Anda di halaman 1dari 9

Sesi Praktikal

Untuk mendidik dan mengajar latihan kemahiran psikologi kepada atlet secara praktikal.
Pengetahuan ini boleh diguna oleh atlet untuk mengatasi tekanan persaingan dan gangguan yang
teramat semasa pertandingan. Tekanan dan gangguan yang wujud ini adalah halangan utama yang
boleh mempengaruhi pencapaian prestasi sebenar dalam pertandingan. Misalan, latihan
pernafasan, regangan otot, teknik latihan autogenik, imaginasi atau teknik visualisasi.

Sesi Pendidikan

Untuk mendidik dan mengajar teknik dan kemahiran psikologi kepada atlet.
Misalan, menetapkan sasaran atau matlamat, motivasi, kerisauan, kawalan emosi, kawalan
tingkah laku, kawalan penumpuan, adaptasi strategi, penumpuan dalam sukan, imaginasi mental,
strategi psych-up, teknik relaksasi, self-talk, membina keyakinan diri, pengurusan tekanan,
kawalan kesepaduan dan semangat sepasukan.

Perundingan Peribadi
Untuk berkongsi dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh atlet.
Merujuk kepada sukan spesifik, perkara yang boleh mempengaruhi atau menghalang seseorang
atlet itu daripada memberi prestasi optima semasa pertandingan di peringkat tertinggi. Masalah
boleh disebabkan oleh gangguan dalam perlawanan dan kebimbangan semasa latihan, tekanan
dan faktor lain. Psikologis sukan bekerjasama dengan atlet untuk mencari adaptasi strategi yang
terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Sesi ini adalah sulit dan secara bersendirian.

Pemerhatian Di Tempat Latihan / Pertandingan

Untuk memerhati dan memahami tingkah laku sebenar atlet semasa latihan dan pertandingan.
hasil pemerhatian boleh digunakan sebagai pengukur untuk perbincangan dengan atlet dan
jurulatih. Sesi ini berpandukan kepada pelaksanaan kemahiran mental atau menilai potensi atlet
melalui pemerhatian kawalan emosi, sikap, kelakuan, tahap motivasi, keyakinan diri dan
sebagainya.

Ujian dan Penilaian


Untuk memahami keperibadian atlet dengan mendalam.
menggunakan pelbagai jenis inventori bersesuaian seperti soal selidik dan peralatan
‘biofeedback’ untuk menjalankan ujian, menilai, mengukur dan mentafsir jenis keperibadian
seseorang atlet bagi membantu meningkatkan prestasi atlet.
 
Pengenalan
Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan
rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang
merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan
inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan
perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan
yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan
oleh manusia (seperti menghidu gam)

Penerangan
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau
diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk
menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan
kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-
rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu,
penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak
diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk
mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan
diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan
atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara
amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan,
pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

Asas Saintifik
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga
merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah
terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi
tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu
fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta
membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat
bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah
tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah
atau tidak.

Faktor - Faktor Risiko


Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia
juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang
tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko
penyalahgunaan dadah:

� Faktor biologi
1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit,
terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak
boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya
hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan
yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
� Faktor psikososial
1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja,
tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar.
Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu
pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang
memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi
termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan
untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

� Faktor sosial
1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen,
radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan
di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang
sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai
seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai
pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum
arak.

2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan
mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk
menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan
masyarakat zaman ini.

Tanda- Tanda dan Gejala


Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan
� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri
Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin,
ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:

� Gangguan koordinasi
� Mata merah
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Hilang selera makan
� Penurunan berat badan
� Kemurungan
� Cakap banyak
� Tidak dapat mengimbang diri
� Loya dan muntah
� Mengetap gigi dan rahang
� Peningkatan tenaga
� Kerap menggosok hidung
� Berpeluh berlebihan
� Mengantuk
� Menggunakan tandas terlalu lama
Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya,
mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas
kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.

Komplikasi
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai
organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang
telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul
di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk,
pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa
maut dan perlu dirawat dengan segera.

Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami
kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum
yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak
bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh
menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara
subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila
dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat
dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan
muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui
perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.

Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan
gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan
darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.
Ujian - Ujian
Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui
pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang
disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing
ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan).
Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat.
Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan
untuk jangkamasa yang panjang.

Pencegahan
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan.
Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu
pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah
dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh
bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan
kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh
menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau
penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap
individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa
masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.

Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah
disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi
ketakupayaan mereka seterusnya.

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi
tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan
keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari
bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah
mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu
yang terlibat adalah amat penting.
Rusuhan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Perusuh bersenjatakan batang paip berdepan dengan polis anti rusuhan di Mogok Teamsters
Minneapolis 1934.

Perusuh biasanya menutup muka supaya tidak dikenali serta melindungi daripada gas pemedih
mata; mereka selalunya bersenjatakan batu.

Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur
dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah
lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan
selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.

Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati.
Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang teruk,
penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum atau agama,
ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.

Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan persendirian. Harta
spesifik yang disasarkan bergantung kepada punca rusuhan serta pihak yang terlibat. Sasaran
termasuklah kedai, kereta, restoran, institusi milik kerajaan, serta rumah ibadat.

Dalam sukan juga, rusuhan boleh juga berlaku, terutamanya sukan bola sepak. Perusuh bola
sepak, juga dikenali sebagai samseng bola sepak atau hooligan, sering merusuh serta melakukan
kekacauan sekiranya pasukan yang mereka minati itu kalah dalam bola sepak. Gejala samseng
bola sepak sering menjadi ancaman terhadap sukan bola sepak di Eropah terutama di England,
Perancis, Poland dan Jerman.

Isi kandungan
[sorok]

Anda mungkin juga menyukai