Anda di halaman 1dari 2

KESAN KEBULURAN

1. Malnutrisi
Malnutrisi adalah keadaan dimana pengambilan nutrisi di dalam badan yang tidak
mencukupi di mana kekurangan zat atau dalam nisbah yang salah. Masalah
kekurangan nutrisi timbul apabila kita mengalami masalah kurang atau terlebih dalam
pengambilan nutrisi permakanan di dalam badan kita. Di kebanyakan di mengalami
masalah kekurangan nutrisi, yang disebabkan oleh permakanan yang kekurangan
kalori dan protein.Hal ini juga akan menyebabkan masalah jangkitan lain akan timbul
apabila pengambilan nutrisi kurang atau lebih di dalam badan kita.
2. Wabak penyakit/ kesihatan terjejas
- Jika pengambilan makanan tidak mencukupi di dalam badan kita maka kesihatan
pada diri kita akan terjejas . Oleh itu, setiap manusia memerlukan makanan yang
berkhasiat untuk mengelakkan jangkitan penyakit . Menurut Kajian pertubuhan
Makanan dan Pertanian ( FAO ) pada tahun 2016 mendapati 146 juta orang kanak-
kanak berada pada tahap kurang zat dan terdedah dengan jangkitan kuman.Dengan
kesan daripada manusia yang mengalami kebuluran akan menyebabkan pelbagai
penyakit akan datang.
3. Kematian
Menurut kajian faktor kematian 3.1 juta kanak-kanak setiap tahun iaitu sama dengan
45% rekod kematian dicatatkan pada tahun 2011 adalah disebabkan kekurangan nutrisi
secara agregat ,pembesaran janin yang tidak normal, pendarahan, kekurangan Vitamin A dan
zink di samping penyusuan susu suboptimal .Oleh itu , Kebuluran akan menyebabkan
ketidakcukupan makanan yang sangat teruk, atau kelaparan yang amat hingga boleh
menyebabkan kematian.

4. Kekurangan bekalan makanan


- Apabila berlakunya masalah kebuluran, kekurangan bekalan makanan yang ada pada
setiap individu akan berkurang. Malah menyebabkan ekonomi tidak mampu
membekalkan bekalan yang lebih untuk rakyatnya kerana rakyat tidak mampu
menanggung kos perbelanjaan yang tinggi untuk keperluan makanannya.

5. Kemiskinan
Apabila rakyat yang hidup dalam kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu
untuk mendapatkan sumber makanan untuk dirinya dan keluarga. Hal ini akan
menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, serta memberi kesan terhadap mental dan
fizikal. Malah mereka tidak dapat untuk mencari perkerjaan kerana tidak dapat keluar
dari masalah kebuluran dan kemiskinan. Tambahan pula, negara juga akan mengalami
kemiskinan kerana rakyat-rakyat tidak mampu untuk menjana pendapatan untuk
kegiatan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai