Anda di halaman 1dari 7

Masa CUE Pengacara Skrip ucapan

majlis
2.15 Para pensyarah Muhammad Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan
petang dan siswa pendidik Huzaimi Bin untuk berada dalam keadaan tenang
memenuhi tempat Zakari sepanjang majlis ini berlangsung. Mohon
duduk yang kerjasama daripada para hadirin untuk
disediakan dalam memastikan telefon bimbit anda dimatikan
dewan. atau berada dalam keadaan nada senyap.

Apabila diumumkan ketibaan pengarah,


hadirin dimohon untuk berdiri sehinggalah
dipersilakan untuk duduk. Kerjasama anda
amatlah dihargai. Terima kasih.

2.30 Pengarah, timbalan Muhammad Mengumumkan ketibaan Pengarah IPG


petang pengarah dan Huzaimi Bin Kampus Bahasa Antarabangsa, Yang
ketua jabatan Zakari Berusaha Dr Nagalingam Karuppiah,
mengambil tempat Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa
duduk hadapan Antarabangsa, Yang Berusaha Dr Chong
dan apabila buku Poh Wan, dan Ketua Jabatan Hal Ehwal
program Sambutan Pelajar, Yang Berbahagia En Mohd Nazri
Hari Guru Bin Mohd Yusof, para hadirin dijemput
diedarkan maka berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan
juruacara para jemputan.
memulakan majlis
2.35 Nur Natassha Assalamualaikum warahmatullahi
petang Amira Binti wabarakatuh dan salam sejahtera. Izinkan
Mustafa saya berpantun bagi memulakan
perhimpunan rasmi kita pada petang ini.

Bunga melati tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

1
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha, Dr Nagalingam Karuppiah,


Pengarah IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa, Yang Berusaha Dr Chong
Poh Wan, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Bahasa Antarabangsa, En. Mohd Nazri Bin
Mohd Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar, ketua-ketua jabatan, para
pensyarah dan siswa pendidik yang dikasihi
sekalian.

16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru


di seluruh negara telah berlalu
meninggalkan kita. Menyedari hakikat
bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada
murid maka tiadalah guru, maka pada hari
ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari
Guru dengan cara kita.

2.40 Lagu Negaraku dan Nur Natassha Acara diteruskan dengan nyanyian lagu
petang Wilayah Amira Binti Negaraku, diikuti dengan lagu Wilayah
Persekutuan akan Mustafa Persekutuan. Hadirin diminta berdiri dan
dimainkan setelah menyanyi dengan penuh semangat.
semua hadirin
berdiri. Terima kasih atas nyanyian yang penuh

2
semangat tadi. Semua pensyarah dan
siswa pendidik dijemput duduk.

2.50 Skrip bacaan doa Muhammad Ikan merah dijual di pekan,


petang yang telah Huzaimi Bin Syukur gembira dapat sebaldi,
disediakan akan Zakari Cuaca cerah turut mengizinkan,
diletakkan di atas Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.
podium sebelum
menjemput Ustaz Bagi memberkati majlis ini, dijemput Al
Abu Hisham Fadhil Ustaz Abu Hisham untuk memimpin
dijemput naik ke bacaan doa. Dipersilakan.
atas pentas.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abu
Hisham. Semoga dengan bacaan doa itu
tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

3.00 Skrip perutusan Nur Natassha Hadirin dan hadirat sekalian,


petang Hari Guru akan Amira Bin
diletakkan di atas Mustafa Bersyukur kita kerana diberikan luangan
podium sebelum Dr waktu dan kesempatan untuk kita sama-
Ghazali dijemput sama berkumpul di Dewan Besar IPGKBA
naik ke atas bagi meraikan Sambutan Hari Guru
pentas. Sepanjang peringkat kampus bagi tahun 2019.
perutusan Hari
Guru disampaikan, Selasih mekar di tengah desa,
persembahan Mencelah sama kembang melati,
multimedia yang Guru Pembina Negara Bangsa,
telah disediakan Menabur ilmu, berkhidmat, dan bakti.
akan dimainkan.
Majlis diteruskan dengan bacaan
Perutusan Hari Guru yang akan
disampaikan oleh Dr Ghazali Bin Taib.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Ghazali

