Anda di halaman 1dari 3

RKIB : 08/04/2010

Liberalisasi perdagangan dimuktamadkan hari ini

HANOI 7 April - Sektor ekonomi ASEAN memasuki era baru


tahun ini apabila dua perjanjian penting bagi meliberalisasikan
perdagangan dan pelaburan di rantau ini akan dimuktamadkan
esok.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri


Mustapa Mohamed berkata, dua perjanjian itu ialah Perjanjian
Barangan bagi Perdagangan ASEAN (ATIGA) dan Perjanjian
Pelaburan Komprehensif ASEAN (ACIA).

Beliau berkata, kedua-dua perjanjian itu akan ditandatangani


esok apabila kesemua 10 negara mencapai kata sepakat
berhubung perkara tersebut.

Mustapa berkata, menteri-menteri ekonomi ASEAN yang


bermesyuarat hari ini bersetuju melaksanakan ATIGA pada
bulan Mei manakala ACIA pula pada Oktober tahun ini.

Sebelum ini katanya, lapan buah negara ASEAN telah


menandatangani ATIGA manakala Filipina dan Thailand tidak
dapat berbuat demikian kerana tidak mencapai kata sepakat
berhubung tarif beras dan gula.

''Perkembangan positif ini akan meletakkan kembali ASEAN ke


landasan sebagaimana terkandung dalam Pelan Tindakan
Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

''Inilah tahun yang mana negara-negara ahli dapat melihat


kesan yang sangat besar kepada usaha berterusan untuk
menyepadukan ekonomi rantau ini," katanya pada sidang
akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri
Ekonomi ASEAN di Pusat Konvensyen Kebangsaan Hanoi, di
sini hari ini.
Menurut Mustapa, negara-negara ASEAN berjaya mencatat
sejarah mulai 1 Januari lalu apabila tarif pelbagai jenis
barangan di rantau ini berjaya dikurangkan.

Katanya, di bawah Skim Keutamaan Sama Rata Kawasan


Perdagangan Bebas ASEAN (CEPT-AFTA), enam negara
ASEAN bersetuju menghapuskan tarif ke atas 99.65 peratus
daripada jumlah keseluruhan tarif.

Selain itu kata beliau, negara-negara di bawah kumpulan


CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) turut
mengurangkan kadar tarif antara 0 hingga lima peratus ke atas
98.86 peratus keseluruhan tarif bergantung kepada
penghapusan tarif menjelang 2015.

Pelan AEC digunapakai oleh negara-negara ASEAN pada tahun


2007 bagi mempercepatkan integrasi ekonomi dan menjayakan
pertukaran perdagangan dan pelaburan antara wilayah.

Sejak tahun 2000, nilai perdagangan antara negara ASEAN


meningkat tiga kali ganda daripada AS$166.8 bilion (RM536
bilion) kepada AS$458.1 bilion (RM2 trilion) pada tahun 2008.

Sementara itu beliau berkata, menteri-menteri ekonomi


ASEAN akan mengadakan misi perdagangan ke Washington
dan Seattle pada 3 hingga 5 Mei depan bagi menjelaskan
kepada masyarakat perdagangan Amerika Syarikat (AS)
tentang kemakmuran ekonomi di rantau ini.

Mustapa berkata, menteri-menteri terlibat akan mengadakan


perjumpaan dan berinteraksi dengan para pembuat dasar di AS
dan mempromosikan rantau ini sebagai destinasi dan hab
perdagangan dan pelaburan terbaik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0408&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri
&pg=dn_20.htm#ixzz2gcrezkva 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anda mungkin juga menyukai