Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Alhamdulliah dan syukur ke hadrat illahi kerana dengan dengan jayanya saya,
Mohd Zubir Bin Razip dapat menyiapkan kerja kursus ini tanpa sebarang kekangan
yang berat. Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini, saya sedikit sebanyak
dapat mempelajari pelbagai teknik untuk menjahit dengan sempurna dan pelbagai
jenis jahitan saya dapat kenali dengan lebih mendalam lagi.

Selain itu juga, saya juga telah dapat mengendalikan mesin jahit tersebut
dengan teknik yang betul dengan ajaran yang ditunjukkan oleh pensyarah saya iaitu
pn. Normah. Saya juga telah diajar pelbagai teknik jahitan lain sebelum menyiapkan
kerja kursus ini. Hal ini supaya saya dapat membiasakan diri dengan kerja yang
diberikan walaupun kerja itu sukar. Salah satu teknik yang diajar oleh pn. Normah
ialah jahitan sulaman. Antara jahitan sulaman tersebut ialah kia, kia berlilit, jahitan
kuku kambing, jahitan rantai,jahitan insang pari dan jahitan simpul perancis. Ajaran
yang ditunjukkan ini banyak membantu saya dalam jahitan sulaman danjuga banyak
membantu saya dalam peperiksaan amali baru-baru ini.

Selain itu juga, saya juga banyak mempelajari kaedah menjahit tepi. Sebelum
ini, saya tidak ada pengetahuan langsung dalam menjahit tepi ini. Dengan tunjuk ajar
rakan-rakan sekelas dan Pn. Normah sendiri, saya dapat membiasakan diri dengan
menggunakan mesin jahit tepi ini tanpa pertolongan lagi.

Di samping itu juga, saya juga ada mempelajari jahitan kelim. Jahitan ini agak
sukar bagi saya untuk melaksanakannya kerana jahitannya agak rumit dan saya
terpaksa meminta bantuan rakan lain untuk melaksanakan jahitan tersebut. Hal ini
sebenarnya tidak membawa masalah kepada saya kerana itu satu kebiasaan bagi
seseorang yang baru mempelajarinya. Setelah membuat berulang kali jahitran kelim
itu, saya telah dapat menjahit dengan sempurna semua jahitan kelim itu.antara
jahitan kelim yang saya laksanakan ialah jahitan kelim belah kangkung, jahitan kelim
papan tangan, jahitan kelim bertawi dan banyak lagi.
Disamping membuat jahitan kelim, saya juga mempelajari jahitan penyudah
tepi. Jahitan ini adalah tajuk kerja kurus yang diberi oleh pensyarah saya. Jahitan ini
tidaklah rumit bagi saya untuk melaksanakanya kerana saya sudah ada beberapa
teknik jahitan yang telah diajar oleh pensyarah saya sebelum ini yang banyak
membantu dalam melaksanakan jahitan penyudah tepi ini. Antara jahitan penyudah
tepi ini ialah kelepet lurus, kelepet melengkung, lapik, renda dan kun. Jahitan
penyudah yang sukar untuk saya laksanakan ialah kelepet melengkung. Hal ini
kerana ia berbentuk melengkung yang membuatakan saya sukar untuk menjahitnya.
Ia memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menjahitnya. Tetapi dengan sokongan
rakan-rakan sekelas, saya dapat menyiapkannya dengan baik.

Akhir kalam, saya ingin berterima kasih terutamanya kepada pensayarah saya
iaitu Pn. Normah yang telah banyak mengajar saya dalam teknik jahitan ini sehingga
saya dapat mengenali pelbagai teknik jahitan yang sukar. Selain itu beliau juga telah
banyak membantu menerangkan bagaimana untuk menghasilkan kerja kursus yang
sempurna. Saya juga berpuas hati dengan segala ajaran yang diberikan oleh
pensyarah saya sepanjang saya belajar dengannya.

Anda mungkin juga menyukai