Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

LOW FAT RUN I4P

TARIKH:
22 SEPTEMBER 2020

TEMPAT:
IPGKPP

ANJURAN:
PELAJAR TAHUN 4 KURSUS
GHSS3013 GAYA HIDUP SIHAT

DENGAN KERJASAMA :
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
DAN UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS PULAU PINANG
1.0 PENDAHULUAN

Low Fat Run I4P merupakan program yang dirancang oleh para pelajar guru
tahun 4 dari kelas elektif teras gaya hidup sihat. Program ini adalah merupakan
salah satu kerja kursus yang wajib dirancang bagi memenuhi kehendak tugasan
kursus GHSS3103. Program kesihatan dan gaya hidup sihat ini sememangnya
diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan sepanjang kursus
ini. Program ini dapat menjadi satu bukti amalan gaya hidup sihat yang diamalkan
sehingga mampu menjadi tabiat hidup pelajar guru IPGKPP. Dengan kerjasama
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, program ini meluaskan sasaran kepada semua
pelajar guru IPGKPP dengan beberapa bantuan dari segi ahli jawatankuasa dan
peralatan yang mampu memberikan kejayaan kepada program ini.

Program ini dirancang bagi mendatangkan faedah dan manfaat kepada


pelajar guru di luar proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya program
seperti ini dapat meningkatkan lagi tahap kecergasan para pelajar guru IPG Kampus
Pulau Pinang sebagai persediaan untuk mendepani cabaran sebagai seorang guru.
Perkara utama dalam program ini adalah kesedaran terhadap aktiviti fizikal seperti
berlari ini mampu meningkatkan mutu kualiti hidup serta mengurangkan berat badan.

Dari sudut kemahiran, program ini sebenarnya dapat melatih serta memberi
pengalaman secara langsung kepada para pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang
tentang cara dan prosedur untuk mengendalikan dan program serta aktiviti yang
dijalankan di sekolah-sekolah pada masa akan datang. Kemahiran yang dilatih di
program ini turut membantu para guru mengaplikasikannya di program praktikum
yang dijalankan selama 6 bulan.
2.0 KONSEP LOW FAT RUN I4P

Low Fat Run I4P merupakan larian sejauh 5 KM mengelilingi kampus


IPGKPP yang memfokuskan kepada kesihatan badan dan penurunan berat badan.
Pengambilan berat di awal program dan di akhir program bertujuan menunjukkan
bukti penurunan berat badan mampu turut dilakukan dengan aktiviti fizikal seperti
berlari. Perbandingan berat badan sebelum dan selepas larian ini diharapakan dapat
membuka mata para pelajar tentang kepentingan gaya hidup sihat terutama aktiviti
fizikal.

3.0 MATLAMAT

Memupuk minat para pelajar guru untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup
sihat dan memberikan kesedaran tentang aktiviti yang dapat mengurangkan berat
badan

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mendedahkan kepada para pelajar guru tentang aktiviti fizikal yang
mampu mengurangkan berat badan.

4.2 Menanam kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal bagi


mendapatkan badan yang sihat.

4.3 Menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan dan tabiat harian pelajar
guru IPGKPP.

4.4 Melatih kemahiran mengendalikan program kepada para pelajar guru


IPGKPP.

5.0 KUMPULAN SASARAN PESERTA

Semua pelajar IPGKPP


6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa Induk


Penasihat Tuan Hj. Khalid bin Hj Ahmad

Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang

Pengerusi Tuan Hj. Abdul Latip bin Abd Rahman

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang

Naib Pengerusi En Kamil Nasaruddin bin Darus

Menjalankan tugas Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Setiausaha En Nordin bin Sadali

Ketua Unit Kokurikulum

Penyelaras Dr Mohanaraju Annamalai


Program Pensyarah Unit Kokurikulum

Bendahari Pn Maragatham A/P Subramaniam

Pegawai Eksekutif Kana

Ahli Jawatankuasa En Naziruddin bin Mashood

Ketua Unit Khidmat dan Pengurusan

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Penasihat Puan Shuhailah binti Mat Said

Penyelaras Unit Perkembangan dan Pembangunan


Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG Kampus Pulau


Pinang

Pengarah Program Muhammad Faiz Bin Kholad@Khalid

Timbalan Pengarah Program Muhammad Saiful Bahrin Bin Kadir

Setiausaha Muhammad Murshed

Bendahari Muhammad Syafiq Bin Suib

Naib Bendahari

7.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH /
MASA AKTIVITI TEMPAT
HARI
PADANG
6.30 AM – 7.30 AM PENDAFTARAN PESERTA IPGKPP

22/9/2018
SEKITAR
(SABTU )
KAWASAN
7.30 AM – 9.30 PM LARIAN
IPGKPP
9.30 PM – 10.00 ASTAKA
PM IPGKPP
PENGAGIHAN ROTI DAN
AIR KEPADA PESERTA
10.00 PM – 10.30 MAJLIS PENYAMPAIAN PADANG
PM HADIAH IPGKPP

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Bil. Pendapatan Pembelanjaan


1. - Yuran Penyertaan - Hadiah
RM1000 (Pakej 1) + RM400 (Sijil) + RM1400
RM2250 (Pakej 2) + (Pingat) + RM750 (T-shirt)
RM1250 (Pakej 3) - Roti dan Air
RM 1000
- Serbuk Pewarna
RM 950

Jumla RM 4500 RM 4500


h

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan diperoleh daripada yuran penyertaan individu yang


terbahagi kepada 3 pakej, iaitu RM5 untuk Pakej 1 ( sijil ), RM15 untuk Pakej 2 ( sijil
+ pingat ) dan RM25 untuk Pakej 3 ( sijil + pingat + T-shirt ).

Selain itu, kewangan diperoleh juga daripada sumber Stor IPGKPP untuk
membiayai sijil kepada para pemenang dan AJK terlibat.

10.0 ALATAN

BIL PERKARA KUANTITI CATATAN


1. Set Audio Sistem 1

2. Meja Panjang 3
Astaka IPGKPP

3. Alas Meja 3

4. Komputer Riba 2
JPP

11.0 PENUTUP

Bagi memastikan kelancaran program ini, pihak pengurusan IPG harus


menyokong agar segala cadangan aktiviti ini dapat dilangsungkan dengan jayanya
dan dapat memberikan keindahan kepada pelajar IPG dalam melayari bahatera
kehidupan di IPG. Pihak JPP berharap sangat agar pihak tuan dapat pertimbangkan
kertas kerja dan cadangan aktiviti ini.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(MUHAMMAD MURSHED BIN )
Setiausaha Biro Sukan dan Rekreasi,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Disemak oleh,

…………………………………………
(DR MOHANARAJU ANNAMALAI)
Penasihat,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Bibliografi

Kamarul Azmi Jasmi (2014) Kaedah Penulisan Kertas Kerja. Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia : Skudai.

Anda mungkin juga menyukai