Anda di halaman 1dari 3

RUMUSAN

Kesimpulannya, penulis telah memberi ulasan atau tafsiran yang tepat mengenai kesalahan
“hudud” dalam pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia. Penulis juga telah
memperlihatkan bahawa perlaksanaan jenayah Islam sebenarnya telah lama wujud dengan
menunjukkan realiti kedudukan hukum ini dalam kerangka perundangan. Konsep kajian
penulis yang berbentuk kajian selidik Islam dalam perlembagaan dan analisa bidang kuasa
telah dirangka dengan baik sekali.Penjelasan oleh penulis tentang isu jenayah Islam sebagai
pembuka bicara politik dahulu dan kemudiannya konsep negara Islam,realiti perundangan
Islam, dan enakmen kesalahan jenayah syariah telah dirangka dengan begitu jelas dan dapat
difahami oleh pembaca. Dari hasil kajian penulis, rumusan penulis bahawa kes hudud ini
lebih kepada menegakkan hak Allah dan masyarakat amat tepat dan dapat membawa
pemahaman mengenai hudud kepada masyarakat.

Selain itu, dua isu utama yang dibangkitkan penulis iaitu berkaitan kesalahan hudud dan
perlaksanaan hukuman hudud amat menarik. Dalam konteks undang-undang jenayah Islam
yang sedang terpakai di Malaysia, kebanyakan kesalahan hudud sudah termaktub dalam
undang-undang jenayah Syariah di negeri-negeri. Dari segi bentuk pembuktian, ia sudah
mengguna pakai kriteria undang-undang hudud. Cuma dari segi bentuk hukuman, mahkamah
syariah tidak boleh menjatuhkan hukuman seperti yang terkandung dalam hukuman hudud
kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa yang masih kecil iaitu tiga tahun penjara, denda
RM5,000.00 dan sebatan enam kali bawah (Akta 355). Di sini, kita dapat lihat bahawa
hukuman bawah Akta 355 hanyalah sesuai bagi kesalahan hudud dan qisas menurut fiqh
Islam.

Di samping itu, persoalan kajian telah berjaya dijawab oleh penulis dan penyelidik dengan
baik sekali.Ini telah jelas kerana sehingga kini pindaan Akta Mahkamah Syariah
(Bidangkuasa Jenayah) 1965(Pindaan)1984 (Akta 355) yang membenarkan mahkamah
syariah melaksanakan hukuman hudud masih belum berjaya dicapai. Seterusnya, metodologi
kajian yang digunakan oleh penulis secara kualitatif melalui kaedah pemerhatian dan
pembacaan amat sesuai dijalankan. Ini kerana sumber bacaan penulis bersifat sah dan boleh
dipercayai. Berikutnya, hasil dapatan kajian yang diperoleh boleh dipercayai dan
menyakinkan kerana hasil dapatan kajian ini bertepatan dengan pandangan bekas ketua
hakim negara Malaysia, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam ucaptama beliau di Seminar
Perlaksanaan Hudud di Malaysia pada tahun 2015
Langkah yang diambil oleh penulis untuk menerbitkan penulisan dan penyelidikan dalam
Jurnal Syariah juga tepat.Ini dapat memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan kajian beliau
kerana Jurnal Syariah adalah jurnal akademik pelbagai disiplin yang diterbitkan setiap tahun
oleh Akademi Pengajian Islam.Langkah yang relevan juga telah diambil oleh pengkaji bagi
memastikan etika penyelidikan dipatuhi iaitu menrahsiakan identiti responden,memberi
penerangan jelas kepada responden berkaitan kajian dan menrahsiakan identity responden.
Selain itu, artikel ini telah mengubah dan memberi kesan kepada cara saya berfikir serta
sedikit sebanyak membuka minda dan fikiran pembaca serta penggubal undang-undang
dalam memahami perlaksanaan hukuman hudud yang dituntut berlandaskan syariat Islam.

Akhir kalam, maklumat dan pengetahuan yang diperolehi oleh saya dari artikel tersebut
adalah berkaitan dengan hudud. Hal ini jelas menunjukkan artikel ini lebih terarah kepada
perihal undang-undang dan perlaksanaan hudud.

PROBLEM STATEMENT

-Data on the traffic studies is essential in describing the hourly, daily or yearly number of
vehicles, as well as the vehicles composition. Capacity analysis for straight road section or
intersection also rely on the traffic studies information, hence the traffic study is needed to be
done. The location is selected at the factory area, while the video is provided by the lecturers.

APPARATUS

-Safety vest

-Stopwatch

-Camera

Procedure

1.Select the location to conduct the experiment and choose proper position to ensure we can
see clearly, safely and easily to take the data without any interruption.

2.Choose a lane with one way of direction to record the data


3. Recorded the time taken for traffic light turn green phase until it turn to green phase back
as one cycle, hence recorded the time taken for green phase,amber phase and red phase

4. Next, repeat step 3 for 15 times to get the best result for 15 cycle.

5. The time taken for 4th vehicle until the last vehicle to pass the line before the traffic light
turn to red phase is recorded.

6. All the data that been collected is recorded in the table.

Anda mungkin juga menyukai