Anda di halaman 1dari 2

KUALA LUMPUR: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) hari ini melancarkan

kempen 'Kembali ke Sekolah' 2020 menjelang pembukaan sesi baharu sekolah


tahun depan.

Kempen 'Kembali ke Sekolah' menawarkan semua kelengkapan

sekolah di bawah satu bumbung pada harga yang berpatutan.

Pengarah Bahagian Bukan Makanan dan Pelbagai Saluran Tesco, Janice Chan,
berkata pasar raya itu menyediakan kepelbagaian dalam semua kategori daripada
pakaian seragam sekolah hinggalah peralatan menulis untuk memastikan murid
bersedia apabila sekolah dibuka semula pada Januari.

"Kami tahu bahawa ibu bapa dan anak-anak sama-sama bersemangat untuk
penggal persekolahan yang baharu untuk kehidupan kembali ke keadaan normal
'lama'.

"Kami juga tahu bahawa perbelanjaan kembali ke sekolah untuk anak-anak boleh
menjadi mahal terutama untuk keluarga yang mempunyai beberapa orang anak
masih bersekolah dan mereka yang terjejas secara ekonomi oleh wabak yang
berlarutan ini.

"Sesuai dengan nilai 'Setiap Bantuan Bermakna' di Tesco, kami bekerja keras untuk
memastikan bahawa barang keperluan kembali ke sekolah berharga berpatutan,"
katanya dalam satu kenyataan.

Chan berkata, bagi menangani kebimbangan yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa
semasa membeli-belah di luar, maka pakaian, kasut dan stokin sekolah Tesco juga
boleh dibeli untuk pertama kalinya di kedai rasmi Tesco di Lazada.

"Ini adalah salah cara yang kami tawarkan bukan saja nilai untuk wang, tetapi juga
kemudahan kepada pelanggan," katanya.

Untuk kempen 'Kembali ke Sekolah', Tesco membawa set pakaian seragam sekolah
rendah A-Star, lengkap dengan tiga pasang stokin dan kasut dengan harga kurang
RM38 setiap kanak-kanak.

Kedua-dua kemeja dan blaus lengan pendek A-Star Primary pula diberikan harga
serendah RM9, sementara stok masih ada.

Untuk membantu ibu bapa dan anak-anak mencari saiz pakaian yang sesuai
secepat mungkin,

Tesco juga membawa barangan keperluan kebersihan seperti pelitup dan pelindung
muka bersaiz kanak-kanak, cecair pembersih tangan, sabun tangan dan
seumpamanya agar anak-anak dapat kekal sihat dan selamat semasa di sekolah.

Selain itu, Tesco menawarkan beg galas dari harga serendah RM10.90, sementara
beg troli akan bermula dari RM49.90, manakala Set Beg Galas yang merangkumi
beg galas 16 inci, beg serba guna, botol air dan kotak pensel berharga RM79.90.

Anda mungkin juga menyukai