Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM TAHSIN SURAH ALFATIHAH

PERINGKAT NEGERI PERAK 2020

12 - 16 OKTOBER 2020

“PERBAIKI FATIHAHMU SEMPURNA SOLATMU”

Sektor Pendidikan Islam


Pembangunan Adab Dan Nilai (PADNI )
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

1
PROGRAM TAHSIN BACAAN SURAH AL FATIHAH
PERINGKAT NEGERI PERAK 2020

PENGENALAN
Surah AlFatihah merupakan surah yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim.
Menjadi rukun dalam Solat sehingga siapa yang tidak membacanya akan mengakibatkan
batal solat tersebut. Surah Alfatihah mempunyai 7 ayat . Surah AlFatihah ertinya pembukaan.
Kita tidak boleh membuka khazanah terhebat di dalam Al-Quran selagi kita tidak membuka
dan menghayati Surah AlFatihah. Seolah-olah ia kata laluan untuk memahami isi kandungan
dan matlamat Al-Quran. Maka, masukkan kata laluan itu dan selamat menyelami dan
mengembara khazanah Al-Quran yang sangat dahsyat. Berasaskan kesedaran bahawa
perlunya kita menguasai surah ini maka pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Negeri Perak berhasrat menganjurkan program “ Tahsin AlFatihah ” peringkat Negeri Perak
sebagai usaha memperkemaskan bacaan Surah AlFatihah dikalangan warga guru dalam
negeri Perak.

RASIONAL
Program ini dirangka melalui setelah mendapat maklumat dari kalangan Guru Pendidikan
Islam yang mendengar bacaan Al-Quran rakan rakan guru semasa Program Tadarus Al-
Quran yang dijalankan dalam bulan Ramadhan di sekolah masing masing. Banyak dapatan
mendapati bacaan rakan guru ada yang baik amat dan teratur bacaannya namun kedapatan
juga yang harus diperbaiki.
Umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak
Program Tahsin Surah AlFatihah ini di ketengahkan sebagai mukaddimah kepada rakan guru
di sekolah untuk bertemu dengan asatizah di sekolah masing masing bagi memperbaiki
bacaan Al-Quran mereka dengan harapan kebolehan asatizah dalam bidang Al-Quran dapat
dimanfaatkan bukan sahaja oleh murid / pelajar disekolah malah turut dapat dimanfaat oleh
warga guru sekolah tersebut sehingga akhirnya mereka dapat membaca Al-Quran dengan
baik dan bacaan yang betul.

HARAPAN
1. Harapan kita ialah apabila guru dapat membaca Al-Quran dengan betul maka akan
bersihlah jiwanya seterusnya murid / pelajar akan dididik dengan penuh kasih sayang
sebagaimana tuntutan agama demi melahirkan murid / pelajar yang berjaya dan beriman.
2. Data penguasaan bacaan Surah Al Fatihah ini akan digunakan untuk SPI memohon
mengadakan Program Pembangunan Al Quran di kalangan guru-guru bagi membantu
guru-guru yang mendapat markah sederhana dalam program tahsin tersebut.

TEMA

2
“ Perbaiki Fatihahmu Sempurna Solatmu ”

OBJEKTIF
1. Menjadi platform guru-guru menyemak bacaan Surah AlFatihah
2. Membetulkan bacaan Surah AlFatihah jika terdapat kesalahan
3. Supaya dapat membaca Surah AlFatihah dengan tajwid yang betul

KUMPULAN SASARAN
Semua Guru Muslim dalam negeri Perak.

KAEDAH PERLAKSANAAN / STRATEGI PELAKSANAAN


1. Spi menyedia dan mengedarkan salinan Surah AlFatihah kepada Penolong PPD
Pendidikan Islam
2. Maklumat dipanjangkan kepada semua sekolah di daerah / cetak
3. GPI / Ketua Panitia mencetak Salinan Surah AlFatihah tersebut.
4. Proses tasmik dijalankan secara individu dan santai
5. Setelah selesai GPI dikehendaki merekod dan memasukkan dapatan program ke
dalam Google Form yang disediakan .

TARIKH
Proses Tasmik : 12 – 16 OKTOBER 2020
Proses masukkan dapatan : 16 OKTOBER 2020

3
Jawatankuasa Induk

Penaung : Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali


Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Penasihat 1 : Haji Muhammad bin Yahya


Ketua Penolong Pengarah Kanan

Penasihat 2 : Haji Wan Ahmad Salahuddin bin Wan Ahmad


Rafaii
Ketua Penolong Pengarah Perancangan dan
Pembangunan Pendidikan Islam

Penasihat 3 : Haji Mohd Azlan bin Mohd Noor


Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Adab
dan Nilai

Pengerusi : Haji Norhanizam bin Mohamed Tajuddin


Penolong Pengarah Pembangunan Adab dan Nilai

Setiausaha : Suhaimi bin Hamid


Penolong Pengarah Pembangunan Adab dan Nilai

Bendahari : Shahrol Azmi bin Jumari


Penolong Pengarah Pembangunan Adab dan Nilai

Jawatankuasa Pelaksana

Ketua Urus setia : Salehuddin bin Hj Arshad

Urus setia Siaraya : Ahmad Shahir bin Mohd Adnan

Urus setia Perhubungan : Siti Nor Hidayah binti Samsungei

Urus setia analisis data : Nur Afiqah binti Hamidi

Urus setia Maklumat : Semua Penolong PPD Pendidikan Islam

4
AGIHAN TUGAS

SPI

1. Menyediakan kertas konsep


2. Menyediakan softcopy surah AlFatihah yang boleh disebar melalui sistem ‘What
apps’
3. Menyediakan tapak laporan dalam Google Form
4. Menyebarluaskan maklumat kepada Penolong PPD Pendidikan Islam di setiap Daerah

PENOLONG PPD PENDIDIKAN ISLAM

1. Menyebarluaskan maklumat kepada semua Pengetua / Guru besar dalam daerah


2. Menyebarluaskan maklumat kepada semua ketua Panitia dalam daerah

PENGETUA / GURU BESAR

1. Memastikan sessi tahsin dilaksanakan dengan jayanya


2. Memastikan seboleh bolehnya 100% guru muslim mengambil bahagian

KETUA PANITIA

1. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah


2. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi menetapkan pentahsin / membuat
pembahagian pentahsin dengan jumlah guru yang bersesuaian.
3. Menyediakan keperluan pelaksanaan ( mencetak salinan surah AlFatihah )
4. Mengisi laporan dalam Google Form

PERINGATAN KEPADA PENTAHSIN

1. Proses tasmik / tahsin dijalankan dalam keadaan santai


2. Perlaksanaan tasmik / tahsin dijalankan tanpa memalukan guru terbabit
3. Jika ada guru yang berhalangan untuk ditasmik GPI boleh saja minta rakaman bacaan
( namun ini adalah pilihan terakhir )
4. Hendaklah menjaga kerahsiaan ahli kumpulan tanpa berkongsi dapatannya dengan pihak
luar kecuali dengan izin ahli kumpulan.

5
PENUTUP
Kesimpulannya, surah AlFatihah ialah satu surah di dalam Al-Quran yang mempunyai
keistimewaanya tersendiri. Kita ulang bacaannya setiap hari sekurang-kurangnya tujuh belas
kali sehari semalam. Merupakan salah satu Rukun Solat yang mana jika salah membacanya
akan menyebabkan solat tidak sah. Sehubungan itu amat perlu seseorang muslim memastikan
bacaan Surah AlFatihahnya betul sebagaimana sepatutnya. Memperdengarkan bacaan Al-
Quran terutamanya Surah AlFatihah kepada ahlinya merupakan satu kaedah mengetahui
bacaan Surah AlFatihah menepati sepertimana dikehendaki. Semoga usaha kecil ini berhasil
mencapai objektif yang di inginkan.

6
PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI ( PADNI )
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Lampiran 1

Borang Tasmik Surah Al Fatihah

Bil Ayat Catatan

7
7

Komen Pentasmik terhadap bacaan Surah Al Fatihah Anda


Sangat Baik
( Tiada kesalahan )
Baik
( Kurang dari 10 kesalahan bacaan )
Sederhana
( Lebih dari 10 kesalahan bacaan )

Lampiran 2

1. Program ini hendaklah dijalankan oleh semua sekolah dalam negeri Perak
2. Ketua Panitia dikehendaki mengatur kumpulan tahsin mengikut kesesuaian sekolah
masing-masing yang mana setiap kumpulan diketuai oleh seorang Guru Pendidikan Islam
sebagai Pentasmik.
3. Kaedah tasmik / memperdengarkan bacaan Surah AlFatihah ini hendaklah dilaksanakan
dengan cara yang tidak membebankan guru malah hendaklah dilaksanakan dengan penuh
hikmah sehingga guru dapat merasai kesungguhan Panitia membantu mereka mengetahui
kadar bacaan surah tersebut.
4. Jika kedapatan guru yang mempunyai halangan untuk bertemu bagi tujuan tersebut, ketua
kumpulan boleh meminta guru terbabit membuat rakaman dan dihantar kepada ketua
kumpulan bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan dengan baik.
5. Ketua kumpulan / pentasmik hendaklah menanda kesalahan bacaan ( sekiranya ada ) dalam
borang yang boleh disediakan sama ada dengan membulatkan / menggariskan atau apa
sahaja cara yang sesuai dan mencatatkan kesalahan diruang disediakan.
* Borang -softcopy - disediakan oleh SPI dan panjangkan kepada Ketua Panitia
melalui Penolong PPD Pendidikan Islam . Mohon dicetak oleh Ketua Panitia dan
diserah kepada Ketua Kumpulan

8
6. Setiap ketua kumpulan / pentasmik hendaklah menyerahkan hasil semakan bacaan kepada
guru berkenaan bertujuan agar mereka mengetahui kadar penguasaan bacaan Surah Alfatihah
sebagai rujukan.
* Namun catatan hendaklah dibuat untuk mengisi laporan secara atas talian.
7. Ketua kumpulan / pentasmik adalah tidak dibenarkan membocorkan tahap bacaan ahli
kumpulan kepada orang lain melainkan setelah mendapat kebenaran dari ahli berkenaan.
Pentasmik hendaklah menyelia bacaan guru-guru dibawah seliaannya dalam tempoh
seminggu ( 12 – 16 OKTOBER 2020 ) dan Ketua Panitia dikehendaki mengisi dapatan
tersebut ke dalam Google Form yang di sediakan dalam Pautan berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdxcUfcXHh6zKqDeKQK9xyQSC3u7wk3-
2Ch_NFd3qXPz9YkYw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0&gxids=7628
- link ini akan disampaikan oleh Penolong PPD Pendidikan Islam kepada semua ketua
Panitia melalui
1 ) Portal JPN
2 ) Sistem Aplikasi Whats Apps

Anda mungkin juga menyukai