Anda di halaman 1dari 7

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini memfokus kepada peranan ilmu ketamadunan

dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun bagi mengamalkan


semangat hormat menghormati dan berinteraksi dalam masyarakat pelbagai agama. Pengajian
ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat
peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.

Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar


mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan
kelemahan masa dahulu dan kini bagi merencana strategi
masa hadapan. Berdasarkan pengajian ini, pemahaman
tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama
dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam. 
Dalam pengajian tamadun ini, kita dapat lebih memahami
perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun
Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia.
Dengan ini, kita dapat menyemat persefahaman sesama
rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat
yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan
budaya di negara kita. Melalui pembelajaran tamadun, rakyat
dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan
mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas,
berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk
serta membentuk tiang negara di masa hadapan.

Kursus ini mampu membangunkan jiwa dan mental manusia bagi


menghasilkan warganegara yang dapat memberikan sumbangan ke arah
membangunkan negara secara bersepadu dan kolektif. Kursus ini dilaksanakan
untuk menyemai dan memupuk persefahaman, hormat menghormati dan
kehidupan harmoni antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di kalangan
masyarakat Malaysia

Hati budi dan mahasiswa yang mengikuti Kursus TITAS dapat disemai ke arah
pembinaan budi, pekerti dan akhlak yang baik menerusi pembelajaran menerusi
konsep tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Matlamat tamadun Islam
untuk mengangkat Islam sebagai al-Din, iaitu satu cara hidup yang lengkap dan
komprehensif. Ini menjadikan ia unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain
dari aspek kehidupan, pendidikan, falsafah, kebudayaan dan sebagainya. Ia
dibuktikan dengan fakta-fakta sejarah mengenai keadilan sistem pemerintahan
Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, Khulafa’ al-Rasyidin R.A, Bani
Abbasiyah, Mughal, Uthmaniyah dan pada zaman pemerintahan Islam
seterusnya.50 Semua ini memberi ilham kepada mahasiswa untuk memahami dan
memenuhi keperluan manusia sejagat mengenai tanggungjawab terhadap agama
masing-masing. Kefahaman ini membantu membentuk hati budi mahasiswa untuk
menggalakkan penerusan tamadun yang membawa kebaikan kepada manusia
sejagat, mempertahankan toleransinya terhadap agama dan budaya bukan Islam.
Tanpa pegangan agama yang jitu, pelajar mudah terdedah kepada gejala negatif
yang menjejaskan masa depan, masyarakat, agama dan negara.

Bahagian terakhir kursus ini lebih menumpukan perhatian kepada isu isu semasa
yang boleh mengancam dan menghakis nilai-nilai murni dalam pelbagai tamadun
tradisional. Nilai-nilai toleransi dan persefahaman dalam bab ini membantu
membentuk hati budi mahasiswa. Pendedahan mengenai pelbagai tamadun memberikan
pengetahuan berguna bagi mengukuhkan nilai-nilai hati budi
mahasiswa. Ia dapat memperkayakan pemikiran, sikap dan tingkah laku serta
menyakinkan pelajar tentang kepentingan kehidupan dalam suasana kepelbagaian
tamadun. Perpaduan kebangsaan dan antarabangsa hanya akan bermakna jika
mutu kemanusiaan yang terlibat itu tinggi dan berakhlak.
Pendedahan ini juga membantu para pelajar berfikir dengan kritis untuk menerima
perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun yang telah dipelajari. Perbezaan
ini seharusnya diterima dengan positif sebagai keunikan yang terdapat pada
sesebuah tamadun dan tidak membantutkan hasrat untuk berdialog mengenai
perkara yang disepakati bersama. Selain itu, mahasiswa mendapat pendedahan
sewajarnya mengenai arus globalisasi kebudayaan kebendaan tamadun Barat
moden yang hampir-hampir menenggelamkan arus jati diri masyarakat Asia kini.
Nilai-nilai ketamadunan yang membantu membentuk hati budi diterapkan kepada
mahasiswa daripada terhakis oleh kuasa-kuasa anti tamadun zaman kontemporari
supaya pembangunan sebenar tamadun manusia boleh diteruskan.

