Anda di halaman 1dari 28

KPLI-KDC-PEM K2 1

__________________________________________________

1. KONSEP DAN CIRI-CIRI PERSONALITI

1.1 Konsep Personaliti

Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Perkataan


personaliti adalah diterjemah daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal
pula daripada perkataan Latin, iaitu persona. Perkataan persona bermaksud
topeng muka, yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk
mewakili sesuatu perwatakan orang di pentas. Pelakon-pelakon tersebut
memakai topeng yang bersesuaian dengan watak yang akan dibawa oleh
mereka dalam lakonan tersebut. Identiti mereka yang asal seperti sudah
disembunyikan menggunakan topeng tersebut bagi menjayakan lakonan yang
diarahkan.

Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi


personaliti. Setiap definisi mempunyai perbezaan yang tersendiri. Mishel (1968)
umpamanya memberikan maksud personaliti sebagai suatu susunan pola-pola
tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan. Pola-pola
tersebut dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Allport (1961) pula menyatakan personaliti adalah suatu sistem psiko


fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal yang dinamik ini akan memberi garis
panduan kepada seseorang individu bagi menentukan ciri-ciri tingkah laku yang
bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal. Personaliti yang
dinamik ini akan memberi ruang kepada perubahan yang positif yang bergantung
rapat dengan keadaan fizikal seseorang.

Menurut Watson (1919) yang melihat personaliti daripada sudut teori


tingkah laku atau behaviourisme menyatakan personaliti seseorang adalah hasil
daripada apa yang sudah dimulakan dan juga segala apa yang dialami dalam

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 2
__________________________________________________

hidup kita. Personaliti adalah sekumpulan tindak balas yang bertindak sebagai
keseluruhan tindak balas.

Berdasarkan tiga definisi yang dikemukakan oleh ketiga-tiga ahli psikologi


personaliti di atas, dapatlah disimpulkan personaliti seseorang adalah unik
berbanding personaliti individu lain walaupun berada dalam lingkungan
persekitaran yang sama. Pada umumnya, ciri-ciri personaliti individu tetap dalam
suatu jangka masa tertentu. Perwatakan tersebut dapat dikesan dan
diperhatikan dengan jelas pada situasi yang tertentu.

Takrifan lain pula menyatakan personaliti sebagai satu siri kombinasi


atribut, motif, nilai dan tingkah laku yang unik kepada setiap orang individu. Ia
merujuk kepada organisasi, watak, perangai, intelek, bentuk badan yang stabil,
yang menentukan penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya.

Personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu watak dan tret:
a. Watak adalah sebahagian daripada personaliti dan ia merangkumi
sifat-sifat seperti kejujuran, amanah, kebersihan, toleransi, dan belas
kasihan.
b. Tret pula merujuk kepada ciri-ciri personaliti yang agak kekal seperti
personaliti introvert dan personaliti ekstrovert.

Personaliti seseorang terdiri daripada sifat-sifat seperti cara berfikir,


persepsi, nilai, sikap, fobia, keupayaan, kecerdasan dan motivasi. Setiap
individu mempunyai personaliti tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri
keperibadian individu. Personaliti seseorang dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti saiz badan, faktor genetik, kecerdasan, temperamen serta penyakit yang
dihadapi oleh seseorang.

Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau


secara umumnya akhlak. Akhlak juga boleh diertikan sebagai budi pekerti.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 3
__________________________________________________

1.2 Klasifikasi Personaliti (Menurut Carl Jung 1875-1961)

Personaliti manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu:


(a) introvert
(b) extrovert
(c) ambivert

i. introvert :
Seorang yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan
perasaan dan emosinya dalam situasi nyata. Di dalam interaksi sosial, orang ini
tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan
orang lain sahaja. Umumnya, orang introvert ini mempunyai sikap yang serius,
sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita-cita tinggi, jarang mengambil
inisiatif tetapi suka kepada sistem kehidupan yang teratur.

ii. ekstrovert :
Sebaliknya, seorang yang dikatakan ekstrovert lebih suka dengan dunia luar
daripada dunia dalam. Orang ekstrovert ini mempunyai semangat yang aktif dan
suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat
membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.

iii. ambivert :

Bagaimanapun, tiada seorang manusia yang benar-benar dikategorikan


sebagai introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Sebenarnya setiap orang individu
mempunyai ciri-ciri introvert serta ekstrovert yang terletak pada satu titik dalam
kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut.

Kadangkala seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam


sesuatu situasi tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang lain.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 4
__________________________________________________

Misalnya, seseorang individu menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah,


tetapi menjadi seorang pemalu dan pendiam apabila berada di sekolah. Orang
yang mempunyai kedua-dua ciri-ciri introvert dan ekstrovert adalah dikatakan
orang yang mempunyai personaliti ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi
sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar
tetapi berfikir sebelum memberi pendapat.

1.3 CIRI-CIRI PERSONALITI MURID-MURID PEMULIHAN

1.3.1 Latar Belakang Murid-murid Pemulihan Khas SK Air Putih, Parit


Sulong, Batu Pahat.
Di Sekolah Kebangsaan Air Putih telah dikenal pasti terdapat murid 9
orang murid pemulihan khas. Mereka terdiri dari seorang murid tahun 4,
dua orang murid tahun 3 dan 6 orang murid tahun 2.

Sebelum mengenal pasti ciri-ciri personaliti murid-murid pemulihan SK Air


Putih, perlu juga diketahui latar belakang mereka. Ini dapat membantu
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ciri-ciri personaliti
mereka.

Setiap dari mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza, begitu juga dengan
tahap kecergasan dan IQ mereka.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 5
__________________________________________________

Muhammad Faris Hakimi b. Md. Esa

Muhammad Faris Hakimi bin Md.Esa adalah murid Tahun 4 dan


merupakan murid tertua di dalam kelas pemulihan khas. Tahap pembacaannya
terlalu lemah dan lambat. Mempunyai kakak yang mengalami masalah seperti
kanak-kanak pendidikan khas yang berumur 15 tahun.
Faris mempunyai seorang adik lelaki di Tahun 1 sekolah yang sama tetapi
mempunyai tahap IQ yang tinggi dan antara pelajar terpintar di kelasnya. Kakak
sulungnya lepasan SPM merupakan pelajar sederhana pandai dan sering
menjadi pendorong kepada Faris.
Bapa mereka bekerja sebagai seorang pemandu dan ibu mereka bekerja
di kilang memproses buah kelapa sawit. Kehidupan mereka sederhana. Di
sebabkan ibu bapa mereka bekerja, Faris di jaga oleh makciknya yang tinggal
berdekatan rumahnya.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 6
__________________________________________________

Muhammad Idham bin Kahtiman

Mohamed Idham b. Kahtiman. Murid tahun 3 dan mempunyai pakcik di


tahun 5 yang juga bekas murid pemulihan khas. Idham mempunyai fizikal yang
kurus dan kecil. Idham seorang murid yang boleh membaca dengan lancar jika
mendapat dorongan dari keluarganya. Sifat malas yang menebal menyukarkan
proses pengajaran berjalan lancar. Idham mempunyai nam orang adik beradik
yang kesemuanya lelaki. Dia ke sekolah dengan menunggang basikal. Bapanya
seorang pemandu lori kelapa sawit dan ibunya bekerja sebagai operator
pengeluaran di sebuah kilang.Mereka juga hidup dalam keadaan yang
sederhana. Dua orang abang Idham telah bekerja.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 7
__________________________________________________

Muhammad Ikmal b. Abd. Samad

Muhammad Ikmal b. Abd. Samad murid tahun 3 di SK.Air Putih. Setakat ini dia
sudah boleh membaca tetapi perlu pemantapan dan latihan supaya lebih lancar
dan dapat melepasi ujian pelepasan (IPP2M) dengan cemerlang. Seorang yang
bermotivasi tinggi dan rajin membaca. Mempunyai seorang abang di tahun 4
merupakan murid yang sederhana. Mempunyai seorang adik perempuan
berumur 6 tahun dan belajar di Pra-sekolah. Ikmal mempunyai fizikal yang agak
berisi dan bulat. Seorang ketua darjah yang berkarisma.
Ayahnya bekerja sebagai pemandu dan ibunya seorang suri rumah.
Setiap pagi dia dan adiknya akan dihantar oleh ibunya ke sekolah dengan
menunggang motorsikal.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 8
__________________________________________________

