Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN

29 JUN 2020

Bahagian A
(20 markah)
(Masa yang dicadangkan : 30 minit)

1. Penduduk di Taman Aman Bahagia berpuas hati dengan __________ yang diberikan
oleh wakil pemaju projek perumahan itu.

A pewartaan
B penjelasan
C pernyataan
D penambahan

2. Ahli gusti dari Vietnam itu membelasah lawannya sehingga lawannya itu __________
di tepi gelanggang.

A terjunam
B tersingkir
C tersungkur
D terhumban

3. Sarah berasa __________ sama ada untuk menyambung pelajaran di dalam negara
atau luar negara.

A keliru
B sangsi
C cemas
D bimbang

4. Para peserta lawatan diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan __________
sepanjang lawatan itu.

A tatacara
B tatakerja
C tatatertib
D tatabahasa
5. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Taj mahal amat terkenal oleh keindahan __________nya yang cantik dan istimewa
itu.
A seni tari
B seni bina
C seni lukis
D seni lakon

Soalan 6 hingga 8.
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu telah
ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

6. Mereka-mereka telah mendaftarkan diri sebagai peserta dalam acara larian itu. Tiada
A B C D
kesalahan.

7. Berapa harga sepasang anting-anting yang kamu beli semasa melancong ke luar
A B C
negara ini? Tiada kesalahan.
D

8. Tolong jangan berbuat bising di kawasan ini kerana peperiksaan sedang dijalankan.
A B C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 9 dan 10.


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

9. I Adik menarik rantai leher ibu sehingga putus.


II Hubungan mereka telah putus sejak setahun yang lalu.
III Keluarga kami tidak pernah putus makanan meskipun ayah bekerja sebagai
kelindan lori.
IV Putus hatinya apabila mengetahui bahawa gadis pujaan hatinya telah dilamar
oleh lelaki lain.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
10. I Baju itu sesuai dipakai oleh wanita yang bertubuh kecil.
II Mereka terpaksa berhimpit-himpit di dalam bilik yang kecil itu.
III Nenek menjalankan perusahaan kecil di kampung untuk menjana
pendapatannya.
IV Abang menjangkakan perniagaan itu akan bertambah maju dalam jangka masa
kecil.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 11 dan 12.


Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

11. Permohonan pinjaman wang Encik Hannan ditolak oleh pihak bak kerana dia
disahkan muflis.

A Pemohon pinjaman wang


B Bermohon meminjamkan wang
C Permohonan meminjam wang
D Permohonan pinjaman wang

12. Adakah pendapat anda tentang program Masyarakat Penyayang yang telah
dilancarkan oleh kerajaan?

A Bagaimanakah dapatan anda


B Manakah dapatan anda
C Apakah pendapat anda
D Adakah pendapat anda

13. Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

Semua hadiah bagi cabutan bertuah telah disampaikan oleh Dato’ Aliff sebelum
majlis tersebut berakhir.

A Dato’ Aliff telah menyampaikan semua cabutan bertuah sebelum majlis


tersebut berakhir.
B Dato’ Aliff telah menyampaikan semua hadiah tersebut sebelum majlis
cabutan bertuah berakhir.
C Dato’ Aliff telah menyampaikan semua hadiah bagi cabutan bertuah sebelum
majlis tersebut berakhir.
D Sebelum majlis cabutan bertuah berakhir, semua hadiah kepada Dato’ Aliff
tersebut telah disampaikan.
14. Pilih ayat-ayat yang betul.

I Manaf menuntun orang tua yang cacat itu ketika mekintas jalan raya.
II Pokok kelapa pandan yang senget kea rah kandang kambing itu telah ditebang
oleh ayah.
III Zackry pun tampil ke pentas untuk menerima hadiah daripada Dato’ Anwar.
IV Pembantu kedai itu memikul tong gas semasa menaiki tangga untuk ke rumah
Puan Hanania.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

15. Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah ini.

Janganlah kamu bersedih tentang kesilapan yang telah kamu lakukan itu. Yang
penting kamu telah sedar dan ingin berubah.

A Bagai bumi dengan langit


B Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
C Jauhari juga yang mengenal manikam
D Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Dia membawa Oren ke ruang tamu rumahnya semula. Sambil duduk di sofa dia
membelai-belai Oren dengan manja. Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Oren, iaitu
perbuatan yang jarang-jarang dilakukannya. Oren membalasnya dengan mengiau-ngiau.

***
Aku melihat ayah terpinga-pinga keluar dari biliknya lantas ke ruang tamu. Ayah
bertanya tentang Oren. Aku mengatakan bahawa aku tidak melihat kelibat Oren pada pagi
itu. Ayah seakan-akan baru tersedar sambal menggeleng kepalanya beberapa kali.
Di meja makan pada pagi itu ayah bercerita kepada kami bahawa dia bermimpi
Oren pulang ke rumah semalam, dan hamper semalaman Oren bersama-sama dengan
Ayah di ruang tamu.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang tamu dapur. Kami semua terperanjat kerana di
tangannya ialah Oren yang kami tunggu kepulangannya tetapi pada saat itu Oren sudah
tidak bernyawa lagi. “Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di
taman permainan.” Sebaik-baik sahaja habis kenyataan itu, mata kami sekeluarga terus
tertumpu kepada ayah. Ketika itu mata ayah mulai berkaca.

Dipetik daripada cerpen “Oren”,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Mengapakah ayah menggeleng kepalanya beberapa kali?

A Ayah terdengar Oren mengiau-ngiau.


B Ayah melihat kelibat Oren pada pagi itu.
C Ayah bersama-sama dengan Oren di ruang tamu.
D Ayah seakan-akan baru tersedar daripada lamunannya.

17. Apakah yang menyebabkan “kami” sekeluarga terperanjat?

A Ayah membelai-belaiOren dengan manjanya.


B Anis memegang Oren yang sudah tidak bernyawa lagi.
C Ayah memberitahu bahawa dia bermimpi Oren pulang ke rumah.
D Anis memberitahu bahawa dia munjumpai Oren di celah pokok tua.

18. Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpin ini ialah …

A pengorbanan ayah terhadap keluarga.


B perasaan kasih terhadap haiwan peliharaan.
C tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan.
D Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

19. Latar tempat yang tidak terdapat dalam petikan cerpen ialah …

A ruang tamu
B meja makan
C ruang dapur
D taman permainan

20.

Seekor anak
kucing Ayah
mengiau-ngiau menceritakan
Ayah terlanggar
di hadapan ibu Peristiwa X perkara sebenar
ibu kucing
kucing yang dan ibu
tidak bernyawa mengerti
itu.

Berdasarkan urutan cerita keseluruhan cerpen”Oren”, apakah peristiwa X?

A Ayah menanam ibu kucing yang sudah mati itu.


B Ayah membawa ibu kucing itu pulang ke rumah.
C Ayah membawa anak kucing itu pulang ke rumah.
D Ayah membawa seekor anak kucing lain untuk menjadi teman Oren bermain.