Anda di halaman 1dari 6

TATACARA HUKUMAN ROTAN

i. Hukuman dirotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.


ii. Tertakluk kepada peraturan 5, hukuman dirotan hendaklah dilaksanakan seperti
berikut:
(a) dirotan ditapak tangan; atau
(b) dirotan dipunggung dengan berlapikkan pakaian.
iii. Hukuman rotan adalah dilarang dilaksanakan di khalayak ramai atau perhimpunan
sekolah.
iv. Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai saksi.
v. Hanya guru besar atau guru yang diberikan kuasa sahaja yang boleh melakukannya.
vi. Guru yang dipertanggungjawab melaksanakan hukuman rotan bukanlah melakukan
berdasarkan perasaan dendam atau marah kepada murid tetapi ia adalah
sebahagian daripada proses mendidik. Tindakan yang dikenakan terhadap murid
seharusnya difahami oleh semua pihak iaitu sebagai alat untuk mendisiplinkan murid
bukannya sebagai alat untuk mencederakan fizikal dan mental murid.
vii. Rotan yang digunakan hendaklah rotan yang ringan berukur lilit tidak melebihi 3
sentimeter manakala panjangnya tidak melebihi 1 meter.
viii. Bilangan rotan tidak melebihi tiga kali.
ix. Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat
tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan hukuman supaya tidak
melukakan kulit murid itu.
x. Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman hendaklah
mengangkat rotan dan tidak menariknya.
xi. Semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis
salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan
perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan. Kemudian, rekod tersebut
akan disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.

Lampiran 1
1. Senarai Kesalahan BERAT :

i. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.


ii. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
iii. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
iv. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan atau mengkhayalkan.
v. Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan.
vi. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/ pengawas
murid.
vii. Biadab terhadap guru, pengawas atau murid.
viii. Memeras ugut guru, pengawas atau murid.
ix. Membawa atau menggunakan senjata atau alat berbahaya.
x. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
xi. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
xii. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
xiii. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
rakaman dan multimedia terlarang.
xiv. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
xv. Mencabul kehormatan guru atau murid.
xvi. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
xvii. Melacur atau menjadi bohsia, bohjan atau pondan.
xviii. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
xix. Mengintai murid lelaki atau perempuan.
xx. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
xxi. Merosakkan harta benda sekolah atau guru.
xxii. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
xxiii. Menulis atau melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
xxiv. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
xxv. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
xxvi. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan atau ujian.
xxvii. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan
dengan masyarakat Malaysia.
xxviii. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
xxix. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.
xxx. Mengganggu, menjejaskan kuasa guru besar, pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
xxxi. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
xxxii. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
xxxiii. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
xxxiv. Melakukan hubungan yang dicurigai.
xxxv. ii) Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

2. Senarai kesalahan SEDERHANA :


i. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
ii. Menyalahgunakan, menggunakan peralatan, sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
iii. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
iv. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
v. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
vi. Tidak menghormati lagu-lagu, bendera, jata sekolah, negeri, dan kebangsaan.
vii. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna.
viii. Menconteng pada harta benda sekolah.
ix. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan pada satu cuping telinga.

3. Senarai Kesalahan RINGAN :

i. Menyimpan misai, janggut atau jambang.


ii. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
iii. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
iv. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah
tanpa kebenaran.
v. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
vi. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
vii. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
viii. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
ix. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal, bengkel atau bilik  khas.
x. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
xi. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
xii. Makan dan minum di bilik darjah.
xiii. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
xiv. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
xv. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
xvi. Datang lewat ke sekolah.
xvii. Lewat bergerak ke perhimpunan, bengkel atau makmal.
xviii. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
xix. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
xx. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
xxi. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
xxii. Mengganggu kawasan.
xxiii. Mengganggu guru.
xxiv. Lewat masuk kelas.
xxv. Mengotorkan kelas.
xxvi. Tidak duduk setempat.
xxvii. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

TATACARA HUKUMAN PENAHANAN ( DETENTION )


Hukuman diletakkan dalam kelas tahanan hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

(a) di bilik darjah atau mana-mana bilik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa disiplin;
(b) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 45 minit bagi satu kesalahan disiplin;
(c) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran;
(d) membuat apa-apa kerja sekolah atau pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa disiplin; dan
(e) di dalam pengawasan guru yang ditetapkan.

TATACARA HUKUMAN DENDA

1. Hukuman menjalankan aktiviti yang bersifat pendidikan dan pembentukan disiplin


murid hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

(a) dilaksanakan dalam kawasan sekolah sahaja;


(b) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran;
(c) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 1 jam bagi satu kesalahan disiplin;
(d) tidak membebankan murid secara fizikal;
(e) terhad kepada harta benda sekolah sahaja;
(f) terhad kepada aktiviti-aktiviti di dalam kawasan sekolah; dan
(g) di dalam pengawasan dan penyeliaan guru yang ditetapkan.

2. Senarai aktiviti bersifat pendidikan sahsiah, sosial dan kemasyarakatan dan tidak
bersifat punitif yang boleh dikenakan sebagai hukuman:

(a) membersihkan bilik darjah;


(b) membersihkan bilik guru;
(c) membersihkan bilik-bilik khas;
(d) membersihkan dewan;
(e) membersihkan padang;
(f) membersihkan kawasan sekolah (termasuk mengutip sampah);
(g) menyusun perabot sekolah;
(h) menyusun kerusi meja untuk sesuatu majlis sekolah;
(i) menyusun kerusi meja di musim peperiksaan;
(j) mengemas papan kenyataan;
(k) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah yang tidak melibatkan orang luar;
(l) membantu sekolah menganjurkan hari penyampaian sijil dan penghargaan;
(m) membantu sekolah menganjur hari sukan;
(n) membantu guru menyediakan peralatan pendidikan jasmani;
(o) membersih dan mengemas setor sukan;
(p) membaca buku dan membuat sinopsis; dan
(q) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah bagi menceria dan mengindahkan
kawasan dan bangunan sekolah, seperti melukis mural, mengadakan taman atau
kebun, menjaga kolam ikan.

3. Walau apa pun peruntukan perenggan 1 dan 2, hukuman yang dikenakan di bawah Bahagian
ini tidak boleh termasuk apa-apa kerja yang lazimnya, atau boleh, dijalankan oleh pekerja
sekolah.
4. Sekiranya denda yang melibatkan wang, Pengetua/Guru Besar hendaklah
mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang
murid untuk membayar denda itu.Untuk sesuatu denda itu mendatangkan kesan praktikal
adalah penting denda itu sejajar dengan wang sakunya.
TATACARA HUKUMAN AMARAN

a. Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua/Guru Besar atau guru yang diberi
kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang
telah melakukan salah laku itu.

b. Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang
lebih berat lagi selepas itu.

c. Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku
ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran
Keras bagi kategori salah laku berat.