Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS BAHASA MELAYU

59990, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 5)

PERKAMUSAN, PERISTILAHAN DAN PENTERJEMAHAN BAHASA MELAYU


BMMB3113

NAMA PELAJAR FAREEZ HAKEEM BIN MD ISA

ANGKA GILIRAN 2018192340068

NOMBOR KAD PENGENALAN 990208-05-5701

KUMPULAN PISMP D4

TUGASAN PENULISAN ESEI

NAMA PENSYARAH Dr. SHAMSUL AIZUWANI BIN NAWI

TARIKH HANTAR 9 OKTOBER 2020

1
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 MASA DEPAN PERKAMUSAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN 4-10
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 10-11
4.0 STRUKTUR MAKRO DAN MIKRO KAMUS 12-14

5.1 KAMUS MELAYU

5.2 STRUKTUR MAKRO KAMUS MELAYU

5.3 STRUKTUR MIKRO KAMUS MELAYU


5.0 KESIMPULAN 14
RUJUKAN 15-16

2
PENGHARGAAN

Salam, di sini saya ingin berterima kasih dan bersyukur kehadrat Tuhan kerana dengan izin
dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Perkamusan, Peristilahan
dan Penterjemahan Bahasa Melayu (BMMB3113). Sepanjang saya menjalankan tugasan
ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang
pendidik kelak. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Dr. Shamsul Aizuwani bin Nawi,
pensyarah bagi kursus Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu yang
tidak mengenal erti penat lelah dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada ibu saya yang selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai
pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan
idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, ucapan ini khasnya ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung. Setiap bantuan yang anda berikan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

3
1.0 PENGENALAN

Bidang perkamusan yang memperincikan kaedah dan teknik penyusunan kamus ini
merupakan bidang yang amat penting buat linguistik terapan bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana, kamus berperanan dalam penyusunan kata merangkumi aspek ejaan,
sebutan, golongan kata, makna, cara penggunaan kata, etimologi dan hal-hal yang
berkaitan makna (Noresah, 2009). Pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah berlaku
sepanjang bidang perkamusan ini wujud di Malaysia berikutan perubahan era yang berlaku.

Maka, penulisan ini akan membincangkan bidang perkamusaan ini menerusi


penilaian masa depan perkamusan dalam bidang pendidikan termasuklah peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Di samping itu, struktur makro dan mikro kamus melalui aplikasi
dalam talian serta penggunaan bahasa yang berkesan juga akan turut dihuraikan.

2.0 MASA DEPAN PERKAMUSAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Penggunaan kamus dalam bidang pendidikan sekolah rendah dan menengah telah diguna
pakai dalam kurikulum pelbagai subjek termasuklah bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan
terutamanya kurikulum bahasa Melayu sendiri. Menurut Nor Hashimah et. al (2010),
kurikulum yang dirangka perlu diaplikasi menggunakan bahasa yang betul sebagai medium
penting dalam proses penyampaian ilmu. Justeru, kenyataan ini akan diperincikan melalui
penggunaan kamus dalam bidang pendidikan sekolah rendah yang terdapat dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).

Berdasarkan KBSR Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu tahun 1, murid didedahkan


dengan penggunaan kamus bergambar. Seperti yang dinyatakan dalam dokumen Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 1,
kegunaan kamus bergambar digunakan dalam proses PdP yang dijalankan.

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Contoh Aktiviti / Nota

6.0 Membaca dan memahami


maklumat yang terdapat
dalam pelbagai jenis teks
6.1 Merujuk pelbagai
sumber untuk Aras 1  Meneliti susunan abjad
mendapatkan i. Merujuk kamus bagi perkataan
maklumat bagi tajuk bergambar untuk meneliti  Menerliti ejaan perkataan
yang sedang dikaji ejaan perkataan yang berdasarkan kamus
termasuk maklumat didengar bergambar

4
daripada internet Aras 2  Mendapatkan makna
i. Merujuk kamus perkataan daripada kamus
bergambar untuk bergambar
memahami makna  Menyesuaikan makna
sesuatu perkataan perkataan dengan gambar
Aras 3 Alat tulis
i. Merujuk kamus Alat

bergambar untuk membersihkan

menghubung kaitkan gigi

perkataan dengan gambar


untuk mecari makna.
Rajah 1: Contoh kegunaan kamus bergambar dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu KBSR Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 1

Shamsudin Baharin (2002) menegaskan bahawa kamus bergambar membantu


murid belajar menggunakan kecerdasan membaca dan visual selain membina minat belajar.
Justeru, penggunaan kamus bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini
dilihat bersesuaian dengan pengajaran bahasa Melayu tahun 1 kerana bukan sahaja dapat
meningkatkan minat murid untuk belajar, malah dapat menambah perbendaharaan kata
mereka.

Seterusnya murid-murid SJK berada pada tahun 2 tidak lagi menggunakan kamus
bergambar dalam pembelajaran, sebaliknya merujuk kepada kamus secara umum.
Contohnya, dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (SJK) Tahun
2 menggunakan kamus untuk meneliti ejaan dan makna.

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Contoh Aktiviti / Nota

6.0 Membaca dan memahami


maklumat yang terdapat
dalam pelbagai jenis teks
6.1 Merujuk pelbagai
sumber untuk Aras 1  Meneliti kamus untuk
mendapatkan i. Merujuk kamus untuk mencari ejaan yang tepat
maklumat bagi tajuk meneliti ejaan perkataan bagi sesuatu perkataan
yang sedang dikaji yang didengar  Mencari makna yang
termasuk maklumat Aras 2 sesuai bagi sesuatu
daripada internet i. Merujuk kamus untuk perkataan yang diberikan
memahami makna mengikut konteks

5
sesuatu perkataan
Rajah 2: Contoh kegunaan kamus dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 2

Penggunaan kamus dalam PdP ini dapat mendedahkan murid tentang kemahiran
menggunakan kamus dengan betul kerana terdapat beberapa perkara yang perlu dikuasai
oleh pengguna kamus terutama dari aspek cara penggunaan kamus yang betul. Menurut
Atkin dan Varantola dalam Nunan (1991), kemahiran kamus perlu diajar dengan betul
supaya segala maklumat yang dimasukkan oleh penyusun kamus dapat difahami pengguna.

Kemudian, penggunaan kamus ini diperluas menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah (SJK) Tahun 3. Tamsilnya, murid diperkenalkan dengan penggunaan kamus
peribahasa dalam Huraian Hasil Pembelajaran.

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Contoh Aktiviti / Nota

6.0 Membaca dan memahami


maklumat yang terdapat
dalam pelbagai jenis teks
6.1 Membaca dan merujuk
pelbagai sumber untuk Aras 1  Merujuk kamus dengan
mendapatkan i. Merujuk makna perkataan cara yang betul untuk
maklumat bagi tajuk dan meneliti ejaan mencari makna perkataan
yang sedang dikaji Aras 2  Melihat kamus peribahasa
termasuk maklumat i. Merujuk kamus untuk mendapatkan makna
daripada internet peribahasa untuk yang tepat
mendapatkan makna
yang betul
Rajah 3: Contoh kegunaan kamus peribahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu KBSR Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 3

Pada hasil pembelajaran ini, murid diperkenalkan dengan peribahasa yang kaya
dengan kosa kata berunsurkan alam dan kiasan-kiasan berlapik. Penguasaan kosa kata
murid boleh dibina dengan lebih berkesan dengan pendedahan kepada kamus peribahasa
(Zaitul Azma, 2004).

Penggunaan kamus dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (SJK) tahun 4


pula lebih memfokuskan terhadap penggunaan kamus secara cepat dan cekap. Kajian
membuktikan bahawa apabila sesuatu item leksikal yang dipelajari ingin menjadi ingatan
masa panjang, maka individu perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut (Kunan, 1991).
Justeru, dengan adanya pertandingan menggunakan kamus dalam cadangan aktiviti sedikit

6
sebanyak mampu merangsang minat murid untuk menguasai penggunaan kamus dengan
lebih cekap dan cepat.

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Contoh Aktiviti / Nota

6.0 Membaca dan memahami


maklumat yang terdapat
dalam pelbagai jenis teks
6.1 Membaca dan merujuk
pelbagai sumber untuk Aras 1  Menggunakan kamus
mendapatkan i. Merujuk kamus untuk untuk mencari makna
maklumat bagi tajuk mencari makna dan perkataan dan meneliti
yang sedang dikaji meneliti ejaan yang tepat ejaan dengan cepat
termasuk maklumat mengikut susunan  Pertandingan mencari
daripada internet perkataan makna perkataan
menggunakan kamus
Rajah 4: Contoh kegunaan kamus dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 4

Selain itu, berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SJK) tahun 5,
kamus ialah medium melatih aspek kemahiran membaca kerana murid bukan sahaja perlu
merujuk kamus semata-mata untuk mencari makna tetapi sebutan dan penggunaan
perkataan juga harus tepat dan dikuasai dengan baik.

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Contoh Aktiviti / Nota

6.0 Membaca dan memahami


maklumat yang terdapat
dalam pelbagai jenis teks
6.1 Membaca dan merujuk
pelbagai sumber untuk Aras 1  Mencerakinkan perkataan
mendapatkan i. Merujuk kamus untuk mengikut abjad untuk
maklumat bagi tajuk mencari makna, sebutan mencari makna
yang sedang dikaji yang betul, ejaan dan Contoh: Permainan mencari
termasuk maklumat penggunaan perkataan makna perkataan dalam
daripada internet yang tepat kamus secara kumpulan
Rajah 5: Contoh kegunaan kamus dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 5

Perkembangan bmelalui ahasa dari segi kemahiran membaca dan menulis murid
dapat diperkukuh menerusi penggunaan kamus ini. Malah, menurut Diab, T.A & Jihad M.

7
Hamdan (1999), kamus dapat dilihat sebagai jambatan yang mampu membina dan
mengembangkan kosa kata murid.

Manakala, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SJK) tahun 6 pula lebih
tertumpu kepada pengaplikasian pengunaan kamus untuk mencari makna mengikut konteks
teks yang dibaca dengan sebutan, ejaan dan penggunaan yang sesuai. Sekali gus,
kelangsungan penggunaan kamus dalam PdP ini dapat dipangkin.

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Contoh Aktiviti / Nota

.4.1 Membaca dan memahami


maklumat yang terdapat
dalam pelbagai jenis teks
.4 Membaca dan merujuk
pelbagai sumber untuk Aras 1  Merujuk kamus dan
mendapatkan i. Merujuk kamus untuk mencari makna, ejaan dan
maklumat bagi tajuk mencari makna, sebutan sebutan yang betul bagi
yang sedang dikaji yang betul, ejaan dan perkataan yang dipetik
termasuk maklumat penggunaan perkataan daripada teks yang dibaca
daripada internet yang tepat
Rajah 6: Contoh kegunaan kamus dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 6

Secara rangkumannya, penggunaan kamus dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah (KBSR) adalah sangat baik kerana penekanan terhadap penggunaan kamus adalah
bersifat berterusan dan aktiviti yang dilakukan juga spesifik terhadap penggunaan kamus
dengan betul dan cepat.

Berbeza pula dengan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), penggunaan kamus langsung tidak dinyatakan secara khusus dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) pengajaran Bahasa Melayu. Bermula daripada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Tahun 1 sehinggalah tahun 6
langsung tidak menyatakan penggunaan kamus dalam Standard Kandungan (SK) dan
Standard Pembelajaran (SP) proses PdP yang dijalankan. Pun begitu, penggunaan kamus
masih lagi boleh digunakan bagi mencapai elemen-elemen terapan yang digariskan di
dalam DSKP seperti tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan
peribahasa. Kesemua elemen ini boleh dirujuk di dalam kamus menjadikan penggunaan
kamus masih relevan dalam KSSR.

8
Sebagai contoh, murid boleh menggunakan kamus sebagai bahan bantu belajar
(BBB) semasa proses PdP dalam pengajaran aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran
membaca. Terdapat pelbagai standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP)
yang boleh menggunakan kamus sebagai BBB.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

.4 Asas membaca dan memahami .4.1 Membaca dengan sebutan yang betul,
intonasi yang sesuai dan memahami;
i. Perkataan dua suku kata dan tiga
suku kata
Rajah 7: Contoh Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 1 yang
boleh menggunakan kamus sebagai BBB

Guru boleh menggunakan kamus sebagai alat untuk mencapai SP 2.1.2. sama ada
menjadikannya sebagai bahan bacaan atau sekadar bahan rujukan. Kamus disusun dengan
menyertakan cara sebutan yang menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk
membantu membina kemahiran membaca murid.

Selain itu, kamus boleh digunakan untuk mencungkil, menggalakkan dan


mengembangkan kreativiti murid dalam penggunaan bahasa. Pelbagai aktiviti boleh
dilaksanakan dengan hanya menggunakan kamus sebagai bahan pembelajaran.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

.4 Menulis secara impak dengan tepat .4.1 Menulis perkatan dan frasa dengan
menggunakan ejaan yang tepat secara
imlak
Rajah 7: Contoh Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 6 yang
boleh menggunakan kamus sebagai BBB

Guru boleh merancang aktiviti menggunakan kamus untuk diselarikan dengan


objektif pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyediakan teks yang mengandungi
perkataan yang kurang tepat. Kemudian, murid diminta untuk merujuk kamus untuk mencari
ejaan yang tepat menggunakan kamus dan mencari makna perkataan tersebut. Maka,
kamus dapat berperanan sebagai bahan pengajaran membolehkan murid memperoleh
pelbagai keterangan mengenai kosa kata seraya membantu murid memperkaya kosa kata
mereka.

Rumusannya, masa depan perkamusan dalam bidang pendidikan dapat dinilai


semakin pudar berikutan kurangnya penerapan elemen yang berfokuskan kepada
kemahiran menggunakan kamus di dalam sistem kurikulum terbaharu. Lebih malang sekali,

9
tiada langsung spesifikasi yang menggariskan penggunaan kamus secara terus dalam PdP.
Isu ini perlu dipandang serius kerana Awang Sariyan (1995) menjelaskan sekiranya murid
tidak dibimbing dan digalakkan menggunakan kamus, murid cenderung untuk melakukan
kesilapan dalam pelbagai bentuk kata. Kamus itu sendiri berperanan sebagai rujukan dalam
sistem ejaan baku dan perbendaharaan kata murid yang perlu diperluaskan
penggunaannya. Namun perkara ini tidak tiketengahkan dan dijadikan sebagai sebahagian
daripada bidang pendidikan.

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan badan berkanun yang berperanan dalam
memartabatkan bahasa Melayu dengan falsafahnya “Pembinaan Negara Bangsa Melalui
Bahasa Melayu”. Melalui peranan autonominya, badan ini boleh menggubal dasar-dasar
yang khusus berkaitan penyusunan, pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu di
Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959.
Justeru, pelbagai inisiatif boleh diatur demi memastikan peranan kamus terus berkembang
selari dengan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

Selari dengan perkembangan digital dunia yang semakin pesat, pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka perlu segera menambah baik bidang perkamusan secara digital agar
landskap leksikografi di Malaysia kekal relevan. Misalnya, DBP boleh memperkenalkan
usaha penyelidikan yang lebih mendalam berkaitan sistem perkamusan dan data korpus
secara perkomputeran awan. Hal ini demikian kerana, era baharu Revolusi Industri 4.0 (RI4)
ini membolehkan pengumpulan dan penyimpanan data, pendrafan takrifan kata, penyediaan
kata entri, pelemaan, pengisihan, pengabjadan kamus dan kesemua ini boleh dimuat naik
dan disimpan di dalam komputer awan. Maka, sistem rangkaian yang digunakan oleh DBP
perlulah terkini, efisien dan saling melengkapi supaya teknologi pengkomputeran awan
dalam bidang leksikografi boleh diwujudkan dan membuka ruang kepada pengguna untuk
capaian yang lebih cepat dan mudah melalui sistem dalam talian.

Pihak DBP turut perlu membuat perbincangan ilmu leksikografi yang


menghimpunkan pakar-pakar bahasa dalam bidang leksikografi untuk membahaskan
strategi dan cadangan pemerkasaan ilmu perkamusan di Malaysia dengan lebih kerap.
Penggabungjalinan yang berlaku lebih kerap antara pemikir bahasa dan pihak DBP ini akan
dapat melestarikan penggunaan kamus sekali gus menjadikan kamus terus bugar di
Malaysia. Melalui inisiatif ini juga, pakar-pakar bidang leksikografi membahaskan isu yang
terdapat dalam ilmu leksikografi bahasa Melayu misalnya kosa kata baharu yang melibatkan
kata pinjaman dan kekeliruan para pengguna bahasa. Lebih menarik sekiranya hasil
perbincangan ini dapat diakses oleh orang ramai.

10
Di samping itu, DBP juga perlu memperluaskan lagi ketercapaian sebaran maklumat
secara dalam taliannya agar lebih ramai yang dapat mengikuti perkembangan bahasa yang
berlaku. Pemberitahuan dan pengumuman seperti penterjemahan istilah Inggeris yang
baharu, peribahasa baharu, ejaan baharu dan daftar kata baharu ini perlu disebarluaskan
kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran penghasilan kamus bukanlah kerap; malah
memakan masa bertahun-tahun untuk menghasilkan sebuah kamus. Maka, kesemua
perkembangan ini perlu dihebahkan kepada masyarakat tanpa perlu menunggu penerbitan
kamus yang terbaharu. Namun, status quo bagi publisiti dalam talian DBP hanyalah dalam
ruang lingkup laman sesawang rasmi, akaun media sosial DBP di Facebook, Instagram dan
Twitter sahaja. Menjadikan rakyat Malaysia yang tidak mengikuti mana-mana media tersebut
akan terlepas dengan perkembangan bahasa yang berlaku. Justeru, pihak media dan
publisiti DBP perlu merancakkan lagi promosi dan pengiklanan terhadap perkembangan
leksikografi di Malaysia ini sama ada menggunakan media prima atau menjalankan kempen
seperti ‘Sehari Sekata’.

Kemudian, DBP haruslah mempergiat penghasilan kamus yang pelbagai dan bukan
sekadar bergantung kepada Kamus Dewan semata-mata sebagai platform kamus dalam
Bahasa Melayu di Malaysia. Contohnya, pihak DBP boleh memperkenalkan kamus yang
memasukkan entri kata slanga dalam kamus tersebut kerana penggunaan bahasa Melayu
sehari-harian di Malaysia 72% daripadanya ialah bahasa slanga dan dialek dan bukannya
bahasa baku dengan struktur bahasa yang gramatis (Mohd Syuhaidi Abu Bakar & Nor
Syafizza Ahmad Tarmizi, 2019). Pengenalan kepada penerokaan kamus-kamus khusus
yang baharu ini akan menjadikan bidang perkamusan lebih meluas dan bertumpu kepada
bidang spesifik.

Akhir sekali, pihak DBP perlu memantau, mengawal dan sentiasa mengemas kini
aplikasi-aplikasi dalam talian berkaitan kamus yang sedia ada supaya makna perkataan
yang digunakan adalah standard mengikut Kamus Dewan Bahasa agar tidak berlaku
kepincangan atau perselisihan makna pada perkataan yang sama. Dalam erti kata lain,
pihak DBP perlu memastikan semua aplikasi telah mengalami pengemaskinian termasuklah
penambahan istilah baharu berdasarkan rujukan Kamus Dewan edisi terbaharu.

11
4.0 STRUKTUR MAKRO DAN MIKRO KAMUS

Akses terhadap kamus kini lebih fleksibel dan bersifat interaktif. Kesan daripada
perkembangan teknologi membolehkan bidang perkamusan untuk terus berevolusi mengikut
zaman. Maka, bahagian ini akan menerangkan struktur miko dan makro kamus yang dipilih.

4.1 Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) merupakan kamus yang dipilih untuk
dianalisis struktur secara mikro dan mikro. Pembangunan aplikasi dalam talian ini
merupakan satu dimensi baharu kepada pengguna kerana PRPM ini ialah alternatif
kepada pencarian makna kata berbanding menggunakan kamus secara manual.

Rajah 8: Tangkap layar muka depan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

Rajah 9: Tangkap layar kandungan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

12
4.2 Struktur Makro Kamus Melayu

Berdasarkan Rajah 8, paparan antara muka pada muka depan PRPM ini bersifat
ringkas dan mesra pengguna kerana terus memaparkan ruang carian tanpa ada
terlalu banyak pautan. Pemilihan warna yang tidak terlalu terang pula menjadikan
paparan antara muka PRPM ini kelihatan kemas dan cantik. Myers (2004)
menjelaskan warna mempengaruhi cara kita melihat dan memproses informasi,
sehingga dapat meningkatkan kemampuan untuk mengingat kata dan gambar. Oleh
hal yang demikian, penggunaan warna yang sesuai sangat memainkan peranan
dalam memberikan tarikan kepada pengguna.

Namun, ikon atau logo aplikasi ini tidak menunjukkan unsur semiotik yang
membawa lambang atau simbol yang menunjukkan bahawa PRPM ini adalah kamus
dalam talian. Henderson (2003) menyatakan bahawa logo adalah satu stimuli visual
yang memberi identiti kepada sesebuh industri dalam strategi memperkenalkan
sebuah jenama. Oleh itu, ikon yang dicipta perlulah mempunyai kaitan dengan
konsep yang dibangunkan dan mempunyai makna yang memberi gambaran secara
menyeluruh tentang kamus dalam talian.

Antara muka utama yang dipaparkan dalam Rajah 9 pula dilihat padat
dengan elemen-elemen pautan yang boleh dipilih oleh pengguna menjadikannya
lebih interaktif dan pelbagai guna. Pengguna juga boleh mencari makna kata yang
lain hanya dengan menaip kata yang dicari pada ruang carian pada sudut atas kanan
paparan. Entri yang digunakan untuk memaparkan definisi istilah pula menggunakan
teks yang besar dan font yang mudah dibaca menjadikan aplikasi ini memberi tarikan
sebagai satu aplikasi rujukan atas talian yang baik kepada semua pengguna.

4.3 Struktur Mikro Kamus Melayu

Berdasarkan Rajah 9, pengguna dapat mengenal pasti sebutan sesuatu kata dengan
lebih mudah dan jelas. Hal ini demikian kerana kamus ini mempunyai sistem sebutan
yang ringkas menggunakan ejaan fonemik seperti [pa.lu]. Transkripsi sebutan yang
menggunakan /e/ pepet dan /é/ taling ditulis dalam kurungan untuk memudahkan
pengguna mengucapkan perkataan sebagaimana yang dieja seperti dalam Rajah
10.

13
Rajah 10: Paparan antara muka bagi penerangan makna PRPM

Merujuk kepada Rajah 10, kamus ini juga memerihalkan makna sesuatu entri
dengan baik malah turut disertakan rujukan sumber bagi makna tersebut. Pengguna
juga lebih yakin untuk menggunakan kamus dalam talian ini kerana pemberian
definisi yang dihuraikan adalah spesifik dan boleh dipercayai. Penggunaan tanda
juga diletakkan dalam kamus dan selaras dengan tanda yang digunakan dalam
Kamus Dewan. Lambang-lambang tersebut mempunyai makna tertentu dan dengan
adanya tanda-tanda pada kamus ini, pengguna akan dapat mengetahui maksud
yang disampaikan. Selain itu, kata seerti dan kata antonim bagi beberapa daftar kata
juga turut disusun bersama. PRPM ini turut memberikan keterangan asal usul pada
sesuatu perkataan. Sebagai contoh, bagi perkataan Arab ditulis ‘Ar’ dan perkataan
Inggeris tidak ditulis ‘Ir’. Variasi ejaan yang dimuatkan dalam kamus ini juga adalah
pelbagai bagi membantu pengguna yang hanya keliru akan ejaan sesuatu kata.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bidang perkamusan bahasa Melayu ini seharusnya dipelihara dan


dikembangkan lagi kerana kepentingan-kepentingan yang ada padanya bukan sahaja
penting buat penutur dan pengguna bahasa Melayu itu, malah turut menjadi tunjang kepada
pemartabatannya. Oleh kerana itulah, landskap pendidikan serta Dewan Bahasa dan
Pustaka perlu merancakkan lagi penggunaan dan penambahbaikan kamus demi
kelansungan kepentingannya. Guru bahasa Melayu sebagai ‘pejuang barisan hadapan’
yang mengangkat bahasa kebangsaan ini seharusnya membudayakan penggunaan kamus
sebagai antara bahan rujukan utama dalam pendidikan bahasa.

14
RUJUKAN

Awang Sariyan. (1995). Kamus sebagai sumber pendidikan bahasa. Jurnal Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan: Tahun satu. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan: Tahun enam. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Baharin Shamsudin. (2002). Kamus matematika bergambar. Grasindo

Diab, T.A. & Jihad M. Hamdan. (1999). Interacting eith worlds and dictionaries: the case of
Jordanian EFL Students. International Journal of Lexicography. 12.

Henderson, P. (2003). Building strong brands in Asia: Selecting the visual components of
image to maximize brand strength. International Journal of Research in Marketing, 20
(4), 297-313.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian


Sukatan Pelajaran tahun 1. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian


Sukatan Pelajaran tahun 2. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian


Sukatan Pelajaran tahun 3. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian


Sukatan Pelajaran tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian


Sukatan Pelajaran tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian


Sukatan Pelajaran tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Syuhaidi Abu Bakar & Nor Syafizza Ahmad Tarmizi. (2019). Penggunaan dan
penerimaan bahasa slanga dalam novel indie di Malaysia. E-Academia Journal, 8(1).

Noresah Baharom. (2009). Kamus dan Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

15
Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. (2010). Sosiokognitif pelajar r
emaja terhadap bahasa Melayu. GEMA Journal of Language Studies 10 (3).

Nunan, D. (1991). Language teaching methodology. Hartfordshire: Phoenix ELT.

Ibrahim Ahmad. (2015). Asas Ilmu Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan
Pustaka.

Lew Teck Onn. (1994). Perkembangan dan permasalahan perkamusan Melayu untuk KBSR
dan KBSM. Seminar Perkamusan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Persatuan Linguistik Melayu, 20-21 Disember.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2004). Penggunaan kata ganti nama ‘dia’ dan ‘kita’ dalam
pertuturan kanak-kanak Melayu: Satu analisis pragmatic. Jurnal Dewan Bahasa
4(1):187.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Normaliza Abd. Rahim. (2007). Penggunaan gambar dalam
pembelajaran bahasa. Cendekia. Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti
Putra Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai