Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1. Dalam permainan bola keranjang, setiap pasukan terdiri daripada berapa orang
pemain?

A. 6 orang
B. 5 orang
C. 4 orang
D. 7 orang

2. Apakah jenis lakuan yang sesuai dilakukan semasa menghantar dan menerima bola
dalam permainan bola keranjang?

A. Mengadang
B. Mengelecek
C. Hantaran bahu
D. Hantaran paras dada

3. Mengapakah pemain bola keranjang perlu menyerap daya bola apabila menerima
bola?

A. Mengelirukan pihak lawan


B. Mudah fokus pada bola
C. Bersedia menghantar semula
D. Mengurangkan kelajuan bola

4. Gambar rajah di bawah menunjukkan penjaga gawang bagi permainan hoki.

Apakah X?

A. Kickers
B. Pelindung kaki
C. Pelindung tubuh
D. Pelindung kepala

5. Kemahiran ini digunakan untuk membuat hantaran dekat atau rapat dalam permainan
hoki. Apakah kemahiran tersebut?

A. Menolak
B. Memukul
C. Menguis
D. Mengelecek

1
Bagi soalan 6-10

Setiap soalan mempunyai lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Pilih satu
jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan berikut.

A B C D
I dan III II dan IV I, II dan III Semua di atas

6. Berikut adalah adalah komponen kecergasan fizikal KECUALI

I. Daya tahan kardiovaskular


II. Kelenturan
III. Daya tahan otot
IV. Kekuatan otot

7. Latihan manakah yang digunakan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular?

I. Bangkit tubi
II. Berbasikal
III. Regangan groin
IV. Joging

8. Apakah penyebab berlakunya sumbang mahram?

I. Tidak mengetahui batasan


II. Pergaulan bebas
III. Tiada pemantauan penggunaan media sosial
IV. Mempunyai pegangan agama

9. Perlakuan sumbang mahram membabitkan dua inidividu seperti

I. Ayah dan anak perempuan


II. Abang dan adik perempuan
III. Datuk dan cucu
IV. Bapa saudara dan anak saudara

10. Berikut manakah ciri-ciri sahabat baik?

I. Mempunyai minat yang sama


II. Kenalan di sekolah
III. Berkongsi perasaan dan pendapat
IV. Rakan sepasukan

HITAMKAN PILIHAN JAWAPAN DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN

1. A B C D 6. A B C D

2. A B C D 7. A B C D

3. A B C D 8. A B C D

4. A B C D 9. A B C D

5. A B C D 10. A B C D

2
BAHAGIAN B [10 markah]

Namakan kemahiran permainan bola keranjang berdasarkan gambar berikut. (3 markah)

Namakan kemahiran asas hoki berdasarkan keterangan berikut. (3 markah)

Kemahiran ini dilakukan dengan


menghantar bola kepada rakan
sepasukan pada jarak yang agak jauh .

Bola ditolak ke kiri dan kanan di


hadapan pemain dengan cekap dan
pantas bagi mengelirukan lawan.

Kemahiran ini bertujuan untuk


menghantar bola tinggi melepasi pihak
lawan ke rakan sepasukan.

3
Padankan prosedur R.I.C.E berikut. (4 markah)

Tuaman dengan balutan anjal ke atas bahagian


R yang cedera untuk mengurangkan bengkak.

Meninggikan bahagian yang cedera melebihi


I ketinggian paras jantung dengan meletakkan
bantal di bawahnya.

Pastikan mangsa berada dalam keadaan rehat


C dan selamat serta tidak melakukan pergerakan
yang boleh menambahkan kesakitan.

Meletakkan ais yang telah dibalut ke bahagian


E yang sakit atau cedera.

4
BAHAGIAN C [10 markah]

Tandakan ( A ) pada pernyataan yang betul dan ( B ) pada pernyataan yang salah.

1. Daya tahan otot ialah keupayaan jantung dan salur darah untuk mengedarkan
darah beroksigen kepada otot yang bekerja semasa melakukan senaman
secara berterusan.

2. Salah satu cara menentukan intensiti untuk aktiviti meningkatkan kapasiti


aerobik adalah dengan menggunakan Kadar Nadi Latihan (KNL).

3. Regangan hamstring dan regangan quadricep merupakan antara aktiviti yang


boleh meningkatkan kapasiti aerobik.

4. Kelenturan pada sendi antaranya ditentukan oleh faktor-faktor seperti baka,


struktur sendi, jantina dan umur.

5. Kekuatan otot ialah daya yang dihasilkan oleh otot atau sekumpulan otot
mengatasi rintangan.

6. Latihan kekuatan otot lazimnya dilakukan dengan rintangan yang rendah dan
ulangan yang banyak manakala latihan daya tahan otot dijalankan dengan
rintangan yang tinggi dan ulangan yang sedikit.

7. Perlakuan sumbang mahram juga boleh dilakukan secara bukan fizikal seperti
stimulasi lisan, panggilan telefon lucah dan eksploitasi lisan atau bukan lisan.

8. Seseorang anak tidak wajar diajarkan membezakan antara sentuhan kasih


dan nafsu kerana ia perkara memalukan.

9. Sahabat intim adalah individu yang kita kenal dan sering berjumpa seperti di
sekolah, kawasan perumahan dan sebagainya.

10. Dalam suatu persahabatan yang sihat, seseorang tidak seharusnya


menetapkan batas pergaulan bagi membolehkan perhubungan berkembang
secara positif.

[10
markah]

-----------------------------------------------SOALAN TAMAT----------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai