Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU

Kertas 2
November 2020
2 ½ jam

CADANGAN SKEMA

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKHIR TAHUN (SET 2)


TINGKATAN 4
BAHASA MELAYU
Kertas 2

1
CADANGAN SKEMA KERTAS 2 SET 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Soalan 1: Morfologi
Kata terbitan

1. digunakan
2. berkenaan
3. dianjurkan
4. beberapa
5. dihadiri
6. menyebut
7. menggambarkan
8. menyemai
9. kecintaan
10. kebangsaan
11. semarakkan
12. mencapai
13. menyaksikan

Soalan 2: Sintaksis

1. Mural ialah suatu lukisan besar pada ruang bangunan.


2. Mural ialah suatu lukisan besar pada ruang dinding.
3. Grafiti ialah suatu lakaran.
4. Grafiti dibuat pada dinding.
5. Grafiti dipandang negatif.
6. Grafiti dianggap sebagai vandalisme.
7. Lukisan jalanan mural merupakan salah satu seni yang sedang berkembang maju.
8. Grafiti merupakan salah satu seni yang sedang berkembang maju.

Soalan 3: Penyuntingan
1. ejen – agen
2. pada - kepada
3. memberi – memberikan
4. sosio ekonomi – sosioekonomi
5. kerja – pekerjaan
6. tidak – bukan
7. dan - tetapi
8. saingan – persaingan
9. hebat - sengit
10. lepas – lepasan
11. daripada – dari
12. setahunketahun – setahun ke setahun/tahun ke tahun
13. berbagai – pelbagai/berbagai-bagai

2
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard

Seketika lagi maka Laksamana pun datang Sebentar nanti Laksamana akan datang
membawa syahawat dan Keris Kertala Sari membawa syahawat (kemaluan) dan Keris
Kertala Sari
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku Bendahara menyembah, “Inilah bukti yang
pertandaan yang sungguh sebenarnya, tuanku.
Pada bicara patik, jika lain daripada Pada pendapat patik, tiada seorang pun
Laksamana, tiada akan dapat membunuh yang mampu membunuh penjurit/askar
penjurit itu upahan melainkan Laksamana.
Janganlah membunuh dia, menentang Bukan sahaja tidak dapat membunuh dia,
matanya pun tiada dapat.” bertentang mata pun mereka tidak mampu
Maka segala mereka pun masing-masing Mereka tunduk malu dan berlalu pergi.
tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Soalan 5: Peribahasa

i. bagai itik mendapat air - kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu
yang disukai.
ii. Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah – tentu ada sebab
sebabnya yakni sesuatu sebab yang tersembunyi, maka sesuatu perkara itu berlaku
demikian
iii. Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang – apabila terjadinya sesuatu
hal tentu ada sebabnya
iv. air tenang jangan disangka tiada buaya - orang yang diam jangan disangka bodoh
atau pengecut.

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
3
Soalan 6: Pemahaman Umum

i. Maksud rangkai kata komponen utama:


- bahagian/bahan penting sekali/paling baik/istimewa [2 markah]

ii. Cara menjaga menjaga pemakanan yang perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat:
- makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan nutrien-nutrien berbeza

- mengambil makanan seimbang daripada kumpulan pyramid makanan

- makan dalam kuantiti yang sederhana

- mengambil dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayuran setiap


hari.

- memilih buah-buahan sebagai alternative kepada makanan manis

- pengambilan gula seharusnya kurang daripada 10 peratus dari pada jumlah


pengambilan kalori (tenaga) sehari.

- sentiasa berwaspada dalam penggunaan krimer manis atau susu pekat.

[2 isi cukup]

[Maksimum :3 markah]

iii. Kesan sekiranya kita tidak menitikberatkan penjagaan kesihatan:


- masalah obesiti/peningkatan berat badan

- meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit

- emosi dan mental terganggu

- tumpuan terhadap kerjaya/pelajaran akan menurun

- kos sara hidup akan meningkat- tanggung kos rawatan

- masa banyak terbuang- menunggu mendapatkan rawatan

[3 isi cukup]

[Maksimum: 4 markah]

(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

iv. Cara anda dapat membantu menyelesaikan masalah ini:


- menasihati/ menegur pengusaha kantin
4
- mencadangkan menu makanan seimbang kepada pengusaha kantin

- melaporkan kepada pihak pentadbir

- mempamerkan portal pemakanan sihat.

- menasihati/ mendidik murid memilih jenis makanan yang sihat

- kempen pemakanan sihat

[3 isi cukup]

[Maksimum: 4 markah]

(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

Soalan 7: Petikan Sastera

(i) Rangkai kata sudah dimakan tua bermaksud

5
-telah lanjut usia [2 markah]

(ii) Persamaan yang terdapat dalam bahan tersebut ialah


-sikap anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang telah tua
-sikap anak-anak yang telah melupakan pengorbanan ibu bapa mereka
-sikap anak yang tidak menghormati dan menyayangi ibu bapa
-hati ibu bapa yang terluka kerana sikap anak-anak
[2 isi cukup]
[Maksimum: 3 markah]

(iii) Pada pendapat saya, cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk
membalas jasa ibu bapa:
-sentiasa menghormati mereka/mendengar cakap/membantu mereka
-belajar bersungguh-sungguh
-mempamerkan tingkah laku yang baik/menjaga nama baik ibu bapa
-Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
[2 isi cukup]
[Maksimum: 3 markah]
(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

(iv) Sebagai warga yang prihatin, langkah-Langkah yang dapat saya lakukan untuk
mengatasi masalah

- melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab


-membantu mencari tempat penginapan sementara
-membantu mendapatkan rawatan perubatan/makanan
-membantu mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling
[3 isi cukup]
[Maksimum: 4 markah]
(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

Soalan 8: Novel

i. Jika kesihatan isterinya sudah pulih dia mengharapkan:

6
- kepulangannya.
- berkumpul anak- beranak
- Kasihan kepada Anggerik, waktu-waktu sedang membesar,
dia memang memerlukan perhatian ibunya.
- dengarlah nasihat doctor untuk makan ubat.

[Maksimum: 4 markah]

[Isi cukup: 3 isi]

ii. Konflik masyarakat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah:

1. Konflik remaja/anak muda yang terlibat dalam keruntuhan akhlak dan najis
dadah
Peristiwa anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan
dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang
kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan
ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah
dilakukan sebelum ini.

2. Sikap suami yang melakukan keganasan dalam rumahtangga.


Peristiwa Suami Che Jah, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan
pemabuk sering mendera dan menjadikan Che Jah mangsa sepak terajangnya
sehingga Che Jah hidup menderita dan mengalami tekanan.

3. Sikap seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab


Peristiwa Seman sebagai seorang ayah mengabaikan tanggungjawab sebagai
ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi
nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering
memarahi dan memukul anak-anaknya, malah sanggup menuduh anak-anaknya
yang mencuri kubah masjid, pada hal dia sendiri yang mencuri kubah berkenaan.

4. Konflik masyarakat yang tidak bersepakat dalam menyelesaikan isu-isu


penting di kampung.
Peristiwa penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu
pemasangan kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau
yang telah using atau pada bumbung masjid yang belum dibina.

5. Konflik masyarakat yang melakukan jenayah


Peristiwa suami Che Jah, Seman telah mencuri kubah baharu di kampung itu
dan telah ditangkap serta dibawa ke balai polis oleh penduduk kampung.

6. Konflik masyarakat yang membuat tuduhan tanpa usul periksa


Peristiwa sekumpulan pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak
sepanduk dan melaungkan “Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di
halaman rumah datuk Lili kerana menganggap datuk Lili melindungi penjenayah
Hafiq dan Raziq.

7
7. Konflik masyarakat yang tidak amanah
Peristiwa datuk Lili pernah membantu Seman dengan memintanya melakukan
kerja di kebun tetapi hasil kebun tersebut tidak diserahkan kepada datuk Lili
sebaliknya telah dijual oleh Seman.

 Isi ( penyataan peristiwa 1m + contoh peristiwa 1m)


 Bahasa = 2 markah

BAHAGIAN C: RUMUSAN

Pendahuluan

8
Rumusan membincangkan Fokus1 dan Fokus2 meningkatkan mutu perkhidmatan awam di
negara ini.

Bahan 1: Petikan

Fokus 1 (usaha-usaha)

1. Pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan.  

2. Membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat awam

3. Amalan nilai untuk wang perlu dilaksanakan

4. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun

5. Melakukan anjakan paradigma, menghadapi cabaran pada masa depan.

6. Meningkatkan nilai dan integriti.

7. Mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan tanpa kerenah birokrasi

8. Semangat kerja secara berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugas yang
    dilaksanakan

Fokus 2 (kesan-kesan)

1. pertumbuhan ekonomi negara dapat ditingkatkan


2. mengurangkan kos pengurusan dan perbelanjaan kerajaan.
3. keadaan politik negara juga stabil dan kukuh  
4. meningkatkan imej negara di persada dunia

Bahan 2: Grafik

Fokus 1 (usaha-usaha)

1. Pekerja melaksanakan kerja secara berpasukan.


2. Pekerja sentiasa berdisiplin
3. Pekerja mempunyai keterampilan dalam berkomunikasi
4. Pekerja perlu bijak menyelesaikan masalah
5. Pekerja perlu mahir menggunakan teknologi terkini

Kesimpulan

Kesimpulannya, kakitangan awam perlu meningkatkan mutu perkhidmatan dengan lebih


efisien agar sektor perkhidmatan awam terus cemerlang.
9
10

Anda mungkin juga menyukai