Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pendahuluan

1.1 Gelanggang

2.0 Sejarah umum

2.1 Sejarah khusus

3.0 Peraturan

4.0 Ansur maju

5.0 Latihan anjur maju

5.1joging

5.2latihan mingguan

5.3latihan pelaziman

6.0 Teknik larian

6.1 teknik-teknik larian

7.0 Penutup.

1.0 Pengenalan

Olahraga dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu acara balapan dan acara padang.

Acara balapan merupan semua acara yang diadakan di garisan balapan, manakala

semua acara selain dari acara balapan dikategorikan sebagai acara padang. Lompat

jauh merupakan satu acara olahraga, lebih jitu lagi dikategorikan dalam acara padang.

Seseorang atlet akan mencuba melompat dan mendarat sejauh mana yang boleh dari

tempat yg dituju. Dalam acara ompat jauh, jarak minimum dari papan ke tanda yang

dibuat oleh seseorang pada pasir akan diukur. Jika seseorang meletakkan mana-mana
bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan

dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya

diisytiharkan salah atau batal. Jika lomptannya dibatalkan jarak yang dibuatnya tidak

akan direkodkan walupun lompatannya terlalu jauh.

Dalam acara lompat jauh, seseorang atlit akan mendapat beberapa kali percubaan

untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai

keputusan. Atlit yang mencatatkan lompatan sah (tidak batal atau salah) yang jauh

sekali pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara. Kebiasaanya atlit lari pecut

akan memenangi pertandingan ini. Hal ini adalah kerana kelajuan semasa berlari dalam

landasan ;ompat jauh dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh.

Acara lompat jauh ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling

lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Hal ini dibuktikan pada tahun

1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960

oleh Ralph Boston (internet).

1.2 Gelanggang lompat jauh

2.0 Sejarah umum

Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan

padang yang merupakan satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan

lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud

"bertanding". (Internet) Olahraga ini mula disertakan dalam pertandingan Olimpik

pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Walaubagaimanapun,
wanita dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928. Salah satu

acara lompatan yang dipertandingkan dalam acara padang adalah lompat jauh.

2.1 Sejarah khusus

Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 masihi,

iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh

7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta ( buku, m/s 199). Lompat jauh

merupakan salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Atlit akan

memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini

kemudiannya akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlit melompat untuk

menambahkan momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk

menolaknya ke hadapan. (internet).

Teknik dan cara lompatan pada masa kini berbeza dengan lompatan dahulu.

Pada zaman dahulu lompatan dibuat secara berkali – kali, sama ada lompatan dalam

bentuk multiple, double-triple atau quin-triple. Hal ini terbukti berdasarkan lukisan

yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu (buku, m/s 199). Berbanding

dengan acara – acara padang yang lain lompat jauh merukan acara yang mudah

dipelajari. Jika seseorang mempelajari teknik dan cara lompatan dengan penuh

semangat serta minat maka, atlit itu dapat membuat lompatan yang terbaik. Semakin

lama, banyak pembaharuan dalam teknik dan cara lompatan telah dibuat oleh atlit - atlit

lompat jauh. Hal ini membuktikan rekod yang dicipta oleh seseorang atlit dapat

diperbaiki oleh atlit – atlit baru.


Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh

termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah

satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat

di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah

kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang (internet).

Kejayaan peserta Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh 8.9

meter dalam sukan Olimpik 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang lagi peserta

Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter (buku m/s

199). Dalam kategori wanita pula, Vilma Bardauskiene (USSR) berjaya melepasi

halangan 7m buat kali pertama dalam tahun 1978 dalam Kejohanan Eropah di Prague,

Czechoslovakia (internet).

LATIHAN UNTUK LOMPAT JAUH

Sebelum melakukan sesuatu latihan untuk mana – mana acara aktiviti

memanaskan badan perlu dilakukan. Begitu juga dengan acara lompat jauh, sebelum

melakukan latihan seseorang mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti

memanaskan ini adalah bertindak sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera

semasa latihan. Dalam aktiviti memanaskan badan ini, regangkan otot-otot utama di

bahagian kaki, paha, badan dan tangan perlu dijalankan. Selepas itu, atlit perlu

memastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti

lompat jauh.Kawasan pendaratan yang berpasir halus mesti digemburkan dan diratakan

supaya pendaratan dapat dilakukan dengan selamat. Selain itu, atlit juga perlu
memastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul. Antara latihan – latihan

yang dapat dijalani oleh seseorang atlit untuk meningkatkan kemahiran lompat jauh

adalah seperti berikut :-

a) Berlari sejauh 20 hingga 30 meter

b) Lompat jauh dirian

c) Melompat melepasi halangan

d) Lompat ketingting – perlumbaan lari berganti-ganti

e) Melompat anak sungai

(internet)

Selain itu, aktiviti lain yang dapat dilakukan untuk menigkatkan kemahiran

lompat jauh adalah seperti berikut :-

a) Bangkit tubi L-seat.

Latihan ini dapat membantu menguatkan bahagian abdominal seseorang

atlit lompat jauh.

b) Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya.

Angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan pula rata di dinding.

Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk menguatkan bahagian

abdominal. Latihan ini penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat.

c) Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.


Meletakkan hujung kaki di platform 8 cm. seterusnya, naik dan turunkan

tumit pada julat yang maksimum. Latihan ini dapat dilakukan dengan

menggunakan beratan atau tanpa beratan. Latihan ini dapat menguatkan

achcillies tendon.

d) Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum

kaki

Semasa melakukan aktiviti ini cuba naikkan badan setinggi yang boleh.

Tujuan latihan ini adalah untuk menguatkan quadriceps.

e) Latihan plyometric.

Melompat dari papan yang berketinggian 50 cm dengan satu kaki.

Kemudiannya lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan

dan bahu dengan pantas. Latihan ini dapat meningkatkan kuasa ekplosif

kaki sewaktu lonjakan.

f) Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.

Posisi duduk, lutut bengkok dan tangan di belakang. Naikkan lutut kaki

lonjakan. Latihan ini dapat meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu,

pinggang dan kaki.

g) Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh

yang mungkin dengan ayunan kaki bebas.


latihan ini membantu memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan,

layangan dan koordinasi badan dan tangan untuk imbangan semasa

melompat, melayang dan mendarat.

6.0fasa – fasa dalam lompat jauh.

Terdapat 4 fasa dalam acara lompat jauh. 4 fasa tersebut adalah fasa larian

landas, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan. Dalam fasa larian landas

atlit akan berlari menuju ke papan lonjak dan melompat dari papan dalam fasa lonjakan.

Fasa layangan pula atlit akan melayang selepas melompat dan akan mendarat di

kawasan lompatan atau pasir dalam fasa pendaratan.

6.1 fasa larian landas

Fasa ini merupakan fasa pertama dalam acara lompat jauh dimana

atlit perlu berlari dengan kelajuan yang optimum dan terkawal. Setiap

orang akan memiliki bilangan langkahan yang berbeza dalam fasa ini.

Kebiasaanya seseorang atlit yang bagus akn melakukan langkahan

sebanyak 18 – 22 semasa melakukan larian dalm landas mengikut jarak

25m – 40m. bilangan tersebut membantu seseorang atlit mencapai

kelajuan maksimum serta membantu menghasilkan lonjakan yang

berkesan. Gaya lariannya adalah seumpama dengan gaya lari pecut. Atlit

akan menambahkan kelajuannya apabila dekat dengan papan lonjak.

Pada langkahan terakhir pula, atlit akan merendahakan badan sedikit

supaya mendapatkan hasil lonjakan yang berkesan.

6.2 fasa lonjakan


Lonjakan merupakan sentuhan kaki pada papan lonjakan untuk

melakukan lompatan. Lompatan yang tinggi membantu atlit mendarat

dalam jarak yang jauh dari papan lonjak. Fokus utama dalam fasa ini

adalah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Lonjakan yang bagus

adalah tapak kaki yang melonjak, memijak papan lonjak dengan tepat dan

hujung kakinya tidak melebihi papn lonjak atau tidak menyentuh kawasan

yang terletak di hadapan papan lonjak. Selepas menyentuh papan lonjak,

tolakan kaki dari papan lonjak perlu kuat dan kaki diluruskan supaya

mendapat lonjakan yang tinggi. Semasa lompat bahagian lutut perlu

dibiarkan tinggi. Bagi tujuan mendapat lompatan yang tinggi, tangan perlu

diayun ke hadapan dan ke atas.

6.3 fasa layangan

Selepas seseorang atlit meninggalkan papan lonjak dan berada di

udara sebelum mendarat dikatan fasa layangan. Selepas seseorang atlit

melakukan pelepasan dari papn lonjak, momentum pergerakan menegak

mula mengambil tempat. Pada masa yang sama, atlit juga akan

menghadapi rintangan udara semasa fasa layangan ini, tetapi rintangan

itu adalah terlalu kecil. Gaya badan dan pergerak atlit semasa layangan

adalah bergantung kepada gaya yang digunakan oleh atlit tersebut.

Tujuan utama fasa layangan ini adalah untuk memastikan seseorang atlit

berada lebih lama di udara sebelum melakukan pendaratan.

6.4 fasa pendaratan


Pendaratan ialah cara seseorang atlit mendarat di kawasan

pendaratan selepas layangan dilakukan. Fasa ini merupakan fasa terakhir

dalam acara lompat jauh. Atlit akan menggunakan kedua – dua belah kaki

dengan bantuan yang kuat dari kedua – dua hanyunan tangan dan

lentikan badan. Sesuatu pendaratan yang bagus dan baik adalah atlit

akan menjejakkan kedua – dua belah kakinya ke kawsan pendaratan

manakala momentum badannya ditolak ke hadapan. Imbangan badan dan

pencapaian jarak perlu dititikberatkan oleh pelompat. Sewaktu mencecah

kawasan pendaratan kaki perlu dihulurkan ke hadapan dan lutut pula

dilenturkan bagi mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan

pula diayun ke hadapan. Selepas tumit kaki mencecah kawasan

pendaratan, badan perlu dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan

tubuh badan menuju ke hadapan. Perkara yang penting diambil kira oleh

atlit adalah memastikan anggota badan yang lain tidak mendarat ke

belakang dari tumit kaki kerana ia akan menyebabkan kerugian dalam

ukurannya.

6.0-ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

Ansur maju lompat jauh dibahagikan kepada tiga aspek mengikut fasa. Aspek-

aspek tersebut ialah ansur maju lari landas, anjur maju lonjakan, .ansur maju layangan

dan mendarat. Sekarang kita lihat langkah-langkah demi langkah dalam setiap ansur

maju.
Pertamanya kita lihat pada ansur maju lari landas. Ansur maju ini melibatkan 2

orang peserta secara berpasangan. Peserta A berlari dari tempat permulaan ke papan

lonjakan manakala peserta B pula berdiri berhampiran papan lonjakan untuk memerhati

kaki lonjak A. Kaki lonjak peserta A perlu menapak di papan lonjak. Cara sebegini

dilakukan untuk mengenalpasti peserta A menapak lebih atau kurang di papan

lonjakkan supaya ubahsuai jarak ukuran di tempat permulaannya. Peserta A perlu

menganjakan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah jika menapak

melebihi papan lonjakkan. Manakala, menganjak satu atau dua langkah ke hadapan

jika menapak sebelum papan lonjakkan. Langkah ini perlu ulangi sebanyak 6 kali di

tempat permulaan yang baru supaya mendapat keputusan yang terbaik.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.

Antaranya ialah semasa lari peserta perlu kawal kelajuannya. Langkah perserta perlu

konsisten.Jarak yang sekata dalam larian ditentukan oleh langkah pertama perserta.

Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam. Selain itu,

penggunaan penanda di tempat permulaan harus diberi perhatian. Iaitu penanda

permulaan tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan lonjakan. Peserta mestilah

mencapai kelajuan yang terkawal ketika berada di penanda yang terakhir. Jika jumlah

jarak langkah angka ganjil maka, peserta perlu mulakan larian dengan kaki yang

melonjak.

Seterusnya kita lihat pada ansur maju lonjakan yang boleh dibahagikan

kepada tiga. Pertamanya ialah peserta perlu lonjak dari papan lonjakkan dengan

bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. Perserta juga perlu mengayunkan

tangan untuk mendapatkan daya lonjakan. Perserta perlu lonjak dengan kuat
menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan rumit. Keduanya

adalah, melonjak dari hujung bangku. Atlit perlu bergerak dengan dua atau tiga

langkah ke hujung bangku. Seterusnya lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki

bebas seberapa tinggi yang termampu. Semasa lonjak ayunkan kedua-dua belah

tangan ke atas hadapan dan akhirnya mendarat dengan tumit. Ketiganya ialah berlari,

melonjak melepasi kayu atau tali. Mula – mula rentangkan seutas tali di atas pasir

berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.selepas itu, lari sejauh lima hingga enam

langkah. Selepas itu, melakukan lonjakan melintasi tali atau kayu dan mendarat.

Sekarang kita lihat pada ansur maju layangan dan mendarat. Fasa ini juga

mempunyai 2 ansur maju. Pertamanya adalah melakukan lonjakan dengan kaki

lonjakan melintasi benteng pasir. Selepas itu, berlari lima hingga enam langkah dan

melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk

mendarat dengan tumit. Ansur maju yang kedua dalam fasa ini adalah mencecah bola

dengan hujung tangan. Cara melakukannya adalah, pada mulanya mengantungkan

sebiji bola pada jarak 1 atau 2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan

ketinggian yang boleh dicapai. Seterusnya lari 5 atau 6 langkah dan melonjak dengan

kaki lonjakan. Semasa lonjakan dilakukan atlit perlu cuba mencecah bola dengan

hujung tangan dan mendaratnya dengan tumit. Ansur maju ketiga pula, mencecah bola

dengan dahi. Ansur maju ini sama dengan ansur maju yang kedua, iaitu gantungkan

bola pada jarak 1 atau 2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan

ketinggian yang boleh disentuh. Seterunya lari lima hingga enam langkah dan melonjak

dengan kaki lonjakan. Selepas lonjak, melakukan layangan setinggi yang boleh dan

lentikkan badan serta tangan ke atas. Semasa laying atkit perlu cuba sentuh bola
dengan dahi. Selepas itu Ulang lakuan tersebut iaitu berlari, melonjak, lentikkan badan

serta dongakkan kepala ke atas dan mendarat dengan tumit dahulu. Semasa layangan

dilakukan hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke hadapan.

8.0 gaya – gaya dalam lompat jauh

Dalam acara lompat jauh terdapat 4 gaya lompatan yang biasanya digunakan

oleh atlit – atlit. Gaya – gaya tersebut adalah gaya tending kayuh, gaya layar, gaya

gantung dan juga gaya selangkah. Tetapi kebiasaanya tiga gaya yang ytama sahaja

digunakan oleh atlit – atlit iaitu gaya tending kayuh, gaya layar dan gaya gantung.

Gaya – gaya ini digunakan semasa fasa layangan dilakukan oleh pelompat lompat

jauh.

8.1 gaya tendang kayuh

Atlit yang menggunakan gaya ini akan melompat seakan – akan

melangkah di udara dan badannya pula dalam keadaan tegak. Teknik ini lebih

sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana

seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua

setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

8.2 gaya layar

Atlit yang menggunakan gaya ini akan melunjurkan kedua – dua belah

kaki ke hadapan dan badannya pula dicondongkan kehadapan, manakala kedua

– dua belah tangan pelompat akan dihulurkan ke hadapan sehingga ke hujung

kaki mereka. Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara
ini kerana lompatan mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan seseorang pelompat

itu mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa

layangan.

8.3 gaya gantung

Dalam gaya ini atlit akan mengangkat kedua – dua tangannya ke atas

seolah – olah bergantung di udara manakala kedua – dua belah kakinya

diangkat ke belakang. Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan

kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan

kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat.

8.4 gaya selangkah

Atlit yang menggunakan gaya ini akan menghayun kakinya bebas ke

hadapan selepas melakukan lonjakkan. Kaki yang digunakan untuk melonjak

mengikut dari belakang. Oleh itu, kaki pelompat berada dalam keadaan

terkangkang semasa membuat laying dalam fasa layangan iaitu semasa berada

di udara. Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan

supaya bersama dengan kaki bebas.

7.0 KELENGKAPAN LOMPAT JAUH

1.Kawasan Lari Landas (Run Away)

Ukuran kawasan lari landas adalah antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar

dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. Kawasan ini juga harus
bebas daripada sebarang gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta

semasa lari.

2.Papan Lonjakan (take off board)

Papan lonjakan juga dikatan sebagai papan pelepas yang digunakan sebagai

penanda dan permulaan lompatan. Papan lonjakan diperbuat daripada kayu atau bahan

tegar yang sesuai. Papan lonjakan ini berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang

dan lebarnya adalah 198 milimeter hingga 202 milimeter dan ketebalannya adalah 100

milimeter. Papan lonjakan ini mesti dicat warna putih dan diletakkan antara 1 hingga 3

meter dari kawasan permulaan mendarat.

3.Papan Penanda Plastesin (Plasticine Indicator)

Papan penanda palstisin ini adalah untuk mengesan tapak kaki atlit apabila

atlit melakukan lompatan batal ataupun kakinya melebihi papan lonjakan untuk

membuktikan pembatalan dalam satu – satu lompatan. Papan ini akan diletakkan pada

hujung papan pelepas atau papan lonjak. Papan pananda ini diperbuat daripada kayu

tegar. Ukuran lebar papan ini adalah antara 98 milimeter hingga 102 milimeter dan

panjangnya adalah antara 1.21 hingga 1.22 meter. Papan ini akan diselaputi plastesin

atau bahan yang sesuai di atasnya.

4.Kawasan Mendarat (Landing Area)

Kawasan yang disisirkan dengan pasir halus dikatan kawadan mendarat.

Kawasan ini sentiasa akan dilembabkan. Kawasan ini merupakan peralatan yang paling

penting dalam acara lompat jauh dan ia mesti berukuran antara 2.75 meter hingga 3
meter lebar dan panjangnya adalah 9 meter. Kawasan ini akan terletak di penghujung

kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.

5. Pita Pengukur (Measuring Tape)

Pita pengukur digunakan unutk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak

lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat

pendaratan dalam kawasan pendaratan. Tetapi kini, dalam kejohanan-kejohanan

olahraga utama dunia, pita pengukur telah pun digantikan dengan alat pengukur

elektronik. Alat pengukur elektronik ini menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan

tepat.

6. Pengukur Halaju Angin (Wind Velocity Indicator)

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-

satu lompatan dibuat. Pengukur ini penting untuk menentukan samada lompatan yang

dibuat oleh seorang atlit dibantu oleh angin atau tidak. Tetapi, biasanya dalam

pertandingan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.

7. Bendera Isyarat (Flag)

Bendera isyarat ini digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu

lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera

merah. Bendera putih adalah untuk lompatan yang sah manakala bendera merah

adalah untuk lompatan batal atau salah.

8. Kasut Berpaku (Spike)


Dalam acara lompat jauh kasut merupakan peralatan yang pentig untuk

seorang atlit. Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan bertindak sebagai

perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai

digunakan untuk acara ini.

8.0 Peraturan atau Undang – Undang acara Lompat Jauh

 Dalam acara lompat jauh giliran peserta akan dijalankan dengan undian.

 Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta akan diberi tiga

kali percubaan lompatan. Jika tempat kelapannya adalah seri, 3 lagi percubaan

akan diberikan kepada peserta yang terlibat. Selepas itu, hanya lapan peserta

yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik

berdasarkan pencapaian.

 Jika pesrtanya lapan orang atau kurangnya, setiap peserta akan diberi enam kali

percubaan lompatan. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan

lompatan. Jika keputusan lompatan dua orang seri, maka pegawai akan merujuk

kepada lompatan kedua terbaik. Jika lompatan kedua juga masih sama,

lompatan ketiga yang ternaik akan dirujuk.

 Jarak lompatan akan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian

penghujung papan lonjak.

 Peserta dikira gagal jika :-


I. Menyentuh bahagian tepi papan melonjak berhampiran dengan

kawasan mendarat dan meninggalkan kesan di atas plastisin dengan

apa jua bahagian badan, sama ada berlari tanpa melompat atau

semasa melompat.

II. Melonjak dari luar papan lonjak, sama ada di kiri atau kanan papan

lonjak, sebelah depan atau belakang garisan panjangan papan lonjak.

III. Semasa mendarat menyentuh bimu di luar kawasan mendarat lebih

dekat ke papan melonjak dari kesan lompatan di kawasan mendarat.

IV. Selepas, mendarat berjalan keluar mengikut arah belakang melalui

kawasan mendarat.

V. Melompat dengan cara berguling – guling

VI. Membuat lompatan dengan menggunakan kedua – dua belah kaki di

papan lonjak.

 Peserta tidak dikira sebagai batal jika melonjak sebelum sampai papan lonjak.

 Ukuran jaraknya akan dikira antara bahagian badan yang mendarat paling

belakang dengan papn lonjak, ukurannya berseudut tepat dengan papan lonjak.

 Lompatan yang terbaik dari semua percubaan akan dikira untuk menyelesaikan

seri tempat pertama.