Pembentukan hati budi mahasiswa merupakan suatu tanggungjawab yang perlu


dipikul oleh setiap individu. Pemantapan hati budi yang jitu mempunyai pengaruh
dan kesan besar terhadap pembangunan tamadun ummah. Langkah IPTA
memperkenalkan kursus TITAS merupakan sumbangan yang tidak ternilai
terhadap pembinaan tamadun Malaysia dalam memastikan nilai-nilai
ketamadunan dapat diterapkan bagi membentuk jati diri dan hati budi mahasiswa.
antaraPendedahan mengenai pelbagai tamadun memberikan pengetahuan yang amat
berguna kepada mahasiswa. Sekurang-kurangnya kursus TITAS dapat bertindak
bagi membendung penularan gejala-gejala negatif ke tahap serius dan boleh
memusnahkan tamadun manusia.
Selain itu, kursus TITAS mengundang kesedaran di kalangan pelajar mengenai
nilai-nilai sejagat yang berjaya menyatukan tamadun mahasiswa daripada latar
belakang budaya yang berbeza. Kesedaran yang mendalam mengenai nilai-nilai
sejagat membantu memupuk kesefahaman dalam sesebuah masyarakat. Kesedaran
ini mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dalam membentuk hati budi di
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bahasa, dan budaya.
Semua pihak yang terlibat termasuklah institusi keluarga, pendidikan, kerajaan,
agensi bukan kerajaan dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu dan
tidak hanya menunding jari pada satu-satu pihak semata-mata. Ini kerana jatuh
bangun sesebuah negara dan masyarakat bergantung pada generasi muda yang
akan memacu negara pada masa hadapan. Justeru, generasi yang benar-benar
berkualiti akan menjamin pembangunan dan kecemerlangan negara dan begitulah
sebaliknya.

Kajian ini juga membuktikan bahawa terdapat ruang yang luas untuk memupuk dan membentuk
sahsiah pelajar melalui penerapan nilai-nilai murni berasaskan kursus TITAS di IPT. Oleh yang
demikian
itu, Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) Bahagian
Kurikulum
seharusnya menyemak dan menyusun semula semua kursus atau program yang ditawarkan di
politeknik
agar berperanan sama dalam membentuk sahsiah pelajar dengan nilai-nilai murni yang terdiri
daripada
golongan pelajar pelbagai bangsa dan agama.

Pengajian tamadun (TITAS) adalah penting pada masa kini, ini adalah kerana dengan
pengajian ini saya dapat mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa
dahulu dah masa kini serta saya juga diberi kefahaman tentang latar belakang masyarakat , sistem
kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada masa silam. Dalam pengajian tamadun ini juga,
saya dapat mempelajari serta lebih memahami tentang perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa
antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia. Dengan ini, saya
berpendapat pengajian tamadun ini juga dapat membantu kita semua dalam menyemat
persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal
dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Melalui pengajian ini juga, kita
sebagai rakyat dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan generasi yang berfikiran
lebih luas, berpandangan global dan memupuk semangat kerjasama sesama kaum dan bangsa.
untuk membentuk sebuah negara yang berpegang pada prinsip-prinsip, berdemokrasi, aman dan
sejahtera dalam semua aspek.