3
Bin Taib.

3.30 Persembahan Muhammad Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


petang multimedia oleh Huzaimi Bin
siswa pendidik Zakari Sambutan Hari Guru merupakan satu
semester 8 pengiktirafan kepada insan yang bergelar
dimainkan. Lampu ’cikgu’. Semoga dengan pengiktirafan ini
dewan akan dapat menyemarakkan lagi iltizam dan
dimalapkan tekad serta ikhtiar para guru dalam usaha
sepanjang menjana dan mengangkat martabat
persembahan profesion keguruan sebagai profesion yang
multimedia dipandang tinggi semurni tugas seorang
dimainkan. guru.
Majlis diteruskan dengan persembahan
multimedia yang telah disediakan oleh
siswa pendidik semester 8. Mari kita sama-
sama saksikan.

3.40 Skrip ucapan untuk Muhammad Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa
petang Dr Nagalingam Huzaimi Bin mendengar amanat dan ungkapan keramat
telah disediakan di Zakari daripada Tuan Pengarah kita yang dikasihi.
atas podium Dengan ini dipersilakan Yang Berbahagia
sebelum beliau Dr Nagalingam, Pengarah IPG Kampus
dijemput naik ke Bahasa Antarabangsa untuk
atas pentas. menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

4.10 Podium di atas Nur Natassha Tumbuh selirat bunga melati,


petang pentas akan Amira Binti Mari direnjis dalam jambangan,
diturunkan ke Mustafa Ucapan tersirat seribu erti,
bahagian tepi Semoga majlis menjadi kenangan.
dewan untuk
memberikan ruang Pegang kaca harus beringat
kepada PPISMP Bimbang terluka susah nanti
TESL Ambilan Jun Ikrar dibaca penuh semangat
2018 untuk Janji terpatri disudut hati.

4
menyampaikan
persembahan Mari kita sama-sama saksikan
istimewa yang telah persembahan istimewa yang akan
disediakan. disampaikan oleh siswa pendidik PPSIMP
Jun 2018.

4.20 Bacaan Ikrar Guru Nur Natassha Hadirin yang dihormati sekalian,
petang dan nyanyian lagu Amira Binti
Kami Guru Mustafa Sambutan hari guru tidak akan lengkap
Malaysia tanpa mendengar laungan ikrar dan
nyanyian para guru.

Dengan ini, majlis mempersilakan semua


pensyarah dan siswa pendidik untuk
bersama-sama berdiri bagi melaungkan
lafaz Ikrar Guru serta menyanyikan lagu
Kami Guru Malaysia yang akan diketuai
oleh Dr Ghazali.

4.30 Muhammad Menghilau laksana pokok kiambang


petang Huzaimi Bin Di dalam kali tumbuh melata,
Zakari Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu Kami


Guru Malaysia sebentar tadi, maka
berakhirlah perhimpunan kita pada petang
ini.

Mengumumkan pergerakan keluar Dr


Nagalingam Karuppiah, Dr Chong Poh Wan
dan En. Mohd. Nazri Bin Mohd. Yusof.

5
Rujukan

Dorothea Johnson (2010). The little book of etiquette. Washington: The New York Times.

Jabatan Perdana Menteri (2014). Panduan pengurusan majlis dan acara. Kuala Lumpur:
Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri.

6
MITI (2011). Garis panduan: Etika dan penampilan pemakaian ke pejabat. Kuala Lumpur:
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mokhtar Mohd. Tohar (2012). Protokol dan etiket dalam pengurusan dan menghadiri majlis.
Kuala Lumpur: INTAN.

Mokhtar Mohd. Tohar (2011). Amalan protokol dan etiket. Kuala Lumpur: UPM Press
Bookstore.

N. A. Salleh (2009). Koleksi contoh teks ucapan berserta panduan asas penulisan teks ucapan.
Kuala Lumpur: Perintis Publications Sdn. Bhd.

Siti Zaleha M. Hashim (2014). Tips menulis teks pengacara majlis. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai