Anda di halaman 1dari 12

BUKU SILA

(Reef/Square Knot)

(a) (b)

(c) (d)

Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain
pembalut luka, menyambung tali yang sama
besar saiznya dan untuk mematikan ikatan
barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung
tali tersebut senang dibuka semula
BUNGA KETI
(Sheet bend)

Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung
hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali
perahu dengan tali kapal
SIMPUL ANGKA LAPAN
(Figure of Eight Knot)

(a) (b)

Kegunaannya : -
Simpulan angka lapan digunakan untuk 
mematikan ikatan. Kelebihan simpulan ini ialah
ia lebih mudah dibuka berbanding simpulan mati.
Walau bagaimanapun, Simpulan angka lapan
berkembar (double figure eight loop) lebih
selamat untuk digunakan semasa melakukan
aktiviti seperti pendakian.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL


BELIT
(Round Turn and Two Half Hitches)

Kegunaannya : -
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan
ikatan ke pokok atau ke pacang kerana cara
begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggal
ikatannya
SIMPUL MANOK 
(Clove Hitch)

Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan
untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
SIMPULAN PENGAIL
(Fisherman's Knot)

Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung
tali pada mata kail atau menyambung tali yang
licin
SIMPUL PULIH
(Sheep Shank)

(a) (b)

(c)

Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali
yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga
digunakan untuk menguatkan bahagian yang
tidak kukuh
LILIT BALAK 
(Timber Hitch)

(a)

(b)

Kegunaannya : -
Untuk mengikat tali pada balak dan untuk 
memindahkan atau mengheret kayu atau batang
balak 
TINDIH KASIH
(Bowline)

Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher
binatang supaya tidak terjerut, dan membuat
lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat
mangsa atau binatang ke atas seperti kucing
terjatuh ke dalam telaga
SIMPUL PEMATI BIASA
(Common Whipping)

Kegunaannya : -
Untuk mematikan hujung tali supaya tidak 
terurai

Anda mungkin juga menyukai