Anda di halaman 1dari 7

Konsep Migrasi

Migrasi adalah penghijrahan individu atau sekumpulan penduduk dari tempat asal (origin) ke tempat dituju
(destinasi). Migrasi ini melibatkan jangka masa tertentu.

Terdapat 3 jenis migrasi


a) Migrasi dalaman
b) Migrasi antarabangsa
c) Migrasi musiman

a) Migrasi dalaman
Migrasi jenis ini melibatkan pergerakan penduduk dalam satu kawasan dan negara yang sama. Contoh
perpindahan penduduk dari kawasan kajian ………………………………… ke Felda…………………………

b) Migrasi antarabangsa
Migrasi jenis ini melibatkan perpindahan penduduk antara negara atau benua dan melintasi sempadan
antarabangsa, contohnya penghijrahan penduduk Bangladesh ke Malaysia.

c) Migrasi musiman
Migrasi musiman ialah pergerakan penduduk di kawasan tertentu sama ada melibatkan migrasi dalaman
atau antarabangsa yang melibatkan jangka masa yang singkat. Contohnya, pergerakan penduduk dari
Selatan Thailand ke kawasan kajian semasa musim menuai padi dan pergerakan penduduk dari tanah
rendah ke kawasan tanah tinggi semasa musim tengkujuh di Kelantan.

Konsep utama migrasi


a) Imigrasi
b) Emigrasi

a) Imigrasi ialah perpindahan masuk di sesuatu kawasan, negeri atau negara. Ia memberi kesan terhadap
pertambahan bilangan, komposisi dan ras di dalam sesuatu kawasan. Contohnya, pertambahan penduduk
di kawasan kajian akibat kemasukan pendatang dari Bangladesh.

b) Emigrasi ialah perpindahan keluar penduduk dari kawasan asal (origin) ke destinasi. Kesannya ialah
berlaku kekurangan bilangan penduduk di kawasan asal contohnya perpindahan penduduk di kawasan
kajian ke Jepun untuk menyambung pendidikan.

Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

Antara faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan Changlun ialah arahan
majikan, mengikut keluarga, melanjutkan pelajaran, peluang pekerjaan dan bersara.

a) Arahan majikan
b) Mengikut keluarga
Terdapat sebilangan penduduk di sini terutamanya anak-anak turut sama berpindah ke kawasan ini
kerana mengikut keluarga mereka. Perpindahan anak-anak ini adalah disebabkan faktor ibu bapa bertukar
tempat kerja atau melanjutkan pelajaran ke kawasan ini. Anak-anak ini akan meneruskan pengajian di
tempat baru dan tinggal bersama keluarga di sini.

c) Melanjutkan pelajaran
Di kawasan Changlun terdapat sebuah pusat pendidikan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang
berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu Kolej Matrikulasi Kedah. Ramai pelajar yang terpaksa
bermigrasi kerana melanjutkan pelajaran di sini. Selain itu, ada juga sebilangan pelajar dari Universitu
Utara Malaysia (UUM) bermigrasi ke Changlun kerana melanjutkan pengajian separuh masa di UUM.
Pelajar=pelajar ini biasanya akan menyewa rumah di kawasan Changlun.

d) Peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan adalah faktor yang menyebabkan ramai belia di kawasan ini telah berhijrah ke
bandar-bandar yang mempunyai kilang seperti di Bandar Darulaman, Bandaraya Alor Star dan juga ke
bandar Sungai Petani. Kekurangan peluang pekerjaan telah menyebabkan ramai penduduk di kawasan ini
terutamanya golongan belia berhijrah keluar kerana di kawasan ini hanya menjalankan kegiatan ekonomi
utama bersawah padi. Penggunaan teknologi dalam kegiatan bersawah menyebabkan peluang pekerjaan
terhad.

POLA MIGRASI

Berdasarkan hasil kajian saya terdapat dua pola migrasi dalaman penduduk ke Bandar Jitra. Pola
migrasi dalaman penduduk di kawasan ini terbahagi kepadadua jenis, iaitu migrasi luar bandar ke bandar
dan migrasi bandar ke bandar.

