Anda di halaman 1dari 26

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

ULASAN ARTIKEL
CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)
TAJUK: MENANGANI CABARAN UMAT ISLAM ERA MODEN
NAMA KUMPULAN – EMD3M5A (KUMPULAN 4)
DISEDIAKAN OLEH:
FATHUL KHALIQ BIN ABDUL KHAIRI 2020816844
MUHAMMAD AIMAN MUHAIMIN BIN ABDULLAH 2020884404
MOHAMAD AIDIL SYAZWAN BIN SAKDAN 2020628144
MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN MD TAZALI 2020628298
MUHAMMAD ARMAN BIN ZAINUDDIN 2020628542

Struktur dan Gaya Penulisan 6


Ringkasan Teks 6
Analisa Kritis Isu 6
Kualiti dan Memenuhi Syarat 6
Etika dan Professional 6
Jumlah

SEMESTER 3

SESI 2020/2021
PENGESAHAN PENSYARAH

MENANGANI CABARAN UMAT ISLAM ERA MODEN

DISEDIAKAN OLEH:

FATHUL KHALIQ BIN ABDUL KHAIRI 2020816844

MUHAMMAD AIMAN MUHAIMIN BIN ABDULLAH 2020884404

MOHAMAD AIDIL SYAZWAN BIN SAKDAN 2020628144

MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN MD TAZALI 2020628298

MUHAMMAD ARMAN BIN ZAINUDDIN 2020628542

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang
Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar dari Ijazah
Sarjana Muda Semester 3, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan
adalah hasil kerja saya sendiri,tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba
untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-
mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib
Fakulti

Disahkan oleh:

Aishah Azlan
Pensyarah Penilai
CTU552
Oktober 2020
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN___________________________________________________ 1

2.0 RINGKASAN ARTIKEL ____________________________________________ 2

3.0 ULASAN KRITIS __________________________________________________ 5

3.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis ___________________________ 5

3.2 Adakah isu itu menarik? ________________________________________ 9

3.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda

sebagai seorang penyelidik?________________________________________ 10

3.4 Persetujuan tentang kandungan artikel. ____________________________ 12

3.5 Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan kepada

pemikiran anda? _________________________________________________ 16

3.6 Penemuan baru yang diperoleh daripada artikel. _____________________ 18

4.0 KESIMPULAN ___________________________________________________ 19

4.1 Bagaimana anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam

kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang?__________________ 19

4.2 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini. _________________ 21

5.0 SUMBER RUJUKAN ______________________________________________ 22


1.0 PENDAHULUAN

Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden merupakan sebuah artikel yang sangat menarik
yang dikupaskan oleh kami satu persatu. Artikel ini adalah hasil nukilan Profesor Mohd Roslan Mohd
Nor. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di rantau Asia Tenggara, terutama di
Malaysia yang dibincangkan oleh saudara Profesor Mohd Roslan Mohd Nor. Beliau merupakan
seorang Profesor di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya,Malaysia. Pada masa ini, beliau merupakan ketua jabatan untuk kali kedua bermula dari April
2020. Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan
Pembangunan) di Akademi Pengajian Islam dari 1 Julai 2012 sehingga 20 Januari 2019. Sebelum itu,
beliau bertugas sebagai ketua jabatan dari 2009 sehingga 2012. Disebalik kejayaan menajawat
jawatan yang besar dalam sesuatu organisasi, beliau seorang bekas graduan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Ilmu Wahyu. Seterusnya, beliau melanjutkan
pelajaran dalam Ijazah Sarjana di University of Abertay Dundee, United Kingdom. Tidak behenti
disitu sahaja, beliau menyambung lagi pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran di University of Aberdeen.
Kecenderungan dan minat beliau terhadap isu-isu semasa berkaitan umat Islam, kepelbagaian kaum
dan Islam serta pengajian agama dan tamadun, telah mendorong beliau untuk menghasilkan pelbagai
jurnal akademik yang hebat dan sebahagiannya telah diterbitkan hingga ke peringkat antarabangsa.
Bukan sekadar itu sahaja, Profesor Mohd Roslan Mohd Nor juga telah dilantik sebagai ahli akademik
kehormat di University Nasional Al-Farabi Kazakhstan dan menyampaikan kursus dalam talian untuk
satu semester yang berakhir pada bulan April 2020. Beliau pernah menerima anugerah MAPIM-KPT
2018 untuk buku yang diterbitkan dalam kategori Sains Sosial. Beliau juga menerima anugerah
berprestij Anugerah Akademik Negara (AAN) 2018 untuk kategori buku hasil nukilan beliau iaitu
The Significance of Islamic Jerusalem in Islam yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh Univ of Malaya
Press. Buku terbarunya telah diterbitkan baru-baru ini oleh UM Press pada tahun 2020 yang bertajuk
Konflik Gaza dan Misi Kemanusiaan Freedom Flotilla. Untuk artikel Cabaran Umat Islam Era Moden
ini telah diterbitkan tanggal 31 Desember 2011, Journal of Al-Tamaddun.

1
2.0 RINGKASAN ARTIKEL.

Berdasarkan artikel yang diberi, objektif penulis menghasilkan nukilan artikel ini adalah
untuk menyampaikan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam terutamanya
di Malaysia dalam menangani cabaran pada era moden ini. Selain itu, penulis juga membincangkan
jalan penyelesaian yang perlu di ambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi agar dapat di
praktikkan untuk anak muda zaman sekarang. Disini jelas terbukti bahawa penulis sangat mengambil
berat terhadap apa yang berlaku pada umat Islam pada era moden ini kerana penulis berpendapat
bahawa umat Islam perlu diselamatkan daripada ancaman ideologi ideologi barat yang membawa
ajaran sesat iaitu ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Dapat kita lihat sekarang ramai umat
Islam yang sambalewa dalam memelihara kesucian agama sendiri daripada di diancam oleh ideologi-
ideologi barat.

Berdasarkan penulisan yang ditulis oleh saudara Profesor Mohd Roslan Mohd Nor, penulisan
beliau adalah secara umum dan tidak spesifik terhadap sesuatu perkara. Justeru ,tema kajian dalam
artikel ini adalah kajian tentang bagaimana ideologi barat dapat memusnahkan cara hidup umat Islam
. Di dalam hal ini, penulis menekankan bahawa orang barat menyerang umat Islam melalui serangan
“indirect” iaitu pengaruh pengaruh budaya luar mengikut peredaran zaman. Selain itu, penulis juga
menyatakan bahawa budaya hedonisme merupakan asbab yang mengancam umat Islam sehinggakan
gender dijadikan agenda sasaran bagi menjajah pemikiran umat Islam.

Merujuk perkara diatas, budaya hedonisme ini sangat tajam bak keris pahlawan melayu yang
dapat membunuh sesiapa sahaja kerana budaya ini dapat menghancurkan umat Islam sekelip mata.
Menurut Kamus Dewan, hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup. Ia juga berkait dengan sikap suka berhibur,suka kepada hiburan
sehingga boleh melalaikan seseorang dari tujuan utama mereka .Budaya ini sangat ditegah dalam
Islam kerana ianya akan merosakkan umat Islam. Contohnya, ramai umat Islam akan terjebak dengan
perkara perkara yang melalaikan seperti membuat maksiat,meminum minuman keras yang
mengandungi alkohol, dan menghisap dadah. Jika penulis tidak membincangkan hal ini, pasti umat
Islam akan lalai dalam menjaga pemikiran mereka daripada diserang budaya hedonisme ini secara
indirect.

2
Di samping itu, masyarakat barat juga menggunakan gender sebagai agenda sasaran bagi
menjajah pemikiran umat Islam supaya berfikiran kolot dan jumud. Mereka menganggap Islam
menindas kaum wanita, tidak memberi kebebasan dan mengongkong wanita daripada melakukan
aktiviti kemasyarakatan. Tetapi pada hakikatnya tidak sama sekali. Islam sangat menitik berat soal
kaum wanita sehingga kaum ini di angkat darjat mereka sama tinggi dengan kaum lelaki. Hal ini
terbukti dimana Allah telah menurunkan satu surah di dalam Al-Quran iaitu Surah An-Nisa yang
terdiri daripada 176 ayat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Wanita itu adalah pemimpin
dalam rumah tangganya dan bertanggungjawab tentang kepimpinannya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Daripada hadis tersebut, jelan menunjukkan bahawa kaum wanita ini tidak diperlekehkan dan ditindas
seperti mana yang dianggap oleh segelintir masyarakat barat yang mempunyai pemikiran yang kolot.

Dalam artikel ini, penulis sangat bijak dan berintelektual dimana penulis menggunakan
metadologi yang sistematik dalam melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi
mencapai matlamat kajian. Secara umumnya, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi
menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian
perpustakaan dan kajian lapangan. Gabungan kedua-dua bentuk kajian ini amat sesuai dengan kaedah
kajian masa kini yang mementingkan kedua -dua elemen tersebut. Penulis banyak membuat kajian
perpustakaan dengan membaca beberapa buku serta jurnal yang telah diterbitkan lalu diolah dan
diubahsuai oleh penulis agar isi kandungan yang di ambil lebih menarik dan mempunyai nilai
tersendiri.

Dalam konteks ini, penulis ada membincangkan berkenaan cara ataupun langkah bagi
menangani serangan ideologi barat ini dengan mengukuhkan asas pendidikan serta merekayasa
berkaitan agam Islam. Hal ini sangat lah penting bagi memupuk minda umat Islam pada era moden
ini agar tidak terjelopok dalam kancah ideologi barat . Pendidikan perlulah disemai sejak umur
setahun jagung supaya mereka sedar dan lebih menghayati apa itu Islam bukan hanya sekadar
mengetahui melalui nama sahaja. Ibu bapa adalah tonggak utama yang mencorakkan anak muda
zaman sekarang untuk menjadi seorang insan dan khalifah yang mempunyai nilai murni serta akhlak
yang baik.

3
Akhir sekali. Hasil kajian mendapati bahawa serangan ideologi barat secara indirect sangat
lah bahaya kepada umat Islam pada era moden ini kerana ianya akan memberi impak yang negatif
seterusnya akan merosakkan segelintir umat Islam yang tidak mempunyai pegangan akidah yang
kuat. Hal ini kerana ideologi barat ini dapat menggoyahkan iman serta menyelewengkan akidah umat
Islam untuk berbuat perkara perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Oleh itu, pendidikan awal
haruslah dititik beratkan kepada semua umat Islam sejak di bangku sekolah lagi agar mereka faham
apa itu halawatul Islam.

4
3.0 ULASAN KRITIS

Taksiran kali ini adalah bertujuan untuk menganalisa serta mengulas artikel yang telah
diberikan kepada kumpulan kami yang bertajuk ‘Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden’.
Melalui kertas kerja ini, kami akan mengetengahkan dan memperincikan pendapat kami tentang isu-
isu yang telah dibangkitkan oleh penulis serta menghuraikan lagi dengan lebih mendalam berserta
hujah yang kukuh tentang kandungan-kandungan yang terdapat dalam artikel tersebut.

3.1 Isu Utama Yang Dibangkitkan Oleh Penulis

Isu utama yang telah dibangkitkan oleh penulis adalah budaya hedonisme, isu gender,
pemikiran liberal, keterbukaan agama Islam dan pendidikan sebagai asas menghadapi penjajahan
pemikiran. Isu-isu yang telah dinyatakan adalah antara bentuk cabaran yang dihadapi oleh masyarakat
sejagat terutamanya umat Islam. Hal ini merujuk kepada mengubah ketelusan sesebuah negara
sehingga wujudnya gerakan-gerakan fahaman yang bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh
syarak. Punca permasalahan ini wujud ialah kerana pengaruh barat. Motif utama golongan barat
mewujudkan fahaman ini adalah untuk menerapkan pemikiran barat dalam pemikiran umat Islam
sehingga melunturkan nilai-nilai Islam daripada diri dan jiwa mereka. Segala bentuk cabaran yang
dihadapi ini mempunyai perkembangan drastik yang mampu memberi kesan buruk kepada pegangan
akidah dan pemikiran umat Islam.

Cabaran pertama yang perlu diambil berat oleh umat Islam pada era modenisasi seperti yang
telah dinyatakan di dalam artikel ini ialah tentang budaya hedonisme. Hedonisme juga diertikan
sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan yang merupakan ukuran tingkah laku sesuatu perbuatan yang
baik (Haron Din et al., 1990). Penganut fahaman ini dikenali sebagai hedonis dan sifat mementingkan
keseronokan disebut sebagai hedonistik (Kamus Dewan, 2005). Menurut jurnal, “Budaya Hedonisme
dan Cabarannya terhadap Pembangunan Tamadun Ummah” ditulis oleh Halipah Hamzah – pada
tahun 2010. Beliau menyatakan terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada permasalahan
hedonisme antaranya ialah serangan dan penjajahan pemikiran oleh golongan Barat, globalisasi,
media massa dan hiburan. Budaya hedonisme ini tanpa kita sedar semakin menjadi barah di dalam
kalangan rakyat Malaysia khususnya. Menrut penulis, budaya hedonisme bermaksud pegangan atau
pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Hedonisme merupakan
sebahagian daripada sekularisme. Kata dasar sekularisme ialah sekular yang bermaksud dunia. Ia
merupakan satu fahaman yang memisahkan hubungan antara agama dan dunia (Haron Din et al.,
1990). Penulis turut mengetengahkan beberapa hujah berkaitan budaya hedonism yang menunjukkan
bahawa budaya ini seharusnya ditentang dan dikawal sebaik mungkin sebelum menjadi barah di
dalam masyarakat kita. Antaranya ialah dengan memantapkan akidah di dalam diri agar tidak mudah
5
terpengaruh dengan pandangan-pandangan barat yang hanya mementingkan logik akal semata. Hal
ini kerana, akidah adalah tunjang utama dalam diri umat Islam yang perlu dipelihara agar tidak mudah
terpesong dengan perkara-perkara yang mampu menggugat keimanan seseorang. Seperti yang
dinyatakan oleh penulis, kewujudan program realiti televisyen yang menyiarkan program-program
barat ini mampu menjadi salah satu punca masyarakat kita kini terdedah dengan perkara yang tidak
mendatangkan manfaat dan lebih teruk lagi kanak-kanak yang terdedah pada usia muda. Selain itu,
wujudnya pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini lebih membimbangkan
kerana mereka lebih cenderung untuk berseronok semata. Mereka yang ini tidak memikirkan baik
buruk perkara yang mereka lakukan, apa yang penting hanyalah keseronokan dunia yang fana’ ini.

Cabaran kedua yang dizahirkan oleh penulis di dalam artikel beliau ialah tentang isu gender
yang telah mempengaruhi pemikiran wanita-wanita yang hendak membuktikan bahawa mereka
‘mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’, dengan kaum lelaki. Ada juga yang merasakan
wujudnya ketidakadilan di dalam hukum hakam dalam keluarga Islam yang mendorong kepada
penindasan kaum wanita. Seperti yang dinyatakan penulis bahawa di negara ini ada kumpulan SIS
yang memperjuangkan kesaksamaan wanita agar mereka ini dapat dibebaskan dari penindasan atas
nama agama dan hukum syarak. Sesungguhnya apa yang dipegang oleh mereka adalah sama sekali
jelas kontradik dengan apa yang telah diajar dalam Islam. Celik mengetahui bahawa agama Islam
adalah agama yang mampan dan sentiasa berubah mengikut perubahan peredaran zaman tetapi tetap
tidak melampaui apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Sirah terdahulu jelas membuktikan bahawa
Islam tidak menyokong apa jua bentuk diskriminasi. Sebagai contoh, pada zaman Jahiliyah, bayi
perempuan ditanam hidup-hidup kerana dipercayai yang anak perempuan ini akan membawa
malapetaka buruk pada keluarga mereka. Kepercayaan ini jelas membuktikan kezaliman dan tiada
rasa perikemanusiaan sehingga sanggup berbuat sedemikian. Apabila Islam muncul, barulah
kepercayaan karut ini dihapuskan dan secara tidak langsung telah membuang segala bentuk
penindasan dan diskriminasi terhadap wanita. Selain itu, isu aurat juga menjadi hujah mereka yang
merasakan wanita seharusnya bebas menentukan apa yang mereka mahukan. Jika diteliti dan
diteladani, hikmah disebalik suruhan menutup aurat ini adalah bagi menjaga dan memelihara
kehormatan seseorang wanita. Islam telah mengangkat darjat seorang wanita dan dianggap mulia
disisi Islam. Jika pemikiran mereka tidak dibendung, maka akan wujudnya seperti Prof Dr Musdah
Mulia yang telah mempersoalkan hukum hakam agama Islam dalam kekeluargaan Islam dan lebih
parah lagi telah memperjuangkan hak homoseksual. Hal ini sudah terang lagi bersuluh telah
melampaui batas agama Islam yang mengeji perbuatan hina itu.

6
Cabaran ketiga yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel beliau ialah tentang pemikiran
liberal. Menurut jurnal “Ancaman Pemikiran Liberal Terhadap Pembangunan Peradaban Islam di
Malaysia: Analisis Isu-Isu Berkaitan Penafsiran Al-Quran” ditulis oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi –
pada tahun 2020. Beliau menyatakan yang golongan liberal ini sentiasa berpegang dengan beberapa
prinsip asas yang diyakini oleh mereka. Antara pegangan mereka ialah penafian terhadap autoriti
agama serta penekanan terhadap kebebasan individu untuk berijtihad. Menurut fahaman liberalisme
mereka beranggapan yang kebenaran adalah relatif dan boleh datang dari sesiapa sahaja tidak
semestinya dari seorang agamawan. Sebagai contoh berdasarkan konsep pemikiran ini, mereka juga
menggesa supaya Al-Quran diberi penafsiran semula, sesuai dengan kehendak dan tuntutan moden.
Malah ada yang lebih ekstrim berpendapat bahawa Al-Quran mempunyai pengaruh tangan manusia.
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mun’im Sirry pada 19 Ogos 2017 yang mendakwa
bahawa Al-Quran bukan berasal dari semenanjung tanah Arab bahkan dari Mesopotamia. Metode
pemikiran liberal ini amat bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Punca wujudnya
pemikiran liberal ini adalah kerana sifat keterbukaan mereka yang melampau dan menerima semua
pemikiran barat tanpa menganalisis terlebih dahulu menggunakan akal fikiran.

Cabaran keempat yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel beliau ialah keterbukaan Islam
kepada perubahan. Untuk mengatasi segala permasalahan hidup umat manusia millennium baru itu,
para ulama atau para sarjana hukum serta golongan cendekiawan sentiasa cakna dan bermusyawarah
bagi menyelesaikan permasalahan berdasarkan syariat yang telah termaktub. Menurut Fathurrahman
Azhari (2016), “In the one hand, social changes caused by the Islamic law, but on the other hand, the
change of Islamic law itself caused by the social changes”. Beliau menyatakan bahawa syariat Islam
sentiasa fleksibel dan berubah mengikut kesesuaian peredaran zaman. Islam adalah agama yang
mampan dan tidak akan menyekat manusia untuk terus berkembang maju, tetapi haruslah senantiasa
berpandukan Islam. Islam adalah agama yang bersifat al-murunah yang bermaksud bersifat anjal.
Maka dari segi konteks, Islam adalah releven dan boleh diguna pakai pada setiap peredaran zaman.
Sebagai contoh, pada zaman baginda Rasullulah SAW, berlakunya peristiwa hijrah dari Mekah ke
Habsyah dan kemudian dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan dilakukan bukan lah semata bagi
menyelamatkan diri, akan tetapi demi menegakkan syiar Islam. Namun, pada masa kini, telah berlaku
penghijrahan manusia dari negara-negara ketiga ke negara kita. Tujuan mereka berhijrah adalah untuk
memenuhi keperluan ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan. Jadi tujuan penghijrahan ini telah
berubah mengikut peredaran zaman bagi memenuhi keperluan kehidupan.

7
Cabaran kelima yang dinyatakan di dalam artikel penulis ialah pendidikan sebagai asas
merekayasa umat Islam menghadapi penjajahan pemikiran moden. Beliau menekankan bentuk baru
penjajahan pemikiran dan cara untuk membendung cabaran tersebut. Hal ini kerana, ilmu adalah
perkara dominan yang perlu dikuasai oleh seseroang muslim agar mereka tidak mudah dipengaruhi
dan dapat menepis segala cabaran dalam era moden kini. Pendidikan merupakan salah satu aspek
yang sangat dititik beratkan di dalam agama Islam. Dari sudut pandang Islam, pendidikan adalah
suatu yang muktamad untuk seseorang muslim kuasai kerana dengan adanya ilmu barulah diri
seseorang itu dapat dibentuk agar menjadi manusia yang berjaya didunia dan di akhirat. Dengan
adanya ilmu didada seseorang, cara pemikiran dan setiap tutur kata itu disulami dengan ilmu, maka
setiap perkara yang diterima akan dihadam dan membezakan mana yang haq dan batil. Maka perlulah
ditegapkan kepentingan ilmu agar dapat mempersiapkan diri dari penjajahan pemikiran moden yang
semakin liar.

8
3.2 Adakah Isu Itu Menarik?

Pada pendapat kami, isu yang dizahirkan oleh penulis amat menarik untuk dibaca dan mudah
untuk difahami konteksnya. Hal ini demikian kerana penulis telah menghuraikan setiap maklumat
mengenai isu tersebut secara terperinci, maka konteks hujahan penulis di dalam artikel tersebut jelas
dan tidak sulit untuk difahami. Setiap cabaran yang dikemukakan disertai dengan penerangan lanjut
dan contoh kesan yang tepat. Cabaran semasa terhadap umat Islam dapat difahami secara mudah. Isu
tersebut juga memberikan pengetahuan baru dengan penjelasan daripada sumber-sumber yang sahih.

Seterusnya, isu yang diutarakan oleh penulis menarik kerana isu yang dibahaskan adalah isu
semasa. Isu ini sedang asyik menjadi bahasan perbualan mulut ke mulut oleh seantero negara yang
telah membawa kesan yang mendalam. Cabaran-cabaran yang dihadapi berkaitan akidah umat Islam
ini telah menjadi satu ancaman sejak zaman awal Islam lagi. Umat Islam sering terancam dengan
kedatangan fahaman-fahaman baru yang cuba merosakkan kesucian dan kemuliaan Islam seperti
Quraniyyun iaitu fahaman yang menolak hadis dan Mulhid fahaman yang bercanggah dengan ajaran
Islam dan membawa kepada kesesatan dengan menggangap Tuhan itu tiada. Kemunculan fahaman
sedemikian adalah kerana kurangnya kecelikan masyarakat dalam membendung barah yang menjadi
kusta dalam kalangan masyarakat umat Islam. Hal ini mampu merencatkan perkembangan agama
Islam dan secara tidak langsung mampu mewujudkan ancaman kepada masyarakat Islam di rantau
ini.

Selain itu, isu yang dibahaskan penulis menjadi pembuka hijab masyarakat yang alpa dengan
apa yang dihadapi secara tidak sedar ini. Isu ini memberikan banyak iktibar dan meningkatkan
kesedaran serta kepekaan kepada masyarakat khususnya kepada umat Islam. Bentuk cabaran yang
secara langsung mahupun tidak langsung mampu memberi kesan kepada keruntuhan Islam itu sendiri.
Namun, dalam garis masa yang sama umat Islam perlulah memahami konteks yang lebih meluas
berkenaan kepelbagaian bentuk cabaran baru terutama yang hadir secara halus. Jika umat Islam
didedahkan dengan cabaran-cabaran seperti yang dinyatakan oleh penulis, mereka pasti dapat
mengasingkan diri dan membina tembok penghalang dalam memelihara diri daripada cabaran ini
kerana cabaran ini mudah ditentang secara zahir dan nyata kerana jelas telah bercanggah dengan
akidah Islam.

9
3.3 Adakah Isu Yang Dibangkitkan Oleh Penulis Relevan Bagi Anda Sebagai Seorang
Penyelidik?

Sebagai seorang penyelidik, kami berpendapat isu ini relevan dan perlu diketengahkan kerana
ia merupakan isu penting. Hal ini kerana di zaman moden ini dimana banyak cabaran perlu dihadapi
oleh masyarakat Islam yang terdedah dengan penyebaran maklumat yang tiada sekatan. Selain itu,
mereka juga terdedah dengan maklumat yang boleh melemahkan dan menyesatkan pegangan agama
Islam dalam diri masing-masing. Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi
Negara perlu membantu rakyat yang beragama Islam menangani cabaran-cabaran ini terutamanya
golongan muda.

Hal ini dapat di buktikan melalui tulisan penulis dalam artikel ini yang mengatakan bahawa
Islam berhadapan dengan penjajahan pemikiran dalam bentuk yang berbeza. Kenyataan ini disokong
oleh Anita M. Weiss bahawa Islam di zaman moden ini berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama
ada luaran mahupun dalaman. Masyarakat Islam berdepan dengan dilema dan kecelaruan budaya
yang mempengaruhi pemikiran mereka. Dunia yang sentiasa bergerak kehadapan memerlukan
masyarakat yang maju pemikirannya. Ini secara tidak langsung membuatkan masyarakat Islam
menyoal kembali kredibiliti ajaran agama Islam dengan kesesuaian arus masa. Ini merupakan cabaran
hebat kepada masyarakat Islam.

Isu yang dibangkitkan ialah tentang isu menangani cabaran umat Islam dalam era moden.
Sebagai penyelidik, ilmu ialah perkara penting dalam penyelidikan atau kajian. Zaman yang serba
moden ini menawarkan kemudahan dalam mencari ilmu. Ilmu ini kemudiannya akan digunakan
dalam kehidupan seharian. Oleh kerana itu, ianya amat penting bagi masyarakat Islam untuk
mengenal pasti kesahihan dan pandangan Islam tentang ilmu tersebut. Contoh yang boleh
dibincangkan ialah tentang ilmu evolusi manusia. Teori yang popular tentang evolusi ialah daripada
Charles Darwin yang memperkenalkan ‘Darwin Theory’. Secara ringkasnya teori ini mengatakan asal
usul manusia ialah haiwan. Ini secara jelas bertentangan dengan sejarah Islam yang terdapat dalam
Al-quran. Ini adalah salah satu sebab pentingnya ilmu dan juga Islam untuk menilai kebenaran sesuatu
perkara. Jika perkara ini dipandang remeh ini boleh mengakibatkan masyarakat Islam tersesat
pemikiran dan secara tidak langsung melemahkan iman.

10
Seterusnya, isu ini juga sangat relevan kerana ianya berkait rapat dengan isu budaya dan sosial
masyarakat Islam Malaysia terutama sekali golongan muda. Hampir semua isu yang dibincangkan
tersebar melalui internet. Golongan muda yang banyak mengunakan internet lebih terdedah dengan
isu ini. Oleh kerana penyelidik juga banyak menggunakan internet untuk mencari maklumat, mereka
bukan sahaja terdedah dengan isu ini secara langsung tetapi mereka juga mudah untuk mempercayai
maklumat yang diperoleh. Disebabkan internet ini boleh diakses oleh semua orang, penyebaran
maklumat palsu juga mudah disebarkan kepada orang ramai.

Sebagai seorang penyelidik, kami perlu sentiasa peka dengan segala isu yang timbul di negara
Malaysia ini. Hal ini supaya, kami bukan sahaja sedar tentang cabaran yang bakal dihadapi
masyarakat Islam tetapi juga dapat mencari cara mengatasi cabaran atau permasalahan yang berlaku.
Tidak disangkal lagi bahawa cabaran ini memang sentiasa wujud sejak dari penubuhan Islam itu
sendiri, tetapi sebagai seorang masyarakat Islam kita harus faham bahawa cabaran ini tidak sama dan
berbeza mengikut zaman. Era moden ini sememangnya memudahkan segala perkara bagi masyarakat
Islam. Tetapi kemudahan ini juga boleh digunakan untuk perkara negatif, ia menjadi tanggungjawab
masyarakat Islam mengunakkan kemudahan ini dengan sebaiknya.

Akhir sekali, keperluan untuk mengambil berat terhadap pengetahuan tentang sejarah Islam
oleh para pemikir dan pengkaji, juga para pendidik dan remaja sekolah adalah sangat penting. Ini
kerana pengetahuan dan pembelajaran tersebut amat membantu mereka untuk memahami kejadian-
kejadian dan peristiwa-peristiwa semasa untuk dijadikan bandingan dan pengajaran, serta untuk
menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang sedang berlaku. Ibn Khaldun berkata bahawa dalam
ilmu sejarah, adalah tidak tepat jika seseorang hanya mempelajarinya tetapi tidak membandingkannya
dengan apa yang sedang dan akan berlaku pada masa hadapan.

11
3.4 Persetujuan Tentang Kandungan Artikel

Setelah membaca dan memahami artikel ini, kami bersetuju dengan kandungan dalam artikel
ini. Era moden ini bukan la era yang mudah, banyak perkara yang menjadi cabaran kepada masyarakat
Islam dalam mengharungi kehidupan. Cabaran ini datang dalam pelbagai bentuk dan cara untuk
melalaikan dan melemahkan iman masyarakat Islam di dunia terutamanya di Malaysia. Penulis artikel
ini menyatakan bahawa cabaran-cabaran ini perlu ditangani sebaiknya supaya ia dapat diselesaikan
dengan baik dan tidak menjadi barah dalam kehidupan masyarakat.

Perkara yang pertama ialah tentang budaya luar yang masuk ke dalam Malaysia. Hal ini
kerana semakin maju sesuatu zaman semakin banyak perkara baru yang timbul dalam kehidupan
masyarakat Islam. Perkara ini yang kebiasaanya datang dari Negara yang bukan Negara Islam dan
telah menyebarkan budaya mereka kepada semua manusia termasuk masyarakat Islam. Terdapat
budaya yang disebar merupakan budaya yang secara jelasnya telah dijatuhkan hukum haram dalam
ajaran Islam, namun ia telah menjadi ikutan masyarakat Islam di Malaysia. Contoh yang utama ialah
budaya LGBT. Menurut Suhaya Deraman, budaya LGBT sememangnya menyimpang daripada
norma masyarakat di Malaysia terutama apabila ia melibatkan isu berkaitan agama dan budaya di
negara ini. Kewujudan fenomena ini mencetuskan kontroversi terutamanya apabila ia benar-benar
menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar di mana Malaysia merupakan salah sebuah
negara yang berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama rasmi.

Perkara lain yang penting sebagai masyarakat Islam ialah memahami tentang ajaran Islam.
Hal ini kerana, ajaran agama Islam itu juga semakin hari semakin tercemar dengan perkara yang
menentang Al-quran dan Hadis. Sebagai masyarakat Islam kita perlu mengenal pasti ajaran yang
dikatakan ajaran Islam itu sahih dan bukan direka oleh individu yang hanya ingin memutar belit ajaran
Islam supaya bersesuaian dengan kehendak diri. Jika seorang masyarakat Islam itu mahu mempelajari
ajaran Islam yang benar dan lebih mendalam ianya perlu datang daripada guru yang layak dan tempat-
tempat yang menkaji ilmu seperti madrasah. Jika salah mentafsir ajaran Islam, seseorang itu boleh
tersesat dan juga merosakkan akidah diri. Contoh yang boleh dibincangkan ialah Islam liberal.
Menurut Khalif Muammar, pendukung fahaman Islam Liberal juga menolak autoriti agama dan
menganut fahaman kebebasan untuk berijtihad oleh mana-mana individu mengenai apa jua bentuk
permasalahan agama.

12
Perkara seterusnya yang dibincang penulis dalam tulisannya ialah budaya Hedonisme. Secara
asasnya budaya Hendonisme ialah mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sikap suka
kepada hiburan dan melalaikan seseorang ialah budaya Hedonisme. Contoh budaya ini ialah seperti
berhibur di kelab malam, sosial media berlebihan dan permainan video. Ini adalah antara perkara
yang sering melalaikan seseorang sekiranya dilakukan berlebihan. Perkara ini sudah jelas adalah salah
satu cabaran kepada masyarakat Islam terutamanya di Malaysia kerana budaya ini yang sentiasa
berkembang kepada semua manusia terutamanya golongan muda. Budaya ini bukan la perkara baru
ianya sudah ada sejak lama dahulu, namun perkara ini semakin menajadi barah dalam kalangan
masyarakat. Bagi mereka yang suka kepada hedonisme dikhuatiri tidak mementingkan pengajian
mengenai Islam, lalu ia akan menjadi golongan paling mudah untuk diresapi pemikiran-pemikiran
yang salah. Apabila minda mereka dijajah oleh perkara-perkara yang salah, maka natijahnya akan
melahirkan insan yang berfikir dalam kerangka yang tidak Islamik. Disebabkan itulah penting hiburan
ini dikurangkan ke tahap minima seperti yang dikatakan oleh penulis dalam artikel ini. Negara perlu
memastikan golongan muda menjadi insan yang beribawa untuk masa yang akan datang. Imam Al-
Ghazali juga mengatakan jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan
anak muda hari ini.

Seterusnya, penulis ini juga ada membincangkan tentang isu gender. Secara asasnya, yang
dibincangkan oleh penulis ialah tentang pejuang-pejuang wanita merasakan diri mereka ditindas dan
tidak mendapat keadilan atas nama agama dan hukum syarak. Apa yang mereka cuba pejuangkan
ialah mereka seperti berasa wanita sering ditindas dan cuba mengubah undang-undang Islam dalam
perkahwinan yang mengatakan ianya tidak adil. Namun tangapan mereka ini adalah tidak benar. Islam
ialah agama yang tidak menindas seseorang berdasarkan jantina malah semuanya berkantung kepada
akidah dan iman seseorang. Apa yang dikatakan oleh pejuang wanita ini ialah tidak benar dan mereka
hanya tidak memahami dan jahil tentang syariat itu sendiri. Seperti dikatakan dalam artikel, wanita
juga memain peranan penting dalam perjuangan penyebaran agam Islam semasa zaman Nabi
Muhammad SAW. Wanita-wanita ini turut berjuang dalam majlis-majlis ilmu, penghijarahan Nabi
Muhammad SAW dan malahan dalam ketenteraan,wanita tidak pernah ditindas ataupun diperlakukan
tidak adil dalam Islam.

13
Perjuangan isu gender ini juga menjadi perkara yang disokong oleh Islam liberal. Islam liberal
menganggap hukum -hakam dan mazhab tidak sesuai di praktikkan di zaman ini. Perkara yang
ditimbulkan ini dilihat bertujuan untuk merungkai satu ketetapan yang telah diambil oleh para ulama’
silam dalam menafsirkan Islam serta menjadikan perbincangan soal amal ibadat itu lebih terarah dan
tersusun. Mereka tidak lagi mahu mengikut pandangan-pandangan ulama’ silam ini seterusnya
membebaskan diri dari mazhab dan menggunakan akal bagi menafsirkan Quran dan Hadis bagi
diselarikan dengan keadaan semasa. Tidak disangkal bahawa terdapat perkara baru yang timbul dan
tidak dibincangkan di dalam Al-quran dan hadis seperti isu ‘vape’ atau rokok elektronik. Tetapi untuk
mengeluarkan hukum terhadap sesuatu perkara itu perlu dilakukan oleh ulama dan berkelayakan
kerana mereka telah mengkaji dan mentafsir Al-quran dengan lebih baik. Jika sesiapa sahaja boleh
menjatuhkan hukum dan mentafsir Al-quran ,sudah tentu akan banyak perselisihan fahaman yang
berlaku dan menjadikkan masyarakat Islam berpecah belah. Pada asasnya, apa yang dilakukan oleh
golongan Islam liberal ini ialah cuba mengubah hukum dalam Al-quran kerana mereka tidak bersetuju
dengan hukum yang ditetapkan.

Akhir sekali, artikel ini juga ada membincangkan tentang keterbukaan Islam dalam
perubahan. Seperti yang diperkatakan di dalam artikel bahawa sifat Islam ialah al-murunah, iaitu
bersifat anjal. Ini bermaksud Islam itu sesuai mengikut perkembangan waktu dan peredaran zaman.
Seperti yang telah dibincangkan kita perlu faham bahawa Islam tidak menukar syariatnya sepanjang
agama ini dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Namun pentafsiran Al-quran jika terpehalusi boleh
diguna pakai untuk setiap perkara kehidupan tidak kira zaman. Oleh yang demikian, apa yang
dikatakan kan penulis dalam artikel ini ialah sesuatu perubahan yang menganjalkan Islam mestilah
dalam ruanglingkup yang tidak terkeluar dari panduan Ilahi. Bagi mereka yang beranggapan ianya
dibenarkan untuk menolak pandangan ulama’ dan mengikut apa yang difahami sendiri kerana melihat
bahawa Islam bersifat terbuka ialah salah sama sekali. Inilah apa yang berlaku pada masa kini. Bukan
sahaja orang luar cuba merosakkan agama Islam malah segelintir masyarakat Islam juga turut
melakukan perkara ini.

14
Kesimpulannya, perbincangan penulis tentang cabaran umat Islam era moden dan cara
mengatasi nya adalah tepat dan betul. Berdasarkan bukti-bukti yang disertakan ia menjadi lebih kukuh
bahawa cabaran itu memang wujud dan sebagai masyarakat Islam kita perlu bersungguh-sungguh
untuk menanganinya supaya menjadi masyarakat Islam yang lebih baik. Kami bersetuju dengan
perkara yang dibincangkan penulis dalam artikel ini dan menganggap perkara ini penting dan diberi
perhatian lebih lagi.

15
3.5 Adakah Artikel Ini Dapat Mengubah Atau Memberi Kesan Kepada Pemikiran Anda?

Artikel ini telah mengubah cara pemikiran kami terhadap cabaran yang dihadapi umat Islam
di era moden ini. Ini kerana, pada sebelum ini, kami beranggapan bahawa cabaran yang dihadapi oleh
umat Islam tidaklah begitu kritikal. Dengan adanya artikel ini, telah membuka mata kami bahawa
keadaan sebenar adalah sebaliknya iaitu, Islam berhadapan dengan penjajahan pemikiran dalam
bentuk yang berbeza. Dengan cabaran seperti ini, ia boleh menyebabkan akidah umat islam tergugat
dan terpesong sekiranya umat Islam itu tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh. Oleh itu,
mendalami dengan lebih dalam tentang cabaran cabaran ini dapat kami atasinya dengan lebih efektif.

Setelah selesai menyelidik artikel ini, kami telah mengenali cabaran daripada aspek pemikiran
iaitu melalui budaya hendonisme. Budaya ini telah terjadi dari zaman dahulu lagi. Oleh itu
masyarakat Islam berdepan dengan dilema dan kecelaruan budaya, mempengaruhi pemikiran mereka
dalam situasi untuk mempertahankan tradisi atau melakukan perubahan modenisasi. Budaya
hendonisme atau kehidupan yang mementingkan keseronokan hidup merupakan cabaran umat Islam
pada masa kini. Budaya hendonisme menyumbang kepada proses deislamisasi kerana hedonisme
ialah pegangan falsafah yang mementingkan kebebasan manusia sehingga ke tahap menjadikan
“hiburan sebagai tuhan”. Kesannya, masyarakat akan menjadi keliru dan kacau-bilau kerana tidak
memegang kukuh kepada agama islam.Walau bagaimanapun, budaya hendonisme ini tidak perlu
ditolak serta merta tetapi umat islam perlu mengimbanginya dengan kehidupan di dunia dan membuat
persiapan untuk akhirat kelak.

Seiring dengan era kemodenisasi, kami juga menyedari masyarakat dunia telah menjadikan
gender sebagai agenda sasaran untuk menyerang ke atas pemikiran umat islam. “Feminism” iaitu
pejuang pejuang wanita telah menjadikan isu gender sebagai sasaran. Pada pendapat kami, cabaran
seperti ini tidak sepatutnya berlaku jikalau seseorang itu benar benar mendalami agama Islam kerana
sejak dahulu lagi, Islam telah menyelamatkan kaum wanita daripada ditindas dan memberikan
pengiktirafan kepada wanita. Oleh yang demikian, Islam bukanlah penyebab utama lahirnya
kumpulan feminism ini tetapi ia disebabkan sikap prejudis sesetengah pihak kepada wanita dan faktor
budaya dan amalan masyarakat tempatan. Sister In Islam (SIS) adalah kumpulan yang menyarankan
persamaan hak antara wanita dan lelaki, disamping mempromosikan demokrasi dan kebebasan.
Mereka juga menyebarkan hak antara kaum sejenis dengan alasan ia adalah sesuatu yang
sunnahtullah.

16
Melalui artikel ini, kami juga menyedari bahawa Islam Liberal tidaklah jauh berbeza dengan
pejuang gender. Penyokong Islam Liberal berfikiran bahawa umat Islam tidak seharusnya mengikut
garis panduan hukum hakam yang digariskan oleh ketua-ketua mazhab kerana mereka berpendapat
ianya belum tentu betul. Penyokong ini juga menyatakan bahawa agama agama lain adalah sama taraf
dengan agama Islam dimana dia telah menyerapkan prinsip liberal dan menggunakan metode liberal
dalam mengeluarkan pandangan mereka terhadap Islam. Oleh itu, pejuang gender dan Islam liberal
menyokong antara satu sama lain kerana mereka memperjuangkan hak kebebasan dan kesamarataan
pihak masing masing. Islam merupakan agama yang sempurna yang merangkumi segala aspek yang
diperlukan dalam kehidupan seharian manusia sepanjang zaman kerana ia adalah agama yang
diturunkan oleh Allah SWT dan bukannya agama buatan manusia.

Kami semua sedia maklum bahawa Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk
menghadapi perubahan. Islam itu bersifat anjal bermakna Islam itu sesuai mengikut peredaran masa
ke masa. Dari aspek akidah misalnya, seseorang boleh murtad jika seseorang Islam itu menyembah
berhala tetapi tidak jatuh murtad sekiranya dipaksa dan masih mentauhidkan dirinya kepada Allah
SWT. Dari segi syariah, kita diharamkan untuk memakan khinzir tetapi dikala kemudaratan kita
dibolehkan memakan khinzir sekiranya itu adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan diri.

Kesimpulannya, cabaran cabaran umat Islam di era moden ini adalah benar, bukanlah hanya
sekadar bersifat rekaan atau sama waktu dengannya. Islam itu sempurna tetapi manusia itu tidak
sempurna. Cabaran ini perlu menjadi pembakar semangat untuk umat Islam bangkit dan
mempertahankan agama islam ini. Sehubungan dengan itu, perkara utama di sini adalah
memperbetulkan pendidikan terhadap generasi muda umat Islam di era moden ini. Bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pendidikan merupakan kunci ataupun senjata utama untuk
keluar dari kegelapan dan kekeliruan yang cuba dimainkan seperti pihak SIS atau golongan Islam
Liberal dan sebagainya. Dengan cara ini, kami dapat mengatasi cabaran umat Islam era moden ini
dan menjadikan Islam hebat di mata dunia.

17
3.6 Penemuan Baru Yang Diperoleh Daripada Artikel

Antara penemuan baru yang diperoleh daripada artikel ini ialah budaya hendonisme. Aktiviti-
aktiviti yang mendatangkan keseronokan tidak lah asing bagi kami kerana aktiviti harian kami
dipenuhi dengan perkara yang boleh menghiburkan diri. Dengan cara tidak sedar, budaya hendonisme
menjadi rutin harian bagi semua manusia di atas muka bumi ini. Ini merupakan penemuan baharu
bagi kami kerana ia merupakan sari kata yang agak jarang kami gunakan pada perbualan harian.
Sebagai umat Islam, kami perlu berwaspada pada ancaman ini, dikhuatiri lalai dari tujuan utama
diutuskan di muka bumi ini sebagai khalifah. Melalui media massa iaitu, medium hiburan ini sekali
gus berupaya meruntuhkan iman dan akal umat Islam. Umat Islam pada masa kini begitu mudah
mengikuti trend terkini seperti aplikasi tiktok, budaya barat ataupun drama Korea kerana semua
maklumat atau tontonan boleh diperoleh di hujung jari menggunakan teknologi yang serba canggih
di era modenisasi ini. Perkara ini tidak lah perlu dihalang serta merta tetapi perlu mencari
penyelesaian untuk menguatkan lagi akidah seseorang umat Islam itu dan tidak hanyut dibawa arus
hendonisme ini.

Penemuan akhir sekali ialah budaya hindonisme ini berkait rapat dengan cara kepimpinan
seorang pemimpin terhadap sebuah kerajaan Islam. Pada pendapat kami, kerajaan sesebuah negara
Islam itu sendiri yang memupuk budaya hendonisme kepada masyarakat demi mengaut sesebuah
keuntungan. Adakah tontonan budaya barat yang disiarkan di saluran TV adalah untuk memenuhi
permintaan masyarakat atau hanya keuntungan semata mata. Kerajaan boleh sahaja melahirkan umat
Islam yang suka pada ilmu dan tidak pada hiburan sekiranya aspek hiburan ini dikurangkan ke tahap
minima. Apabila minda masyarakat telah dicemari oleh perkara perkara yang lalai maka mereka akan
melahirkan sebuah masyarakat yang lalai dan merosakkan umat secara keseluruhannya.

18
4.0 KESIMPULAN

4.1 Bagaimana Anda Akan Menggunakan Ilmu Pengetahuan Ini Dalam Kajian Yang Akan
Anda Lakukan Pada Masa Akan Datang?

Antara cara untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan ini dalam kajian pada masa akan datang
adalah dengan memberikan fakta yang tepat dan padat. Berdasarkan artikel yang telah dianalisis,
beberapa kali telah dinyatakan bahawa didikan agama pada peringkat awal amatlah penting, dan
didikan Islam ini mestilah diteruskan secara tekal untuk kelangsungan pegangan seorang muslim.
Maka, antara pelaksanaan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan fakta-fakta yang tepat
dan padat . Ini adalah untuk mengelakkan sebarang konflik atau fahaman yang salah terhadap
kenyataan yang akan dikeluarkan. Strategi ini juga berperanan untuk mengisi ilmu yang sebelum ini
terlopong disebabkan kealpaan ataupun ianya merupakan ilmu baru untuk individu itu. Tanpa
pengetahuan yang lengkap tentang sesebuah konsep atau informasi yang dipelajari, individu mungkin
meragui akan kesahihan ilmu tersebut. Dengan mengisi ilmu yang tepat dan padat inilah yang mampu
menguatkan dan meyakinkan pegangan seseorang.

Strategi seterusnya adalah dengan membangkitkan persoalan yang memfokuskan pelbagai


salah faham dan tanggapan buruk terhadap agama Islam. Membangkitkan persoalan sebegini dapat
mencetuskan pemikiran dan pandangan daripada sudut yang berbeza. Tambahan lagi, sesetengah
individu sangat berpegang teguh dengan fahamannya sendiri malah tidak akan mengaku fahamannya
salah. Jika sebelum ini, masyarakat tidak merasakan isu sebegini tidak mencabar pegangan muslim
atau tidak merasakan isu ini adalah antara isu yang berat, maka membangkitkan persoalan mampu
membuatkan mereka memikirkan pandangan kedua tentang isu sebegini. Sering diperkatakan bahawa
muslim seorang yang ekstremis dan pengganas. Hal yang telah dikhabarkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab ini telah menyebabkan masyarakat melabelkan semua muslim orang jahat.
Namun, jika mereka diberi kesempatan untuk mempersoalkan perkara ini, persoalan-persoalan yang
dilontarkan perlulah bermotifkan perkara berunsur positif dan perkara yang benar. Antara persoalan
yang boleh diajukan kepada mereka adalah berkaitan pengeboman masjid dan penembakan orang
Islam yang tidak bersalah. Acap kali masyarakat dunia dikhabarkan apabila berlakunya serangan
pengganas, ia automatik dikaitkan dengan muslim, tetapi jarang dilabelkan pengganas apabila ia
dilakukan oleh penganut agama lain. Naratif “All terrorists are muslim, No white people are terrorist”
dari media barat menguatkan lagi perasaan takut masyarakat kepada muslim. Apabila berlakunya
pengeboman masjid atau pembunuhan muslim yang dilakukan oleh penganut agama lain, media barat
tidak pernah melabelkan agama lain itu agama pengganas. Media barat hanya mencerminkan agama
pengganas untuk agama Islam. Agama Islam tidak pernah menyeru umatnya membunuh masyarakat
19
yang tidak bersalah. Walaupun Islam menyeru penganutnya untuk berjihad, tetapi ia masih perlu
berpandukan ajaran agama Islam yang sebenar. Maka, dengan menyangkal fahaman lama mereka,
diharapkan mereka akan dapat mengubah fahaman mereka yang terdahulu dengan ilmu baru ini.
Justeru, diharapkan juga masyarakat mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada persoalan
yang dibangkitkan.

Akhir sekali, menyeru untuk masyarakat mengamalkan dan mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari. Amatlah difahami sesuatu perkara yang baru dipelajari perlukan masa untuk di adaptasi.
Masyarakat seharusnya mencari peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Sebagai
contoh apabila berhibur, dengan kemunculan pelbagai jenis bentuk hiburan masa kini, masyarakat
mestilah peka dan janganlah terlalu leka dibawa kelalaian. Agama Islam tidak pun menghalang
penganutnya untuk berhibur, tetapi ia mestilah berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh
agama Islam itu sendiri. Antaranya, semua bentuk hiburan mestilah tidak bercanggah degan Al-Quran
dan sunnah, tidak menyerupai pegangan agama lain, tidak mendatangkan faedah dan segala hiburan
dalam bentuk menghina, menjatuhkan maruah atau membuka aib seseorang. Dalam satu hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ada menceritakan tentang kisah Ummu Mukminin, Aisyah binti
Abu Bakar berhibur dengan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita daripada wanita Ansar.
Rasulullah SAW membiarkan Aisyah RA mendengar lagu tersebut hinggalah Aisyah RA sendiri
merasa cukup dan berlalu dari situ. Rasulullah SAW juga berhibur melalui sukan lumba lari bersama
isterinya. Namun begitu Rasulullah SAW mengakui solat merupakan kerehatan dan hiburan sebenar
baginda. Ini menunjukkan baginda meraikan hiburan yang berbentuk sederhana walaupun solat
merupakan keutamaan dan hiburan paling menyeronokkan baginda. Saidina Ali bin Abi Talib RA
juga pernah menyarankan agar hiburkan hati dan mencari hikmah-hikmah yang menarik kerana hati
mudah berasa bosan seperti badan yang keletihan. Oleh sebab itu, kita hendaklah memilih jenis-jenis
hiburan yang sesuai dan tidak melalaikan jiwa daripada mengingati Allah SWT.

20
4.2 Cadangan Untuk Meningkatkan Lagi Kualiti Kajian Ini.

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini. Pertamanya adalah
penulis diharapkan mampu menyenaraikan beberapa kesan positif dan negatif yang dapat dikaitkan
dengan isu semasa sejajar dengan arus pemodenan pada masa kini. Tambahan lagi, penulis juga
mampu membuat perbandingan kesan positif dan negatif serangan ideologi itu untuk dijadikan
rujukan para pembaca.

Seterusnya, penulis juga seharusnya memberi contoh yang lebih dekat terhadap masyarakat
Malaysia, berikan contoh hal isu semasa yang hangat diperkatakan oleh media dan cendekiawan
setempat. Menerusi artikel yang telah diulas, contoh terdekat yang mampu diberi adalah dari negara
jiran Indonesia. Jadi, adakah Malaysia tidak mempunyai masalah sedemikian?. Warga pengguna
platform Twitter di Malaysia sering membincangkan dan berbahas jika isu-isu berkaitan LGBTQ+
dan fahaman liberalisme disentuh oleh para ulama. Sejak 2018 dan kebelakangan ini, golongan
fahaman liberal ini semakin mendapat tempat di media sosial. Pada 2018 sahaja, pihak JAKIM
mendedahkan anggota masyarakat gay yang direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu 310,000
individu, berbanding 173,000 pada lima tahun sebelumnya. Manakala, golongan transgender pula
merekodkan peningkatan kepada 30,000 individu, berbanding 10,000 pada tahun 1988. Faktor yang
menyumbang kepada peningkatan anggota masyarakat LGBTQ+, termasuklah kemudahan media
sosial yang membolehkan perbincangan mengenainya mudah diakses golongan muda. Generasi muda
semakin mengagumi budaya hedonisme yang walaupun beragama Islam, mereka menterjemah Islam
mengikut falsafah dan kebebasan sendiri. Namun yang demikian, pelbagai usaha telah dilakukan oleh
pihak JAKIM untuk membawa masyarakat LGBTQ+ pulang ke jalan yang benar.

21
5.0 SUMBER RUJUKAN

Ahmad, H. (16 April, 2018). Top Ten Misconceptions About Islam. Retrieved from
http://www.ukm.my/kamal3/iae/Misconceptions%20About%20Islam.pdf

al, H. D. (1990). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmi, D. A. (2020). ANCAMAN PEMIKIRAN LIBERAL TERHADAP PEMBANGUNAN


PERADABAN ISLAM DI MALAYSIA: ANALISIS ISU-ISU BERKAITAN
PENAFSIRAN AL-QURAN. Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1, No. 1.

Corbin, C. M. (January, 2017). TERRORISTS ARE ALWAYS MUSLIM. Retrieved from


https://ir.lawnet.fordham.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=5437&context=flr

Dermawan, A. (29 Oktober , 2020). Bilangan gay, transgender semakin meningkat: JAKIM.
Retrievedfrom https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491972/bilangan-gay-
transgender-semakin-meningkat-jakim

Hamzah, H. (2010). Budaya Hedonism dan Cabarannya Terhadap Pembangunan Tamadun Ummah.
Esteem Academic Journal, Vol.6, No. 2, 83-99.

Islam Liberal Cabaran Kepada Umat Islam. (2017).

Ismail, M. A. (2019). ‘Gejala LGBT Di Malaysia: Isu dan Cadangan Penyelesaian. Fakulti Undang-
undang, Governan & Hubungan Antarabangsa.

22
Kamus Dewan . (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalid, K. (18 Mac, 2014). Gejala Hedonisme Di Malaysia. Retrieved from


https://khirkhalid.com/gejala-hedonisme-di-malaysia/

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, I. I. (2019). PENGHIJRAHAN MANUSIA DARI


PERSPEKTIF ISLAM. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/332240905_PENGHIJRAHAN_MANUSIA_DAR
I_PERSPEKTIF_ISLAM_Human_Migration_from_the_Islamic_Perspective.

Nur, M. (13 Jun, 2011). THABAT WA MURUNAH. Retrieved from http://berilmu-untuk-


berkhidmat.blogspot.com/2011/06/thabata-wa-marunah.html

Selangor, M. A. (27 September, 2019). Islam tidak sekat hiburan, asalkan tidak melalaikan jiwa.
Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/49565/LIFESTYLE/Sinar-
Islam/Islam-tidak-sekat-hiburan-asalkan-tidak-melalaikan-jiwa

Shamsuddin, M. A. (4 January, 2019). 2019 bakal saksikan cabaran LGBT, liberalisme lebih kuat.
Retrieved from https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/01/515970/2019-bakal-
saksikan-cabaran-lgbt-liberalisme-lebih-kuat

Zahalan, D. N. (12 Jun, 2020). Umat Islam boleh berhibur asalkan patuhi 5 panduan ini namun
‘prank’, Lathi Challenge dilarang. Retrieved from https://www.mstar.com.my/xpose/ad-
din/2020/06/12/umat-islam-boleh-berhibur-asalkan-patuhi-5-panduan-ini-namun-prank-
lathi-challenge-dilarang

Zin, A. b. (2017). ‘Isu Dan Cabaran Pendidikan Remaja Muslim di Malaysia,’ Jabatan Sejarah &
Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Retrieved from
http://commonrepo.um.edu.my/12616/4/Page%2041-49.pdf

23