Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGA

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PEMIKIRAN REFLEKTIF AKTIVITI 1

2.1 KELEBIHAN 1

2.2 KEKURANGAN 2

3.0 PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI SHOOT TO THE TARGET 2

4.0 PENUTUP 3

0
1.0 PENGENALAN

Pengurusan ditakrifkan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah satu perbuatan yang
menguruskan sesuatu. Manakala, kokurikulum pula didefinisikan sebagai sebahagian kurikulum
asas yang mana mata pelajaran yang diajar selain di dalam bilik darjah seperti kelab atau unit
beruniform dan aktiviti kesukanan yang lebih tertumpu kepada pendidikan luar bilik darjah
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2017). Oleh yang demikian, pengurusan kokurikulum dapat
disimpulkan sebagai seorang individu atau satu organisasi yang mengurus dan mengendalikan
aktiviti seperti sukan dan aktiviti unit beruniform. Program aktiviti kokurikulum di sekolah
diuruskan oleh guru penasihat bagi mengembangkan lagi kelab, persatuan, badan beruniform
dan permainan serta untuk mengiatkan lagi perlaksanaannya di peringkat sekolah.

2.0 PEMIKIRAN REFLEKTIF AKTIVITI

Reflektif merupakan suatu proses perbincangan mengenai sesuatu perkara yang melibatkan diri
sendiri sahaja (Campbell-Jones, 2002). Berdasarkan permainan yang telah dijalankan, saya
mendapati bahawa permain tersebut terdapat kekurangan dan kelebihan dalam sesuatu aspek.

2.1 KELEBIHAN

Kelebihan yang diperoleh ialah melatih tahap fokus pemain semasa permainan dijalankan.
Melalui permainan yang dilakukan dapat memupuk tahap fokus para pemain ketika men”serve”
bola tepat mengenai sasaran. Oleh itu jika pemain gagal untuk memberi fokus yang
sepenuhnya maka bola yang dipukul gagal mengenai sasaran secara konsisten. Jika pemain
dapat mengekalkan tahap fokus di dalam permainan ke dalam bilik darjah maka. pemain akan
mendapat input maksima semasa sesi pembelajaran berlangsung. Kesimpulannya, permainan
ini juga membantu pemain untuk meningkatkan daya fokus bukan sahaja dalam permainan
malah semasa sesi pembelajaran.

Seterusnya, kelebihan lain untuk permainan ini adalah dapat mengasah kemahiran bermain
bola tampar. Hal ini kerana, secara asasnya permainan ini menggunakan kemahiran
men”serve”. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran merupakan kunci
untuk memenangi permainan ini. Melalui kemahiran yang diasah melalui permainan ini dapat
diterapkan dan meningkat potensi diri dalam sukan bola tampar. Kesimpulannya, permainan ini
dapat memberi banyak faedah jika diamanfaatkan dengan elok.

1
2.2 KEKURANGAN

Jika dilihat dari sudut kelemahan permainan ini pula adalah dari sudut tempoh permainan.
Permainan ini boleh menjadi terlalu singkat jika pemain mempunyai kemahiran asas bola
tampar yang tinggi. Seseorang yang berkemahiran dengan mudah akan mengenai sasaran
yang ditetapkan dan mencapai markah dengan cepat. Masa yang singkat ini menyebabkan
pemain tidak dapat mencapai kesronokkan daripada acara yang dimainkan. Oleh hal yang
demikian, permainan ini tidak releven bagi semua orang terutama pemain bola tampar kerana ia
dianggap tidak adil.

Jika diteliti lagi, kekurangan yang terdapat di dalam permainan ini adalah tempat yang
diperuntukan tidak terlalu luas menyebabkan jarak susunan di antara kon terlalu dekat
menyebabkan pemain sukar untuk men”serve” bola mengenai sasaran. Hal ini kerana kon ini
disusun mengikut keluasan gelanggang bagi permainan bandminton . Implikasi dari kekurangan
ini bola berkemungkinan akan berlaga dan peratusan untuk bola mengenai sasaran salah
adalah tinggi. Pemain juga terdedah kepada risiko kecederaan sekaligus menjejaskan
perjalanan aktivti yang diadakan.

Akhir sekali, kekurangan yang terdapat dalam permainan ini adalah penggunaan jaring yang
kurang sesuai. Hal yang demikian kerana bola yang digunakan adalah bola tampar yang mana
umum kita ketahui bahawa saiz bola tampar besar dan keras. Kesan daripada itu, apabila
pukulan bola terlalu kuat menyebabkan jaring terkoyak memandangkan jaring yang digunakan
adalah jaring badminton. Hal ini menyebabkan alatan yang digunakan cepat rosak dan
melibatkan kos tambahan untuk menggantikannya. Kesimpulannya, Kesan daripada kelemahan
ini permainan yang dijalankan tidak dapat berjalan dengan lancar.

3.0 PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI SHOOT TO THE TARGET

Umum mengetahui bahawa permainan yang dianjurkan terdapat kelemahan dari pelbagai sudut
maka perlu kepada beberapa perkara untuk ditambahbaik. Bagi kelemahan yang pertama,
perkara yang perlu ditekankan untuk ditambah baik ialah menetapkan syarat-syarat tertentu
kepada perserta. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, Melalui syarat dan peraturan semasa,
pemain atau wakil kampus bagi sukan bola tampar tidak boleh turut serta melainkan hanya
memberi sokongan. Oleh sebab demikian, tidak lagi berlaku ketidakadilan dan semua peserta
berpeluang untuk memenangi permainan ini.

2
Selain itu, bagi menambahbaik kelemahan yang kedua ialah dengan cara pihak penganjur
mengadakan permainan di tempat yang lebih luas bagi membolehkan pihak penganjur
menjarakkan kon dengan jarak yang selamat. Pihak penganjur boleh menggantikan
penggunaan gelanggang bola badminton dengan gelanggang bola tampar bagi keselesaan dan
keselamatan peserta, Oleh yang demikian, pihak penganjur dapat meminimakan risiko
kecederaan yang terdedah kepada para pemain semasa permainan berlangsung.

Akhir sekali, cara untuk menambah baik kelemahan yang ketiga adalah dengan menukar jaring
yang digunakan kepada jaring yang lebih besar dan berkualiti tinggi. Jaring yang paling sesuai
digunakan adalah jaring untuk sukan bola tampar jika mempunyai tempat yang lebih luas dan
jaring sukan sepak takraw jika keluasan tampat sama. Hal ini kerana jaring bagi kedua-dua
sukan ini daripada material atau bahan yang lebih tahan lasak. Oleh yang demikian kos untuk
kerosakkan dapat dikurangkan dan alatan dapat digunakan dengan lebih lama.

4.0 PENUTUP

Intihanya, pengurusan kokurikulum amat penting bertujuan untuk menganalisis dan memerhati
tahap seseorang individu. Di samping itu, kita juga dapat melihat tahap penguasaan konsep
permainan yang telah dijalankan sama ada dikuasai sepenuhnya ataupun tidak. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru perlulah memainkan peranan yang penting dalam membimbing
para murid untuk menjadi seorang yang seimbang dari sudut rohani, intelek dan dari sudut
jasmani.

3
RUJUKAN

Kamus Dewan. (2017). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Campbell-Jones. (2002). Promoting Reflective Thinking in Teachers: 50 Action Strategies, ,


London and Basingstoke: The Macmillan Press Ltd