Muhammad Daniel Hakim b. Azman

Daniel lambat dikenal pasti sebagai murid pemulihan. Hanya selepas


peperiksaan pertengahan tahun, kelemahannya dapat dikesan oleh guru bahasa
Melayunya. Daniel merupakan anak sulong dari 3 adik - beradik. Adik keduanya
bersekolah di Pra- sekolah dan mempunyai adik bongsu perempuan. Ayahnya
bekerja di kilang perabot manakala ibunya seorang surirumah sepenuh masa.
Setiap hari akan dihantar ayahnya ke sekolah dengan menaiki motorsikal.
Seorang murid yang ceria, aktif dan kadang-kadang sedikit aggresif dan tidak
mendengar arahan guru.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 9
__________________________________________________

Mohd. Alim b. Masrat

Mohd Alim b. Masrat. Murid tahun 2. Lambat dikenal pasti sebagai murid
pemulihan khas. Hanya selepas peperiksaan pertengahan tahun ia dikenal pasti
memerlukan bimbingan dan pemantauan yang lebih dari guru pemulihan khas.
Masih boleh dibentuk. Tidak banyak menimbulkan masalah di dalam kelas
pemulihan.
Mempunyai 5 adik beradik. Kesemuanya lelaki. Merupakan pasangan kembar.
Kembarnya Mohd Azim belajar di kelas yang sama tetapi bukan murid
pemulihan. Ayahnya seorang pekerja kilang bata dan ibunya juga bekerja di
kilang yang sama.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 10
__________________________________________________

Akhmalul Hakim b. Rosnada

Murid tahun 2 di SK. Air Putih ini. Akhmalul Hakim merupakan anak bongsu dari
3 orang adik beradik. Mempunyai seorang abang, Amirul Mukmin di tahun 5
tetapi lebih maju dalam pelajarannya. Hakim juga mempunyai seorang kakak
yang sedang belajar di tingkatan 2. Ayahnya bekerja di kilang sawit dan seorang
ima yangm di kampung Air Putih ini. Ibunya tidak bekerja. Hakim menaiki basikal
untuk ke sekolah.
Seorang yang sangat perlahan di kalangan rakan-rakannya. Memerlukan
sokongan dan motivasi yang tinggi dari guru pemulihan dan sokongan keluarga.
Tahap pembacaan sangat perlahan dan sangat memerlukan bimbingan yang
intensif.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 11
__________________________________________________

Aslinda bt Ismail

Murid tahun 2 di sekolah ini. Anak kedua dari 3 beradik yang kesemuanya
perempuan. Kakaknya murid tahun 6 di sekolah yang sama. Seperti kakaknya
Aslinda juga sangat lemah dalam pelajaran tetapi mempunyai semangat untuk
berjaya. Rajin membaca jika diberi peluang dan dibimbing. Ibunya seorang yang
buta huruf dan ini adalah salah satu faktor mengapa keluarga ini tidak
bermotivasi untuk berjaya dalam pelajaran. Tiada siapa yang boleh memantau di
rumah. Ayahnya bekerja sebagai pemandu lori dan ibunya berniaga makanan
ringan secara kecil-kecilan di tepi pagar sekolah.
Aslinda boleh berjaya jika perhatian, motivasi dan bimbingan diberikan
sewajarnya.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 12
__________________________________________________

Nur syazwani bt Mohd Ali

Nur Syazwani murid tahun 2 di SK. Air Putih ini. Melihat dari perwatakannya
tiada siapa menyangka Nur Syazwani seorang murid pemulihan. Kepetahannya
bercakap kadangkala mengaburi mata guru-guru yang mengajarnya. Hakikatnya
Syazwani belum boleh membaca lancar dan kadangkala mengeja dengan laju
tanpa memastikan huruf yang dibacanya itu betul. Anak kedua dari 3 beradik.
Abangnya pelajar pintar di tahun 3 dan mempunyai seorang adik lelaki.
Ayahnya bekerja di kilang bata dan ibunya seorang surirumah sepenuh
masa. Setiap hari Syazwani akan dihantar ibu saudaranya ke sekolah menaiki
motorsikal. Boleh dibentuk untuk berjaya melepasi tahap pemulihan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 13
__________________________________________________

Zairol Azreen b. Jamian

Seorang murid tahun 2. Pada mulanya terlalu sukar untuk mengeja suku kata,
tetapi setelah hampir 8 bulan memasuki kelas pemulihan, dia mula menunjukkan
perubahan yang positif. Mempunyai 4 adik-beradik dan anak bongsu dalam
keluarga. Abang dan kedua orang kakaknya sudah bekerja. Ayahnya tidak
bekerja kerana sakit dan ibunya bekerja di kilang makanan ringan.
Zairol boleh berjaya jika mendapat sokongan dan galakan yang
berterusan dari guru-guru dan ibu bapa. Sudah menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 14
__________________________________________________

Berdasarkan pemerhatian dan ujian personaliti yang dijalankan ke atas


murid-murid Kelas Pemulihan Khas di SK Air Putih, Parit Sulong, Batu Pahat,
pengelasan ciri-ciri personaliti mereka adalah seperti berikut :
( a)
Introvert Ekstrovert Ambivert
1. Aslinda 1. Nur Syazwani 1. M. Alim
2. Akhmalul Hakim 2. M.Daniel Hakim 2. Zairol Azreen
3. M.Faris Hakimi 3. M. Ikmal 3. M. Idham

(b)
Nama Murid Ciri-ciri personaliti Jenis Personaliti
( klasifikasi )
i. pendiam
Muhammad ii. pasif
Faris Hakimi iii. suka berkhayal dan mengelamun
b. Esa (Tahun iv. pemalu
4) v. malas berusaha Introvert
vi. tidak banyak bercakap
vii. lambat bertindak balas
viii. lebih minat melukis dari
membaca

Aslinda bt i. Pendiam
Ismail ii. pertuturan tidak jelas dan kurang
( Tahun 2 ) kuat. Introvert
iii. tidak aktif
iv. pemalu
v. tidak yakin dengan diri sendiri

Akhmalul i. pendiam

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 15
__________________________________________________

Hakim b. ii. pasif


Rosnada iii. lambat bertindak balas
iv. tidak banyak bercakap Introvert
( Tahun 2) v. jarang mengambil inisiatif
vi. sukar beri tumpuan
Muhammad i. aktif
Ikmal bin Abd. ii. suka dengan aktiviti luar
Samad iii. suka bertanya Ekstrovert
(Tahun 3) iv. suka bergaul
v. keras hati
vi. cepat bertindak balas
Muhammad i. aktif kadangkala aggresif
Daniel Hakim ii. suka dengan aktiviti luar
b. Azman iii. suka bertanya Ekstrovert
( Tahun 2 ) iv. suka bergaul
v. Tidak mendengar kata
vi. cepat bertindak balas
Nur Syazwani i. Banyak bercakap
bt Mohd Ali ii. suka dengan aktiviti luar
( Tahun 2 ) iii. suka bertanya Ekstrovert
iv. suka bergaul
v. cepat bertindak balas
i. aktif
Muhammad ii. gemar aktiviti luar
Idham b. iii. kadang-kadang sangat malas
Kahtiman iv. kreatif dan inovatif Ambivert
( Tahun 3 ) vii. suka perubahan
viii.kadangkala tidak memberi
tumpuan kepada tugas yang
diberi
i. pasif di kelas tetapi aktif di luar
ii. lambat bertindak balas
Mohd. Alim b. iii. tidak kreatif

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 16
__________________________________________________

Marsat iv. keras hati


v. tidak banyak bercakap Ambivert
( Tahun 2 ) vi. malas berusaha
vii. jarang mengambil inisiatif
viii. tidak berfikir panjang sebelum
membuat keputusan
i. aktif
M. Zairol ii. gemar aktiviti luar
Azreen b. iii. sangat rajin membaca
Jamian iv. jarang mengambil inisiatif Ambivert
vii. suka perubahan
( Tahun 2 ) viii.kadangkala tidak mendengar
arahan guru.

1.4 Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Murid-Murid Pemulihan Khas

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 17
__________________________________________________

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, proses pembentukan dan


perkembangan personaliti seseorang individu, sama ada dia menyerap ciri
introvert, ekstrovert dan ambivert, adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang
utama, iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal,


kecerdasan dan emosi anaknya. Di samping bentuk tubuh badan, keadaan
fizikal, khasnya penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat penglihatan yang
diwarisi pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak
yang cacat pendengaran atau penglihatan berkemungkinan besar mempunyai
ciri personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Contohnya, Faris
Hakimi yang mempunyai kakak down syndrome dan cacat menyebabkan
pertumbuhan faris juga agak lembam dan pertuturannya kadang-kadang kurang
jelas dan tidak berkeyakinan di samping sikap malas yang menebal. Ini
menyebabkan dia bersifat pemalu dan pasif. Sering diejek dan dipersendakan
oleh rakannya akibat kelambatannya dalam kelas.

Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan


perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah,
rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. Pembentukan dan
perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Keadaan rumah
yang harmonis dan perhubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka erat dan
mesra akan menggalakkan perkembangan personaliti yang positif. Persepsi
rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan
menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah
yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula
mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Contohnya ciri-ciri
personaliti yang dimiliki oleh Zairol Azreen dan Akhmalul Hakim yang merupakan
anak bongsu dalam keluarga, menyebabkan mereka diberi kemanjaan yang
lebih dari keluarga menyebabkan mereka agak malas untuk berusaha
meningkatkan diri mereka.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 18
__________________________________________________

Manakala bagi Aslinda pula, faktor persekitaran di rumah di mana mempunyai


ibu yang buta huruf dan kakak yang lemah dalam pelajaran menjadi faktor
pemangkin kemalasan untuk mempertingkatkan tahap pembelajaran.
Kemungkinan kurangnya galakan dan motivasi menjadikan Aslinda tidak
bersungguh-sungguh dalam belajar walaupun sebenarnya dia berpotensi.
Daniel dan syazwani di lihat paling menonjol rajin untuk berusaha tetapi
tidak mahu mengikut landasan guru. Kadangkala berlagak pandai dan tidak
mendengar arahan. Mungkin sudah terbiasa dengan situasi persekitaran di
rumah yang diberi sepenuh kebebasan untuk bertindak dan mengikut kemahuan
sendiri.

2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 19
__________________________________________________

Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan


yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang
dan membimbing murid- murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model
untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan
individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan
ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan
personaliti yang positif. Oleh itu, guru perlu menggunakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid-murid tersebut.

Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti
seseorang murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya.
Guru akan mengetahui mengenai personaliti murid-muridnya dengan memerhati
gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi
murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Oleh itu, satu peranan guru
yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri
setiap orang murid.

Bagi mengajar murid-murid yang berpersonaliti introvert, guru perlu


sentiasa memberi motivasi dan galakan supaya murid sentiasa melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu sentiasa diberi peneguhan positif dan
pujian agar timbul rasa keyakinan dalam diri. Contohnya apabila murid berjaya
mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul ucapkan; Tahniah Hakim,
kamu berjaya mengeja dengan tepat! Namun, sekiranya mereka tidak dapat
menjawab dengan betul katakan; Cuba lagi, kamu pasti boleh mengeja! Guru
jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat
dan minat murid untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid-
murid introvert ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kumpulan.
Murid-murid yang mempunyai ciri ekstrovert perlu digalakkan untuk
mengemukakan soalan supaya mereka dapat terus berfikir. Guru boleh
melantik mereka membimbing murid sekelas atau sekumpulan yang

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 20
__________________________________________________

mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka telah


mengatasi kemahiran murid yang lain, guru boleh memberi aktiviti
pengayaan agar tidak mengganggu murid lain. Guru juga boleh
menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Merujuk kepada pengajaran murid pemulihan yang mempunyai ciri-ciri
introvert, ekstrovert dan ambivert, guru boleh menggunakan salah satu
daripada teknik-teknik berikut:

a. Pengajaran kumpulan kecil: Guru membentuk kumpulan kecil yang


ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang
sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Guru menjalankan
pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Contohnya, dalam kelas pemulihan SK Air Putih, Faris, Ikmal dan
Idham belajar dalam satu kumpulan yang sama kerana memiliki
kemahiran yang hampir sama walaupun ciri-ciri personaliti mereka
berbeza.

Pengajaran kumpulan kecil ( tahun 3 dan tahun 4 )

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 21
__________________________________________________

Begitu juga untuk murid tahun 2 di SK Air Putih, murid-murid pemulihan


dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap kemahiran mereka
dalam pelajaran.

Zairol, Daniel dan Alim berada di kumpulan 1 (tahun 2 )

Pengajaran kumpulan kecil ( tahun 2 – kumpulan 2 )

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 22
__________________________________________________

b. Pengajaran rakan sebaya:


(i) Guru boleh menetapkan seorang murid cepat untuk membimbing
seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan
bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan.
Contohnya, dalam kelas pemulihan, Ikmal yang sudah boleh membaca
agak lancar membimbing dan membantu Faris yang masih belum
lancar membaca.

Pengajaran rakan sebaya

Pengajaran rakan sebaya individu dan individu

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 23
__________________________________________________

(ii) Guru juga boleh memilih seorang murid yang terbaik di kalangan murid
pemulihan untuk menggantikan guru mengajar rakan-rakan yang lain. Ini akan
menambahkan keyakinan murid dan meningkatkan motivasi bagi murid yang
diajar oleh murid terbaik tadi.

Pengajaran rakan sebaya dan ramai

Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid tahun 2 yang belajar dalam


satu kumpulan. Kadang-kadang mereka perlu belajar dalam kumpulan yang
besar untuk mendapatkan suasana pembelajaran di kelas dan melihat potensi
setiap individu dalam kumpulan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 24
__________________________________________________

Gaya pengajaran berkumpulan

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 25
__________________________________________________

c. Pengajaran individu: Guru menumpukan perhatian kepada seorang


murid tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang
dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Contohnya, Idham perlu diajar secara individu kerana ciri-ciri
personaliti yang dimilikinya. Idham suka diberi perhatian lebih dari
rakannya sebagai dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.

Pengajaran individu

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 26
__________________________________________________

3.0 KESIMPULAN
Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
optimum, guru harus mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan
menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri personaliti
murid tersebut.
Bagi murid pemulihan khas, guru harus sedar bahawa setiap orang
murid mempunyai tahap kemahiran yang tidak sama. Ini menuntut
berbagai-bagai jenis cara pembelajaran untuk mencapai keputusan
yang maksimum. Oleh itu, satu kaedah sahaja tidak sempurna untuk
mengajar murid-murid pemulihan khas ini walaupun mereka berada
pada darjah,umur dan kelas yang sama.
Strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid
dan bahan. Walaubagaimanapun, strategi yang paling sesuai dan
berkesan digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan
gaya pembelajaran murid pemulihan khas ini ialah pembelajaran
masteri yang menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui
secara induvidu atau perseorangan, berpasangan, kumpulan atau
keseluruhan kelas.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 27
__________________________________________________

BIBLIOGRAFI

1. Azizi Hj Yahaya, Fawziah Yahya, Zurihanmi Zakariya, Noordin Hj Yahaya,


2005. Pembangunan Kendiri. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

2. Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, 2007. Panduan Ulangkaji Ilmu
Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah
Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Mok Soon Sang, 2007. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah :
Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan


Masalah – Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka.

5. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, 2002. Teori Personaliti Dari


Perspektif Islam, Timur & Barat. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

6. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan, 2003. Psikologi


Pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

7. http://www.teachersrock.net/

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08
KPLI-KDC-PEM K2 28
__________________________________________________

LAMPIRAN

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

Anda mungkin juga menyukai