Pengalaman sepanjang mempelajari pengajian tamadun (TITAS) ini antaranya adalah


pengajian ini telah memberi kesedaran di kalangan pelajar mengenai nilai-nilai sejagat yang berjaya
menyatukan pelajar daripada latar belakang budaya yang berbeza. Kesedaran ini mempunyai nilai
pendidikan yang tinggi dalam membentuk hati budi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum, agama, bahasa dan budaya. Subjek TITAS adalah subjek yang sangat penting dan perlu
diambil perhatian oleh setiap individu bukan sahaja pelajar-pelajar tetapi masyarakat di luar sana.
Banyak tauladan dan pengajaran yang boleh kita perolehi dari subjek ini dengan menelusuri setiap
topik-topik yang dibincangkan. Kerana sejarah-sejarah terdahulu ini bukan untuk ditangisi apatah
lagi diabaikan sahaja tetapi dijadikan contoh tauladan supaya tidak diulang perkara yang tidak baik
seterusnya mencipta semangat baru dengan jati diri yang lebih kukuh dan menjadi contoh kepada
masyarakat. Pengajian tamadun (TITAS) ini juga memberi peluang agar saya menghargai perjuangan
para ilmuan dan cendiakawan dalam mempertahankan tamadun masing-masing daripada ancaman
luar.

Beberapa cadangan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi subjek ini antaranya
adalah menambah baikan dan memberi lebih pendedahan tentang penggunaan e-learnig atau e-
pembelajaran dengan lebih mendalam dan terperinci kepada semua pelajar. Para pensyarah TITAS
dan juga pihak pengurusan juga hendaklah sentiasa melakukan penilaian tentang keberkesanan
kursus ini dengan mendapatkan pandangan dari pelajar-pelajar tentang masalah dan cadangan agar
kursus ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa secara berterusan. Cadangan saya juga supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan membuat sesuatu aktiviti untuk
memberi contoh yang lebih jelas dan menggunakan cara pengajaran yang berbeza bukan hanya
tertumpu dengan nota-nota pada power point sahaja.
Dapatan kajian mendapati guru pelatih banyak menyenaraikan cadangan untuk meningkatkan kualiti
pelaksanaan P&P TITAS iaitu memberi tugasan berkenaan sesuatu topik sebelum P&P dilaksanakan, membuat
aktiviti, cara pengajaran yang berbeza dan latihan kuiz.
Bagi subjek kajian 1 mencadangkan agar pensyarah memberi sedikit tugasan sebelum P&P dilaksanakan dalam
kelas dengan bertujuan supaya topik yang dibincangkan dapat diulas dengan lebih mendalam. Antara kata-kata
tersebut ialah:
" Bagi meningkatkan pelaksanaan ini, para pensyarah mungkin boleh memberi sedikit tugasan berkenaan topik
pembelajaran dan perbincangan akan datang bukan hanya membincangkan perkara asas topik sahaja malah
lebih mendalam." (SK1)
Manakala cadangan seterusnya subjek kajian 2 mengharapkan agar membuat aktiviti dan cara pengajaran yang
berbeza seperti kata-kata berikut:
" Cadangan saya supaya proses P&P dilaksanakan dengan membuat sesuatu aktiviti untuk memberi contoh
yang lebih jelas dan menggunakan cara pengajaran yang berbeza (tidak tertumpu dengan power point
sahaja)." (SK2)
Terdapat juga subjek kajian 3, 5 dan 6 yang mencadangkan agar selepas P&P, pensyarah dapat memberikan
kuiz kepada guru pelatih. Tujuan kuiz diberikan agar pelajar dapat mengingat fakta yang dipelajari, bersifat
permainan dan memberi markah supaya pelajar merasa kepuasan seperti kata-kata berikut:
" Cara untuk meningkatkan kualiti P&P setiap tajuk yang dibentang harus diberi latihan kuiz bagi pelajar
untuk lebih ingat." (SK3)
" Antara cadangan yang dapat saya sarankan teknik pembelajaran perlulah bersifat menyeluruh, seperti
perdebatan mengenai topik-topik sejarah. Kuiz yang bersifat verbal, dan mencipta satu permainan dan
memasukkan unsur-unsur sejarah dalam permainan tersebut." (SK5)
" Membuat kuiz dan memberi mata supaya mendapat kepuasan..membawa ke tempat lain supaya merasa situasi
kelas yang berbeza." (SK6)
Dapatan kajian ini secara keseluruhan berdasarkan dua tujuan kajian ini menunjukkan masalah yang dihadapi
oleh guru pelatih dalam pelaksanaan P&P TITAS ialah kekangan masa dan pengajaran lebih tertumpu kepada
power point sahaja. Manakala cadangan untuk meningkatkan kualiti P&P TITAS ialah memberi tugasan
berkenaan sesuatu topik sebelum P&P dilaksanakan, membuat aktiviti, cara pengajaran yang berbeza dan latihan
kuiz.
Implikasi dan Cadangan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa implikasi dan cadangan kajian iaitu:
Pihak IPG induk hendaklah menyediakan kursus khas kepada semua
pensyarah TITAS agar mereka didedahkan dengan pelbagai kaedah PdP yang
terkini agar ilmu pengetahuan dan maklumat terkini dapat diperolehi dengan
mudah dan pantas. Hal ini kerana pendedahan kaedah PdP terkini agak terhad
dalam kalangan pensyarah yang lebih senior.
Pihak pentadbir di semua IPG hendaklah memberi perhatian kepada infrastruktur
seperti kemudahan internet, bahan bacaan terkini di pusat sumber, komputer dan LCD di dalam semua kelas
PdP. Hal ini bertujuan memastikan proses PdP dapat dilakukan secara mudah dan berkesan.
Para pensyarah TITAS hendaklah sentiasa melakukan penilaian tentang
keberkesanan kursus ini dengan mendapatkan pandangan dari guru pelatih tentang masalah dan cadangan agar
kursus ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa secara berterusan.

Pada pandangan saya, kursus


Tamadun Islam perlu diteruskan kepada pelajar Muslim dan diwajibkan kepada pelajar
non-Muslim. Ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan menjinakkan hati mereka
kepada pengajaran Islam yang sebenarnya.

Seterusnya bagi peserta kajian P4, beliau turut menyarankan agar kursus ini
dapat diteruskan kerana dengan berlakunya proses pengajaran secara yang terancang,
akan dapat menjadikannya sebagai salah satu saluran untuk menyampaikan saluran
dakwah kepada pelajar bukan Islam. Kefahaman yang sebenar berdasarkan maklumat
yang tepat tentang ajaran Islam akan menjadikan para pelajar yang mempelajari kursus
ini tidak akan memandang negatif atau serong terhadap agama Islam. Ini dilihat katakata,
“Saya rasa diteruskan kalau kata hendak beri kefahaman tentang apa itu Islam
terutama orang yang bukan Islam. Saya rasa memang perlu diteruskan supaya tak ada
bias. dapat mengelak pandangan serong tentang Islam.”

Bagi peserta kajian P5 beliau turut menambah agar kursus ini diteruskan kepada
semua pelajar. Justifikasi kepada ini akan menjadikan pelajar bukan Islam akan lebih
200
mempercayai terhadap orang Islam yang memiliki akhlak mulia. Hal ini dapat dilihat
daripada kata-katanya :
“Perlu diteruskan kerana semua pelajar sama ada Muslim atau bukan
Islam dapat memahami Islam. Justeru mereka tidak merasa takut
dengan ajaran Islam dan tidak timbul syak wasangka terhadap Islam
yang menjadi anutan sebahagian besar penduduk Malaysia. Hasilnya
kemungkinan orang-orang bukan Islam lebih mempercayai orangorang
Islam yang berakhlak mulia dan bukan bersifat ganas .”
(P5/TB2)
Begitu bagi peserta kajian P6, beliau menyarankan agar kursus ini diwajibkan
kepada semua pelajar yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah
Rendah. Beliau berkata, “Kalau dari segi kualiti maknanya ilmulah iaitu peningkatan
penambahan ilmu lagi, sentiasa diberikan pendedahan tentang P&P Tamadun Islam
berkesan untuk mengajar Tamadun Islam ini. Lagi, kursus ini jadi wajibkan kepada
semua pelajar tiada pengecualian.” (P6/TB1)
Hal ini ditambah oleh peserta kajian P8 dengan mengenai saranan agar kursus
Tamadun Islam diwajibkan kepada semua pelajar yang menyertai Kursus Perguruan
Lepas Ijazah dengan berkata, “ Ya ....... perlu diwajibkan.... (P8/TB2) Kursus ini
diwajibkan kerana ianya merupakan kursus teras yang mesti dipelajari oleh pelajar
yang belum mempelajari atau tidak mencukupi jam kredit semasa mereka menuntut di
Institut Pengajian Tinggi sebelum ini.
Berdasarkan kepada dapatan temubual dengan peserta kajian di atas, dalam
usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan kursus Tamadun Islam di kalangan para
pelajar, adalah diharapkan pihak Bahagian Pendidikan Guru perlu mengambil maklum
balas tentang keperluan wajaran kursus ini diteruskan untuk dipelajari pada peringkat
201
KPLI SR dan kursus ini juga wajar diwajibkan kepada semua pelajar untuk mengikuti
kursus pada peringkat ini.

Penggunaan e-learning.
E-learning ataupun e-pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program
pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan
pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya
(Jamaludin Mohaiadin (2000). Pengajaran berasaskan e-learning akan melibatkan penggunaan
komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dimuatnaik dalam laman e-learning, mengadakan ujian
secara online, menyediakan video pengajaran adalah antara kaedah yang boleh diterokai bagi
meningkatkan lagi minat mendalami ilmu ketamadunan. Bahan-bahan e-learning ini dapat dicapai
dengan mudah melalui telefon pintar akan membantu pelajar untuk mengulangkaji kursus ini
dengan lebih berkesan.

Kebanyakan pelajar beranggapan bahawa subjek TITAS merupakan sekadar memenuhi jam kredit
serta pembantu menambahkan pointer pada peperiksaan semester akhir. Salah seorang daripada
mereka ialah diri saya sendiri yang berpendapat subjek ini hanya menambahkan beban selain subjek
teras yang perlu diberikan lebih tumpuan pada semester ini. Lebih-lebih lagi, saya telah
menanamkan rasa kurang minat terhadap subjek yang menjurus kepada fakta dan sejarah dunia.
Namun, persepsi-persepsi negatif itu mula berubah apabila saya telah menghadiri kuliah pertama di
mana tenaga pengajarnya ialah Dr. Amini Amir bin Abdullah yang juga merupakan Pengarah Pusat
Islam di UPM. Subjek TITAS merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa
dan mahasiswi sebelum bergraduat. Pada awal pertemuan di dalam kuliah, kami telah diagih-
agihkan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugasan. Setiap kumpulan telah diberikan
tajuk tugasan yang sedia ada melalui undian

subjek TITAS adalah subjek yang sangat penting dan perlu diambil perhatian oleh setiap individu
bukan sahaja pelajar tetapi masyarakat di luar sana. Bagi saya tanpa sejarah kita tidak akan tahu asal
usul kita juga masyarakat berbangsa lain pada masa yang sama individu atau masyarakat yang tidak
bertanggungjawab akan mudah menindas mereka yang buta sejarah. Ini menunjukkan bertapa
pentingnya subjek ini. Banyak tauladan dan pengajaran yang boleh saya peroleh dari subjek ini
menelusuri setiap topik – topik yang dibincangkan. Kerana sejarah bukan untuk ditangisi lebih – lebih
lagi diabaikan tetapi untuk dijadikan contoh tauladan supaya tidak diulang perkara yang tidak baik
seterusnya mencipta semangat baru dengan jati diri yang lebih kukuh dan menjadi contoh kepada
masyarakat. Pilihan di tangan masing - masing sama ada ingin tinggal menjadi sejarah atau tinggal
mencipta sejarah Mempelajari subjek TITAS ini serta memberi peluang agar saya menghargai
perjuangan para ilmuwan dan cendekiawan dalam mempertahankan tamadun masing-masing
daripada ancaman luar.

Anda mungkin juga menyukai