 Semasa pendaratan dilakukan, keseluruhan badan atlit tidak boleh berada di luar

kawasan pendaratan.
8.0 Kesalahan – kesalahan yang biasa dilakukan

8.1 larian landas

a) Jarak antara setiap langkah tidak seragam

b) Langkah yang terlalu pendek atau terlalu panjang

c) Semasa lari lutut tidak diangkat

d) Badan terlalu bongkok

e) Larian terlalu laju sehingga tidak dapat dikawal

f) kawalan maksimum kelajuan tidak dicapai

8.2 Lonjakan

a) Tidak meletakkan kaki pada sudut tepat pada papan lonjak

b) Melonjak menggunakan bebola kaki

c) Tidak meletakkan dulu tumit di papan lonjak

d) Lutut tidak dibengkokkan

e) Tangan tidak dihayunkan

8.3 Layangan

a) Tubuh badan tidak seimbang


b) Tidak ada koordinasi tangan dengan kaki

c) Melompat terlalu rendah

8.4 Pendaratan

a) Kaki rapat semasa mendarat

b) Mendarat menggunakan hujung kaki

c) Mendarat dalam keadaan duduk

d) Tangan dijatuhkan ke belakang

9.0 teknik dan aspek lompat jauh

Dalam acara lompat jauh, perhatian dan tumpuan utama diberikan kepada

4 aspek. Aspek – aspek tersebut adalah :-

a) Kelajuan larian

b) Pelepasan lompatan

c) Lompatan di udara

d) Lompatan pendaratan (buku 199)

Aspek – aspek ini perlu diberikan tumpuan utama oleh seseorang atlit

lompat jauh. Teknik dan cara yang digunakan tidak betul boleh menyebabkan

perkara – perkara seperti di bawah :-


a) Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan dapat mengganggu

lompatan

b) Sebelum lompatan dilakukan tenaga yang maksimum telah digunakan

c) Berlaku ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada

sasaran di papan lonjakan yang dapat menyebabkan lompatannya

dibatalkan. (buku 203)

Kelajuan larian secara mendatar dan stabil dapat membantu pergerakan

menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Semasa menghasilkan larian

mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah amat penting.

10.0 BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI INI:

Dalam acara lompat jauh pergerakannya lebih tertumpu kepada bahagian

bawah anggota badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan juga turut

berperanan untuk menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan

dan layangan.

1. Fasa Penujuan

Dalam fasa penujuan ini, otot yang berperanannya adalah otot

kuadriseps, otot triseps dan biseps. Selain itu, otot yang terdapat diantara

tendon dan patella juga berperanan serta vastus lateralis, vastus intermedius,
vastus medialis dan rektus femoris (femur) turut berperanan semasa

seseorang atlit melalui fasa penujuan.

2. Fasa Lonjakan

Semasa fasa lonjakan pula otot yang berperanan kepada seorang atlit

adalah otot kuadriseps dan otot di bahagian betis seperti fibularis longus

(Fibula) dan tibialis anterior (Tibia).

3. Fasa Layangan

Otot yang berperanan semasa fasa layangannya adalah seperti otot

kuadriseps, otot triseps dan biseps. Manakala otot gastroknemius dan

calcaneal membantu untuk kayuhan sewaktu berada di udara.

4. Fasa pendaratan

Semasa fasa pendaratan otot kuadriseps, gluteus medius dan gluteus

maximus berperanan membantu atlit untuk mendarat di kawasan pendaratan.

Selain itu, otot calcaneal dan metatarsal juga turut berperanan semasa fasa

pendaratan.

11.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERRANCANGAN PEMAKANAN

ATLET.
Seorang atlit perlu merancangan pemakanan yang ideal dengan mengambil

kira pelbagai aspek. Faktor pemakanan sangat penting untuk memastikan prestasi atlit

dapat dipertingkatkan ke tahap optimum. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang

mempengaruhi makanan seseoarnag atlit iaitu faktor lokasi latihan / pertandingan di

altitude, suhu sejuk, suhu panas dan humidity, Intensity latihan, saiz badan atlit, jangka

masa latihan / pertandingan dan tahap kecergasan atlit.

Makanan mengikut fasa pertandingan juga sangat dipentingkan. Dengan lebih

jelasnyya, Fasa Pra Musim melibatkan penggunaan kalori amat tinggi dan kehilangan

berat badan kerap. Hal ini kerana dehidrasi dan perubahan bentuk latihan. Minum air

juga sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi dengan minum lebih banyak iaitu

tambahan 500 ml air sehari bagi setiap penurunan 420 gram berat badan.

Seterusnya, penyediaan diet sangat dipentingan dalam Fasa Pra Pertandingan

berasaskan individu. Setiap peserta perlu merancang program pemakanan sebelum

seminggu untuk pertandingan.

Dalam Fasa Pertandingan amalan merekod pengambilan makanan sangat

digalakkan. Hal ini kerana peserta berkemungkinan akan mengalami penambahan

berat badan kerana aktiviti yang rendah intensitinya dan amalan pemakanan yang tidak

menentu.

11.0 Prinsip – prinsip mekanik dalam acara lompat jauh

Prinsip mekanik dalam acara lompat jauh ini terbahagi kepada 5 iaitu pusat

graviti, pengumpulan daya, pemindahan momentum, pergerakan dan sudut lonjakan.


Pertama sekali kita lihat pada pusat graviti. Badan seorang atlit lompat jauh

haruslah berbentuk projektif. Perjalanan pusat graviti seorang semasa lari adalah lurus

dan selari dengan landas. Langkah kedua terakhir atlit harus direndahkan sedikit bagi

merendahkan pusat gravity dan langkah terakhir pula harus dipendekkan supaya

membolehkan pusat gravity mula bergerak ke atas untuk fasa penerbangan.

Seterusnya kita lihat kepada pengumpulan daya seseorang atlit. Daya yang

dikumpulkan adalah bergantung kepada kelajuan dan kuasa dalam lari landas seorang

atlit. Bagi melakukan lonjakan yang baik daya yang mencukupi diperlukan.

Pemindahan momentum dikatakan juga perubahan momentum yang akan

berlaku dari hayunan bahu yang laju dengan larian semasa fasa lonjakan. Apabila

pergerakan bahu terhenti separas dengan tinggi bahu, maka berlaku perubahan

momentum ke bahagian bawah anggota badan dan ia akan menyebabkan berlakunya

daya angkatan. Kelajuan angin juga akan dikurangkan agar dapat menukarkan arah

dengan mendahulukan tumit pada papan lonjak. Bagi menghilangkan semua kekuatan

lutut pula akan dibengkokkan sedikit.

Seterusnya kita lihat pada pergerakan dalam acara ini. Semasa lari landas

kelajuan dalam pergerakan linear perlu ditukar ke pergerakan parabola agar dapat

mengekalkan pergerakan pusat graviti di badan. Pusat graviti ini akan bergerak

mengikut titik – titik penerbangan dalam kekotak parabola.

Sekarang kita lihat pada sudut lonjakan semasa lompat jauh dilakukan. Sudut

lonjakan haruslah 15˚ - 25˚. Walaubagaimanapun, sudut projektif yang optima dikatakan

lebih kurang 45˚ bagi mendapatkan jarak yang maksimam. Didapati bahawa lonjakan
dan pendaratan mempunyai sudut yang sama tetapi sudut ini tidak begitu diamalkan

kerana graviti ini akan membuatkan pelompat akan lebih cepat jatuh.

Walaubagaimanapun sudut lonjakan seseorang adalah bergantung kepada tinggi pusat

gravitinya.

12.0 Kesimpulan

Acara lompat jauh merupakan satu acara yang menarik minat sekiranya

langkah – langkah dalam acara ini dijalani dengan betul. Acara inin dipandang mudah

untuk dilakukan tetapi bagi mencapai kejayaan dalam acara ini, latihan yang agak

khusus diperlukan. Acara ini tidak mementingkan ketinggian dan kepantasan larian

seseorang, malah ia mengutamakan jarak lompatan yang jauh dilakukan oleh

seseorang atlit. Sebagai seorang bakal pendidik, bagi memperkenalkan acara lompat

jauh ini kepada murid, kita harus merangka ansur maju yang sesuai mengikut peringkat

umur murid – murid. Bagi mengelakkan kecederaan, langkah keselamatan harus

dipertimbangkan oleh guru. Fasa pendaratan patut diajar dahulu bagi mengelakkan

kecederaan kepada pelajar. Hal ini adalah kerana dalam semua fasa, pengakhiranmya

adalah mendarat.

Anda mungkin juga menyukai