Anda di halaman 1dari 8

STESEN 1: Pn.

Norhanida Bt Alias

Ujian Indeks Jisim Badan

Nama ujian : Indeks Jisim Badan (BMI)


Tujuan : Menilai komposisi badan
Jantina : Lelaki &Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor
Pengurusan dan organisasi : Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan
bermula.
Prosedur : 1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam
ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam
meter.
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

IndeksJisim Badan = Berat badan (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual dibawah untuk mengenalpasti komposisi


badan.

Lelaki

BerisikoBeratBerlebi Beratberlebi
Umur (Tahun) Kurangberat Normal han han
9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0
10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2
11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2
12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2
13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2
14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0
15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8
16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6
17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2
Perempuan

BerisikoBeratBerlebi Beratberlebi
Umur (Tahun) Kurangberat Normal han han
9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8
10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9
11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0
12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2
13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2
14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2
15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0
16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8
17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6
STESEN 2: Pn. Norhanida Bt Alias

Nama ujian : Jangkauan Melunjur


Tujuan : Mengukur fleksibiliti
Jantina : Lelaki&Perempuan
Alatan : 1. Alat pengukur jangkauan.
2. Borang skor.
Pengurusadan Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
organisasi :
Prosedur : 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakkan di belakang penanda 23
cm.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih diatas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan
hujung jari tengah hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin
atas pita pengukur.
5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa penyentap.
6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai
skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam
titik perpuluhan.
7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tetapi tidak menganggu pelaku.
STESEN 3: Pn. Siti Nor Raidah Binti Omar Baki

Nama ujian : Ujian tekan tubi


Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta
otot bahu
Jantina : Lelaki
Alatan dan kemudahan : 1. Kawasan lapang dan rata.
2. Jam randik
3. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan organisasi : 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai
pencatat.
Prosedur : 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan
berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-
jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan denganmembengkokkan siku
sehingga dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid
tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan
aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan murid
A.
Nama ujian : Ujian tekan tubi suaian
Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta
otot bahu
Jantina : Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Kawasan lapang dan rata.
2. Jam randik.
3. Span ( 5 cm tingi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan organisasi : 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai
pencatat.
Prosedur : 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan
berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-
jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku
sehingga dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid
tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan
aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan murid
A.
STESEN 4 : En. Khamidi B. Mohd Bakri

Nama ujian : Ringkuk tubi separa (partial curl-up)


Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Jantina : Lelaki&Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2. Pita ukur
3. Jam randik
Pengurusan dan organisasi : Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan
kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.
Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang
sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan
tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari
menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat
supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh
bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagianbawah/ belakang badan hendaklah rata dan
jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4)
sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman
atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama
1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A:
9.1 Berasa tidak selesa.
9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan
penanda kedua.
9.3 Tumit diangkat.
Panduan guru : Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah / belakang tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan / bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah( tegak).
STESEN 5: En. Ahmad Khairunnaim B Ab Khadir

Nama ujian : Naik turun bangku


Tujuan : Menilai daya tahan kardiovaskular
Jantina : Lelaki&Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Bangku – 30.5 cm
2. Jam randik
3. Borang skor
4. Rakaman atau metronome
Pengurusan dan organisasi : 1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.
(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian
dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik
seminit.
Prosedur : 1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan
yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang
mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun( kaki kiri
naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian
kaki kanan naik atau sebaliknya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman
atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama
3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan
kiraan dilakukan oleh guru. Kadar nadi diambil dalam
jangka masa 1 minit.
8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selamat 3 minit
skor murid ini dibatalkan.

Anda mungkin juga menyukai