Anda di halaman 1dari 3

TAJUK CERITA : Kerana Sepasang Kasut

NAMA PESERTA : (TAHAP 2)

SKRIP BERCERITA PERINGKAT DAERAH PENAMPANG (TAHAP 2)

Salam sejahtera, pembuka bicara,


“Kerana Sepasang Kasut” tajuk cerita,
Mari renungi sedalam-dalamnya,
Semoga menjadi teladan kepada kita semua.

Air mu mengalir dari gunung jauh di sana


Jernih dan sejuknya
Sungguh enak di pandang mata
Pada pagi ini, hamba datang membawa cerita
Kisah yang bermakna untuk kita hayati bersama

“Kringggg!!!” Loceng Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau telah pun


berbunyi menandakan sesi persekolahan sesi petang baru sahaja bermula. Kelihatan
seorang budak lelaki berpakaian lusuh memikul sebuah beg berlari dengan pantas
menuju ke pintu pagar sekolah. Budak lelaki itu telah ditahan oleh guru disiplin. Guru
disiplin yang berbadan tegap dan bersuara kuat itu bernama Cikgu Hafidz. Setiap
murid di sekolah itu berasa gerun apabila berhadapan dengan Hafidz.

“Kenapa kamu datang lambat lagi hari ini Azli!” tanya Cikgu Hafidz
“Mmmaaaaffkan saya cikgu.” Belum sempat Azli memberikan alasan, ‘zzzaap’ satu
libasan rotan hinggap di kakinya. “ Aduh!” Azli mengerang kesakitan.
“Termasuk hari ini, dah lebih sepuluh hari kamu datang lewat ke sekolah Azli! Cikgu
tidak mahu mendengar alasan kamu lagi. Pastikan esok kamu datang lebih awal. “
bentak Cikgu Hafidz, dengan suara yang bagaikan halilintar itu.

Kasihan Si Azli orangnya malang,


Dibenci guru bukan kepalang,
Lagu
Tiada tempat ingin berkawan,
Hidup sendiri dalam kesusahan.

Azli merupakan seorang murid yang datang dari sebuah keluarga miskin
yang tinggal di ceruk kampung. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama
Farhana. Ibunya bekerja sendiri seperti menjual sayur-sayuran yang ditanam untuk
menyara hidup mereka. Ayahnya pula sudah lama meninggal dunia. Kehidupan
mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Wang
yang diperoleh hasil berjual cukup-cukup untuk makan dan menghantar Azli dan
Farhana ke sekolah.

Pada suatu hari kasut yang dipakai oleh Farhana koyak teruk dan tidak boleh
dipakai lagi. Azli berasa kasihan kepada adiknya. Tetapi dia tidak mampu melakukan
apa-apa. Azli mendapat idea. Dia memberi cadangan kepada adiknya.
“Adik, adik gunalah kasut abang dulu. Biarlah abang tak pergi ke sekolah. Yang
penting kamu ke skolah,” kata Azli kepada Farhana
“Tidak mengapalah bang. Abang pergilah ke skolah, biar adik duduk di rumah,” kata
Farhana pula kepada Azli.
“Baiklah, kalau begitu, kita bergilir-gilir pakai kasut ke sekolah. Mula-mula, adik pakai
dulu. Lepas tu bila adik balik, abang pula yang pakai,” cadang Azli kepada adiknya
dan adiknya pun bersetuju.

Sejak dari itu, setelah Farhana pulang dari sekolah, Azli akan terus
menyarungkan kasutnya dan berlari sekuat hati untuk pergi ke sekolah. Oleh sebab
itulah dia selalu lambat ke sekolah dan selalu dimarahi oleh gurunya.

Pada suatu hari, Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau hendak


mengadakan pertandingan Merentas Desa. Hadiah pertama pertandingan itu adalah
basikal. Namun Azli tidak teruja dengan hadiah pertama. Dia teruja dengan hadiah
tempat ketiga iaitu sepasang kasut . Oleh sebab itu, Azli mengambil keputusan untuk
menyertai acara tersebut dan dia merancang untuk mendapat tempat ketiga supaya
dia menerima sepasang kasut untuk dihadiahkan kepada adiknya Farhana.
Kawan-kawan,
Sungguh mulia hati Azli,
Ingin membantu adik sendiri,
Azli masuk pertandingan berlari,
Pantun
Tempat ketiga ingin dimenangi.
Hari pertandingan telah tiba,
Azli berlari sekuat hatinya,
Semua peserta ditinggalkannya,
Azli mendapat tempat pertama.

Azli menangis teresak-esak kerana mendapat tempat pertama. Azli menangis


bukan kerana gembira tetapi dia sedih kerana tidak dapat menunaikan hajatnya
untuk mendapatkan kasut untuk adiknya. Apa yang Azli mahukan hanyalah
sepasang kasut, bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk adiknya. Mereka mahu
bersekolah seperti biasa namun apakan daya nasib tidak menyebelahi mereka.

Kisah Azli ini sampai ke pengetahuan cikgu Hafidz. Cikgu Hafidz menitiskan
airmata. Dia menyesali perbuatannya yang terus menghukum tanpa mengetahui
sebab sebenar. Sejak dari itu, cikgu Hafidz berusaha mengutip duit sumbangan
untuk keluarga Azli. Duit sumbangan itu telah diberikan kepada keluarga Azli untuk
membeli barang-barang dapur dan barang persekolahan. Dia sangat bersyukur
kerana dia dan adiknya kini memiliki sepasang kasut sekolah yang baru, cantik,
hitam dan selesa dipakai. Kelihatan airmata berlinang membasahi pipi Azli dan
Farhana.

Kawan-kawan, begitulah kisah sepasang kasut itu tadi. Kerana sepasang


kasut, seorang abang sanggup berkorban demi adiknya. Kerana sepasang kasut,
seorang abang sanggup menyertai pertandingan merentas untuk mendapat tempat
ketiga, dan kerana sepasang kasut juga, seorang guru telah sedar dari kesilapannya.
Semoga cerita ini akan menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua. Izinkan
saya tinggalkan hadirin dengan madah untuk dihayati bersama.

‘Hari ini, kita mendongak ke langit, kita mengharapkan matahari terus menyinari
bumi. Tetapi Tuhan turunkan hujan. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana
perginya matahari? Rupa-rupanya Tuhan memberikan kita pelangi setelah hujan
membasahi bumi. Janganlah kita mudah putus asa. Kita usaha dan terus berusaha.
Pasti kejayaan menjadi milik kita. Di penghujung jalan pasti ada sinar harapan untuk
kita.’
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai