Anda di halaman 1dari 4

Nama : ________________________________________

Kelas : ________________________________________

Hari : Isnin BAHASA MELAYU Tarikh : 20 Julai 2020

Tingkatan 3

(CERPEN : LEGASI TAPAI UBI)

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda  sendiri.

SINOPSIS

Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai
ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut
sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual
dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang
telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal biasa. Proses
membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak
boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan
tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

    Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara
gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo
untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan
serangan kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin
merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian. Kajian
telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan
bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-sel
kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti dan dibawa ke
peringkat antarabangsa.

    Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai
Ubi Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo,
kejayaannya itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya,
kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana
permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan
meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai
jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

Dipetik daripada “Legasi Tapai Ubi”,

oleh Ghazali Lateh, antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Aras Mega Sdn Bhd

1
LATIHAN 1

1. Berikut merupakan pantang larang sewaktu membuat tapai ubi bedasarkan cerpen kecuali:

A. Tidak boleh beri orang tahu

B. Jangan kena kotoran atau minyak
C. Tidak boleh diletakkan di lantai
D. Tidak boleh bising

2. Parjo seorang yang taat.

Bedasarkan pernyataan di atas, peristiwa manakah yang paling sesuai untuk menggambarkan
perwatakan Parjo?

A. Parjo melakukan kajian tapai ubi di universiti dengan beberapa rakannya yang lain
B. Parjo tetap menghantar tapai ubi ke kantin sekolah walaupun sudah jemu dengan tapai
ubi.
C. Parjo berasa kasihan terhadap pesakit kanser terutamanya kepada penghidap kanser
payu dara lantas mengkaji kebaikan tapai ubi dalam mencegah kanser dengan
bersungguh-sungguh.
D. Parjo belajar dengan tekun sehingga berjaya masuk universiti

3. Pilih latar masa dalam cerpen Legasi Tapai Ubi ini

i. Pagi
ii. Selepas sembahyang isyak
iii. Kantin
iv. Semasa berjalan

A. i,ii dan iv
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. i dan ii

4. 'Kesungguhan anak muda dalam mencapai kejayaan' merupakan __________ bagi

cerpen Legasi Tapai Ubi.

A. Persoalan
B. Nilai
C. Perwatakan
D. Tema

5. 'Jangan kena kotoran atau minyak'

Apakah isi tersirat yang ingin disampaikan Wak Salikon kepada Parjo?

A. Membuat rasa tapai lebih enak

B. Menunjukkan proses pembuatan tapai yang rumit
C. Memastikan tapai yang dihasilkan dijual berkualiti
D. Menyusahkan Parjo
2
LATIHAN 2

“Tapai! Tapai! Tapai!”

Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah
tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika semua orang berkata Wak
Salikon Tapai Ubi, seluruh kampong kenal. Itu bapa aku!kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi,
itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya !

“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat.
Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat
menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, warung, ke kedai kampong dan ke mana-
mana sahaja jika ada tempahan.

Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi
sejak aku sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai
ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-
sama menumpang bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bias tegal
biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki.

Dipetik daripada “Legasi Tapai Ubi”,

oleh Ghazali Lateh, antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Aras Mega Sdn Bhd

i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak
Salikon? (3 markah)

________________________________________________________________________

ii) Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen
“Legasi Tapai Ubi”.
Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. (3 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3
iii) Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak
sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? (4 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

iv) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memastikan generasi sekarang
mengenali dan menyukai makanan tradisional? (3 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

v) Makanan tradisional kini boleh diperoleh di hotel.

Pada pendapat anda, mengapakah pengusaha hotel menyediakan makanan tradisional?
(3 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

i) Senaraikan empat makanan tradisional yang anda ketahui? (4 markah)