Anda di halaman 1dari 5

AFIDAVIT SOKONGAN

(bagi menyokong Permohonan Plaintif untuk membatalkan pliding Defendan di


bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a) dan (c) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

Saya, DATUK AYAH HAJI MUKHSIN BIN ALI (NO. K/P: 540812-56-9023),
seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. 11, Jalan 6/119A,
Taman Bukit Hijau, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dengan sesungguhnya berikrar dan
menyatakan seperti berikut:-

1. Saya merupakan penceramah dalam bidang dakwah dan juga merupakan pemilik
Maahad Tahfiz Darul Mukhsin (“Darul Mukhsin”) di Hulu Langat, Selangor.

2. Melainkan dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah


dalam pengetahuan saya sendiri dan/atau seperti yang terdapat daripada dokumen-
dokumen dan rekod-rekod yang mana saya menpunyai akses sepenuhnya.

3. Saya pohon kepada Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk kepada kertas-
kertas kausa berikut:-

3.1 Writ yang difailkan oleh Plaintif yang bertarikh 04.11.2020 (“Writ
Tersebut”).

3.2 Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif yang bertarikh 04.11.2020
(“Pernyataan Tuntutan Tersebut”).

3.3 Pernyataan Pembelaan yang difailkan oleh Defendan yang bertarikh


11.11.2020 (“Pernyataan Pembelaan Tersebut”).

3.4 Jawapan Kepada Pernyataan Pembelaan yang difailkan oleh Plaintif yang
bertarikh 18.11.2020 (“Jawapan Kepada Pernyataan Pembelaan
tersebut”).

Sesalinan Writ yang bertairkh 04.11.2020, Pernyataan Tuntutan yang bertarikh


04.11.2020, Pernyataan Pembelaan Defendan yang bertarikh 11.11.2020, dan
Jawapan Kepada Pernyataan Pembelaan yang bertarikh 18.11.2020 tersebut
dilampirkan secara kolektif di sini dan ditanda sebagai Ekshibit “DHM-1”.
FAKTA KES MENGENAI PERJANJIAN TAJAAN

4. Pada 20.01.2020, Defendan Pertama dan Defendan Kedua (“Defendan-


Defendan”) telah berjumpa dengan saya di Darul Mukshin untuk menandatangani
suatu Perjanjian Tajaan (“Perjanjian Tersebut”).

Sesalinan Perjanjian Tajaan bertarikh 20.01.2020 tersebut dilampirkan di sini


dan ditanda sebagai Ekshibit “DHM-2”.

5. Antara terma-terma Perjanjian Tersebut termasuklah:-


(i) Defendan-Defendan akan menaja Darul Mukhsin sebanyak
RM1,000,000.00;

(ii) Defendan-Defendan harus membuat bayaran pertama berjumlah


RM700,000.00 pada atau sebelum 19.02.2020;

(iii) Defendan-Defendan harus membuat bayaran kedua berjumlah


RM300,000.00 pada atau sebelum 19.01.2021;

(iv) Pembayaran lewat adalah dianggap sebagai suatu pelanggaran kepada


Perjanjian Tersebut; dan

(v) Masa adalah dianggap sebagai intipati kepada Perjanjian Tersebut.

6. Seterusnya, pada 10.02.2020, saya telah menelefon Defendan Pertama untuk


memohon Defendan-Defendan agar menjelaskan bayaran pertama berjumlah
RM700,000.00 mengikut waktu yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Tersebut.
Namun, sehingga hari ini Defendan-Defendan masih belum menjelaskan bayaran
tersebut.

7. Merujuk kepada Pernyataan Pembelaan Tersebut, saya telah dinasihati oleh


Penguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa Defendan-Defendan tidak
mendedahkan kausa pembelaan yang munasabah kerana Defendan-Defendan
bergantung kepada ketidakberlangsungan pernikahan anak kita yang tidak
berkaitan dengan Perjanjian tersebut sebagai alasan untuk menjustifikasikan
kegagalan mereka untuk menjelasakan bayaran pertama berjumlah RM700,000.00
dan ini secara lansung boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan
perbicaraan tindakan ini dengan adil.

FAKTA KES MENGENAI PENUBUHAN RUMAH PRODUKSI

8. Pada 30.11.2019, Defendan-Defendan serta keluarganya telah berjumpa dengan


keluarga saya dan telah bersetuju bahawa Defendan-Defendan akan menubuhkan
sebuah Rumah Produksi (“Rumah Produksi Tersebut”) untuk mengendalikan
segala rancangan dan program televisyen saya.

9. Pada sekitar awal bulan Disember 2019, saya telah menolak segala rancangan dan
program televisyen yang telah ditawarkan kepada saya kerana saya bergantung
kepada janji Defendan-Defendan bahawa mereka akan menubuhkan Rumah
Produksi Tersebut bagi saya.

10. Selanjutnya, pada 18.12.2019, wakil Defendan Pertama iaitu Mohd Hassan bin
Yasmin selaku Eksekutif Kanan Unit Promosi dan Penerbitan Tajuddin Holdings
Sdn. Bhd. telah menghubungi wakil saya, Aisyah binti Mukhsin melalui emel
untuk memaklumkan pengesahan penubuhan Rumah Produksi Tersebut serta
membincangkan mengenai perancangan selanjutnya berkaitan Rumah Produksi
Tersebut.

Sesalinan emel bertarikh 18.12.2019 tersebut dilampirkan di sini dan ditanda


sebagai Ekshibit “DHM-3”.

11. Pada atau sekitar 23.02.2020, saya telah terserempak dengan Defendan-Defendan
di Taman Rekreasi Bandar Mahkota Cheras di mana Defendan Pertama telah
memberitahu saya bahawa beliau telah menghentikan penubuhan Rumah Produksi
tersebut mulai bulan Februari 2020 kerana ingin menggunakan dana tersebut
untuk membiayai penubuhan klinik persendirian anak mereka, Qhadeeja binti
Tajuddin.

12. Merujuk kepada Pernyataan Pembelaan Tersebut, saya telah dinasihati oleh
Penguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa Defendan-Defendan tidak
mendedahkan kausa pembelaan yang munasabah kerana Defendan-Defendan
bergantung kepada ketidakberlangsungan pernikahan anak kita yang tidak
berkaitan dengan persetujuan penubuhan Rumah Produksi Tersebut sebagai alasan
untuk mengelakkan liabiliti dan ini secara lansung boleh menjejaskan,
menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan ini dengan adil.

13. Berdasarkan pengataan-pengataan di atas, saya dengan rendah diri memohon


Mahkamah yang mulia ini untuk suatu perintah seperti yang dipohon dalam Notis
Permohonan.

JURAT

Berkenaan dengan afidavit seorang deponen )


Diikrarkan oleh DATUK AYAH HAJI MUKHSIN BIN ALI )
NO. K/P: 540812-56-9023 )
Diangkat sumpah pada……...haribulan……..2020 jam………........)
di…………………………………………………………………….)
(Penterjemahan tidak diperlukan) )…………………

DI HADAPAN SAYA

…..……………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH

AFIDAVIT SOKONGAN ini telah diikrarkan oleh DATUK AYAH HAJI


MUKHSIN BIN ALI pada …. haribulan …………. 2020 dan difailkan oleh Tetuan
The Law Chambers of Nazrin Harith, Peguamcara bagi Plaintif-Plaintif yang
beralamat di Firm 11, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (No Tel: 016-414 0563; No Faks: 03-9134 0564;
Emel: firm11.fuuukm@gmail.com) (No. Ruj: CL/01/10/20/DD).

Anda mungkin juga menyukai