Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK TAMIL LADANG RINCHING Kod Sekolah: BBD4057


1. Nama Guru LELA DEVI A/P MUNIANDY
3. Bidang: Pengetahuan dan
Guru Sebagai Pendorong Dalam
2. Judul Profesional
Darjah

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Kandungan buku menerangkan tentang peranan guru mengajar murid-murid yang malas
belajar.Setiap guru brtanggungjawab mendorong murid-murid supaya rajin belajar dan memiliki
peribadi yang baik serta berpotensi untuk menjadi model insan.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu
bapa yang kurang berada,Terutamanya ibu bapa di kawasan luar bandar. Perkataan motivasi
disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka
mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program
motivasi untuk murid-murid.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dipaksa dan
seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan
gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori
motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid
sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-
murid yang mengikutinya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


2. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk berjaya.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik
darjah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................
( LELA DEVI A/P MUNIANDY)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK TAMIL LADANG RINCHING Kod Sekolah: BBD4057


1. Nama Guru LELA DEVI A/P MUNIANDY
3. Bidang: Pengetahuan dan
Makna BAHARU Perubahan
2. Judul Profesional
Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan. Terdapat 3 bahagian
utama.Setiap bahagian dihuraikan dengan jelas dan langkah demi langkah. Antara contoh
bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat tempatan,
bermula dari guru hingga kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis memuatkan
gambaran keseluruhan perubahan yang berlaku. Seterusnya proses perubahan pada peringkat
wilayah Negara turut disertakan bersama bagi memehami lebir erti BAHARU perubahan
pendidikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Guru perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran supaya murid memahami dengan
lebih sempurna.
2. terdapat beberapa budaya dan amalan boleh dijadikan panduan dalam p&p.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Menjana idea pengajar dengan strategi p&p yang munasabah.
2. Memberi dorongan kepada guru untuk menjadikan proses p&p lebih sempurna.
3. Meneliti cara untuk membantu murid menjadi lebih berani memgemukakan soalan.
4. Mendorong pembelajaran secara bebas.
5. Memupuk sifat tanggungjawab murid bagi menentukan pembelajarannya sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................
( LELA DEVI A/P MUNIANDY)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK TAMIL LADANG RINCHING Kod Sekolah: BBD4057

1. Nama Guru LELA DEVI A/P MUNIANDY


3. Bidang : Pengetahuan
2. Judul Bagaimana Menyelesaikan Kerja
Profesional
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang berkesan seperti pandai memilih
keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar
melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi
tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan
perkara remeh-temeh.

          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana membuat laporan selepas


tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori
penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail,
keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama
kepada pentadbir pendidikan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah pengajaran
dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................
(LELA DEVI A/P MUNIANDY)

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK TAMIL LADANG RINCHING Kod Sekolah: BBD4057

1. Nama Guru LELA DEVI A/P MUNIANDY


Pengurusan Keselamatan
Kebakaran Di Pejabat-Pejabat 3. Bidang: Pengetahuan dan
2. Judul
Kerajaan dan Swasta Profesional

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
SJK (T) FES SERDANG
7. Sinopsis
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan,
tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula
hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau
perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu
pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa
penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah
dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa
saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu 
dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-
undang yang berkenaan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1.Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti  (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan  (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa
2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(LELA DEVI A/P MUNIANDY ) ( )

Anda mungkin juga menyukai