Anda di halaman 1dari 5

Membincangkan mengenai Nabi Muhammad 

Sallallahu Alaihi Wasallam memang tidak akan ada


sudahnya. Tiada suatu pun keburukan dari akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Sehingga Allah
SWT menjadikannya sebagai ‘Uswatun Hasanah’ bagi seluruh umat manusia. Dan kita sebagai umat
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada baiknya dan seharusnya kita mengetahui latar belakang
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
.
BIODATA RASULULLAH SAW
Berikut adalah biodata manusia yang paling mulia di muka bumi ini :
 
Nama
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
 
Tarikh lahir
Subuh hari Isnin, 9 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
 
Tempat lahir
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
 
Nama bapa
Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
 
Nama ibu
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
 
Pengasuh pertama
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
 
Ibu susu pertama
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
 
Ibu susu kedua
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah).
.
.
.
PERJALANAN HIDUP RASULULLAH SAW
.
USIA 1 HARI
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam keadaan suci bersih, cahaya terpancar
dari tubuhnya dan tali pusatnya sudah sedia terpotong serta telah siap berkhitan.
.
USIA 5 BULAN
Pada usia 5 bulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pandai berjalan dan berlari.
.
USIA 9 BULAN
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada usia 9 bulan sudah mampu berbicara dengan lancar.
.
USIA 2 TAHUN
Ketika usia 2 tahun, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sudah boleh dilepaskan bersama anak-anak
Halimah yang lain untuk menggembala kambing yang saiznya lebih besar daripada tubuhnya. Baginda
juga selama beberapa waktu menggembala kambing orang Mekah di kawasan Qararit.
.
USIA 4 TAHUN
Dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bagi mengambil jantung dan
hatinya, kemudian malaikat membukanya untuk mengeluarkan darah kotor dan menyucikan hatinya
dengan hikmah dan salju. Peristiwa ini disaksikan oleh anak-anak dari keluarga Sa’d yang berlari pulang
sambil berkata kepada ibu-bapanya: “Saudara kami yang dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang
laki-laki berbaju putih. Dia dibaringkan, perutnya dibedah, sambil di balik-balikan.”
.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang
terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muthalib.
.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muthalib pula meninggal dunia. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dipelihara pula
oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
.
USIA 12 TAHUN
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika sedang beristirehat di wilayah Bushra dalam perjalanan
untuk berdagang bersama bapa saudaranya, Abu Talib ke Syam (Syria). Di kota Busra, negeri Syam,
seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) menceritakan kepada ketua-ketua rombongan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Pendeta Bahira telah melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Beliau menceritakan bahawa
kedatangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika itu diiringi dengan gumpalan awan yang
menutupinya dari cahaya matahari. Dia juga sempat berdialog dengan Baginda dan menyaksikan adanya
sebuah Khatamun Nubuwah / ‘cop kenabian’ (tanda kenabian) di badan Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam.
.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘, jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 14 atau 15 tahun. Baginda
menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang
dizalimi di Makkah.
.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda Sallallahu Alaihi
Wasallam bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru
bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas
kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan
oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi
kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan batu tersebut.
.
USIA 40 TAHUN
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi
Nabi dan Rasul akhir zaman.
.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke
Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
.
USIA 63 TAHUN
 Kali ke dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum dibawa
Mi’raj ke Sidratul Muntaha.
 Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Isra ke Masjidil Aqsa, Palestine dari Masjidil Haram,
Makkah lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha di langit k etujuh dari Baitul Maqdis tidak sampai satu
malam pada tarikh 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
 Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
 .
 .
.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah binti Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar r.a)
4. Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin al-Khattab r.a.)
5. Ramlah binti Abu Sufian r.a (digelar Ummu Habibah)
6. Hindun binti Abu Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
7. Juwairiyah ( Barrah ) binti Harith bin Abu Dhiror
8. Safiyyah binti Huyay bin Akhtab
9. Zainab binti Jansyin
10. Maimunah Binti Harith Al-Hilaliyah
11. Asma’ binti al-Nu’man al-Kindiyah*
12. Umrah binti Yazid al-Kilabiyah*
13. Zainab binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)*
 * Ulama berselisih pendapat tentang kesahihan isterinya ini.
 
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hanya berkahwin dengan isteri-isteri Baginda 3 tahun setelah
kewafatan Siti Khadijah.
 .
 .
.
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
 .
Rasulullah hanya mempunyai anak dari Siti Khadijah:
a. Putra
1. Al-Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
-Ketiga-tiganya meninggal waktu usia masih kecil.
.
b. Putri
1. Zainab menikah dengan Abil Aash ibnu Rabi ‘bin Abdus Syam
2. Ruqayah menikah dengan Utbah bin Abi Lahab
3. Ummu Kaltsum menikah dengan Utaibah bin Abi Lahab
4. Fatimah Az-Zahra menikah dengan sayidina Ali bin Abi Talib ra
 .
Anak Tiri Rasulullah SAW
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda. Anak Saidatina Khadijah bersama
bekas suaminya, Hind bin Habbasy bernama;
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi.
 .
 .
.
SAUDARA SUSUAN RASULULLAH SAW
 
Saudara Sesusuan Dari Ibu Susuan, Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
Saudara Sesusuan Dari Ibu Susuan, Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
 .
 .
.
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
 (Anak-Anak Kepada Abdul Muttalib)
Bapa Saudara
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Thalib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Kaabah
9. Hijl
10. Zirar
11. Ghaidaq
Ibu Saudara
1. Umaimah
2. Atiqah #
3. Arwa #
4. Umaimah
5. Barrah
6. Al-Bidha (Ummu Hakim)
7. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
* Sempat masuk Islam.
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
 .
.
Kasihi Keluarga Rasulullah SAW
Berdasarkan kepada hadis-hadis, ketahuilah mencintai keluarga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallamadalah wajib dan haram hukumnya membenci mereka sebagaimana sabda Baginda Sallallahu
Alaihi Wasallam:  “Sesiapa yang mencintai keluargaku maka wajib bersamaku di dalam syurga dan
sesiapa yang membenci keluargaku maka haram baginya mendapatkan syafa’atku nanti di hari
kiamat.”
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa
yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan/rahmat) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan mengingati Allah dalam masa susah dan
senang.”  (Surah Al-Ahzab; ayat 21)
.
.
‫وهللا أعلم بالصواب‬
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Anda mungkin juga menyukai