Anda di halaman 1dari 3

Maria, seorang murid Tahun 1, menghadapi kesukaran untuk menguruskan pembelajarannya

akibat penceraian ibu bapanya. Ibunya memutuskan supaya Maria mendapatkan bantuan
daripada Puan Rama, Kaunselor sekolah. Cadangkan terapi yang sesuai yang boleh
diaplikasikan oleh Puan Rama untuk membantu Maria. Berikan justifikasi pilihan terapi anda.
Bincang dalam kumpulan

Terdapat pelbagai pendekatan atau inisiatif yang boleh diambil bagi menyelesan masalah yang
dihadapi oleh Maria seorang murid Tahun 1 yang menghadapi masalah kesukaran untuk
menguruskan pembelajarannya akibat penceraian ibu bapanya.Secara amnya, inisiatif dalam
bentuk terapi dikaji dan dilaksanakan sebagai ikhtiar untuk membantu para pelajar. Sebagai
seorang kaunselor Puan Rama dapat mengunakan beberapa terapi untuk membantu Maria
seperti terapi seni. Terapi seni merupakan suatu bentuk psikoterapi, di mana klien digalakkan
untuk meluahkan perasaan dan konflik dalam yang mereka alami.. Terapi seni juga
bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan
permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi ini berfungsi merawat
mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Melalui perlaksanaan terapi seni yang
baik inilah dapat mengatasi permasalahan yang timbul dengan efisien dan berkesan.

Antara fungsi atau peranan terapi seni adalah untuk menyediakan suatu medium kepada
kanak-kanak dan individu yang tidak berupaya meluahkan perasaan yang dirasai. Hal ini
sememangnya dapat membantu Maria yang menghadapi tekanan emosi akibat penceraian
kedua-dua ibu bapanya ketika usia yang masih belum matang. Melalui terapi ini Puan Rama
dapat menggalakan Maria untuk menekpreasi perasaannya melalui aktiviti seni seperti
melukis dan mewarna. Permasalahan yang tersimpul dalam benak minda anak kecil ini dapat
dihemburkan di atas kertas sekaligus meredakan tekanan emosi yang dihadapinya.Sesuai
dengan kajian oleh seorang sarjarwan Malaysia , Dr Rafidah menyatakan dalam salah satu
temu bual beliau bersama harian Metro bahawa sesiapa juga mampu melukis dan mewarna
dan setiap hasilnya akan menggambarkan perasaan mereka. Oleh yang demikian, Tidak
dapat dinafikan terapi seni menjadi salah satu cara untuk meluahkan perasaan, menenangkan
fikiran, meningkatkan kekuatan spiritual dan membawa diri seseorang individu ke tahap yabg
lebih baik

Terapi seni sesuai diaplikasikan untuk membantu Maria kerana terapi ini tidak
memerlukan bahasa atau kemahiran berbahasa atau bercakap. Sesetengah individu
mengalami masalah untuk menceritakan dan meluahkan perasaan serta masalah yang mereka
hadapi. Oleh itu, dengan menggunakan terapi seni ini Maria dapat bebas meluahkan perasaan
dan mengekspresikan masalah yang dia hadapi dalam bentuk lukisan atau ketika bermain ‘play
doh’. Cara meluahkan masalah dengan cara ini juga dapat menggalakkan pemikiran kreatif
Maria melalui lukisannya. Sebagai contoh, melalui lukisan Maria akan menceritakan berkenaan
kisah penceraian ibu bapanya dan perasaannya terhadap penceraian tersebut. Oleh itu,
dengan menggunakan terapi seni dapat memudahkan Puan Rama untuk menyelami masalah
dan perasaan sebenar Maria bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

Selain itu, terapi seni sesuai untuk diaplikasikan bagi membantu Maria adalah kerana
terapi seni ini menyediakan ruang perluahan perasaan yang terkawal dan selamat. Maria
berkemungkinan besar memendam banyak perasaan negatif rentetan daripada penceraian ibu
bapanya. Pada suatu tahap, Maria mungkin akan menunjukkan perasaan negatifnya dengan
cara yang yang tidak betul dan tidak terkawal seperti melakukan vandalisme. Oleh itu, terapi
seni ini dapat membantu Maria meluahkan perasaannya dengan cara yang terkawal dan
selamat. Sebagai contoh, Maria boleh meluahkan perasaan kecewa, marah, geram dan
sedihnya dengan menconteng lukisan ibu bapanya. Selepas sesi terapi seni ini Maria akan
berasa sedikit lega kerana dapat meluahkan perasaannya dan dapat meneruskan
pembelajaran dengan fikiran yang lapang.

Di samping itu, pendekatan terapi seni ini juga membolehkan Maria meluahkan
perasaan tanpa lisan dan paksaan sebaliknya, warna, bentuk dan simbol yang dihasilkan
Maria semasa menjalani terapi merupakan ‘bahasa’ yang digunakan sebagai alat berinteraksi.
Setiap simbol dan bentuk yang dihasilkan oleh Maria mempunyai makna tertentu baginya.
Malahan, simbol dan bentuk yang dihasilkan merupakan representasi kepada masalah yang
dihadapi terutama berkenaan isu penceraian ibu bapanya. Terapi seni seperti melukis,
mewarna mahupun menulis dilihat sebagai ruang yang membolehkan Maria meluahkan
masalah dalam spektrum yang lebih luas dan kreatif. Hal ini kerana, penghasilan karya seni
dalam sesi terapi ini tidak ada salah dan betul, Maria bebas mengekspresikan perasaannya
dalam pelbagai bentuk serta simbol. Oleh itu, melalui karya seni yang dihasilkan oleh Maria,
Puan Rama perlu menitikberatkan setiap warna, simbol dan bentuk yang dihasilkan kerana
setiap aspek tersebut menggambarkan masalah yang dihadapi Maria. Sebagai tamsil,
memerhatikan simbol ganjil yang dihasilkan, memerhatikan apa yang terdapat di tengah-
tengah lukisan kerana kebiasaan objek yang dilukis di tengah menunjukkan masalah
utamanya.

Kesimpulannya, terapi seni dilihat sebagai alternatif terbaik untuk membantu murid-
murid yang menghadapi kesukaran dalam meluahkan masalah yang dihadapi mereka. Hal ini
kerana, mereka tidak perlu menggunakan lisan untuk mengekspresikan perasaan tetapi boleh
meluahkan dalam bentuk karya seni. Ini menyebabkan murid berasa lebih bebas, tidak
terbeban dan terpaksa untuk meluahkan perasaan mereka. Terapi seni juga merupakan suatu
cara untuk meningkatkan kesedaran diri, mengendalikan simptom-simptom tekanan dengan
terkawal dan selamat serta menyeronokkan. Melalui terapi seni juga, kaunselor dapat
mendalami perasaan murid melalui makna dan pengertian karya seni yang dihasilkan serta
membantu mereka mencari titik penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.