Anda di halaman 1dari 5

TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN

PROGRAM KESEDARAN & ADVOKASI PENDIDIKAN SEKSUAL (KAPS)

SMK SPAOH

MASA CUE / SKRIP


AGENDA

1030 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Sofhi bin Jebal, Pegawai
tetamu Daerah Betong
kehormat
(lawatan ke pameran)

Bismillahhirrahmanirrahim

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Nyanyian Lagu Dengan ini , majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian
Negaraku dan untuk sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ , ‘Ibu Pertiwiku’
Ibu Pertiwiku serta lagu Tema Program Intervensi Sosial. Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada hadirin sekalian atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Kata-kata Yang Berusaha Encik Sofhi bin Jebal, Pegawai Daerah Betong
Aluan
Pengerusi Yang Berusaha Encik Mohamed Rais bin Abg Busami Pengetua SMK Spaoh
Majlis
Yang Berusaha Encik Jimmy anak Salau , wakil Setiausaha Eksekutif, Majlis
NORA Pembangunan Sosial Sarawak

Yang Berusaha Cik Florence Bulan Anak Johnny , wakil Residen Bahagian
Betong

Ketua-ketua Jabatan / agensi


Ketua-ketua masyarakat
Ketua-ketua kaum
Para ibu bapa
Barisan rakan pendidik dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.
TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN

PROGRAM KESEDARAN & ADVOKASI PENDIDIKAN SEKSUAL (KAPS)

SMK SPAOH

NORA
Assalamualaikum whb, Salam Sejahtera dan Salam Menjulang negeri
Sarawak .

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Selamat datang kami ucapkan kepada semua hadirin ke Majlis Penutupan


PROGRAM KESEDARAN & ADVOKASI PENDIDIKAN SEKSUAL (KAPS) di SMK
Spaoh pada pagi yang indah permai ini.

Alhamdulillah, Izinkan kami panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada


Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita dapat berhimpun pada
pagi ini. Untuk makluman semua, program ini telah berlangsung dari 19
Oktober yang lalu dan telah disertai oleh _____________ orang peserta .

Sidang hadirin yang dihormati,


Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis pada pagi yang berbahagia ini, majlis kita mulai
dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Al fadhil Ustaz _______________________________untuk memimpin
bacaan doa dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al fadhil Ustaz
_____________________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Sebagai pembuka acara, Majlis dengan sukacitanya menjemput pasukan


Tarian SMK Spaoh dengan persembahan tarian mereka yang bertajuk
___________________________________________________.Dipersilakan.

Demikianlah tadi selesainya persembahan tarian penuh gemalai daripada


TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN

PROGRAM KESEDARAN & ADVOKASI PENDIDIKAN SEKSUAL (KAPS)

SMK SPAOH

pasukan Tarian SMK Spaoh di bawah bimbingan Cik Shirley.

Ucapan YDP Hadirin-hadirat yang dikasihi,

NORA Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Yang berusaha, Encik Mohamed Rais bin Abg Busami
Pengetua SMK Spaoh untuk menyampaikan ucapan kata aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

(ucapan Pengetua)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan alu-
aluan itu tadi.

Ucapan Sidang hadirin sekalian,


Perasmian
Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian
penutup bagi Program Kesedaran dan Advokasi Seksual pada kali ini.

Tanah terbiar tidak bertuan,


Berpagar teguh tidak berpapan,
Tuan Pegawai Daerah jadi tumpuan,
Dipersilakan memberi ucapan perasmian.

Dengan ini, Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha


En Sofhi bin Jebal Pegawai Daerah Betong untuk menyampaikan ucapan
perasmian.Majlis mempersilakan.

[Ucapan perasmian]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha En


Sofhi bin Jebal Pegawai Daerah Betong atas ucapan perasmian penutupan
sebentar tadi

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha En Sofhi
bin Jebal kerana sudi hadir untuk menyempurnakan upacara perasmian
penutup PROGRAM KESEDARAN & ADVOKASI PENDIDIKAN SEKSUAL
(KAPS) , Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada
TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN

PROGRAM KESEDARAN & ADVOKASI PENDIDIKAN SEKSUAL (KAPS)

SMK SPAOH

beliau.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan Yang Berusaha En Mohamed Rais bin
Abg Busami Pengetua SMK Spaoh untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berusaha En Sofhi bin Jebal

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En Sofhi bin
Jebal atas kesudian menerima tanda penghargaan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan,

umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang
Berusaha En Sofhi bin Jebal Pegawai Dearah Betong atas kesudian hadir ke
Majlis yang penuh bermakna ini.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua agensi yang terlibat


sepanjang program ini berlangsung.Semoga program ini berjaya memberi
input yang bergun kepada semua peserta.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. Sebelum majlis
kita labuhkan, dengan ini dipersilakan semua para peserta untuk

_________________________________________________

Sesi bergambar
TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN

PROGRAM KESEDARAN & ADVOKASI PENDIDIKAN SEKSUAL (KAPS)

SMK SPAOH

Pada kesempatan, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dijemput kepada Yang Berusaha En Sofhi bin Jebal diiringi dif-dif jemputan
untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan dijemput juga
kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati jamuan yang
telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai