Anda di halaman 1dari 3

Wief landasan lonjakan ekonomi

negara Islam
2010/03/12 - 07:59:33 AM Oleh Hasliza Hassan Cetak Emel Kawan
Forum tahunan beri peluang ahli perniagaan, pemimpin susun
strategi perluas rangkaian

PENGANJURAN Forum Ekonomi Islam Sedunia (Wief) menggunakan


pendekatan makro meneruskan tumpuan mengumpulkan ketua negara dan
ahli perniagaan serantau untuk membincangkan idea, mewujudkan rangkaian
dan meninjau peluang perniagaan merentasi sempadan.

Justeru, forum tahunan dianjurkan buat kali keenam yang diadakan di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) 18 hingga 20 Mei depan bertemakan
‘Persiapan Ke Arah Kebangkitan Ekonomi’ tidak menetapkan pelan khusus
bagaimana menghadapi situasi ekonomi semasa.
Sebaliknya, Pengerusi Wief, Tun Musa Hitam, berkata perjumpaan peserta
dari seluruh dunia pada forum itu nanti akan memberi peluang Wief
mengenal pasti bidang keutamaan yang boleh diberi tumpuan ke arah
peningkatan ekonomi lebih baik.

"Wief akan terus menjadi landasan menemukan pemimpin dunia serta


pakar industri untuk melihat isu global yang mempengaruhi perdagangan"

Musa Hitam
Pengerusi Wief

“Umur Wief baru lima tahun dan akan terus menjadi landasan menemukan
pemimpin dunia serta pakar industri untuk melihat isu global yang
mempengaruhi perdagangan. Apabila ahli perniagaan berjumpa dan melihat
peluang yang ada, mereka tahu tindakan selanjutnya yang perlu diambil.

“Wief hanya memudahkan mereka tetapi dengan minat ditunjukkan melalui


penyertaan kian bertambah dari setahun ke setahun, saya bangga kita dapat
membangun dan menganjurkan Wief,” katanya pada majlis pelancaran Forum
Wief ke-6 di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, Wief sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan perusahaan


kecil dan sederhana (PKS) kerana aktiviti itu menguasai pembangunan
ekonomi negara Islam termasuk Malaysia.

Kepentingan membangunkan PKS juga mendorong Wief menganjurkan forum


wilayah pertamanya yang akan berlangsung di Bangladesh untuk
membincangkan perkara berhubung kait pembangunan PKS sebelum
perjumpaan Wief seterusnya di Kazakhstan.
Musa berkata, pelbagai pihak mengakui ekonomi global sedang melalui proses
pemilihan tetapi sama ada mendatar atau menaik tidak dapat dipastikan
kerana kebanyakan negara sekarang ini lebih menumpukan ke arah
menstabilkan ekonomi masing-masing.

Katanya, sementara seluruh dunia berusaha memperbaiki ekonomi, keadaan


di dunia Islam pula tidak menampakkan pergerakan.

Oleh itu, sasaran Wief ialah untuk menjadi permulaan dalam menghubungkan
ahli perniagaan dunia Islam membina rangkaian dan pada masa sama
membincangkan isu berkaitan pembangunan negara memandangkan
persekitaran dunia Islam berbeza dengan negara lain.

Bagaimanapun katanya, perjumpaan peserta forum Wief ke-6 tidak akan


menutup pintu kepada negara bukan Islam untuk terbabit sama kerana hidup
dalam dunia global tidak logik bagi negara Islam berada dalam blok sendiri.

Sejak penganjurannya ketika Malaysia menjadi Pengerusi Pertubuhan


Persidangan Islam (OIC), Wief menjadi perhatian dunia dengan lebih ramai
ketua negara dan ketua kerajaan negara Islam menyertainya serta
menawarkan diri untuk menjadi penganjur forum.

Pemimpin negara Islam sedar Wief adalah wadah untuk berinteraksi dengan
komuniti ahli perniagaan Islam dari seluruh dunia dan membuat keputusan
berhubung peluang perniagaan di negara masing-masing serta menjalin
hubungan perniagaan di antara negara.

Forum Wief ke-6 yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, dijangka turut dihadiri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah;
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono; Presiden Senegal,
Abdoulaye Wade; Presiden Syria, Bashar al-Asad; Presiden Maldives,
Mohamed Nasheed; Perdana Menteri Pakistan, Syed Yousuf Raza Gilani;
Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Masimov dan Perdana Menteri
Bangladesh, Khaleda Zia.

Antara penceramah yang akan hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi; berkas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz;
bekas Menteri Luar Thailand, Surin Pitsuwan dan Presiden Bank
Pembangunan Islam (IDB), Dr Ahmed Mohamed Ali.

Pada forum kali ini, lapan sesi serentak akan membincangkan isu berkaitan
pelancongan, logistik, PKS, pengurusan air, penjenamaan, teknologi
pembelajaran, perusahaan dan etika perniagaan, inovasi serta perbankan
Islam.

Musa berkata, keyakinan melalui penyertaan ketua negara dan ahli


perniagaan seluruh dunia adalah kayu pengukur kepada kejayaan Wief serta
bukti pengiktirafan terhadap penganjuran forum bertaraf dunia itu.

Beliau berkata, menjadi harapannya supaya Wief menjadi jenama produk


Islam yang dilihat secara lebih positif dan praktikal yang memberi tumpuan
kepada pembangunan secara langsung dalam bidang perniagaan.

“Ini penting kerana Islam sering diberi imej dan persepsi negatif oleh
komuniti global. Oleh itu kita memerlukan bukti praktikal yang substantif
untuk menunjukkan kesungguhan masyarakat Islam meningkatkan ekonomi
mereka,” katanya.
Katanya, Wief akan terus memainkan peranan demi mencapai matlamat
jangka panjang melihat kebangkitan ekonomi Islam dengan menghasilkan
peluang perniagaan, pekerjaan dan permodenan kepada negara Islam.

Saya harap boleh beritahu pencapaian hebat Wief tetapi buat masa ini kita
melakukan yang terbaik, fokus dan apabila peranan Wief dikembangkan, Wief
akan jadi lebih penting serta dikenali,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai