Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1432 H

MASA PERISTIWA UCAPAN CATATAN

Ucapan DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA


aluan EN.____________________, PENGETUA SEKOLAH
pengerusi MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU 2 KE DALAM
DEWAN.

MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI. (kemudian


hadirin duduk selepas pengetua duduk)

ALU-ALUAN

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum WBT..
Dimulakan majlis dengan menyebut nama Allah yang Maha Mulia,
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang
diberi,Diucapkan segala puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
dan diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW,
keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda

Yang berusaha, En. _________________________


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2.

Yang Dihormati En. _________________________


Penolong Kanan Pentadbiran

En. __________________________
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. __________________________
Penolong Kanan Kokurikulum

Dan seterusnya guru-guru,staf-staf serta semua anak didik


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah rahmat-Nya
dapat kita bersama-sama berkumpul dan mengimarahkan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul pd hari ini, 12 Rabiulawal 1432 hijrah
bersamaan 15 Februari 2011, yang dianjurkan dengan berbesar
hatinya oleh Panitia Pendidikan Islam.
DI TANAH ARAB GURUN MELATA,
MAHSYURNYA MAKKAH BERBAGAI KABILAHNYA,
12 RABIULAWAL LAHIRNYA PUTERA,
MENJADI SANJUNGAN SERATA DUNIA.

Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir.


Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan
merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya
Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah
SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus
dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul
tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera
Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan
tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang
segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan
di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah.
Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan
nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-
orang Yahudi danKristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai
nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran
Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad)


melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan nabi akhir.


Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun
kelahirannya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw.
bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah
wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat
ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.”
(Riwayat Tirmidzi) Baginda juga bersabda, “Aku sudah menjadi
Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah.
Baginda saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah
sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam
bentuk tanah.Dan di belakang tubuh Baginda juga terdapat tanda
kelahiran seperti cop yang tertulis “Khatamun-Nabiyyin”.
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun
Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di
pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu
tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam
menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam
sejarah Islam.

Bacaan ayat Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-
Al-Quran quran yang akan disampaikan oleh adik _________________ dan
diterjemahkan oleh adik_______________. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
(Bacaan Quran)

Sodaqallah hul ‘azim.

 Demikian tadi alunan ayat-ayat suci al-Quran yang telah


disampaikan oleh______________________. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah
ini,majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan al-Fadhil
Ustaz Muhammad Kamarul Nizam Bin Adam untuk
membacakan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
(bacaan doa)

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat


keberkatan Robbul izzati.

Nyanyi lagu Hadirin dan hadirat sekalian


Negaraku
dan Lagu
Sabah Dengan semangat cintakan negara dan negeri kita, marilah sama-
sama kita nyanyikan lagu Negaraku dan kemudiaan diikuti lagu
negeri Sabah. Diminta para hadiri berdiri.
(menyanyi)
Hadirin dipersilakan duduk.
Ucapan MAULIDUR RASUL KITA MENYAMBUT
pengetua. NABI MUHAMMAD INSAN DIRAI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI

Tibalah masa yang dinantikan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha


En.______________________ untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul


pada pagi ini, dipersilakan TN pengetua diiringi oleh penolong-
penolong kanan bagi acara ____________________________
satu tepukan untuk kita semua.

Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn


Pengetua atas perasmian itu tadi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Ceramah AHMAD DI SANA MUHAMMAD DI SINI


KEMBALI BAGINDA KE ALAM ABADI
HARUM NAMANYA MEKAR DI HATI
PERJUANGAN BAGINDA TETAP DIIKUTI

Muslimin dan muslimat sekalian,


Bagi menambahkan lagi kecintaan kita semua kepada Nabi
Muhammad SAW, marilah kt sama-sama mendengarkan ceramah
yang mengisahkan Nabi Muhammad SAW. Ceramah ini akan
disampaikan oleh Al Fadhil ustaz _______________________
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
(ceramah berlangsung)

Alhamdulillah,moga-moga setiap kata-kata, pesanan dan nasihat


yang disampaikan akan menjadi pengajaran dan panduan buat kita
semua. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih buat al fadhil
ustaz.
Nasyid Muslimin muslimat sekalian,
pelajar Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, dengan ini
dipersilakan kumpulan pelajar naik ke pentas bagi
mendendangkan nasyid yang bertajuk ___________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(nyanyian nasyid)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih buat adik-adik pelajar


sekalian.

Tayangan LAHIRNYA KE DUNIA MENJADI PIATU


video MENUMPANG KASIH SANAK SAUDARA
WAFATNYA BAGINDA SANGATLAH PILU
NAMUN KASIH SAYANGNYA TETAP MEMBARA

Hadirin hadirat sekalian


Bagi menyempurnakan lg majlis sambutan Maulidur Rasul pada
tahun ini, majlis telah menyediakan satu tayangan video yang
bertajuk ‘Muhammad Utusan Terakhir’. Diminta semua hadiri
memberi perhatian yang baik sepanjang tayangan video ini. Moga-
moga kita semua akan mendapat hikmah dan pengajaran
daripadanya.
(tayangan)

Alhamdulillah, moga-moga segala apa yang dipertontonkan, dapat


kita ambil iktibar dan panduan dalam menjalani hidup kita semua.
Sesungguhnya cinta dan sayangnya Nabi kepada kita tidak pernah
pudar dan hilang sehingga wafatnya Baginda. Semoga kita semua
dapat mengamalkan hidup berlandaskan harta peninggalan paling
berharga buat kita iaitu Al-quran dan sunnah sebagai tanda
cintanya kita kepada Allah dan Rasul.

Selawat Muslimin dan muslimat sekalian,


Sebagai memperingati Nabi Muhammad SAW, marilah kt
bersama-sama berselawat ke atas Baginda. Semoga kita semua
akan mendapat syafaatnya kelak.

Hadirin diminta berdiri.


Jamuan Muslimin muslimat, hadirin hadirat,
Majlis yang diadakan pada kali ini diharap dapat memupuk
ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama kita dan mendapat
rahmat dari-Nya. Dan marilah kita bersama-sama dalam
membuktikan bahawa sememangnya kita benar-benar cintakan
Allah dan Rasulullah SAW. Wallahua’lam. Bagi mengakhiri majlis
pada hari ini, dijemput para tetamu untuk menikmati hidangan yang
telah disediakan.
Akhir kata, wabillahi taufik walhidayah, wasalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai