Anda di halaman 1dari 7

SMK (P) RAJA ZARINA

42000 PELABUHAN KLANG

UJIAN SUMATIF 1 / 2016


BAHASA MELAYU / PERALIHAN
MASA : 1 JAM

NAMA : __________________________ TINGKATAN :


_______

ARAHAN : Jawab semua soalan.

A. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. ( 10 M )

Murid-murid Tahun Enam Cemerlang tidak suka akan Azman. Walaupun Azman
sering berpakaian kemas dan bersopan santun, namun tidak ada seorang pun yang ingin
berkawan dengannya. Ini kerana sikap Azman yang panjang tangan. Banyak barang milik
murid di dalam kelas itu yang hilang. Mereka tahu Azman yang mencurinya, tetapi mereka
tidak ada bukti untuk menuduhnya.
Pada suatu hari, semasa hendak pulang dari sekolah, Azman menyedari bahawa
dompetnya hilang. Dia tidak ada wang untuk membayar tambang bas. Dia cuba meminjam
wang daripada kawan-kawannya, tetapi tiada sesiapa pun yang sudi meminjamkan wang
kepadanya. Oleh itu, Azman terpaksa berjalan kaki ke rumah. Ketika dalam perjalanan
pulang, dia berasa menyesal dengan perbuatannya yang suka mencuri. Sejak hari itu, dia
berjanji kepada dirinya sendiri untuk
tidak mencuri lagi.

1. Apakah maksud ‘panjang tangan ‘ ?

A kedekut B baik hati C suka mencuri D bercakap bohong

2. Selain panjang tangan, apakah sifat lain yang ada pada diri Azman ?

A pintar dan rajin C bercakap benar dan peramah


B berpakaian kemas dan bersopan santun D panas baran dan pendendam

3. Mengapakah Azman tidak ditangkap oleh murid-murid di dalam kelasnya ?

________________________________________________________________________

1
________________________________________________________________________

4. Apakah yang berlaku kepada Azman semasa hendak menaiki bas ?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

5. Apakah janji Azman kepada dirinya sendiri semasa dia berjalan pulang ?

Azman berjanji kepada dirinya__________________________________________

___________________________________________________________________

B Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang betul. ( 10 M )

1. Raju terlewat tiba di sekolah. __________ ketinggalan bas.

2. Nazri seorang Ketua Inspektor. ___________ bertugas di Balai Polis Raub.

3. __________________ bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

4. __________ harus mematuhi segala peraturan yang diberikan oleh guru.

5. “Biarlah _____________ menolong ayah mengacau dodol,” kata Afiz kepada


ayahnya.

C Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul. ( 10 M )

1. Wendy _____________________ kami ke jamuan hari lahirnya.


(melarang, menjemput)

2. Santini _____________________ ibunya menjual kuih di pasar.


(membantu, menyimpan)

3 Banyak murid ___________________ bahagian dalam acara sukan.


(melihat, mengambil)

4 Kakak Anita ____________________ buku-buku itu di dalam almari.


(menyusun, mengira)

2
5 Cikgu Masri ____________________ kami melukis gambar pemandangan.
(mengajar, meniru)

D Isikan tempat-tempat kosong dengan kata majmuk yang sesuai di bawah. ( 10 M )

terima kasih kerjasama tanda tangan sapu tangan cermin mata

ibu bapa kakitangan lalu lintas guru besar kapal terbang

1. Halimah mengucapkan ___________________ kepada Cikgu Baharom.

2. Semua ______________ dijemput ke sekolah bagi meraikan Hari Sukaneka.

3. __________________ datuk pecah setelah terjatuh dari atas meja.

4. Sila turunkan __________________ kamu selepas mengisi segala maklumat dalam


borang ini.

5. _________________ di Kuala Lumpur sangat sesak terutamanya pada waktu pagi dan
petang.

E. Isi tempat kosong di bawah dengan kata hubung yang paling sesuai. ( 20 M )

jika agar kerana kemudian walaupun selepas manakala


sambil

lalu sejak sebelum supaya sehingga dan kecuali


tetapi

1. Raju menangis __________________ dipukul oleh abangnya.

2. Nelayan itu menangkap ikan dengan menggunakan jala ________________ pukat.

3. Lelaki itu nampak garang __________________ baik hati.

4. Adik mengambil roti itu ________________ memakannya.

5. Kita hendaklah mencuci tangan _________________ makan.

6. Ali berhati-hati semasa meniti jambatan itu ________________tidak


terjatuh ke dalam parit.

7. Dia tetap ke sekolah ____________________ hari hujan.

3
8. Tutuplah suis kipas ___________________ anda gunakan.

9. Saya akan membeli buku itu ________________ ada wang.

10. Encik Zaki berbual – bual _______________ minum petang bersama keluarganya.
F. Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai. ( 6 M )

1. Kakak menghadiahkan se ___________________ bunga kepada Sarina.

2. Chandran menjual se ___________________ roti dengan harga 80 sen.

3. Datuk menebang pokok dengan se _________________ kapak.

4. Cikgu Yusuf membuat garisan di papan hitam dengan menggunakan


se____________________ pembaris.

5. Ayah membeli se ___________________ kain batik untuk nenek.

6. Zubaidah tinggal di se ____________________ rumah pangsa.

G. Garis kata sendi nama yang paling sesuai. ( 10 M )

1. Kamil pergi ( ke , pada , di ) masjid pada setiap Jumaat.

2. Leela asyik berbual dengan rakannya yang baru sampai ( ke , di , dari )


Singapura.

3. Dia menerima sepucuk surat ( dari , kepada , daripada ) sahabat penanya.

4. Biasanya saya bangun ( oleh , akan , pada ) pukul 6. 30 pagi.

5. Ketua kampung mengadakan majlis rumah terbuka dari pagi


( ke , hingga , pada ) petang.

6. Ibu menyuruh kakak menulis surat ( pada , oleh , kepada ) abang yang belajar
di luar negara.

7. Baju kurung itu dijahit ( daripada , oleh , kepada ) emak semalam.

8. Amin dan abangnya pergi ke sekolah ( di , dengan , oleh ) menaiki bas sekolah.

9. Murid-murid beratur di padang sebelum masuk ( ke , di , pada ) kelas.

4
10. Ibu pergi ke pasar ( akan , pada , dengan ) Mak Timah.

H. Lengkapkan cerita di bawah dengan rangkai kata yang sesuai. ( 16 M)

▪ menjadi semakin hilang ▪ badannya menjadi merah


▪ seperti raja ▪ kehilangan rakan-rakannya
▪ sedang mencari makanan ▪ di atas belakang gajah
▪ menjerit memarahi musang ▪ dia adalah utusan raja

Pada suatu malam, seekor musang ________________________________ . Sedang

terhendap-hendap, tiba-tiba musang terjatuh ke dalam tin berisi cat merah. Keesokan

harinya, musang terperanjat melihat __________________________________________.

Musang mendapat satu idea, dia memberitahu binatang-binatang di dalam hutan

itu bahawa ________________________________________________. Oleh kerana


warna

badan musang yang pelik, maka semua binatang di hutan itu mempercayainya.
Musang

dilayan _____________________________________.

Pada suatu hari sedang musang berehat _________________________________

_______________, hujan turun dengan lebatnya. Warna di badan musang


____________

________________________________. Binatang – binatang lain menjadi hairan dan


mula

menyedari bahawa musang telah menipu mereka. Binatang – binatang itu


______________

____________________________________________.

5
Sejak hari itu, musang telah ______________________________________.
Akhirnya

dia membawa diri ke hutan lain. Itulah balasan kepada mereka yang suka menipu.

I. Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang paling sesuai. ( 8 M )

buta huruf anak angkat makan angin cakar ayam

berat mulut buah tangan ayam tambatan kaki bangku

1. Cikgu Hasmah memarahi Ali kerana tulisannya yang buruk seperti


_____________________.

2. Ibu dan bapa Yasin tidak tahu membaca dan menulis. Mereka _____________________.

3. Kok Ming tidak mengikut kawan-kawannya bermain bola sepak kerana dia
______________________.

4. Setelah kematian ibu dan bapanya, Aiman dijadikan __________________________


oleh Encik Majid.

5. Aminuddin menjadi __________________________ dalam pasukan bola sepak


sekolahnya.

6. Encik Johar sekeluarga ________________________ di London.

7. Jamil tidak mempunyai banyak kawan kerana dia __________________________.

8. Datuk selalu membawa _______________________ apabila datang ke rumah kami.

6
KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

_______________________ _______________________ _______________________


( S. KANNAGI ) ( HALIMAH BT AMAN SHAH ) ( FAIZAH BT SANUSI )
Guru M.Pelajaran Ketua Panitia Bahasa Melayu GKMP Bidang Bahasa

Anda mungkin juga menyukai