Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SKEMA CADANGAN
SOALAN 1 :
Hasilkan lima rangkap pantun empat kerat yang bertemakan Kecintaan Terhadap Alam Sekitar.
[25]
Terdiri daripada :
E 6 E 1 Tajuk Ada tajuk = 1 markah
Kreativiti E2 Kesinambungan Penuh = 2 markah
E3 Pemikiran Separuh = 1 markah
3 persoalan = 3 markah
2 persoalan = 2 markah
1 persoalan = 1 markah
Jumlah 25
SOALAN 2:
Hasilkan sebuah sajak yang bertemakan “Perpaduan Asas Penyatuan”. Panjang sajak itu
hendaklah 30 hingga 40 baris.
[25]
SOALAN 3:
Kepimpinan merupakan tonggak kejayaan dalam sesebuah organisasi. Berdasarkan Cerpen Di
Sebalik Sirat Makna karya Awang Median Said, nilaikan sifat-sifat kepimpinan Cikgu Michael
Teo dalam pengurusan organisasi sekolahnya.
[25]
A Pengenalan [3]
Latar belakang Cikgu Michael Teo
F1 - Seorang pengetua di sebuah sekolah kawasan pedalaman
- Seorang pengetua prihatin kepada orang bawahan
- Berbadan gempal
- Lain-lain yang sesuai dari segi perwatakan luaran dan dalaman
Definisi kepimpinan
F2 Proses seseorang dalam mempengaruhi kegiatan manusia atau orang bawahan, mengikut cara
tertentu ke arah pencapaian matlamat atau objektif organisasi.
B
Isi-isi [20]
B1 KEBAIKAN
Perancangan merupakan kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat
H1 sesuatu projek. Sekiranya perancangan tidak dilakukan terlebih dahulu, maka sesuatu projek
tidak dapat dilakukan dengan sempurna
C1 Cikgu Michael Teo merancang untuk meningkatkan disiplin sekolah sebagaimana yang telah
dimaklumkan kepada Cikgu Naszkir dan Cikgu Ibau ketika mereka berdua dipanggil ke biliknya
bermesyuarat tentang masalah yang dihadapi oleh para pelajar asrama terutamanya.
KK Jelaslah, perancangan yang sistematik dapat menjayakan sesuatu matlamat dengan sempurna
4
F2 Menetapkan pengorganisasian yang lengkap
C2 Cikgu Michael Teo telah menetapkan struktur organisasi dalam pengurusannya bagi mencapai
objektifnya untuk meningkatkan disiplin pelajar seperti berikut :
PENGETUA
(Cikgu Michael Teo)
PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID
(Cikgu Naszkir bin Zakir)
KETUA WARDEN
(Cikgu Ibau Paul Nyibang)
WARDEN ASRAMA
(Cikgu Naszkir bin Zakir)
KK Jelaslah pengorganisasian dengan agihan tugas dapat melancarkan lagi pengurusan sesebuah
institusi.
H1 Tenaga kerja adalah melantik atau menempatkan seseorang pekerja di tempat kerja yang sesuai
dengan kelulusan, kepakaran, pengalaman, atau minat pekerja tersebut. Sekiranya pemimpin
tidak menentukan keupayaan tenaga kerja, sudah pasti sesuatu projek tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.
C1 Cikgu Michael Teo selaku pemimpin telah memilih tenaga kerja yang sememangnya layak dan
berkebolehan iaitu Cikgu Naszkir kerana beliau merupakan guru yang memiliki ijazah dan
beliau juga berpengalaman kerana pernah belajar di sekolah tersebut.
KK Jelaslah, tenaga kerja yang berkeupayaan dapat menjayakan sesuatu objektif kerana kejayaan
tersebut bergantung kepada keupayaan tenaga kerja
F4 Bijak berkomunikasi
5
H1 Komunikasi ialah proses pemindahan maklumat dan makna dari satu pihak kepada pihak yang
lain. Kejayaan seseorang pemimpin dalam pengurusan turut dipengaruhi oleh kebolehan
berkomunikasi/ berhubung dengan orang bawahannya. Keupayaan mempengaruhi dan menarik
minat orang bawahan untuk mendengar apa yang ditugaskan.
C1 Cikgu Michael Teo menunjukkan kebolehannya berkomunikasi dengan baik apabila dia berjaya
mempertemukan cikgu Ibau dan cikgu Naszkir di biliknya bagi memaklumkan tentang
perancangannya untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar di sekolah.
KK Jelaslah, komunikasi yang berkesan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau
tugasan kepada pihak tertentu agar ia jelas dan mudah untuk diterima.
B2 KELEMAHAN / KEGAGALAN
H1 Kerjasama ialah sikap saling bantu membantu antara satu sama lain. Kegagalan seseorang
pemimpin dalam mewujudkan kerjasama dalam kalangan orang bawahan akan menimbulkan
konflik dalam kalangan orang bawahannya.
C1 Cikgu Michael Teo selaku pemimpin gagal mewujudkan kerjasama dalam kalangan orang
bawahannya ini terbukti apabila cikgu Naszkir dan cikgu Ibau berkonflik berhubung dengan
masalah disiplin yang melibatkan seorang pelajar asrama yang dibuang asrama.
KK Jelaslah, kerjasama dalam sesebuah organisasi sangat penting bagi menjayakan objektif yang
telah ditetapkan
F6 Tiada kawalan
Kawalan bermaksud pengukuran atau pembetulan prestasi dalam usaha untuk memastikan
H1 bahawa objektif dan rancangan organisasi yang dirangka ke arah pencapaian.
C1 Sebagai pemimpin Cikgu Michael Teo tidak melaksanakan prinsip kawalan dalam
pengurusannya, beliau tidak mengukur prestasi disiplin sekolahnya, beliau juga tidak
menetapkan piawai bagi mencapai matlamatya untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar,
beliau juga tidak melakukan pembetulan dalam usahanya mencapai objektif dalam pengurusan
KK Jelaslah, kawalan merupakan aspek penting bagi seseorang pemimpin agar prestasi kerja dan
tahap pencapaian dapat dinilai.
H1 Pemimpin yang berkesan dan berjaya dalam pengurusan ialah seorang pemimpin yang bijak
dalam perlantikan seseorang bagi memegang sesuatu jawatan. Tetapi hal ini tidak berlaku dalam
diri cikgu Michael Teo.
6
C1 Cikgu Michael Teo tidak menggunakan kebijaksaan dalam perlantikan cikgu Naszkir sebagai
warden asrama di bawah cikgu Ibau, selaku Ketua Warden, sedangkan cikgu Naszkir pada
waktu yang sama memegang jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid .
KK Jelaslah, kebijaksanaan perlu ada dalam diri setiap pemimpin lebih-lebih lagi dalam melantik
sesuatu jawatan agar tidak berlaku konflik dan pertindihan tugas dalam sesebuah organisasi.
C Penutup [2]
Rumusan/penilaian/pandangan/cadangan/harapan.
Pilih 5 isi sahaja
3 kebaikan 2 kelemahan atau sebaliknya
1 isi = 4 markah
5 isi =5 x 4 markah = 20 markah
SOALAN 4 :
Anda telah ditugaskan sebagai pengerusi untuk mengelola pertandingan mendeklamasi
sajak sempena Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah. Huraikan kesesuaian
pengagihan tenaga kerja (staffing) dalam menjayakan pertandingan tersebut.
[25]
A Pendahuluan [3]
F1 Latar belakang pertandingan- tempat/tarikh/golongan sasaran.
F2 Konsep pengurusan – Merujuk kepada satu proses merancang,
mengorganisasikan, memimpin dan mengawal semua ahli organisasi dengan
menggunakan sumber organisasi untuk mencapai objektif organisasi yang telah
ditetapkan secara cekap dan berkesan.
F3 Konsep tenaga kerja – Proses merancang, membuat inventori, mengambil dan
meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Umumnya aktiviti dalam sesebuah
organisasi dijalankan oleh tenaga kerja yang berkebolehan dan berkeupayaan
dalam mencapai matlamat/objektif.
F4 Kemukakan isi-isi penting
B Isi-isi [20]
F1 Multimedia sebagai medium atau perantara yang digunakan untuk menyebarkan karya
8
sastera kepada masyarakat.
F2 Sastera dalam konteks ini dirujuk sebagai bahan yang akan digunakan untuk disebarkan
melalui medium multimedia
F3 Pengaplikasian teknologi komputer dalam disiplin sastera sebagai media pilihan
mengembangkan sastera / mempelbagaikan alat / media dalam menyampaikan bahan sastera
F4 Penggunaan teknologi komputer dalam bidang sastera melibatkan penggunaan elemen-elemen
multimedia yang terdiri daripada teks, grafik, animasi dan audio visual.
F5 Multimedia menjadi media / medium yang akan menghubungkan bahan-bahan sastera dengan
khalayak
F6 Penggunaan multimedia dalam sastera mengekalkan ciri-ciri estetika, pemikiran dan ilmu
yang terkandung dalam genre sastera
F7 Penggunaan multimedia dalam sastera akan membantu memudahkan khalayak memahami isi
kandungan bahan sastera yang hendak disampaikan.
Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah
3 isi x 3 markah = 9 markah
5. (b) Huraikan pengaplikasian medium multimedia dalam penyebaran karya sastera. [16]
F1 Teks
H Teks ialah bahan bertulis atau tulisan atau huruf, simbol, abjad, nombor, statistik. Teks
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam
mengaplikasikan bahan sastera. Boleh juga digunakan untuk memberikan penekanan bagi
sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.
C Sajak Di Titian Kemerdekaan, tajuknya boleh dipelbagaikan teksnya dengan jenis font yang
menarik seperti Caligrafi, warna yang menarik seta saiz yang lebih besar. Berbeza secara
tradisional rupa bentuk tulisan tidak dipelbagaikan
F2 Grafik
H Grafik ialah sebarang paparan visual yang berbentuk tulisan, lukisan, ilustrasi, foto atau
gambar dalam bentuk 2D dan 3D. Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual
terhadap sesuatu persembahan grafik membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara
lebih berkesan.
C Cerpen Anak-anak Bergelimpangan pelbagai spesis ikan boleh ditunjukkan dalam bentuk
grafik yang lebih menarik dan lebih mampu menarik perhatian khalayak berbanding bahan
asalnya yang hanya dalam bentuk teks.
F3 Animasi
H Paparan visual yang bersifat dinamik. Ia juga ialah pergerakan bagi sesuatu objek. Proses
penerangan atau penyampaian sesuatu matlumat yang kompleks dapat digambarkan dengan
lebih mudah dan pantas. Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu
kelihatan lebih hidup atau realistik
9
C Hikayat Pelanduk Jenaka dapat memaparkan pergerakan binatang-binatang di dalam cerita
tersebut bergerak dari satu tempat ke satu tempat, berbeza dengan bahan asalnya hanya dalam
bentuk teks yang gagal menarik imaginasi pembaca
F4 Audio Visual
H Bunyi atau muzik yang dapat menimbulkan rangsangan. Audio digunakan untuk membantu
penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Menimbulkan suasana yang lebih
menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.
C Suara latar, muzik lagu dan kesan bunyi dapat memberi kesan nyata dan jelas kepada
khalayak
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian dan 1 markah contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah
SOALAN 6
10
Teks merupakan prinsip asas multimedia. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan
pertimbangan untuk mengaplikasikan teks dalam menghasilkan persembahan multimedia yang
bersumberkan bahan sastera. [25]
A Pengenalan [3]
B Isi-isi [20]
Rumusan/penilaian/pandangan/cadangan/harapan.
12