KOMUNITI KEPADA AKTIVITI YANG


DIRANCANG OLEH SEKOLAH
Menurut Winer dan Ray (1994), permuafakatan berlaku apabila manusia kerja bersama-
sama pada bila-bila masa untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Banyak
manfaat-manfaat yang boleh diperoleh jika komuniti kita saling bersatu-padu, lebih-lebih lagi
terhadap sekolah. Antara manfaat-manfaat yang boleh sekolah perolehi daripada
pemuafakatan komuniti ini dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangnya ialah
mendapat sumbangan dana, mendapat sumbangan tenaga dari komuniti tersebut,
mendapat sumbangan kemahiran dari mereka juga majlis tersebut akan menjadi lebih
meriah kerana pengambilbahagianan dari pihak komuniti tersebut.

5.1 Mendapat Sumbangan Dana


Dengan wujudnya komuniti yang bermuafakat, mereka boleh memberikan sumbangan
kepada sekolah dari segi wang dan sebagainya. Hal ini kerana, apabila komuniti
bersatu padu, mereka akan lebih bersemangat untuk menyumbang kepada sekolah
kerana apabila mereka melihat sahabat mereka mendermakan wang kepada sekolah,
mereka juga akan berkeinginan untuk melakukan hal yang sama. Kajian psikologi
membuktikan bahawa manusia akan membuat keputusan untuk melakukan sesuatu
perkara atas tiga faktor iaitu sebab manusia lain, sebab persekitara, juga sebab tabiat
manusia itu sendiri. Kajian ini telah menunjukkan bahawa komuniti yang bermuafakat
dapat menarik minat setiap ahli dalam komuniti itu untuk menyumbang kepada sekolah

7
dan sebagainya. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa pemuafakatan komuniti ini dapat
memberikan manfaat kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

5.2 Sumbangan Tenaga Komuniti


Selain itu, pemuafakatan komuniti juga boleh menyumbangkan tenaga dalam aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah seperti aktiviti gotong-royong dan sebagainya.
Komuniti akan lebih bersemangat untuk menyumbangkan tenaga mereka jika mereka
saling bersatu-padu dan bekerjasama. Aktiviti-aktiviti itu juga akan menjadi lebih cepat
siap dan berjalan dengan lancar kerana kepakaran setiap ahli komuniti di dalam aktiviti
tersebut. Oleh itu, pemuafakatan komuniti dapat menyumbang dalam aktiviti di sekolah
dari segi tenaga, kepakaran dan sebagainya.

5.3 Menyumbang Kemahiran


Sekiranya kita mempunyai kemahiran seperti memasak, membuat kek dan sebagainya,
kita boleh menyumbang ke dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
tersebut. Contohnya seperti, pihak sekolah menganjurkan aktiviti “Cara Membuat Roti”
kepada murid-murid, jadi ibu bapa (ahli komuniti) yang mempunyai kemahiran di dalam
aktiviti tersebut boleh turun padang dan menawarkan dirinya untuk mengajar pelajar-
pelajar tersebut. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu, jika pihak sekolah memanggil
pengajar dari luar, ianya akan melibatkan kos yang tinggi dan sebagainya. Oleh itu,
komuniti yang bersatu dapat mengurangkan beban pihak sekolah dalam menjayakan
sesebuah aktiviti yang mereka rancang.

5.4 Memeriahkan Aktiviti Tersebut


Sekiranya komuniti tersebut tidak mampu menyumbang dari segi dana, tenaga,
mahupun kemahiran, mereka juga boleh menyumbang dengan cara mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah tersebut. Hal ini
kerana, jika komuniti itu tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang
pihak sekolah anjurkan, nescaya aktiviti-aktiviti tersebut akan menjadi hambar dan tidak
meriah. Segala penat lelah guru-guru untuk menjayakan aktiviti itu tidak terasa terbalas
pun kerana aktiviti yang mereka anjurkan tidak mendapat sambutan komuniti. Oleh itu,

8
komuniti haruslah bersatu padu dalam memeriahkan aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah kerana dengan cara kita mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut sahaja,
sudah menjadi satu bantuan dan manfaat dari kita untuk sekolah tersebut.

6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, elemen profesionalisme keguruan ini merupakan salah satu perkara yang
penting dan perlu ada pada setiap manusia yang bergelar guru. Hal ini adalah kerana,
sekiranya guru tidak menunjukkan personalitinya sebagai seorang guru, bagaimana
masyarakat hendak menghormati dan menyanjung tinggi martabat mereka. Oleh itu, guru
haruslah menjaga profesionalisme mereka supaya profesion guru ini diangkat tinggi dan
tidak dipandang rendah oleh masyarakat di luar sana.

Anda mungkin juga menyukai