Pola migrasi luar bandar ke bandar bermaksud perpindahan penduduk dari kawasan pedalaman
atau kampong yang kurang kemudahan asas ke kawasan bandar yang lebih maju dari segi kemudahan asas.
Manakala pola migrasi bandar ke bandar bermaksud perpindahan penduduk dari kawasan bandar yang
maju ke bandar lain disebabkan beberapa factor.

Antara migrasi dari luar bandar ke bandar seperti dari Kubang Rotan, Tanjung Musang, dan
Pendang ke bandar Jitra. Selain itu, pola migrasi penduduk dari bandar ke bandar pula terdiri daripada
pendudduk Johor Bahru, Johor, Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah yang berpindah ke bandar Jitra.

Pola migrasi luar Bandar ke luar Bandar bermaksud perpindahan penduduk dari kawasan
pedalaman ke kawasan ke kawasan pedalaman. Hal ini disebabkan factor dasar kerajaan, arahan majikan
dan peluang pekerjaan. Contohnya, migrasi dari Ayer Hitam, Pendang dan Changlun ke Alor Biak.

Pola migrasi Bandar ke luar bandaer bermaksud perpindahan penduduk dari kawasan Bandar yang
lebih maju ke kawasan luar Bandar yang kurang maju adalah mungkin disebabkan oleh factor perkahwinan,
melanjutkan pelajaran, bersara dan pertukaran tempat kerja atas arahan majikan. Contohnya migrasi dari
Bandar Alor Setar, Bandar Kangar dan Butterworth ke Alor Biak.

KESAN NAGETIF MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI …………………………………………………….

Masalah Sosial
Masalah sosial wujud akibat pertambahan penduduk di kawasan kajian seperti kecurian, ragut, pecah
rumah, gangguan seksual dan sebagainya. Contohnya, pecah rumah sering berlaku di Taman Tengku
Maheran dan Taman Mahsuri.

Pengangguran
Pengangguran di kawasan kajian berlaku dikalangan remaja lepasan SPM yang berusian antara 18 hingga 25
tahun. Ini disebabkan oleh pencapaian mereka yang kurang memuaskan dalam peperiksaan awam dan
sikap mereka yang memilih pekerjaan. Contohnya, stesen minyak Petronas BBD dimonopoli oleh pekerja
Bangladesh.

Pasaran Bertambah
Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan menyebabkan pasaran bertambah.
Contohnya banrangan keperluan harian. Rangkaian pasaran di kawasan kajian tidak dapat menampung
keperluan penduduk, sehinggakan penduduk terpaksa keluar mendapatkan barangan keperluan di luar
kawasan kajian seperti di Alor Setar.

Hasil Pertanian Merosot


Migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian telah menyebabkan hasil pertanian merosot. Hal ini
disebabkan oleh penghijrahan penduduk terutamanya golongan muda ke bandar untuk bekerja dalam
sektor perkilangan. Justeru, telah menyebabkan hasil padi kawasan tersebut berkurangan.

Tanah Terbiar
Selain itu, wujud juga masalah tenah terbiar. Hal ini disebabkan oleh berlakunya mingrasi penduduk dari
kawasan kajian ke pekan dan bandar seperti Jitra dan Alor Star. Hal ini turut mengakibatkan golongan tua
yang masih tinggal di kawasan kajian tidak mampu untuk mengusahakan tanah terbiar tersebut.

Perubahan Struktur Penduduk


Kesan nagetif yang timbul di kawasan Bandar Jitra ialah perubahan struktur penduduk. Berlaku
pertambahan bilangan golongan muda iaitu berusia 0 hingga 15 tahun kerana mengikut keluarga bermigrasi
ke bandar Jitra. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kekuarangan kemudahan awam yang sedia ada di
bandar itu seperti sekolah dan hospital.
Masalah Perumahan
Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian termasuklah masalah kekurangan tempat tinggal mengakibatkan
sewa rumah meningkat, kos tanah melambung tinggi.

CADANGAN MENGATASI MASALAH MIGRASI DI ………………………………………………………………………..


Wujudkan Rukun Tetangga dan Balai Polis Komuniti
Bagi mengekang masalah / gejala sosial di kawasan kajian setiap kawasan perumahan perlu mewajibkan
penubuhan Rukun Tetangga yang dianggotai oleh penduduk kawasan perumahan dan mereka dikehendaki
bertugas mengikut jadual yang disediakan bagi memantau dan mengawasi kawasan perumahan mereka.
Balai Polis Komuniti diwujudkan bagi membantu dan mendekatkan penduduk di kawasan kajian dengan
pihak polis. Kerjasama ini dapat mengurangkan masalah sosial terutamanya kes-kes jenayah.

Mewujudkan Peluang Pekerjaan


Jabatan Sumber Manusia bleh menjalankan kempen kesedaran kepada penduduk di kawasan kajian supaya
tidak memilih pekerjaan dan mereka boleh mendapatkan latihan / kemahiran di Institut Latihan
Perindustrian. Industri Kecil dan sederhana hendaklah diperluaskan di kawasan bandar supaya peluang
pekerjaan boleh diwujudkan kepada remaja contohnya industri kuih baulu panas.

Mewujudkan Pusat Pemasaran


Pasar basah yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan harian penduduk. Untuk mengatasi masalah
tersebut, pasar basah tersebut perlu ditambah selaras dengan keperluan penduduk contohnya membina
TESCO, Giant di kawasan kajian.

Membina Kilang Dikawasan Berhampiran


Bagi mengatasi masalah hasil pertanian yang semakin merosot, pihak yang bertanggungjawab telah
membina kilang di kawasan yang berhampiran bagi mengurangkan penghijrahan golongan muda tersebut
ke bandar. Contohnya, kilang besi di kawasan Putat dan kilang-kilang padi di kawasan Megat Dewa.

Teknik Pertanian Moden


Bagi mengatasi masalah tanah terbiar, Lembaga Pertubuhan Peladang telah memperkenalkan teknik
penanaman padi secara moden seperti penggunaan kaedah tabur terus dan penggunaan jentera
penanaman padi. Di samping itu, pesawah di kawasan kajian juga menggunakan mesin menabur benih,
baja, racun dan penggunaan jentuai.

Penambahan Kemudahan Awam


Bertujuan mengatasi masalah tersebut, kerajaan telah menambah bilangan sekolah seperti pembinaan
Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting. Pihak Kementerian Pelajaran terpaksa mengadakan sekolah dua sesi
di sekolah-sekolah menengah sekitar Jitra.

Bagi mengatasi masalah kekurangan perumahan, banyak projek perumahan yang baru diwujudkan di Pekan
Jitra bagi menampung keperluan penduduk di sekitar contoh Taman Suria, Taman Gemilang dan
sebagainya.

Rumusan

Kajian mengenai migrasi dalaman penduduk di ................................................. meliputi konsep migrasi


dalaman. Selain itu mengkaji pola migrasi dalaman antara bandar dengan bandar serta migrasi luar bandar
ke bandar. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman
iaitu ............................, ................................., ................................ dan ............................. Akibat
perkembangan migrasi telah menimbulkan masalah di kawasan ini
seperti ..................., ................., ..................... dan terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi masalah
migrasi dalaman seperti ............................., ..........................., ............... di kawasan kajian.

Saya mengharapkan penduduk di kawasan ini mempunyai rasa tanggungjawab dan berterima kasih
terhadap apa yang ada di kawasan ini.
BORANG SOAL SELIDIK

ARAHAN : Tanda √ dan isi maklumat pada ruangan yang disediakan.

1. Nama : ___________________________________________________
2. Jantina : Lelaki Perempuan
3. Kaum : Melayu Cina India lain-lain :___________________
4. Umur : < 30 tahun
31-40 tahun
41-50 tahun
>51 tahun
5. Pekerjaan : Sudah Bekerja : Nyatakan :…………………………………………………
Masih Belajar : Nyatakan :………………………………………………..
Lain-lain : Nyatakan :………………………………………………..

6. Taraf Perkahwinan : Bujang Berkahwin (Nyatakan bil.anak):______________


7. Asal (Nyatakan daerah dan negeri)
:_____________________________________________________________
8. Sebab perpindahan : Arahan Majikan Gorvenan
Ikut Keluarga Kemudahan Asas
Melanjutkan pelajaran Kadar Upah
Peluang Pekerjaan Petempatan Baru
Bersara Meningkatkan Taraf Hidup
Perkahwinan Darjah Ketersampaian
Bencana Alam Lain-lain (Nyatakan):_________________

9. Tempoh Perpindahan : < 1 tahun


1-3 tahun
3-5 tahun
>5 tahun

Anda mungkin juga menyukai