Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk
mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan
indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada
empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan
"Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
Komponen Kecergasan
Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;
Komposisi badan
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan otot
Kekuatan otot
Kelenturan
Tujuan:
Menilai komposisi badan
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur
ketinggian dalam meter.
* (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti
kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
Ujian Tekan Tubi (Lelaki)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40
detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan
berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40
detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan
berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan perempuan
1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah
10 cm.
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 50 detik seminit.
Prosedur :
Panduan guru
Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur (Seat and reach test)
Tujuan:
Mengukur fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Prosedur:
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke
dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.