Anda di halaman 1dari 5

Total: 40 Marks

INSTRUCTIONS: Answer ALL Questions


ARAHAN: Jawab SEMUA soalan

Answer for each question should be between 480 to 500 words (excluding diagrams)
[Setiap jawapan hendaklah lebih kurang 480 hingga 500 patah perkataan (tidak termasuk rajah]

Do not copy and paste from the learning materials. Use your own words and you do not have
to cite sources.
[Jangan ‘copy & paste’ daripada bahan pembelajaran. Gunakan perkataan anda sendiri dan
anda tidak perlu membuat rujukan]

Question 1
Explain how social media is socialising students. Support your answer with examples.

[Jelaskan bagaimana social media mensosialisasi pelajar. Sokong jawapan anda dengan contoh-
contoh]

Dewasa ini, mempunyai akaun di sosial media bukan lagi dilihat sebagai satu hobi, malahan
adalah satu keperluan kepada remaja yang juga adalah golongan pelajar. Sosial media kini
merupakan satu medan bagi golongan ini untuk berkomunikasi, berkongsi cerita, pengalaman
dan aktiviti seharian bukan sahaja di kalangan rakan yang mereka kenali, bahkan orang lain yang
berada di lokasi berbeza. Jika dahulu komunikasi dan perkongsian ini adalah terbatas dikalangan
rakan sekolah di kawasan yang sama sahaja, namun kini, pelajar dari sekolah di daerah, negeri
bahkan negara lain turut sama boleh berkomunikasi dan menyumbang kepada perkongsian ini.
Pelajar di sosial media adalah bebas menyuarakan pendapat dan pandangan mereka; dan dalam
masa sama mendapat respon yang cepat daripada rakan di akaun sosial media mereka yang
terdiri daripada pelbagai golongan dan tempat. Dan ini menjadikan komunikasi berlaku secara
interaktif, pelajar merasa diberi perhatian yang mereka perlukan walaupun sekadar di alam maya.
Dan melalui sosial media ini juga, mereka dapat mengakses pelbagai informasi bukan sahaja
berkaitan dengan rakan sosial media mereka, tetapi juga artis yang mereka minati. Seperti yang
kita sedia maklum, pelajar yang terdiri daripada golongan remaja ini masih dalam proses mencari
identiti, sebarang perkongsian daripada rakan-rakan atau artis yang mereka minati ini secara
tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka, mereka akan membina identiti
diri mereka melalui apa yang mereka lihat setiap hari di sosial media. Pengaruh ini turut
memberi impak yang positif dan juga negatif dalam perkembangan emosi dan minda pelajar.
Selain dari itu, sosial media juga dapat membantu pelajar yang berminat untuk meningkatkan
ekonomi mereka sendiri. Contohnya ramai pelajar yang berniaga secara dalam talian. Dengan
adanya sosial media mereka dapat mempromosikan barangan jualan mereka bukan sahaja kepada
saudara yang dekat malah dengan saudara yang berada jauh darinya juga dapat dihubungi hanya
dengan menggunakan sosial media. Bah kan bukan sahaja dengan rakan setempat mereka tetapi
kepada kenalan-kenalan dari daerah, negeri atau dari seluruh pelusuk tempat juga dapat melihat
hanya dengan menggunakan sosial media. Pelajar ini juga dapat bertukar-tukar idea bagaimana
untuk meningkatkan niaga mereka dari kenalan sosial media mereka. Selain itu, kewujudan
pelbagai aplikasi yang berasaskan media sosial telah menawarkan satu wadah yang baik untuk
para pengajar memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan. Persepsi
pelajar tentang penggunaan aplikasi media sosial dalam pengajaran Bahasa Inggeris yang
melibatkan sejumlah pelajar prasiswaza untuk mengikuti kursus pengukuhan Bahasa Inggeris
yang mana mereka dikehendaki untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berasaskan
media sosial juga telah dijalankan dalam laman e-pembelajaran. Lebih-lebih lagi dalam keadaan
pendamik sekarang ini, pelajar juga terpaksa menggunakan media sosial, terutama dalam
penggunaan video youtube yang mereka gunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
bertutur. Selain itu, facebook dianggap berguna untuk pembelajaran tatabahasa dan perkataan
melalui perbincangan kumpulan. Twitter pula digunakan untuk menerima infomasi tentang
definisi perkataan. Begitulah social media dapat mensosialisasikan pelajar.

[Total: 10 marks]

Question 2
To what extent are the views of Greek philosophers on the goals of education, curriculum and
teaching methods relevant today?

[Sejauh manakah pandangan ahli falsafah Greek tentang matlamat pendidikan, kurikulum dan
kaedah mengajar relevan hari ini?]

Menurut ahli falsafah Greek, tidak berlaku perbezaan jantina dalam menuntut ilmu, setiap wanita
juga harus diberi pendidikan sebagaimana yang diperolehi oleh kaum lelaki. Pendidikan tentang
prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada secara inferens iaitu sesuatu yang sudah diketahui
secara tidak langsung. Logik merujuk kepada turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan
berasaskan beberapa andaian kukuh. membantu seseorang berkomunikasi secara lebih berkesan
dengan menggalakkan pemikiran yang dilakukan dengan berhati-hati. Pendidikan ini pula
merangkumi kepada pembangunan jasmani dan rohani. Guru berperanan penting membekalkan
kualiti kehidupan orang dewasa kepada murid supaya dapat bersosialisasi. Pembelajaran ilmu
secara amnya berkesan jika pelajar itu menumpukan perhatian dan adanya kerajinan. Ianya dapat
dibaiki dengan baik bergantung kepada kebudayaan masyarakat yang melatih menjadi personaliti
yang harmoni dan intelek yang sempurna. Berpendapat fitrah manusia kekurangan nilai murni.
Oleh itu, guru berperanan sebagai mentor kepada pelajar dan mendidik mereka dari aspek
kesenian, kepakaran dan kemahiran pekerjaan yang diperlukan dalam kehidupan.
Kurikulum pula bersifat fleksible yang mana ia terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak
terikat dengan dokterin tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama serta guru yang memiliki sifat
authoriti. Aliran ini mementingkan pembentukkan peribadi dan kurikulumnya disusun dari topik
yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis,
mengira dan membaca. Para ahli pengkaji telah mengambil kira semula tentang perkara-perkara
yang akan dimasukkan ke dalam kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada
pelajaran yang penting dan kurang penting serta membentuk authoriti guru di dalam bilik darjah.
Guru juga hendaklah memainkan peranan penting dalam proses pendidikan. Mereka berperanan
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengajar mereka memperolehi keperluan dan
kualiti orang dewasa supaya mereka boleh berjaya dalam hidup. Guru juga hendaklah bersifat
demokratik, kreatif, mempunyai inisiatif dalam pengajaran dan mahir menggunakan taktik
ganjaran dan denda kepada pelajar.
Ini amatlah relevan dalam senario pendidikan sekarang dan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang memberi penekanan kepada memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan pembangunan modal insan yang seimbang dari
segala segi termasuk jasmani, emosi, rohani dan intelek di kalangan para pelajar. Dan ini amatlah
penting, sejajar dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju yang mana hanya mampu
dicapai dengan melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti terdiri daripada tenaga kerja
yang mahir, separa mahir dan profesional. Secara dasarnya, matlamat pendidikan, kurikulum dan
kaedah mengajar pada hari ini boleh didapati dari skema pelajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan oleh ahli falsafah Greek, yang amat menitik beratkan kepada keseimbangan moral
dan intelektual. Kedua-dua aspek ini perlu seiring memandangkan pelajar inilah merupakan
generasi yang akan mentadbir dan memimpin negara di masa hadapan.

[Total: 10 marks]

Question 3
Compare the views of Al-Farabi and Swami Vivekananda on education. Provide examples.

[Bandingkan pandangan Al-Farabi dan Swami Vivekananda tentang pendidikan. Berikan contoh]

Al-Farabi atau nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan Ibn
Awzalagh al-Farabi. Beliau merupakan salah seorang ahli falsadah Islam yang terkenal yang
dilahirkan di Wasij iaitu sebuah perkampungan kecil di daerah Farab di Wilayah Transoxiana
Tukestan ( TURKI ). Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang cukup terkenal pada zamannya.
Beliau berkemampuan menguasai 70 bahasa dan telah menulis buku-buku berkaitan falsafah,
muzik, matematik, sains, logik, sains politik dan Islam. Al-Farabi menekankan keperluan
menuntut ilmu pengetahuan, nilai dan kemahiran praktikal untuk menjadi individu yang
sempurna sekaligus mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Beliau turut berpendapat bahawa
manusia yang sempurna adalah individu yang mempunyai kemahiran intelektual dan nilai-nilai
moral yang tinggi.
Al-Farabi juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran mestilah sesuai dengan tahap pelajar.
Beliau mencadangkan kaedah pembelajaran yang berbeza bagi golongan elit dan golongan
rakyat biasa, yang mana bagi golongan elit, kaedah demonstrasi adalah lebih sesuai dan bagi
rakyat biasa, kaedah pujukan adalah digalakkan. Al-Farabi juga menyarankan wacana ilmiah
yang menggalakkan ilmu pengetahuan diperolehi melalui pertanyaan mengenai sesuatu perkara
atau dari jawapan yang diperolehi, yang akhirnya akan menyelesaikan permasalahan secara
saintifik. Dan beliau juga turut menyatakan bahawa kefahaman dalam pembelajaran adalah lebih
baik berbanding dengan menghafal, ini kerana dengan memahami akan sesuatu ilmu itu,
seseorang itu mampu mengaplikasikan ilmu yang dia ada kepada perkara lain.

Swami Vivekanda atau nama sebenarnya Narendra Nath Datta. Beliau dilahirkan di Calcutta,
India dan merupakan pemikir terulung dan hebat di India. Menurut Beliau, pendidikan adalah
manifestasi kesempurnaan yang sedia ada di dalam manusia. Oleh itu, ilmu itu wujud di dalam
setiap manusia. ilmu tidak datang dari luar. Beliau percaya bahawa sains dan teknologi telah
mempengaruhi nilai-nilai moral dan agama secara negatif. Beliau berpendapat tujuan pendidikan
adalah untuk memberi kesedaran dari segi aspek rohani. Beliau percaya bahawa setiap anak lahir
dengan potensi dan bakat masing-masing. Dan pendidikan merupakan cara untuk meneroka
potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap individu. Walaubagaimanapun, Vivekandanda
percaya bahawa pendidikan hari ini telah mengabaikan perkembangan rohani dalam diri pelajar,
dan pendidikan seharusnya menjadikan agama sebagai rujukan.

Dapat diperhatikan, terdapat perbezaan pandangan diantara kedua ahli falsafah ini. Menurut Al-
Farabi, kaedah pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap pelajar yang mana tahap ini
dibezakan mengikut kedudukan dalam masyarakat tersebut. Manakala, menurut Swami
Vivekananda, peluang memperoleh pendidikan perlulah setara di antara yang kuat dan lemah.
Bahkan Vivekananda menekankan golongan yang lemah perlu diberi lebih peluang berbanding
golongan yang kuat. Beliau turut berpendapat seorang guru perlu mendidik pelajarnya kemahiran
untuk berfikir, keupayaan untuk membezakan dan menghargai akan sesuatu. Adalah
disimpulkan, falsafah kedua-dua mereka ini telah meyumbang kepada pembangunan pendidikan
dalam masyarakat.

[Total: 10 marks]

Question 4
Explain how the classification of FIVE personality styles of the academic underachiever by
Mandel & Marcus (1996) help you understand the underachiever in your school.

[Jelaskan bagaimana klasifikasi LIMA stail personaliti tentang pencapaian akademik rendah oleh
Mandel & Marcus (1996) membantu anda memahami pelajar pencapaian rendah di sekolah
anda]

Pencapaian akademik rendah melibatkan pelbagai isu kompleks di kalangan pelajar. Mereka
yang dikenalpasti sebagai pencapai akademik rendah terdiri daripada pelbagai sebab yang
berbeza. Mandel & Marcus (1995) telah mengenalpasti pencapai akademik rendah dan
memklasifikasikan mereka ini kepada lima stail personaliti; iaitu gelisah, bertangguh, sedih dan
tertekan, mencari identiti, menentang. Lima stail personaliti ini dilihat sebagai faktor yang
menyumbang kepada pencapaian akademik rendah di kalangan pelajar. Sikap gelisah atau risau
ini menghalang pelajar untuk berjaya kerana mereka risau yang mereka tidak mampu untuk
melakukan yang terbaik, mereka yang mempunyai kerisauan atau kegelisahan melampau cuba
untuk mencari alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Pelajar yang mempunyai sikap suka
bertangguh tidak peduli akan pencapaian dan melengah-lengahkan masa sekiranya diberi
tugasan. Pelajar yang sedih dan tertekan merasakan ketidakupayaan dan kemurungan,
membuatkan mereka tidak bermotivasi dalam kehidupan seharian. Mereka yang mempunyai
krisis identiti pula merasakan aktiviti sekolah adalah tidak penting dan tidak membantu mereka
di masa hadapan. Manakala pelajar yang bersikap menentang pula terdiri daripada mereka yang
cepat marah, suka bertengkar dan berdebat; dan seorang yang pendendam.
Bagi pelajar-pelajar yang dibesarkan dalam persekitaran yang baik, mereka akan
mempunyai taraf kesihatan yang tinggi dan berkemampuan bersaing dalam semua bidang.
Sebaliknya bagi kanak-kanak yang tinggal dalam persekitaran tidak baik seperti keadaan rumah
yang sesak, kekurangan sanitasi dan kebersihan, kurang pemakanan dan pendidikan akan
mengalami tekanan kehidupan seperti kemiskinan . Selain itu, ia turut mempengaruhi
kesihatan mental murid. Ada diantara murid menyatakan mengalami perasaan negatif dan
kurang bersemangat untuk belajar apabila timbul kedaan-keadaan ini: apabila adik-adik bising
di rumah, tidak faham apa yang diajar oleh guru, tidak cukup wang untuk membeli
peralatan sekolah dan buku rujukan, dan mendapat nombor yang terkebelakang berbanding
rakan sekelas. Untuk berjaya dalam kehidupan, murid-murid miskin ini perlu mengatasi
perasaan-perasaan negatif yang akan terus menerus menghalang mereka dari bertindak dengan
positif dalam proses kehidupan secara amnya dan proses pembelajaran secara khususnya.
Melihat kepada pencapaian akademik mereka, murid-murid golongan miskin sebenarnya
berpotensi untuk mencapai kejayaan. Halangan-halangan luaran dan dalaman yang terpaksa
dihadapi yang dinyatakan tadi menyebabkan mereka tidak berpeluang bersaing dengan
rakan-rakan seangkatan yang lebih bernasib baik. Halangan luaran dan halangan dalaman
menyebabkan murid ini terus bergelumang dalam masalah yang dihadapi.
Guru perlu mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri pencapai akademik rendah
dan memahami mereka dengan lebih mendalam, agar satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dapat dirancang untuk membantu pelajar-pelajar ini mengatasi permasalahan
yang mereka hadapi.

[Total: 10 marks]

END OF QUESTION PAPER

Anda mungkin juga menyukai