Anda di halaman 1dari 1

Dr Fatimah Zaharah Rosli, Pegawai Perubatan Sarjana HUKM,

Perjuangan Barisan Hadapan Covid-19

1. Bagaimana keadaan Dr sekarang? Bertugas di jabatan apa? Bermula jam berapa hingga jam
berapa?

2. Bagaimana keadaan di hospital sekarang? Adakah semuanya terkawal? Adakah bilangan staf dan
peralatan seperti PPE mencukupi?

3. Apakah cabaran yang paling besar ditempuh setakat ini?

4. Melihat keadaan Covid-19 yang masih berterusan dan dijangka akan ada gelombang ketiga,
bagaimana Dr dan rakan-rakan mempersiapkan diri? Apakah kata-kata azimat yang menjadi
penyuntik semangat?

5. Selaku petugas di barisan hadapan, masyarakat sentiasa menyokong kesejahteraan Dr dan rakan-
rakan. Apakah pesanan Dr kepada masyarakat?

Dr Soberi Awang, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS),

Implikasi Covid Terhadap Ibadah Umat Islam

1. Banyak ibadah tidak dapat dijalankan disebabkan Covid-19. Contohnya solat jemaah di masjid dan
solat Jumaat. Rakyat memahami ia dibenarkan kerana keadaan darurat. Boleh Dr jelaskan
hukumnya?

2. Solat jemaah dan solat Jumaat termasuk antara syiar agama. Disebabkan maqasid agama
antaranya menjaga nyawa, dua ibadah ini terpaksa ditinggalkan buat sementara. Boleh Dr jelaskan
hubung kait antara menjaga nyawa dan menjaga agama? Mengapa menjaga nyawa (duduk di
rumah) didahulukan daripada menjaga agama (solat Jumaat)?

3. Apakah hikmah di sebalik perkara ini?

4. Islam adalah agama yang anjal, boleh toleransi dengan realiti semasa. Boleh Dr jelaskan
pernyataan ini dari sudut ciri-ciri Islam.

Aulia Rahman Zulkarnain, Pengurus Besar Yayasan Maghfirah

Sumbangan bertali arus rakyat Malaysia

1. Sebagai salah sebuah pertubuhan yang kehadapan dalam membantu para frontliners
perubatan, bagaimana En Aulia lihat keperluan untuk membantu frontliners ini menghadapi
detik-detik sukar ini?
2. Jumlah yang disasarkan adalah 850k, julat yang agak besar, bagaimana nilai ini dapat
membantu meringankan bebanan para frontliners dalam kempen Solidariti ini?
3. Sebelum ini Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyebut berkenaan larangan untuk
NGO menghantar terus bantuan kepada rakyat atas keselamatan sepanjang tempoh PKP ini.
Apakah pandangan En Aulia dalam hal ini?

Anda mungkin juga menyukai