Anda di halaman 1dari 12

PEMAKAIAN kayu ukur sifat malu

Pemakaian menjadi kayu ukur masyarakat pada hari ini dalam menilai kemajuan
seseorang. Di Barat, mereka yang berpakaian yang kemas dan berprotokol dilihat lebih
maju ke hadapan walaupun pakaian yang mereka pakai tersebut mendedahkan
bahagian anggota tubuh yang mesti ditutup iaitu aurat. Masyarakat Islam semakin
terikut-ikut cara pemakaian yang datang daripada pihak luar sehingga menjadikan
pemikiran mereka diracuni bahawa pemakaian dalam Islam adalah kuno dan kolot
seakan-akan Islam merupakan agama yang mundur dan tidak menepati putaran masa
yang saban hari semakin canggih dan maju.

Apabila minda masyarakat Islam diracuni dengan doktrin bahawa pemakaian Islam
adalah kuno dan dalam masa yang sama sifat semulajadi manusia mahukan suatu
pembaharuan yang menepati dengan kemodenan yang sedia ada, maka berlakunya
krisis identiti dalam diri masyarakat Islam sehingga menyebabkan mereka mengikut cara
pemakaian berfesyenkan masyarakat Barat.

Maka inilah yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yang diriwayatkan
oleh Uqbah bin ‘Amru al-Ansori bahawa;

‫َإذا لَ ْم َتسْ َت ِح َفاصْ َنعْ َما شِ ْئت‬

“Apabila seseoarang tersebut sudah hilang akan sifat malunya, maka lakukanlah
apa yang dia suka.”

(Riwayat al-Bukhari)

Termasuk dalam hadis di atas ialah wanita yang hilang sifat malunya kerana sanggup
berpakaian seksi dan ketat demi mengikut peredaran zaman. Begitu juga dengan lelaki
Muslim yang sanggup membuang atau mengenepikan pakaian yang lebih Islamik
dengan cuba berpakaian menyerupai sesuatu bangsa kerana beranggapan pemakaian
sesuatu bangsa tersebut lebih terkehadapan.

Inilah yang dikatakan masyarakat Islam yang mengalami krisis identiti kerana mencari
identiti yang selainnya sedangkan dalam Islam, pemakaian yang diajarkan
menggambarkan identiti seorang Muslim atau Muslimah.
Konsep pemakaian berasaskan takwa

Secara asasnya, Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara
yang boleh mendatangkan kecantikan. Bahkan Islam sendiri menitik beratkan setiap
perkara agar dilakukan dengan cantik, dalam keadaan yang baik dan elok, serta
menjaga kebersihan. Kesemua ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda
S.A.W.

Islam tidak ada menetapkan secara khusus bagaimana bentuk pemakaian bagi
seseorang Muslim atau Muslimah seperti perlu memakai kain buatan apa, jenis apa,
berapa helai, warna apa dan sebagainya. Kreativiti dalam pemakaian adalah terserah
kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia tidak
melanggar batasan syarak. Perkara tersebut termasuk dalam urusan keduniaan yang
Rasulullah S.A.W menyerahkan kreativitinya kepada manusia itu sendiri untuk berfikir.

Apa yang Islam tekankan ialah konsep takwa dalam pemakaiannya. Justeru, ia merujuk
pemakaian seseorang itu boleh menggambarkan ketakwaan bagi pemakainya. Maka
sudah tentu pemakaian yang menggambarkan ketakwaan ialah pemakaian yang
mengikut cara Islam yang menutupi aurat, tidak mengundang fitnah dan mampu
menjaga tubuh badan daripada sebarang kebinasaan.

Pemakaian takwa inilah yang disebutkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya;

ِ ‫نز ۡل َنا َع َل ۡی ُكمۡ لِ َبا ࣰسا ی َُو ٰ ِری َس ۡو َء ٰ ِت ُكمۡ َو ِری ࣰش ۖا َولِ َباسُ ٱل َّت ۡق َو ٰى َذ ٰ ل َِك َخ ۡیࣱۚر َذ ٰل َِك م ِۡن َءا َی ٰـ‬
‫ت ٱهَّلل ِ َل َعلَّهُمۡ َی َّذ َّكرُون‬ َ َ‫َی ٰـ َبن ِۤی َءادَ َم َق ۡد أ‬
“Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk
menutup auratmu dan perhiasan bagi kamu tetapi pakaian takwa itulah yang
terbaik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah semoga mereka
beringat.”

(al-A’raf: 26)

Islam menuntut diri dan pemakaian yang cantik


Banyak nas dalam al-Quran dan al-hadis yang menjelaskan bahawa Islam meraikan
kecantikan bahkan menuntut manusia untuk memperlihatkan diri mereka dalam
keadaan yang cantik dalam masa yang sama sunyi daripada sifat riak dan takabbur. Ia
dianggap sebagai memperlihatkan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T ke atas
dirinya.

Justeru, apa yang ingin diperlihatkan adalah nikmat Allah S.W.T bukan untuk
kebanggaan diri mereka. Apa yang diperlihatkan tersebut merupakan sebagai salah satu
tindakan mensyukuri nikmat Allah S.W.T dengan menggunakannya pada landasan yang
betul.

Daripada Ibnu Umar R.A berkata, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda;

‫إن هللا يحب أن ي َُرى أث ُر نعمته على عبده‬

“Sesungguhnya Allah menyukai untuk melihat kesan nikmat-Nya ada pada


hamba-Nya.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi)

Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk memakai pakaian yang baru dan
terbaik terutama pada hari-hari kebesaran Islam yang menjadi kegembiraan bagi umat
Islam sendiri. Justeru penampilan yang cantik dan terbaik menjadi salah satu tanda
kegembiraan yang dizahirkan dalam menyambut hari-hari tersebut.

Para lelaki yang keluar menunaikan solat Jumaat digalakkan memakai pakaian yang
berwarna putih kerana ia melambangkan kesucian dan mengingatkan manusia kepada
kain kafan yang menjadi simbolik mengingati kematian.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

‫البسوا من ثيابكم البياض فإنها من خير ثيابكم وكفنوا فيها موتاك‬

“Pakailah pakaian yang berwarna putih, sesungguhnya pakaian yang berwarna


putih adalah sebaik-baik pakaian dan gunakanlah pakaian yang berwarna putih
apabila mengkafankan jenazah kamu (orang Islam).”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Pada kedua Hari Raya iaitu Eid Fitri dan Eid Adha, umat Islam sama ada lelaki dan
wanita digalakkan untuk memakai pakaian yang baru dan cantik. Jika tiada pakaian
yang baru, maka digalakkan memakai pakaian yang terlebih baik ada yang dimiliki bagi
membezakan hari perayaan dengan hari-hari yang biasa.

Sayiduna Hasan R.A berkata:


‫َّب ِبأَجْ َودَ َما َن ِج ُد‬
َ ‫ َوأَنْ َن َت َطي‬،‫س أَجْ َودَ َما َن ِج ُد‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أَنْ َن ْل َب‬ ِ ‫أَ َم َر َنا َرسُو ُل‬
َ ‫هللا‬

“Rasulullah S.A.W menyuruh (hukum sunat) kami pada kedua Hari Raya (Eid Fitri
dan Eid Adha) untuk memakai pakaian yang terlebih baik apa yang kami ada dan
berwangi-wangian dengan sebaik-baik wangian apa yang kami ada.”

(Riwayat al-Hakim)

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, maka jelas bahawa Islam meraikan kecantikan
dalam penampilan dan pemakaian bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk
memastikan pakaian yang mereka kenakan pada hari-hari kebesaran dalam Islam
dengan pakaian yang bersesuaian bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran
kepada Allah S.W.T atas nikmat yang diberikan. Bahkan Islam mencela ke atas sesiapa
yang mengharamkan sesuatu perhiasan yang diharuskan oleh syarak.

