Anda di halaman 1dari 2

Suruhanjaya OIC prihatin

pencabulan hak asasi manusia di


Syria
2012/02/25 - 12:11:34 PM Cetak Emel Kawan
JAKARTA: Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC) melahirkan kebimbangan mendalamnya tentang
pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di beberapa negara anggotanya,
terutama Syria.

Suruhanjaya itu juga melahirkan kebimbangannya tentang perbuatan


membakar al-Quran di Afghanistan dan kehilangan nyawa di negara itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat rasmi pertamanya
di sini lewat semalam, suruhanjaya 18 anggota itu juga mengenal pasti hak
asasi wanita dan kanak-kanak, hak menikmati pembangunan dan hak
mendapatkan pendidikan serta menggalakkan penyelidikan sebagai bidang
keutamaan yang perlu diberi perhatian segera dalam kerangka kerjanya.

Sebagai langkah memperkasakan OIC melalui penggunaan mekanisme ke


arah memperkukuh dan melindungi hak asasi negara anggotanya, mesyuarat
lima hari itu memberi fokus utama terhadap perbincangan mengenai Tatacara
Prosedurnya, di samping memberi tumpuan terhadap isu kontemporari
berkaitan agenda hak asasi manusia di peringkat global.

Mesyuarat itu memutuskan bahawa hak daripada segi sivil, politik, ekonomi,
sosial dan kebudayaan di negara anggota OIC, keadaan hak asasi manusia di
Palestin dan wilayah Arab lain yang diduduki Israel pada 1967 dan isu hak
asasi manusia dalam agenda OIC akan menjadi perkara tetap dalam agenda
suruhnjaya itu.

Aspek hak asasi manusia dalam agenda OIC, khususnya dalam penyaluran
sokongan teknikal ke arah pembinaan keupayaan dan peri pentingnya
kewujudan rangkaian institusi di negara anggotanya, turut dikenal pasti dan
dibincangkan oleh suruhanjaya itu.

Dalam syor yang dikemukakan kepada majlis Menteri-Menteri Luarnya,


suruhanjaya itu menawarkan diri untuk membantu negara anggota, jika
diminta berbuat demikian, dalam bidang penting seperti memenuhi keperluan
mekanisme hak asasi manusia.
IPHRC juga menggalakkan setiap negara anggota memanfaatkan kepakaran
yang dimiliki suruhanjaya itu dengan merujuk perkara berhubung hak asasi
manusia dan undang-undang berkaitan kepadanya untuk mendapatkan
pandangan serta khidmat nasihat.

Mesyuarat itu juga membincangkan tentang ruang yang boleh digunakan


untuk meningkatkan interaksi antara suruhanjaya itu dengan masyarakat
sivil.

Suruhanjaya berkenaan turut membincangkan sumbangan nilai-nilai Islam


terhadap hak asasi manusia yang diiktiraf sejagat serta mengiktiraf peri
pentingnya kerjasama dalam kalangan negara anggota OIC, termasuk melalui
pertukaran amalan baik.

Mesyuarat itu juga membincngkan cara yang boleh digunakan untuk


membantu negara anggota melaksanakan tanggungjawab masing-masing
berhubung hak asasi manusia sejagat.

Sebuah kumpulan kerja mengenai Tatacara Prosedur turut ditubuhkan untuk


membincangkan perkara itu pada mesyuarat antara sesi sebelum
dimuktamadkan pada sesi perbincangan selanjutnya.

IPHRC, yang dibentuk oleh Majlis Menteri-Menteri Luar OIC pada


mesyuaratnya di Astana, Kazakhstan tahun lalu memilih Dr Siti Ruhaini
Dzuhayatin dari Indonesia sebagai pengerusi sementaranya. - BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai