Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana “Perintah Kawalan Pergerakan” mampu mengurangkan pandemik COVID-19?

18 Mac 2020 menjadi tarikh bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan selepas diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia. Dalam masa yang sama, 673 kes telah dicatatkan positif and 2 kes
kematian menunjukkan kadar keselamatan awam berada di paras yang tinggi.

Perintah tersebut mengandungi 6 arahan –

1. larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk


aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
2. larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk
aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
3. sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing
4. penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta
5. penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta
6. penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan
penting negara (atau essential services)

Ini secara mudah bermakna rakyat Malaysia tidak dibenarkan bergerak keluar dari rumah melainkan
atas urusan sangat penting seperti rawatan dan bekalan makanan. Bahkan anda boleh didakwa
mengikut Akta Polis 1967, dan boleh dipenjarakan mengikut PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN
DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 2020.

Perintah ini dilihat bertujuan mengurangkan kadar graf pandemik yang disebut pakar sebagai “
flatten the curve”. Sejak dari kluster jangkitan Tabligh dikenal pasti, kadar jangkitan (fatality rate)
meningkat secara mendadak sehingga menjadikannya eksponen, yang memberi kesan kepada
sumber tenaga dan fasiliti perubatan yang terhad.

Ini bermakna ramai orang yang dijangkit, dalam keadaan waktu yang amat singkat.

Mengikut pengalaman Itali dan Wuhan, eksponen yang tinggi ini menyebabkan tidak semua pesakit
dapat dirawat atas kekangan sumber. ICU tidak cukup peralatan dan katil atau barisan doktor dan
tenaga perubatan yang kurang.

Secara teorinya, perintah kawalan pergerakan ini adalah pengetatan kepada arahan kuarantin dan
social distancing yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebelum ini lagi. Mengapa hal ini boleh
berkesan mengurangkan kadar pandemik?

Dalam situasi ini, masyarakat terbahagi kepada 4 kelompok.

Individu A, B, C, D.

Individu A adalah sebagai pesakit sudah berjangkit namun mudah dikesan terdapat simptom jelas.
Apabila individu A keluar untuk berjumpa dengan individu C, kemungkinan individu A bertembung
dengan individu B secara tidak sedar dalam perjalanannya menemui C.

Individu A dan C mudah untuk dikesan dan diberikan rawatan, kerana A sudah jelas simptom dan C
adalah kontak rapat A. Namun, masalahnya adalah B yang tidak diketahui jumlah dan identitinya.

Sebab itu, usaha Restricted Movement atau Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengurangkan
kadar individu B yang sukar dikesan, namun mudah dijangkiti.

Dalam keadaan pandemic sebegini, masyarakat awam adalah kompenen utama dalam menjayakan
usaha meyelamatkan nyawa dan negara….dengan mengikuti arahan perintah kawalan pergerakan
dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai