Anda di halaman 1dari 2

Intervensi awal mempunyai beberapa tujuan iaitu untuk membantu ibu bapa untuk

mengawal dan menangani masalah anak mereka. Selain itu, ia dapat menyediakan
kanak-kanak untuk mengahadapi suasana pembelajaran yang sebenar dan juga
dapat mengelakkan perkembangan terbantut. Intervensi awal dapat menghalang
kecacatan yang dialami menjadi lebih teruk. Pakar juga akan dapat menentukan
objektif dan rawatan yang bersesuaian dengan kanak-kanak.

Latar Belakang Kajian

Kajian dijalankan bermatlamat untuk mengesan ketidakupayaan yang dialami


kanak-kanak yang telah didapati menghadapi masalah sama ada dari aspek sosial,
emosi mahupun tingkah laku. Selain itu, maklumat berkenaan kanak-kanak
termasuklah maklumat tentang latar belakang keluarga dan kesihatan kanak-kanak
diambil kira. Maklumat dari kajian yang dijalankan akan digunakan untuk proses
intervensi. Kajian yang dijalankan membawa lanjutan kepada cadangan intervensi
yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak.
Di dalam kajian yang dijalankan, beberapa kaedah digunakan bagi
mendapatkan maklumat berkaitan kanak-kanak tersebut. Antaranya pemerhatian,
temu bual dan penilaian dinamik. Penilaian dinamik melibatkan dialog ataupun
interaksi antara penilai dengan kanak-kanak. Interaksi ini membolehkan penilai
membuat kesimpulan terhadap proses pemikiran kanak-kanak dan respons kanak-
kanak terhadap situasi pembelajaran.
Pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak sepanjang waktu pengajaran
dan pembelajaran. Pemerhatian juga dijalankan sewaktu rehat kanak-kanak bagi
mendapatkan maklumat tentang tingkah laku dan sikap antara kanak-kanak dengan
rakan-rakan. Pemerhatian yang dijalankan menggunakan senarai semak yang
disertakan di dalam bahagian lampiran.
Temu bual dijalankan ke atas guru kelas kanak-kanak tersebut. Temu bual
yang dijalankan banyak menanyakan tentang latar belakang dan masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak. Selain itu, ujian secara spontan juga dijalankan ke atas
kanak-kanak untuk memperlihat tingkah laku dan respon kanak-kanak sewaktu di
dalam kelas.
Kajian literasi dijalankan bagi mendapatkan pandangan awal tentang kajian
yang dijalankan. Kajian literasi juga membantu untuk memandu kajian yang
dijalankan. Kajian ini berpandukan buku rujukan berkaitan intervensi awal dan juga
jurnal yang diperoleh melalui internet.
Kajian dijalankan di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara,
Simpang Ampat, Pulau Pinang. Prasekolah tersebut mengambil kanak-kanak yang
berusia 5 hingga 6 tahun. Durasi masa yang diambil untuk  menjalankan kajian
adalah selama

Anda mungkin juga menyukai