Anda di halaman 1dari 5

Khamis E-Education (Keselamatan Diri)

T. Hazirah
1. Mari mulakan pembelajaran dengan menyanyi dahulu.
- Mari menyanyi lagu sambil lakukan pergerakan.
- Sila tekan link di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=KgevCC-nxUU

2. Hari ini kita akan pelajari cara untuk menjaga


keselamatan diri.
- Mari menonton video di bawah tentang cara
menyelamatkan diri daripada orang yang tidak dikenali.
- Sila klik link di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=7xISTyl7Lms
Mari pelajari langkah-langkah menjaga
keselamatan diri.

1. Ini adalah badan “SAYA”


- Kanak-kanak tidak boleh
membenarkan orang lain menyetuh
badan mereka tanpa kebenaran
terutama orang yang tidak dikenali.
- Jika ada orang menyetuh badan
“SAYA” kanak-kanak perlu
memberitahu kepada ibu bapa atau
orang dewasa yang dipercayai.

2. Jangan keluar rumah seorang diri.

- Kanak-kanak perlu ditemani oleh ibu bapa


atau orang dewasa yang dikenali jika mahu
keluar pergi ke taman, kedai dan sebagainya.

- Ingat jangan keluar rumah sendirian!


3. Jangan bercakap dengan orang yang tidak
dikenali!

- Jika ada orang dewasa yang tidak dikenali


menghampiri dan ingin bercakap dengan kamu
larikan diri.

- Jangan menerima apa-apa barang dari orang


yang tidak dikenali seperti gula-gula.

4. Jerit dan minta tolong jika berada dalam


keadaan bahaya.

- Jerit dengan kuat untuk menarik perhatian


orang yang berada di sekitar. Tolong, tolong!!

Tugasan anak-anak selepas ini adalah merakam video berdurasi 1-2


minit tentang cara-cara menjaga keselamatan diri. Minta bantuan
adik-beradik atau ibu bapa untuk berlakon bersama Kongsikan
video tersebut untuk tontonan rakan-rakan yang lain.
3. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti kolaj.
- Anak-anak boleh melukis sendiri bentuk pada kertas untuk
dibuat kolaj atau menggunakan bentuk contoh di bawah.
- Digalakkan gunakan pelbagai bahan untuk melakukan
kolaj sepeti daun, kertas warna dan sebagainya.
- Jangan lupa ambil gambar semasa anak-anak sedang
membuat aktiviti dan selepas selesai aktiviti kolaj.
- Di bawah disertakan contoh-contoh kolaj yang boleh
dilakukan.
Nama:
Kelas:

Anda mungkin juga menyukai