Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama Klien: K1/02/01

Tarikh dan Masa Sesi Dijalankan:


23 Januari 2020 3.00 Petang

No Telefon dan Alamat Perhubungan:


Kolej Komuniti Selayang

Subjektif
 Pada sesi ini, kaunselor hanya memulakan perbualan sosial dan sesi soal kenal di
samping bercerita tentang diri masing - masing
 Berdasarkan cerita klien, bercerita tentang pengalamannya sepanjang pembelajaran
di kolej komuniti dan mengenai pengalaman peribadi beliau dalam kehidupannya
 Secara keseluruhan, perasaan klien semasa penceritaan ialah biasa sahaja
berdasarkan riak wajah klien. Ada yang senyum semasa bercerita.
 Berdasarkan cerita klien, pemikiran yang ditunjukkan oleh klien ialah mereka
hanya bercerita sahaja.
 Secara keseluruhan, nilai yang ditunjukkan oleh klien ialah mereka mudah mesra
dengan keadaan sekeliling.
 Kebimbangan klien tidak ditunjukkan kerana mereka hanya bercerita tentang
kehidupan mereka.
 Secara keseluruhan, mereka menunjukkan perasaan yang teruja semasa dalam sesi
individu

Objektif
 Tingkah laku klien yang dapat diperhatikan semasa sesi ialah pergerakan tangan
yang sentiasa bergerak
 Kekuatan masih tidak ditunjukkan kerana cerita klien hanya mengenai dirinya
sahaja
Penilaian

 Apa saya dapat nilai dan rumuskan pada sesi kaunseling yang pertama ini adalah saya
melihat bahawa klien merupakan seorang yang amat bersemangat dan kaunselor dapat
membina hubungan yang baik dengan klien
 Klien juga menunjukkan kerjasama yang baik kepada kaunselor dan menanyakan
beberapa soalan kepada kaunselor sekiranya dirinya keliru berkenaan sesi kaunseling
 Kaunselor yakin klien mampu bercerita mengenai isunya dengan sangat baik pada sesi
akan datang

Perancangan

 Kaunselor perlu meneroka cerita klien dengan lebih mendalam untuk mengetahui
perkara yang dibimbangi klien.
 Kaunselor juga perlu membimbing klien dan matlamat kendiri.
 Sesi berikutnya akan dijalankan pada tarikh 6 Februari 2020
Nama Kaunselor:
Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Mohd Kharun

Tandatangan dan Tarikh: 23 Januari 2020

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU


Nama Klien: K1/02/02

Tarikh dan Masa Sesi Dijalankan:


10 Februari 2020 12.30 Tenggahari

No Telefon dan Alamat Perhubungan:


Kolej Komuniti Selayang

Subjektif
 Pada sesi ini, kaunselor meneroka cerita klien dan isu yang dihadapi klien.
 Klien telah memilih untuk berkongsi isunya yang mana klien mengatakan bahawa
dirinya mempunyai perasaan marah terhadap seseorang individu iaitu ayahnya
sendiri
 Klien menyatakan bahawa ayahnya terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa
bersama dengan klien dan juga ibunya.
 Klien juga berkongsi bahawa klien terkilan dengan perbuatan ayahnya itu.
 Peristiwa klien sebelum ini ayahnya kerap kali balik lewat dan langsung tidak
mempedulikan klien
 Klien turut berkongsi bahawa peristiwa itu menjejaskan hubungan beliau dengan
ayahnya dimana ianya memberi kesan yang kurang baik
 Pada awalnya klien berasa marah dengan perbuatan ayahnya itu, namun klien akui
klien tidak mahu hubungan ini terus renggang namun klien masih memendam
perasaan dan tidak mahu meluahkan kepada ayahnya.
 Klien juga menyatakan ayahnya sering kali berkelahi dan bergaduh dengan ibunya
membuatkan klien berasa tidak selesa.
 Tindakan yang pernah klien lakukan sebelum ini hanyalah memerli-merli ayahnya
yang sentiasa sibuk dengan kerja sampai lupa tanggungjawab kepada ibu dan klien.
 Perasaan ini menghantui diri klien sehingga kini kerana klien tidak bercerita
kepada sesiapa

Objektif
 Tingkah laku klien yang dapat diperhatikan semasa sesi ialah pergerakan tangan
yang sentiasa bergerak
 Kekuatan klien masih tidak ditunjukkan kerana kaunselor hanya melakukan
penerokaan cerita klien tentang isu yang dihadapi

Penilaian

 Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan cerita klien ialah kaunselor dapat melihat dan
memahami bahawa klien terasa dan memendam perasaan dengan perbuatan ayahnya
yang sangat sibuk dengan kerja sampai mengabaikan klien dan sering kali bergaduh
dengan ibu klien.
 Kaunselor juga dapat melihat bahawa klien masih belum mampu membuat perasaan
sedih dan kecewa yang ada dalam dirinya terhadap ayahnya.
Perancangan

 Pada sesi kaunseling ketiga yang akan dijalankan, kaunselor akan cuba untuk
menggunakan teori Gestalt terhadap isu yang dihadapi oleh klien kerana kaunselor
dapat melihat terdapat lekatan atau Unfinished Business dalam diri klien.
 Menurut Zakaria Mohammad (2018), teori Gestalt mampu meneroka perasaan yang
mendalam yang membawa kepada Here and Now.
 Sesi berikutnya akan dijalankan pada tarikh 20 Februari 2020
Nama Kaunselor:
Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Mohd Kharun

Tandatangan dan Tarikh:

10 Februari 2020

Anda mungkin juga menyukai