Firman Allah S.W.T:

‫ِص ࣰة َی ۡو َم ۡٱلقِ َی ٰـ َم ۗ ِة َك َذ ٰل َِك‬


َ ‫وا فِی ۡٱل َح َی ٰو ِة ٱلد ُّۡن َیا َخال‬
۟ ‫ِین َءا َم ُن‬ َ ‫ت م َِن ٱلرِّ ۡز ۚ ِق قُ ۡل ه‬
َ ‫ِی لِلَّذ‬ َّ ‫قُ ۡل َم ۡن َحرَّ َم ِزی َن َة ٱهَّلل ِ ٱلَّت ِۤی أَ ۡخ َر َج لِ ِع َبا ِدهِۦ َو‬
ِ ‫ٱلط ِّی َب ٰـ‬
‫ُون‬ ِ ‫ص ُل ۡٱلٔـََٔـا َی ٰـ‬
َ ‫ت لِ َق ۡ ࣲمو َی ۡعلَم‬ ِّ ‫ُن َف‬

“Katakanlah (wahai Muhammad): siapakah yang mengharamkan perhiasan dari


Allah yang telah disediakan untuk hamba-hamba-Nya, dan rezeki yang baik-baik?
Katakanlah: semua itu untuk orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan
khusus (untuk mereka sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan
ayat-ayat itu untuk orang yang mengetahui.”

(al-A’raf: 32)

Berfesyen dalam pemakaian biar beroleh pahala


Dalam sesebuah syarikat atau organisasi, terdapat etika dan protokol yang
melambangkan identiti seseorang yang terikat dengan syarikat tersebut. Bahkan fesyen
dan keterampilan tersebut mencerminkan imej syarikat yang maju dan terkehadapan
dalam melaksanakan misi dan visinya.

Begitu juga dengan pemakaian dalam Islam. Islam tidak menghalang secara mutlak
untuk manusia berfesyen dan berketerampilan kerana Islam sendiri yang menggalakkan
umatnya untuk menampilkan apa yang terbaik dan yang elok dalam menzahirkan imej
peribadi yang baik dan terhormat.

Maka, tujuan utama bagi etika dan garis panduan dalam pemakaian cara Islam adalah
untuk:

(1) Menjaga keamanan diri dan kehormatan diri daripada berlaku fitnah ke atas mereka.
(2) Memberikan perlindungan kepada mereka kerana pakaian adalah salah satu cara
menjaga diri daripada bencana, bahaya dan sakit.
(3) Membawa imej yang baik dan elok dalam menampakkan jati diri seorang Muslim dan
Muslimah.

Justeru, etika dan garis panduan tersebut ialah:

(1) Menutup tubuh badan yang menjadi aurat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Firman Allah S.W.T:

َّ‫ُوب ِه ۖن‬ ۡ ‫ِین ِزی َن َتهُنَّ إِاَّل َما َظ َه َر م ِۡن َه ۖا َو ۡل َی‬


ِ ‫ض ِر ۡب َـن ِب ُخم ُِرهِنَّ َعلَ ٰى ُجی‬ َ ‫ص ٰـ ِرهِنَّ َو َی ۡح َف ۡظ َن فُر‬
َ ‫ُوجهُنَّ َواَل ی ُۡبد‬ َ ‫ُض َـن م ِۡن أَ ۡب‬ ِ ‫َوقُل لِّ ۡلم ُۡؤ ِم َن ٰـ‬
ۡ ‫ت َی ۡغض‬
َ ‫واَل ی ُۡبد‬..
َّ‫ِین ِزی َن َتهُن‬ َ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka…”

(al-Nur: 31)

Pemakaian yang menutupi aurat ialah pakaian yang tidak terdedah iaitu:
(i) Tidak mendedahkan anggota tubuh yang menjadi aurat.
(ii) Tidak menampakkan warna kulit anggota tubuh yang menjadi aurat.
(iii) Tidak menampakkan secara jelas bentuk anggota tubuh yang menjadi aurat.

Justeru, pakaian yang ketat sehingga memperlihatkan bentuk anggota secara jelas dan
nipis sehingga menampakkan warna kulit adalah pemakaian yang tidak menepati ciri-ciri
syarak dalam menutupi aurat. Rasulullah S.A.W menyebutkan bahawa antara faktor
wanita lebih ramai dimasukkan ke dalam neraka kerana pemakaian mereka yang
seolah-olah telanjang iaitu tidak menutupi aurat dengan sempurna, memperlihatkan
bentuk tubuh dan warna kulit.

Abu Hurairah R.A meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda bahawa antara golongan
yang berada dalam neraka ialah:

َ ‫يح َها لَي‬


َ ِ‫ُوج ُد مِنْ مَس‬
‫ير ِـة‬ َ ‫يح َها َوإِنَّ ِر‬ ِ ‫ت ُرءُو ُسهُنَّ َكأَسْ ِن َم ِة ْالب ُْخ‬
َ ‫ت ْال َما ِئلَ ِة اَل َي ْد ُخ ْل َن ْال َج َّن َة َواَل َي ِج ْد َن ِر‬ ٌ ‫ت َما ِئاَل‬
ٌ ‫ات ُم ِمياَل‬
ٌ ‫ار َي‬ ‫َكاسِ َي ٌـ‬
ِ ‫ات َع‬
َ‫َك َذا َو َكذا‬

“dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (memakai pakaian tetapi


tidak menutup aurat dengan sempurna), yang cenderung kepada perbuatan
maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya (menggoda lelaki ke arah
melakukan zina). Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang
senget (supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak akan dapat masuk
syurga dan tidak akan menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk
dihidu dari jarak perjalanan tertentu.”

(Muslim)

(2) Dilarang pemakaian yang mengubah fitrah jantina. Pemakaian lelaki tidak boleh
menyerupai pemakaian wanita dan begitu juga sebaliknya. Lelaki yang menyerupai
wanita serta wanita yang menyerupai lelaki walau dari sudut pemakaian juga adalah
termasuk dalam dosa besar malah ia dilaknat oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Perkara
ini kerana berlawanan dengan fitrah manusia serta dianggap tidak meredhai dengan
ketentuan asal yang diciptakan oleh Allah S.W.T baginya.

Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa:

َ ‫ َو ْال َمرْ أَ َة َت ْل َبسُ لِب‬،ِ‫ْس َة ْال َمرْ أَة‬


‫ْس َة الرَّ ج ُِل‬ َ ‫هللا ص الرَّ ُج َل َي ْل َبسُ لِب‬
ِ ‫لَ َع َن َرس ُْو ُل‬

“Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan juga wanita
yang memakai pakaian lelaki.”

(Riwayat Abu Daud)

(3) Emas dan sutera diharamkan ke atas lelaki. Maka segala pakaian, alat perhiasan
seperti cincin, jam sebagainya adalah diharamkan. Justeru lelaki mesti memastikan
bahawa pemakaian mereka tidak terdapat daripada barangan dan kain yang ada unsur
emas dan sutera. Ini kerana emas dan sutera sifatnya kelembutan dan kecantikan.
Maka ia lebih sesuai dengan fitrah dan naluri wanita. Sehubungan itu, emas dan sutera
dikhususkan kepada wanita sahaja.

Ali bin Abi Talib R.A meriwayatkan;

‫ور‬ ُ ِ ‫ إِنَّ َه َذي‬:‫ ُث َّم َقا َل‬،ِ‫ َوأَ َخ َذ َذ َهبًا َف َج َعلَ ُه فِي شِ َمالِه‬،ِ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أَ َخ َذ َح ِريرً ا َف َج َعلَ ُه فِي َيمِي ِنه‬
ِ ‫ْن َح َرا ٌم َعلَى ذ ُك‬ ِ َّ‫إِنَّ َن ِبي‬
َ ‫هللا‬
ُ
‫أ َّمتِي‬

“Sesungguhnya Nabi S.A.W mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan


kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua
benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.”

(Riwayat Ahmad)

Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

ْ ‫هلل َو ْال َي ْو ِم اآْل خ ِِر َفاَل َي ْل َب‬


‫س َح ِريرً ا َواَل َذ َهبًا‬ َ ‫َمنْ َك‬
ِ ‫ان ي ُْؤمِنُ ِبا‬

“Sesiapa yang beriman dengan Allah S.W.T dan hari akhirat, maka janganlah
memakai sutera asli dan emas.”

(Riwayat Ahmad)

Adapun jika emas atau sutera bercampur dengan benda atau elemen yang lain, maka
hukumnya tidak haram dengan syarat, campuran tadi didominasi oleh elemen selainnya.
Hal ini bermaksud sutera yang ada dalam campuran tersebut hanya mempunyai kapasiti
yang sedikit sahaja.

(4) Tidak menyerupai bangsa lain yang melibatkan dari sudut kepercayaan dan
keagamaan mereka. Ia akan menjadikan timbulnya persepsi bahawa seseorang
tersebut meredhai kepercayaan dan keagamaan yang bukan-Islam.

Ibnu Umar R.A meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W;

‫َمنْ َت َش َّب َه ِب َق ْو ٍم َفه َُو ِم ْن ُه ْم‬

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam kaum


tersebut.”

(Riwayat Abu Daud)

Sekiranya pemakaian yang tidak melibatkan dari sudut kepercayaan dan keagamaan
sesuatu kaum, dan pakaian itu merupakan kebiasaan kebanyakan manusia sebagai
pakaian sehari-harian atau pekerjaan maka ia dibolehkan.
Justeru, faktor pengharaman pemakaian dan keterampilan yang diharamkan kerana
menyerupai sesuatu kaum disebabkan;

(i) Menggambarkan kepercayaan dan keagamaan selain Islam pada zahir mereka
melalui pemakaian.

(ii) Menghilangkan identiti umat Islam kerana dengan pemakaian dan keterampilan
menjadikan manusia tidak mengenali identiti agamanya sama ada Islam atau bukan.
Maka ia telah mencemarkan imej Islam dan mendatangkan fitnah ke atas diri.

(5) Haram mengubah ciptaan Allah S.W.T. Mengubah ciptaan Allah S.W.T adalah
termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Ia disebabkan mereka seolah-olah ingin
mencabar Allah S.W.T dan menunjukkan perasaan tidak redha terhadap ciptaan
semulajadi yang telah Allah S.W.T ditentukan ke atas mereka.

Maka dalam melakukan keterampilan yang menarik dan mengikuti peredaran masa,
umat Islam mestilah memastikan bahawa penampilan yang mereka lakukan tidak
mengubah ciptaan Allah S.W.T. Antara penampilan yang diharamkan kerana dikira
sebagai mengubah ciptaan Allah S.W.T ialah:

(i) Menyambung rambut. Fesyen menyambungkan sesuatu kepada rambut asal yang
ada di kepala.

Para ulamak haram ke atas mereka yang melakukan menyambung rambut dan mereka
yang meminta untuk melakukan menyambung rambut. Kedua-dua pihak dikira telah
melakukan subahat dalam perkara yang haram. Ulamak bersepakat bahawa haram ke
atas rambut yang disambung pada rambut yang asal sekiranya sambungan rambut itu
ialah daripada rambut anak Adam dan bulu selain anak Adam akan tetapi ia adalah bulu
yang najis.

Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu
Bakar R.A iaitu:

ْ َ‫ َفقال‬،‫ذلك له‬
َّ‫ إن‬:‫ت‬ َ ‫ت‬ ْ ‫صلَّى هللاُ عليه وسلَّ َم َف َذ َك َر‬ َ ِّ‫ت إلى النبي‬ ْ ‫ َف َجا َء‬،‫َّط َش َع ُر َر ْأسِ َها‬
َ ‫ َف َت َمع‬،‫ت ا ْب َن َت َها‬
ِ ‫ار َز َّو َج‬
ِ ‫ص‬َ ‫أنَّ امْ َرأَ ًة م َِن األ ْن‬
‫ت‬ُ ‫ إ َّنه ْقد لُع َِن المُوصِ اَل‬، ‫ اَل‬:‫ َفقا َل‬،‫ز ْو َج َها أ َم َرنِي أنْ أصِ َل في َش َع ِر َها‬. َ

“Seorang wanita telah datang menemui Nabi Muhammad S.A.W lalu berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya anak perempuanku berkahwin seawal usia yang
masih terlalu muda. Namun kepalanya ditimpa sesuatu sehingga menyebabkan
rambutnya gugur (menjadi jarang), maka adalah boleh aku lakukan menyambung
rambut padanya?” Lalu Baginda S.A.W bersabda: “Jangan (lakukan).
Sesungguhnya dilaknat wanita yang melakukan menyambung rambut.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Adapun jika yang disambung ke rambut bukan daripada rambut anak Adam dan ia
adalah sesuatu yang suci, maka ulamak berbeza pendapat. Ulamak bermazhab Hanafi
dan bermazhab Maliki menyatakan bahawa ia tetap haram kerana Nabi Muhammad
S.A.W menyatakan secara umum mengenai larangan menyambung rambut.

(ii) Cukur atau cabut bulu kening, melukis tatu, mengasah gigi.

Fesyen terkini daripada Barat yang ditiru oleh kebanyakan masyarakat Islam. Kesemua
tersebut adalah bertujuan untuk mencantikkan diri dengan cara mengubah ciptaan Allah
S.W.T yang bersifat semulajadi.

Bahkan alasan mencantikkan diri tersebut adalah tidak benar, kerana ciptaan yang
sedia ada iaitu bulu kening, gigi dan kulit sudah pun mempamerkan kecantikan
seseorang secara neutral. Justeru fesyen tersebut adalah songsang daripada kehendak
yang sebenarnya.

Kesemua tersebut adalah diharamkan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang


diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud;

ِ َ‫ت َخ ْلق‬
‫هللا‬ ِ ‫ت ل ِْلحُسْ ِن المُغَ ي َِّرا‬
ِ ‫ َوال ُم َت َفلِّ َجا‬، ‫ت‬ َ ‫ت َوال ُم َت َّنم‬
‫ِصا ِـ‬ َ ‫ َوال َّنام‬، ‫ت‬
‫ِصا ِـ‬ ِ ‫ت َوالمُسْ َت ْوشِ َما‬ َ ُ‫لَ َع َن هللا‬
ِ ‫الواشِ َما‬

“Allah S.W.T melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat
tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu
matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah
ciptaan Allah S.W.T.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(iii) Wanita cukur seluruh kepala.

Bagi lelaki, diharuskan untuk bercukur seluruh kepala. Namun bagi wanita, hukum
bercukur seluruh kepala adalah haram kerana ia menyerupai lelaki. Sedangkan antara
kecantikan wanita ialah pada rambutnya.

Sayiduna Ali bin Abu Talib meriwayatkan bahawa:

‫َن َهى َرسُو ُل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم أَنْ َتحْ لِقَ ْال َمرْ أَةُ َر ْأ َس َها‬

“Rasulullah S.A.W melarang wanita mencukur (seluruh) kepalanya.”

(Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi)

Ini merupakan beberapa contoh yang mengubah ciptaan Allah S.W.T yang diharamkan
oleh syarak. Begitu juga dengan pembedahan plastik, pembesaran buah dada dengan
suntikan silikon dan sebagainya, kesemuanya diharamkan kerana ia termasuk dalam
konteks mengubah ciptaan Allah S.W.T.

Larangan Allah S.W.T ini terdapat dalam firman-Nya:


ِۚ ‫اَل َت ۡبدِی َل ل َِخ ۡل ِق ٱهَّلل‬

“Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah.”

(al-Rum: 30)

Firman Allah S.W.T:

‫ص ُۡن َع ٱهَّلل ِ ٱلَّذ ِۤی أَ ۡت َق َن ُك َّل َش ۡی ۚ ٍء‬

“(Itulah) Ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu.”

(al-Naml: 88)

(6) Jauhi kelakuan yang boleh mendatangkan fitnah ke arah zina. Selain pemakaian
yang mematuhi garis panduan syariah, maka perilaku juga mestilah terjaga dari
sebarang unsur yang menarik perhatian orang yang bukan mahramnya. Ia mendorong
ke arah perkara yang menghampiri zina.

Antaranya ialah wanita memakai gelang kaki kemudian menghentak-hentakkan kakinya


bagi memperdengarkan kepada lelaki di sekelilingnya perhiasan yang terdapat di
kakinya. Ia dilakukan oleh wanita di zaman jahiliyah dahulu.

Firman Allah S.W.T:

َّ‫ِین مِن ِزی َنت ِِه ۚن‬


َ ‫ض ِر ۡب َـن ِبأ َ ۡر ُجل ِِهنَّ لِی ُۡعلَ َم َما ی ُۡخف‬
ۡ ‫َواَل َی‬

“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka.”

(al-Nur: 31)

Tidak khusus dari sudut menghentakkan kaki sahaja, bahkan apa jua gerak tubuh
wanita yang dilenggokkan dan sebarang aksi yang boleh menarik perhatian masyarakat
umum adalah termasuk dalam konteks larangan ayat di atas.

Ini kerana faktor pengharaman disebabkan menarik perhatian orang yang bukan
mahram dengan berniat. Ia juga seperti seorang wanita yang melenggok-lenggok suara
atau menjadikan suaranya bernada seksi.

Firman Allah S.W.T;


‫ض ۡع َن ِب ۡٱل َق ۡو ِل َف َی ۡط َم َع ٱلَّذِی فِی َق ۡل ِبهِۦ َم َر ࣱض َوقُ ۡل َن َق ۡوࣰلا م َّۡعرُو ࣰفا‬
َ ‫َفاَل َت ۡخ‬

“Maka janganlah kamu (wanita) berkata-kata dengan lembut manja (semasa


berbicara dengan lelaki yang bukan mahram) kerana yang demikian boleh
menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan sebaliknya
berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

(al-Ahzab: 32)

Wanita tidak dihalang menggunakan alat solek kerana ia termasuk dalam konteks
menjaga kecantikan namun terdapat batasan yang mesti dijaga iaitu untuk dalam
keadaan yang bersih dan cantik secara semulajadi. Penggunaan alat solek yang
melampau-lampau adalah dilarang kerana ia menarik perhatian lelaki yang bukan
mahramnya. Hal ini seperti memakai wangi-wangian yang begitu kuat sehingga lelaki
yang berada berdekatan dengannya merasa asyik dengan keharuman yang ada pada
badan wanita tersebut.

Wangi-wangian yang dibenarkan oleh Islam pada wanita ialah untuk menghilangkan bau
badan atau bau busuk. Jika penggunaannya untuk menjadikan dirinya wangi seterusnya
menarik perhatian awam di khalayak umum adalah tidak diharuskan kerana ia
mendorong ke arah yang tidak baik.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah S.A.W ada menegaskan di dalam
sabdanya iaitu;

ٌ
‫زانية‬ ٍ ‫ت علَى‬
ِ ‫قوم لي ِج ُدوا ر َيحها‬
‫فه َي‬ ْ ‫استعطرت ُث َّم َخ َر َج‬
ْ َّ‫ فمر‬، ‫ت‬ ْ ‫أيُّما امرأ ٍة‬

“Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian kemudian ia keluar (rumah).


Dan manusia (sekelilingnya) mencium baunya maka dia telah (mendapat dosa)
berzina”

(Ahmad, al-Nasa’i, al-Tirmizi, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Firman Allah S.W.T;

‫َو َق ۡر َن فِی ُبیُو ِت ُكنَّ َواَل َتبَرَّ ۡج َن َتبَرُّ َج ۡٱل َج ٰـ ِهلِ َّی ِة ٱأۡل ُولَ ٰۖى‬

“Dan hendaklah kamu tetap diam di dalam rumah kamu dan janganlah kamu
berkelakuan dalam berhias sebagaimana yang dilakukan oleh wanita jahiliyah
terdahulu.
(al-Ahzab: 33)

Perintah wanita menduduki di rumahnya adalah dibimbangi akan berlakunya fitnah.


Disebabkan itu, soal wanita keluar rumah sama ada bekerja, belajar dan sebagainya
adalah diharuskan dengan syarak jika terdapat keperluan. Maka tidak menjadi masalah
wanita keluar jika terdapat keperluan sebagaimana yang ada pada hari ini.
(7) Jauhi daripada sifat yang dikeji seperti riak dan membazir. Selain memastikan etika
dan batasan dalam pemakaian, umat Islam mestilah menjaga sikap mereka daripada
melakukan sifat-sifat yang dikeji oleh syarak. Umat Islam dalam berpakaian mestilah
menjauhi daripada berlaku pembaziran dan boros.

Soal niat juga amat penting disebabkan itu umat Islam mestilah menjauhi sifat
berbangga diri, bermegah, berlagak, menunjuk-nunjuk (riyak) dalam pemakaian apatah
lagi jika ia bertujuan memperlekehkan orang lain. Walaupun pakaian yang dikenakan
adalah menutupi aurat namun ia tetap mendapat dosa kerana memiliki sifat yang dikeji
oleh syarak.

Justeru, galakan memakai pakaian yang elok dan cantik bagi memperlihatkan tanda
nikmat Allah S.W.T ke atasnya, ia adalah terbatas iaitu selagi mana tidak timbul sifat
yang tidak elok oleh syarak, jika ada maka hukumnya berubah menjadi haram.

Ini berdasarkan peringatan yang diberikan oleh Baginda S.A.W dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A;

‫ ألبسه هللا ثوب مذلة يوم القيامة‬،‫من لبس ثوب شهرة في الدنيا‬

“Sesiapa yang memakai baju untuk bangga (sifat riyak dan takabbur) di dunia
maka Allah akan pakaikannya baju yang menghinakan di Hari Kiamat kelak.”

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Begitu juga riwayat dari Muaz bin Anas dari bapanya bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda;

َ ِ ‫دَعاهُ هَّللا ُ َي ْو َم القِ َيا َم ِة َعلَى ُرء‬


َ ‫ضعًا هَّلِل ِ َوه َُو َي ْق ِد ُر َعلَ ْي ِه‬
‫ان َشا َء‬ ِ ‫ُوس ْال َخاَل ئ ِِق َح َّتى ي َُخي َِّرهُ مِنْ أيِّ ُحلَ ِل‬
ِ ‫اإلي َم‬ َ ‫َمنْ َت َر َك اللِّ َب‬
ُ ‫اس َت َوا‬
ْ
‫َيل َب ُس َها‬

“Sesiapa yang meninggalkan untuk memakai pakaian (yang elok dan cantik)
kerana merendahkan diri kerana Allah (bimbang akan timbul sifat yang tidak elok
seperti berlagak) sedangkan dalam masa yang sama dia mampu (memiliki dan)
memakai pakaian tersebut, di hari kiamat kelak Allah akan menjemputnya di
hadapan seluruh makhluk untuk dia memilih akan apa jua pakaian yang ingin dia
pakai.”

(Riwayat at-Tirmizi)

Anda mungkin juga menyukai