Anda di halaman 1dari 3

HOSTEL SPEECH

Slide 1

Selamat datang diucapkan kepada semua tetamu dari _______________ yang sudi hadir ke lawatan
___________ Asrama Harian SMK Bukit Sawa. Saya selaku wakil bagi pihak pengurusan asrama ingin
memberi penerangan ringkas mengenai Asrama Harian SMKBS ini. Asrama SMK Bukit Sawa mula dibuka
sebagai Asrama Desa pada tahun 1990. Pada masa itu kemudahan dan keceriaan asrama adalah terhad dan warden bertugas
pada waktu itu bersama murid-murid memulakan langkah berterusan bagi meningkatkan kecemerlangan Asrama Desa SMK
Bukit Sawa

Slide 2 – 7

Barisan biro asrama kami terdiri dari 18 anggota yang disertai oleh pentadbir, guru dan staf dan
bersama 20 murid selaku kepimpinan murid asrama. Pengetua selaku pengerusi bertindak sebagai
penentu halatuju asrama SMKBS manakala pentadbir lain bertindak sebagai pemantau kepada guru
dan murid yang menjadi pelaksana bagi setiap program asrama yang dijalankan.

Setiap murid yang diberi mandat dalam melaksanakan tanggungjawab mengikut portfolio yang
mengikut Standard Kualiti Pengurusan Asrama, Kementerian Pendidikan Malaysia yang merangkumi
 Kapten
 Timbalan Kapten
 Setiausaha
 Bendahari
 Biro Kebersihan
 Biro Akademik
 Biro Kerohanian
 Biro Disiplin
 Biro Kebajikan
 Biro Makanan

Slide 8-9
Asrama desa SM Bukit Sawa pada mulanya dibuka pada tahun 1990 di bangunan setingkat yang kini
menjadi bangunan bagi kelas tingkatan pra universiti.
Pada tahun 2011, asrama baru dibuka bagi menyediakan prasarana yang lebih lengkap merangkumi
2 buah bangunan 2 tingkat dengan 2 unit tandas bagi setiap aras dan turut dilengkapi dengan pantri,
bilik kerja kursus, bilik belajar tambahan dan bilik seterika.
Pada tahun 2001 Asrama Desa SMK Bukit Sawa melakar kejayaan pertama apabila menerima
anugerah Asrama Desa terbaik peringkat negeri bagi kategori keceriaan.

Slide 11
Ini merupakan pandangan dari Aspura dan sepertimana yang kita lihat, terdapat susur gajah
menghala ke surau sebagai kemudahan murid terutama ketika musim hujan.

Slide 12
Pengawal yang bertugas pada syif siang seramai 1 orang manakala di sebelah malam terdapat 2
orang ditugaskan di pos kawalan. Pengawal keselamatan memainkan peranan yang besar dalam
keselamatan asrama dalam melaporkan kepada warden jika terdapat sebarang kegiatan yang
mencurigakan di asrama termasuk dari kalangan murid. Sistem kunci berkala ditetapkan pada
sebelah malam dan sebelah pagi waktu persekolahan bagi memastikan asrama tidak boleh dimasuki
oleh murid dan penceroboh dari luar.

Slide 13
Dataran Asrama merupakan perjumpaan utama semua murid asrama terutamanya ketika “Roll-Call”
sedang dijalankan. Roll call dijalankan sebanyak 3 kali sehari sebagai langkah keselamatan yang
berterusan di asrama. Pada setiap pagi, roll call pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi, roll
call sebelah petang dilakukan selepas asar di surau seterusnya roll call malam dilaksanakan selepas
waktu belajar dan minum malam.

Slide 14
Dewan makan asrama juga merupakan salah satu aspek yang dititikberatkan oleh asrama harian
SMKBS. Penyelia asrama dan staf pengurusan makanan asrama sentiasa komited dalam memastikan
kebersihan dan kualiti makanan terjamin kepada murid asrama. Pada 18 oktober baru-baru ini
asrama SMKBS muncul sebagai johan Pertandingan Kebersihan Premis Makanan Negeri Terengganu
2015. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Slide 15-19
Dalam memastikan asrama harian SMKBS sentiasa berada dalam keadaan ceria dan kondusif, murid-
murid juga mengambil inisiatif dalam menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghias dan
menceriakan persekitaran asrama mereka. Pengurusan asrama dan warden asrama bertindak
memantau langkah keselamatan dan memastikan semua hiasan yang dicadangkan oleh murid sesuai
dan berkesan dalam mewujudkan iklim dan suasana asrama yang positif.

Slide 20
Bilik mesyuarat asrama harian SMKBS menjadi tempat dimana pentadbir, warden dan murid asrama
mengadakan menyuarat dalam mencapai kata putus dalam setiap program dan aktiviti yang akan
dijalankan.

Slide 21-24
Sudut ilmu dan Sudut khas juga diwujudkan sebagai ruang alternatif bagi pembelajaran murid-murid.
Selain itu, pelbagai nota dan kata-kata perangsang diletakkan di sudut tertentu di asrama sebagai
satu peringatan berterusan kepada murid asrama supaya mereka tidak mudah berputus asa dan
sentiasa komited dalam melaksanakan aktiviti harian di asrama.

Slide 25-28
Alhamdulillah, asrama kita telah mendapat beberapa pengiktirafan dan tahniah diucapkan kepada
murid-murid asrama atas kesedaran dan usaha yang berterusan bagi meningkatkan kemenjadian
murid di asrama dan di sekolah.
*read the achievements*
Walaubagaimanapun, bak kata pepatah “mempertahankan kejuaraan lebih sukar dari
mendapatkannya”, diharap murid asrama selepas ini sentiasa cekal dan proaktif dalam mengekalkan
kejuaraan sebelum ini disamping memperoleh tempat yang lebih baik dalam pelbagai pertandingan
akan datang.

Slide 30-32
Bantuan mangsa banjir ke SMK Dabong dijalankan sebagai usaha kesedaran ke arah membantu
mereka yang memerlukan. Murid memberi sebarang bentuk sumbangan secara sukarela dan guru
dari SMK Dabong datang ke SMKBS bagi menerima sumbangan yang diberikan. Diharap pada masa
yang akan datang murid asrama berpeluang ke mana-mana tempat yang ditimpa bencana bagi
menghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga kerja di sana.

Slide 33-35
Malam titian mesra diwujudkan untuk mengeratkan silaturahim diantara murid dan pengurusan
asrama harian SMKBS. Murid berpeluang untuk mengadakan persembahan bagi menonjolkan idea
dan kreativiti masing-masing dalam majlis ini.

Slide 36-37
Sukaneka asrama sentiasa diadakan bagi memastikan murid-murid sentiasa hidup dalam keadaan
yang ceria dan harmoni di samping bebas tekanan dalam kehidupan seharian mereka. Di samping
itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti jasmani dalam melahirkan insan yang cergas dan cerdas.

Slide 38-39
Program akademik juga dijalankan di asrama terutamanya penekanan dalam Bahasa Inggeris bagi
meningkatkan kefasihan murid bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan
mereka. Menjelang 2016, pelbagai pertandingan melibatkan akademik akan diadakan di kalangan
murid asrama.

Slide 40-41
Roll call pagi diadakan bagi melatih murid berdisiplin dan pada setiap roll call pagi, murid akan
membaca doa, menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri, seterusnya ucapan ringkas dari
pengurusan asrama. Spot check pada pemakaian murid juga diadakan secara rawak bagi memastikan
murid patuh pada etika pemakaian di asrama.

Slide 42-43
Selain dari program dalaman asrama, kita juga menjemput pihak luar dalam memberi tunjuk ajar
kepada murid. Selain itu, ia juga berkesan dalam meningkatkan motivasi murid dalam setiap
program yang dijalankan. Murid juga dilihat lebih berfokus dan ceria dalam menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak luar. Selain itu, murid juga aktif dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan
seperti membersihkan kawasan kubur bagi masyarakat setempat di kampung berdekatan SMKBS.

Slide 44-46
Murid yang bertanggungjawab sebagai pemimpin pada tahun sebelumnya dialu-alukan manjadi
fasilitator dalam program motivasi bersama murid asrama. Dalam program ini murid berpeluang
berkongsi rahsia kejayaan dan mewarisi kepimpinan dari biro pada tahun sebelumnya.

Slide 47
Pada tahun ini Asrama SMKBS menerima Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan.
Tahniah diucapkan kepada semua.

DIharap sedikit sebanyak penjelasan dari pihak kami dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan
penambahbaikan dari semua pihak. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai