Anda di halaman 1dari 15

Mengenali SNR ( support and resistence ) dengan cara mudah

Asasnya cara saya ( cara kita ) mengenal SNR ialah bila berlaku pertemuan antara candle buy
( bull ) dan cs sell( bear ).

Makna pertemuan tu ialah, cs duduk sebelah-sebelah. Tengok contoh gambar dari kiri sekali.

Yang bulat tulis R tu Resistence.Ingat..Resistence duduk atas, Support duk bawah.

Kemudian market turun...ada pulak pertemuan cs sell dan buy, bulat S tu.
Situ Support.

Naik pulak...naik hingga stop kejap, stop sebab ada cs sell. So kat situ Resistence
Bulat R kat atas sekali tu. Nampak..pertemuan cs buy dan cs sell.

Kemudian turun...bulat S tu, Support


Pertemuan cs sell dan cs buy.

Begitulah seterusnya. Ada pertemuan cs buy dan cs sell...itulah SNR

# SNR – pertemuan cs buy dan sell


Lagi contoh SNR – pertemuan cs buy dan cs sell

Tengok contoh gambar.

Kotak kuning Resistence tu...dari bawah market naik..naik...hingga stop kejap kat atas tu
sebab ada cs sell. Macam nak turun kan ? Tapi kita dah belajar, untuk turun market dari atas
mesti break Support terdekat.
Ok nak fokus kat sini..kotak kuning tu Resistence. Ada pertemuan cs buy dan cs sell.

Pastu market turun sikit..ada pulak pertemuan cs sell dan cs buy. Itulah Support. Nampak
kotak kuning tulis Support tu.

Ingat..pertemuan cs buy dan cs sell. Kita bukan nak cerita kat mana SNR yang perlu dibreak
ni..bukan.
Nak cerita..nak kenal SNR je.

Ingat...
Pertemuan cs buy dan cs sell ( resistence )
Pertemuan cs sell dan cs buy ( support )
Step seterusnya...

Bila dah tau asas untuk kenal SNR, baru senang kita nak tengok..kat mana SNR yang perlu ‘ di
break ‘ untuk dapatkan entry. Kan ?

Ingat..lepas break mesti ada retest baru entry.

Ok tengok contoh gambar.


Mula dari nombor 1. Saya tulis..1...1...2...2...3...3

Ok tengok.
Nombor 1 dari bawah. Situ support. Market naik...naik...naik..dan stop kejap kat atas tu, ada
kotak Resistence. Kenapa Resistence ? sebab pertemuan cs buy dan cs sell....kan...

No 1 atas kena break no 1 kat bawah tu...baru la petanda market nak tukar trend. Kalau tak
break...market akan buat ‘ new high’ atau bahasa mudahnya..akan naik lebih tinggi dari no 1
atas tu.

Market memang tak break no 1 bawah...so dia naik lagi buat ‘ new high’ melebihi no 1.
No 1 atas tu resistence kan. Ingat....

Tengok no 2.
Market naik hingga buat ‘ new high’. Kita tunggu nak sell je ni..biarla dia naik tinggi mana
pun, kita tunggu market letih. Tunggu market bagi signal nak reverse / nak u turn.
Dari no 2 atas...petanda dia nak reverse ialah ....dia kena break support terdekat dulu, iaitu
bila dia break no 2 bawah. Situ support terdekat.

Bila no 2 atas tak break no 2 bawah...maka market buat ‘new high’ lagi. Kena
tunggulah..tunggu hingga ada signal untuk reverse tu. Kan...

So naiklah lagi hingga terjadi no 3 atas. Situ ‘new high’..situ resistence.


No 3 atas kena break no 3 bawah..baru petanda market nak reverse.

Apa jadi ?
Tengok dari no 3 atas...market turun ..turun..hingga break no 3 bawah.
No 3 bawah tu support terdekat kan ?

Tengok saya ada tulis buat bulatan dan tulis break support dengan jelas. Kat sini baru berlaku
break SNR...break support terdekat.

Bila dan break...tunggu retest untuk entry......


Kan ?
Lagi...

Ok..nak saya ingatkan lagi, bila berlaku Extreme...SNR yang perlu kita tengok ialah di sebelah
kiri dan bawah untuk Support. Supportnya bukan duduk depan tau...bukan depan selepas
Extreme

Untuk Resistence pulak. Ia duduk belah belah kiri dan atas sebelum berlaku Extreme.
Resistence bukan duduk selepas berlaku Extreme. Ingat....

Tengok contoh gambar tu. Katalah no 2 berlaku Extreme. Maka Support nya ialah pada no 1.
Kalau no 2 tu tak turun hingga break no 1..maka ia akan naik lagi buat ‘new high’. Tengok no
2 tu turun takat no 3 je...tak break la Support terdekatnya.

Naik lagi buat ‘new high’ iaitu no 4. Katalah situ berlaku Extreme lagi, maka Support
terdekatnya ialah no 3. Market kena turun hingga break no 3 baru di kira break Support
terdekat. Kalau tak break..naik lagi.

No 4 tak berjaya juga break no 3, hanya turun takat no 5 je...maka naik lagi buat ‘new high’
Hinggalah no 6...katalah berlaku Extreme kat situ. Lepas tu market turun..turun...hingga
break SNR terdekatnya iaitu no 5. Hah ! kat sini baru ada break SNR ( support )

Dah ada break...baru lah kita tunggu retest untuk entry.


Lagi...

Tengok dari no 1. Market naik....kita tunggu nak sell je ni. Tunggu ada Extreme dan break
SNR.
No 2 tak break support no 1....maka naik lagi. Naik hingga no 4...so no 4 kena break SNR no
3.

Tak berjaya...no 4 hanya turun hingga no 5 je, maka naik lagi hingga no 6.
SNR terdekatnya ialah no 5...iaitu Support terdekat. Support belah kiri bawah....ingat

No 6 pun tak berjaya SNR..hanya turun hingga no 7. Naik lagi buat ‘new high’ no 8
No 8 mesti break no 7...Support terdekatnya.

Tengok no 8 ya....turun sikit hingga no 9. Pastu naik semula...tak lepas pulak buat ‘new high’
melebihi no 8. Nampak macam market dah letih....trend up dah tak berapa kuat.

Tengok no 10....mula menurun...turun..turun hingga break no 7.


No 7 adalah Support terkini, kerana kita ambil kira no 8 sebagai highest cs buy. Situ
pergerakan paling tinggi uptrend.

So..disitu baru ada break SNR. Nampak dengan jelas ada pergerakan menurun dan break SNR
terdekat. Tunggu retest la pulak kan....
Ingat betul-betul perjalanan SNR ni...

Antara cara lain dan mudah untuk nampak pergerakan SNR ialah dengan menukar ke line
chart. Bila buat macam ni..kita nampak zigzag turun naiknya.

Ingat..SNR duduk belah kiri...sebelum Extreme. Bila berlaku Extreme, terus tanda atau terus
cari kat mana SNR yang perlu di break.

Tengok dari no 1 hingga no 7. Setiap bulatan tu anggaplah belah atasnya Extreme..bawahnya


Support. Setiap bulatan tu tau...

Tengok hingga no 7. Situ pergerakan tertinggi..katalah ada Extreme. Pastu berlaku sideway
sikit...macam market tak berapa kuat dah. Pastu market turun...saya tandaka warna biru.
Turun hingga no 8. Nampak ada line warna pink tu...condong line nya.

Line condong tu menunjukkan no 8 dah break no 7...Support terdekatnya.


Bila dah break tunggu retest. Nampak lepas tu ada retest kat kotak warna oren...

Entry...setel
Cara lagi senang ialah...ambik bentuk yang mudah faham

Sebelum ni saya ada cakap..untuk kenal Support... paling minima kena ada 2 cs buy dan
sebelumnya ada 1 cs sell. Ini paling senang nak faham. Untuk Resistence pulak paling minima
ada 2 cs sell dan sebelumnya ada 1 cs sell.

Ok tengok gambar ya. No 1...market naik dari bawah. Ada 3 cs buy...sebelumnya 1 cs sell.
Situ Support terdekat. Cs buy naik 3 batang pastu stop kejap...terbentuk 1 cs sell. Kononnya
macam nak turun la..sebab dah stop. Tapi ingat...dia kena break Support kat bawah tadi tu.

Tak dapat break..market naik lagi buat ‘new high’ break garis lurus pink ( resistence )
No 2 tu ‘new high’. Dalam kotak no 2 tu ada 2 cs buy dan 1 cs sell, situ Support terdekat.

Hinggalah no 5...market sideway. Pastu turun buat no 6....


Maka no 6 dah break Support terkini, line kuning tu. Bila dah break, kita tunggu retest untuk
entry.

No 7 tu entry nya...
Hafal bentuk mudah ni...

Tengok betul-bentuk bentuk SNR tu. Ada berapa cs buy..ada berapa cs sell untuk
membentuk SNR

Ada 3 cs buy kat atas tu dan 1 cs sell. Situ Support terdekat. Bila break line hijau tu maknanya
break Support.
Lagi bentuk mudah...hafal

Ini pulak cs paling minima utk SNR iaitu 2 cs buy dan 1 cs sell sebelumnya. Situ Support
terdekat...line hijau tu.

Market turun..turun...turun hingga break line hijau Support


Hafal lagi...

Kalau bentuk macam ni..lagi senang nampak. Beberapa candle naik....ada 4 batang cs buy
Sebelumnya ada 1 cs sell, situ Support terdekat..line hijau tu

Tunggu je cs break line hijau tu...baru bermakna ada break SNR


Bentuk yang susah..meragukan...kalau tak faham abaikan je

Kalau jumpa pergerakan macam ni...cs buy sell..buy sell..buy sell..buy sell...memang susah
nak pastikan kat mana SNR nya.

Tengok atas sekali tu..cs buy kan, sebelahnya cs sell. Situ tak boleh jadi SNR sebab hanya ada
1 cs buy dan 1 cs sell. Kan kita dah belajar...mesti ada sekurang-kurangnya 2 cs buy dan 1 cs
sell baru jadi SNR ( support )

Maka caranya kalau jumpa bentuk macam ni, ambik cs bawah lagi. Kat line hijau tu..

p/s : Kalau konfius bentuk macam ni, abaikan je.


Setup feveret saya...simple sangat

Kalau jumpa Extreme...sebelumnya ada 2 cs buy dan 1 cs sell, situ SNR ( support )
Kemudian ada sebatang cs engulfing yang langsung break support tu. Haa....memang best

Po je kat last cs buy tu..kan ? atau tarik fibo..PO kat level terbaik.
Tuan / puan yang dikasihi sekalian.

Saya berharap sangat semoga nota ini dapat membantu pemahaman anda semua tentang
konsep SNR. Dapat memahami betul macam mana bentuk SNR..dapat faham kat SNR yang
patut di break untuk tunggu retest dan entry.

Pilihlah bentuk yang mudah faham, tengok ulang-ulang...lukis untuk kuatkan ingatan.
Semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat. Amin...

Anda mungkin juga menyukai