Anda di halaman 1dari 4

4.

Penilaian terhadap murid bukan sahaja dilakukan untuk mengetahui tahap dan keupayaan
murid dalam menguasai pengetahuan dan ilmu malah menjadi rekod serta rujukan bagi guru untuk
sentiasa memperbaiki pengajaran ke arah yang lebih produktif. Bagi soalan jenis esei lazimnya
terdapat dua jenis rubrik yang boleh digunakan iaitu kaedah holistik dan kaedah analitik. Kedua-dua
kaedah ini mempunyai kriteria yang tersendiri dalam proses penilaian dan pengukuran skrip jawapan
bagi soalan esei. Pertama sekali, kaedah holistik ini digunakan untuk menilai jawapan esei dengan
pemeriksa membaca skrip jawapan secara sekali lalu untuk memperoleh gambaran secara menyeluruh
berdasarkan kombinasi semua kriteria. Tahap jawapan pelajar juga dapat diketahui berdasarkan
kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses melalui penyediaan skema jawapan secara
umum dalam dijadikan panduan untuk pemberian markah. Maka, dengan kaedah ini pencapaian
pelajar dapat dikelaskan mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan.

Sebagai contoh, rubrik pemarkahan holistik yang boleh digunakan bagi matapelajaran sejarah
adalah seperti berikut:

Markah Kriteria
5 ( Cemerlang) menguasai semua objektif serta dapat memberikan huraian serta contoh
dengan baik dan berkesan dengan sokongan fakta yang tepat
4 (Baik) menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan huraian serta
contoh dengan berkesan dengan fakta menepati kehendak soalan
3 (Memuaskan) hampir sebahagian objektif dan memberikan huraian berserta contoh
dengan memuaskan
2 (Lemah) menguasai sebahagian kecil objektif dan huraian serta hujah adalah lemah
1 (Kurang memuaskan) belum menguasai sebarang objektif dan huraian serta hujah adalah lemah

0 ( Gagal) gagal memberikan sebarang jawapan dan huraian serta hujah amat lemah

Kelebihan kaedah holistik ini ialah memberikan peluang kepada pelajar untuk bebas
memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Misalnya, pelajar dapat
dinilai secara keseluruhanya tentang pemahaman dan kefahaman dalam matapelajaran Sejarah melalui
jawapan dengan huraian serta contoh yang tepat. Selain itu, walaupun penilaian jawapan dibuat lebih
daripada seorang pemiriksa akan tetapi pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang lama.
Manakala dari segi kelemahan kaedah ini ialah pemarkahaan menjadi kurang objektif kerana
maklumat yang diberikan menjadi tidak jelas dan terperinci bagi setiap penskoran. Pemeriksan juga
akan mengalami kesukaran untuk menyelaraskan pemberian markah. Tuntasnya, pemeriksa yang
berpengalaman diperlukan dalam menggunakan kaedah ini untuk membuat pemilihan. Tambahan itu,
pemeriksa yang berpengalaman juga diperlukan dalm membuat keputusan sama ada menggunakan
kaedah nominal mahupun kaedah ordinal berdasarkan kesesuaian soalan berserta jawapan.
Seterusnya, kaedah analitik pula adalah dimana pemeriksa memerlukan skema pemarkahan
yang terperinci dengan setiap jawapan yang diutarakan diberikan keutamaan. Pentaksiran ini dapat
memberikan maklumat yang jelas dan terperinci dengan skrip jawapan memadai diperiksa sekali
sahaja. Hal ini demikian, markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi
kriteria kandungan, pengolahan danproses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Maka,
murid yang menepati jawapan dikehendaki memberikan markah manakala yang tidak menepati skema
jawapan tidak akan diberikan markah. Sebagai contoh rubrik pemarkahan analitik adalah seperti
berikut bagi soalan “Apakah perubahan biokrasi Barat di negara Indonesia?”

1. Jawapan Markah

F1 Pentadbiran yang diamalkan ialah Pentadbiran Pusat


H1 Diketuai Gabenor Jeneral
F2 Penubuhan jabatan kerajaan
H2 Perhatin terhadap pelajaran/ pertanian
F3 Penubuhan Dewan Rakyat
H3 Berfungsi sebagai Majlis Rakyat
F4 Menindas penduduk peribumi
H4 Mewujudkan jurang sosial bergaul dalam kelas elit

*Fakta dan huraian selebihya seperti di rubrik pemarkahan


(F= 1 Markah, H= 1 Markah) ( 15 MARKAH)

Justeru itu, melalui skema pemarkahan analitik pemeriksa dapat mengenal pasti fakta-fakta
yang dikehendaki yang terdapat di dalam skrip jawapan murid dan memberikan skornya. Bagi
matapelajaran Sejarah tidak dapat dinafikan bahawa fakta yang diberikan oleh murid sangat penting.
Oleh itu, pemarkahan analitik dapat memberikan ruang dan peluang kepada pemeriksa untuk
memberikan markah jawapan mengikut fakta yang telah ditentukan untuk sesuatu soalan secara lebih
terperinci tanpa mengambil kira mutu jawapan calon keseluruhannya. Ini mengandungi nilai tara isi
kandungan,pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Seterusnya, kelemahan kaedah analitik ialah
masa yang diperlukan untuk penandaan adalah agak lama dengan pemeriksaan dilakukan khususnya
dengan diberikan penekanan kepada fakta dan tiada kepada kemahiran lain. Walau bagaimanapun,
gambaran yang jelas dapat diberikan mengenai asas taburan markah dalam pemeriksaan.

Secara umumnya, rubrik disediakan sebagai panduan untuk memberi markah berdasarkan
jawapan pelajar secara terperinci, sistematik dan telus. Seseorang pemeriksa wajar mengetahui dan
mendalami penggunaan kaedah holistik dan analitik dalam penandaan soalan esei pelajar.

5.
Statistik descriptif bertujuan untuk memberikan gambaran iaitu deskripsi tentang sesuatu data
lazimnya bagi menerangkan skor ujian melalui dapatan seperti min, sisihan piawai, mod, median,
julat, vairans, nisbah dan sebagainya. Gambaran dalam satu set data dapat diberikan dengan
sistematik dan teratur kepada tatapan umum. Selain itu, ciri-ciri pemboleh ubah juga dapat dihuraikan
disamping membuat kesimpulan mengenai data numerikal dalam analisis descriptif. Sebagai contoh
jadual dibawah menunjukkan contoh skor ujian yang dijelaskan min, median, mod dan sisihan piawai
untuk difahami dengan mudah.

Contoh skor ujian matematik bagi 90 orang pelajar dalam ujian formatif

Markah per 20 (x) Bilangan Pelajar (f) fx fx2


15 10 150 2250
16 28 448 7168
17 24 408 6936
18 13 234 4212
19 10 190 3610
20 5 100 200
∑f= 90 ∑fx= 1530 ∑fx2= 26176

Berdasarkan jadual di atas secara analisis descriptif, min bagi markah pelajar tersebut adalah 17
markah. Min adalah purata bagi nilai-nilai cerapan dalam satu set data yang diperoleh melalui
formula min iaitu dengan hasil campur kekerapan (f) darap dengan nilai data (x) (15x10 + 16x28 +
17x24……..) dan kemudian dibahagikan dengan jumlah kekerapan iaitu 90. Maka min dapat dicari
serta diketahui dengan cepat melalui statistik descriptif.

Seterusnya, median bagi skor ujian yang ditunjukkan adalah 17 markah. Median adalah data
yang berada di tengah-tengah suatu set data. Median dicari dengan 90 dibahagikan kepada dua maka
45 menjadi angka tengah. Pelajar ke-45 berada pada markah ke 17 dan ini menyebabkan median skor
yang ditunjukkan adalah 17.

Di samping itu, mod bagi skor data di atas ialah 16 markah. Mod dalam statistik descriptif
bermaksud nilai data dengan kekerapan yang tertinggi. Maka dengan hanya melihat dapat dikenalpasti
bilangan pelajar yang ramai ialah 28. Seramai 28 orang murid telah mendapat markah sebanyak 16
per 20 dalam ujian yang dijalankan. Ini menunjukkan tahap penguasaan murid ada pada tahap yang
baik.

Justeru itu sisihan piawai daripada jadual diatas ialah 1.358 markah. Sisihan piawai ialah
ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia menunjukkan sejauh mana skor berubah keliling
min dan semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna
data adalah berhampiran antara satu sama lain iait homogen. Berdasarkan jadual sisihan piawai dikira
dengan menggunakan formula iaitu . Berdasarkan data yang ditunjukkan dalam jadual
kekerapan (f), nilai data (x), dan min telah diperoleh. Ini memudahkan dalam menganalisis data untuk
memperoleh sisihan piawai.

Deduksinya, statistik descriptif ini membantu dalam mempaparkan statistik dengan mudah,
terancang dan teratur. Guru boleh menggunakan statistik descriptif dalam menerangkan skor ujian.
Statistik descriptif sememangnya meringkaskan maklumat daripada set data dan mempersembahkan
maklumat yang dikumpul daripada sampel dalam bentuk numerikal yang mudah. Min, Mod, median
dan sisihan piawai dapat dicari dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai