Anda di halaman 1dari 2

Latihan Kefahaman MCQ 3

Arahan: Baca teks di bawah terlebih dahulu. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

Ketika itu jam menunjukkan pukul lapan. Ibu masih terus memandu. Kami baru sahaja berlepas dari
lapangan terbang untuk pulang. Aku duduk di hadapan, di sebelah ibu dan kakakku pula duduk di
belakang. Hari semakin gelap dan lampu-lampu kenderaan terus menerang jalan. Dan, bunyi enjin
kereta terus membelah kesunyian malam.
Kereta kami tiba-tiba membelok menuju ke satu persimpangan kecil untuk menuju ke arah kampung
tempat kami tinggal. Hujan semakin lebat dan mengaburkan lagi pemandangan ibu. Tiba-tiba ibu
menekan brek kereta dengan cemas. Aku nyaris-nyaris terhantuk pada cermin kereta. Kami semua
tersentak dan gamma sebentar.
“Apakah yang sudah berlaku?” hati kecilku bertanya.
“Keadaan lain daripada yang lain,” bisikku lagi.
Menerusi cermin kereta aku dapat menyaksikan satu kemalangan telah berlaku. Kereta di hadapan
kami nyaris-nyaris ditimbusi tanah runtuh. Pemandunya tidak dapat meneruskan perjalannya, ia
berhenti dengan serta-merta. Hujan semakin lebat. Tanah bukit di sebelah kiri jalan semakin runtuh.
Jalan menuju ke kampung itu sudah tersekat. Hanya kedengaran hon-hon kereta yang berada di
belakang kami.
Hampir setengah jam kami di dalam kereta hingga cermin kereta kami diliputi kabus daripada
hembusan nafas kami. Sekali-sekali ibu mengelapnya dengan sehelai kain. Terang seula
pemandangan kami. Tiba-tiba aku terlihat beberapa orang pegawai bomba dan polis berkejaran ke
tempat tanah runtuh itu. Kelihatan juga sebuah traktor sedang diarahkan ke tempat itu. Dengan berhati-
hati, pemandu traktor itu telah dapat mengaup tanah yang runtuh itu lalu didamparkan di tepi jalan.
Akhirnya jalan tu dapat dibersihkan. Kereta di hadapan kami pun meneruskan perjalanannya. Kami pun
mengikutnya.
Soalan 1
Penulis baru pulang dari lapangan terbang pada __________ itu.
1. hari
2. malam
3. siang
4. petang ( )

Soalan 2
Perkataan yang berlawan dengan perkataan mengaburkan ialah __________.
1. menjernihkan
2. mencerahkan
3. menjelaskan
4. menerangkan ( )

Soalan 3
Ibu memberhentikan keretanya dengan tiba-tiba __________.
1. kereta di hadapannya berhenti
2. tiba di persimpangan
3. breknya ditekan
4. pemandangannya menjadi kabur ( )

Soalan 4
Makna menuju dalam petikan bermaksud __________.
1. menghala
2. menghadap
3. menentang
4. menjalani ( )

Soalan 5
Satu perkataan yang terdapat dalam teks dan bermaksud lain daripada yang lain ialah __________.
1. canggih
2. pesat
3. bijak
4. unik ( )

Anda mungkin juga menyukai